Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 32

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

2014

1.0 PENDAHULUAN.
1.1 PENGENALAN
Tanggal 2002 merupakan detik sejarah dalam kehidupan saya apabila bergelar seorang guru. Ini
kerana tahun ini merupakan bermulanya penglibatan saya dalam bidang pendidikan secara profesional
apabila mendapat surat tawaran daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengikuti latihan
perguruan di Maktab Perguruan Rajang. Disinilah lahirnya sebuah cinta dan memori pelbagai peristiwa
dan pengalaman saya dalam bidang pendidikan. Saya berjaya menghabiskan pengajian dalam Kursus
Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) pada tahun 2002 - 2004 di Maktab Perguruan Rajang dalam
bidang Sains dan Pengajian Melayu. Tetapi sekarang saya mengikuti Program Pensiswazahan Guru
(PPG) dengan mengambil bidang Pengkhususan Matematik Pendidikan Sekolah Rendah di IPG Kampus
Tun Abdul Razak, Kota Samarahan.
Selepas menghabisi kursus di maktab selama 3 tahun, perkhidmatan saya di sekolah rendah yang
pertama ialah di SK Long Bemang, Baram pada tahun 2005 sehingga 2010. Di sini, saya diminta
mengajar subjek Matematik, Sains dan Pendidikan Moral. Walaupun mengambil opsyen Sains semasa di
maktab, Guru Besar meminta saya mengajar subjek Matematik. Pada mulanya ia agak sukar, tetapi
selepas beberapa tahun, saya merasakan subjek ini lebih mudah berbanding Sains. Dalam pada itu saya
pernah dipinjamkan ke SK Poyut, Marudi pada tahun 2006 untuk mengajar murid Tahun 6 yang akan
menduduki UPSR yang dinamakan Projek Cemerlang Poyut. Projek Cemerlang Poyut ini diwujudkan
dengan menyatukan murid tahun 6 dalam Daerah Baram di satu sekolah. Ia bertujuan untuk
membolehkan murid dari kawasan pedalaman mendapat kemudahan yang lengkap bagi membolehkan
mereka menumpukan sepenuh perhatian dalam menghadapi UPSR. Pada tahun 2006 ini, sebanyak 16
buah sekolah dari daerah Baram telah menghantar sebahagian dari murid mereka untuk mengikuti

PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

2014

program ini. Mereka diajar subjek UPSR, Pendidikan Moral dan juga Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan. Di sekolah ini saya telah mengajar subjek matematik.
Seterusnya saya dapat berpindah ke bahagian Simunjan

pada September tahun 2010 dan

ditempatkan di SK ST Andrew Entanggor, Simunjan sehinggalah kini. Lokasi sekolah saya ini boleh
dikatakan agak jauh dan pedalaman. Sebelum ini saya dan rakan rakan terpaksa menaiki perahu
ataupun berjalan kaki jika hendak ke sekolah. Walaupun begitu, sekarang sekolah kami boleh didatangi
dengan kenderaan walaupun jalannya tidak berapa baik. Selama saya mengajar di sekolah, saya telah
diberi peluang untuk mengajar subjek Matematik Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan juga subjek Sains
Tahun 1 hingga Tahun 3,
Sekolah Kebangsaan ST Andrew, Entanggor, Simunjan adalah merupakan sekolah kategori
pedalaman tiga dan terletak 85 KM dari pekan Simunjan. Sekolah saya adalah sekolah SKM iaitu
Sekolah Kurang Murid dimana muridnya hanya berjumlah 31 orang murid keseluruhannya (18 murid
lelaki dan 13 murid perempuan). Pra Sekolah tidak disediakan di sini kerana dipercayai muridnya
kurang. Semua murid-murid sekolah ini berbangsa Iban dan berlatar belakangkan keluarga petani. Tahap
pengetahuan dan penguasaan murid-murid di sekolah saya adalah sederhana sahaja. Oleh yang
demikian, saya beranggapan bahawa murid-murid di sekolah ini pasti memerlukan saya berusaha lebih
kreatif dan inovatif dalam merangcang aktiviti-aktiviti pangajaran dan pembelajaran. Sekolah
Kebangsaan ST Andrew, Entanggor ini adalah sekolah harian sepenuhnya dan hanya menjalankan satu
sesi persekolahan sahaja.

1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Murid tahun 3 terdiri daripada dua tahap kebolehan iaitu sederhana dan lemah kemampuan muridmuridnya. Terdapat 2 orang murid di dalam kelas tersebut yang memerlukan perhatian daripada saya

PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

2014

sebagai guru mata pelajaran Matematik mereka. Mereka ini agak kurang motivasi untuk belajar kerana
tidak minat dengan mata pelajaran Matematik. Tetapi saya melihat mereka ini ada potensi untuk maju
dalam pelajaran Matematik. Untuk tujuan itu, perkara asas yang perlu mereka kuasai adalah fakta asas
darab (sifir).
Saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dengan menjalankan latihan
mencongak secara bertulis. Selepas setiap kali mengadakan latihan mencongak, saya menyemak
jawapan bersama murid-murid. Saya dapati mereka hanya peroleh markah antara 30% hingga 60%
sahaja. Hal yang demikian agak mengecewakan saya. Dua daripada enam orang (33.3%) murid kelas
saya tidak dapat menjawab dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jika tempoh masa dipanjangkan lagi
mungkin mereka boleh menjawab dengan tepat. Pada pendapat saya, keadaan ini tidak sepatutnya
berlaku bagi murid tahun 3. Apa yang berlaku setiap kali latihan mencongak dijalankan, mereka sering
memberi alasan tidak membawa buku dan sering mengeluh apabila disuruh membuat latihan tersebut.
(Refleksi RPH: 1 Julai 2014) .Saya mula mempersoalkan tentang minat murid-murid terhadap mata
pelajaran Matematik. Malah, saya juga semakin percaya dengan tanggapan bahawa murid bumiputera
lemah dalam Matematik. Tidak kurang juga, saya turut mempersoalkan kebolehan diri dalam mengajar
Matematik khususnya dalam menerangkan sesuatu konsep dengan cara yang mudah dan ringkas supaya
mudah difahami murid-murid.
Namun demikian, saya masih kabur tentang punca sebenar murid tidak memahami kemahiran
asas yang diajar dalam sesuatu topik. Sehinggalah saya terdengar perkataan tusah cikgu (Bahasa Iban
yang bermaksud susah cikgu) setiap kali saya hendak mengajar kemahiran yang melibatkan operasi
darab atau bahagi. Selama ini, saya pernah terdengar kata-kata tersebut diluahkan oleh murid-murid
tetapi saya tidak mengendahkannya kerana saya percaya murid sudah menguasai fakta asas darab (sifir).

PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

2014

Saya juga mendapati murid bukan sahaja meluahkan kata tusah cikgu malah mereka nampak lesu dan
kurang berminat untuk melibatkan diri dalam kemahiran yang diajar.
Beberapa pendekatan klasik (menghafal) yang saya gunakan untuk mengatasi masalah ini ialah
meminta murid membaca dan menghafal sifir darab setiap kali saya masuk pada waktu Matematik dan
sebelum perhimpunan sekolah bermula. Di peringkat panitia, aktiviti kuiz pantas, congak dan kuiz
matematik juga adalah antara aktiviti yang digunakan untuk meningkatkan penguasaan sifir darab
murid-murid. Kesan positifnya, murid dapat mengingat sifir darab tetapi dalam jangka masa pendek
sahaja.
Ketika duduk berfikir, teringat saya kepada pendapat seorang pakar pendidikan iaitu Hamdan
(2000), mengatakan bahawa matematik merupakan salah satu subjek yang amat sukar untuk difahami
sekiranya fakta asas tidak dikuasai dengan baik. Dalam matapelajaran Matematik, terdapat 4 operasi
asas yang perlu dikuasai oleh murid iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Operasi-operasi ini
merupakan pengetahuan sedia ada kanak-kanak (Cotton, 1995 dalan Fan, 2006). Salah satu fakta asas
yang sangat penting dalam mempertingkatkan pencapaian murid-murid dalam subjek matematik ialah
sifir darab. Sekiranya seseorang murid tersebut tidak dapat menguasai sifir darab dengan baik, maka dia
akan mengalami masalah yang besar dalam mempelajari subjek Matematik yang lebih mendalam lagi.
Buah pendapat Noor Azlan (2003), menyatakan bahawa salah satu peranan guru dalam mengajar subjek
Matematik ialah memastikan setiap murid-muridnya menguasai semua sifir darab dengan baik dan
cemerlang. Kata-kata inilah yang membuatkan saya nekad untuk membantu murid saya agar menguasai
fakta asas darab dengan baik. Ini adalah untuk memastikan setiap murid dapat mengaplikasikan fakta
asas darab dalam menyelesaikan masalah yang lebih sukar lagi seperti dalam tajuk pecahan, perpuluhan,
ukuran jarak, wang, timbangan, dan masa dan waktu. Oleh yang demikian, seharusnya setiap murid di
sekolah rendah perlulah menguasai fakta asas sifir darab bagi membolehkan mereka mengaplikasikan
4

PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

2014

ilmu Matematik ke dalam bidang yang lain.Penguasaan sifir darab juga dapat membantu meningkatkan
keyakinan dan motivasi murid dalam mempelajari ilmu matematik di kemudian hari.
Memandangkan masalah murid-murid dalam Matematik berpunca daripada kurang mahir atau
kukuhnya mereka dalam mencongak fakta asas darab(sifir) maka saya mengambil inisiatif ini untuk
mengetengahkan kajian saya bagi membantu murid-murid menguasai fakta asas darab(sifir) yang
sememangnya kurang dikuasai oleh murid dengan baik. Kemahiran mencongak fakta asas darab(sifir)
merupakan asas yang penting terutamanya soalan yang melibatkan penyelesaian masalah. Saya berharap
sekiranya kajian saya ini berjaya, saya akan mengubah cara atau strategi pengajaran dan pembelajaran
ke arah yang lebih berkesan di samping memberi keseronokan kepada murid-murid serta merealisasikan
kata-kata bahawa Mathematics is fun and easy.
1.3 Tinjauan dan Analisis Masalah
Tinjauan awal telah dibuat untuk murid tahun 3 pada bulan Julai yang lalu. Murid-murid tersebut
terdiri daripada 6 orang. Kesemua murid tersebut telah diberi Ujian- Pra. Ujian-Pra ini dijalankan bagi
mengenal pasti murid-murid yang sangat lemah dalam penguasaan sifir darab, dan didapati 2 daripada 6
orang murid tersebut mengalami masalah dalam menguasai sifir darab berdasarkan ujian Pra yang telah
dijalankan. Dapatan ujian pra juga menunjukkan semakin besar angka untuk sifir semakin sukar bagi
murid untuk menghafalnya terutamanya murid-murid yang mendapat keputusan yang rendah dalam
ujian matematik. Oleh yang demikian kajian tindakan perlulah dijalankan bagi memastikan setiap murid
tersebut dapat dibantu dengan teknik yang sesuai dan menarik minat mereka. Berikut merupakan hasil
Ujian Pra yang dibuat ke atas murid tahun 3. Dua daripada enam orang murid yang dikenalpasti lemah
dalam penguasaan fakta asas darab.

PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

Rajah
1.1: Hasil Ujian Pra Sifir Murid A

2014

Rajah
1.2: Hasil Ujian Pra Sifir Murid B

Daripada temu bual secara tidak formal saya dapati kaedah hafalan sifir yang saya
jalankan selama ini membosankan murid-murid dan sebagai seorang guru saya akan cuba untuk
menangani masalah ini. Semasa murid murid ini mempelajari topik awal seperti Nombor Bulat,
Penambahan dan Penolakan, proses pembelajaran mereka sangat memberangsangkan. Begitu juga
dengan keputusan ujian sumatif yang memuaskan. Namun demikian, setelah masuk ke tajuk
Pendaraban, momentum murid-murid ini semakin perlahan. Mereka gagal menguasai kemahiran
operasi darab yang diajar. Berikut temubual saya di antara murid:
Saya : Sapok, (bukan nama sebenar) 9 darab 6 berapa?
Sapok : Hmmm...36 cikgu.
Saya : Betul ke?
Sapok : Salah cikgu. Tidak tahu la cikgu. (nada yang tidak yakin)
Saya : Kenapa tidak tahu Sapok (bukan nama sebenar)?
Sapok : Saya tidak hafal sifir cikgu.
Temubual : 3 Julai 2014

PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

2014

Apabila 2 daripada 6 orang murid itu di uji secara lisan, mereka juga tidak dapat menghafal fakta
asas darab. Mereka tidak dapat menjawab soalan sifir yang dikemukakan lebih-lebih lagi sifir yang
melibatkan sifir 6 hingga 9 dengan tepat manakala sifir 2 hingga 5 adalah sifir yang agak mudah untuk
dihafal kerana ia melibatkan nombor yang kecil, tetapi bagi sifir 6 hingga 9 merupakan sifir yang agak
sukar bagi murid-murid yang lemah. Justeru, mereka amat memerlukan perhatian dan bimbingan
sewajarnya agar masalah sifir di kalangan mereka ini dapat di atasi di peringkat lebih awal lagi.
Tinjauan juga telah dibuat terhadap murid-murid yang lemah penguasaan sifir tersebut melalui soal
selidik secara langsung dan mendapati kebanyakan murid itu kurang berminat terhadap subjek
Matematik. Ini mungkin disebabkan penguasaan sifir yang lemah dan secara tidak langsung
menyebabkan murid tersebut menyatakan matematik itu susah bagi mereka. Persepsi sebeginilah yang
perlu diperbetulkan terlebih dahulu dengan menjadikan penguasaan asas sifir sebagai landasan untuk
menjadikan murid-murid tersebut berasa seronok dan berminat untuk mempelajari subjek Matematik.
Didapati juga murid-murid kurang berminat dengan teknik hafalan semata-mata.Teknik hafalan
adalah teknik yang sudah lama dipraktikkan sejak dari dahulu lagi. (Nor Azlan, 1996). Tidak semua
murid-murid ini dapat menguasai sifir darab secara hafalan semata-mata kerana ada dikalangan mereka
memerlukan aktiviti bertulis dan permainan untuk menjadikan ia lebih mudah untuk dikuasai. Jadi untuk
menarik minat murid dalam menguasai sifir darab teknik yang menarik dan berkesan perlulah
digunapakai untuk membantu mereka. Dengan memperkenalkan teknik ini nanti sedikit sebanyak ia
akan dapat membantu murid-murid tersebut dalam menguasai sifir darab dengan baik.
Menurut Nik Azis Nik Pa (1992), kegagalan murid dalam menguasai sifir darab menyebabkan murid
tersebut tidak dapat menguasai matapelajaran matematik dengan baik. Secara tidak langsung akan
mempengaruhi pencapaian sebenar murid tersebut dalam subjek matematik. Penguasaan fakta asas

PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

2014

seperti tolak, tambah, darab dan bahagi amat mempengaruhi pencapaian murid dalam matematik.
Pencapaian murid yang lemah dalam subjek matematik seterusnya akan menyebabkan murid tersebut
kurang berminat untuk mempelajari subjek matematik yang diajar. Justeru fakta asas seperti sifir darab
amatlah perlu untuk dikuasai oleh setiap murid dalam mempelajari subjek matematik.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN.


Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana 2 orang murid bagi kelas Tahun 3 tidak
menguasai fakta asas darab (sifir). Semua guru Matematik boleh melaksanakan kajian ini kerana ianya
sesuai untuk Tahun 2 sehingga Tahun 6. Jika tidak, ini akan memberi impak yang negatif terhadap
pelajar dan sekolah itu sendiri. Apabila kajian ini dibuat secara rasionalnya dapat membantu pihak
sekolah dalam membendung masalah ini agar semua pihak terlibat agar sedar betapa pentingnya
peningkatan pencapaian murid menguasai Kemahiran Sifir dalam Subjek Matematik. Kajian melibatkan
seramai 2 orang pelajar Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan ST Andrew, Simunjan, Sarawak.
Matematik merupakan salah satu subjek yang perlu di kuasai dan memainkan peranan yang penting
dalam kehidupan harian kita. Seseorang pelajar yang menguasai subjek Matematik dengan baik akan
dapat melakukan urusan harian dengan baik dan sistematik. Contohnya dalam urusan perbelanjaan
harian, dia lebih bijak merancang perbelanjaan hariannya kerana adanya ilmu matematik yang dapat
membantunya merancang perbelanjaan harian dengan baik. Kebanyakan urusan harian Manusia
memerlukan ilmu matematik seperti pengurusan masa, pengurusan perniagaan, urusan jual beli dan
sebagainya.
Seseorang yang pintar dan bijak biasanya dapat dinilai melalui pengetahuan Matematik yang ada
padanya. Biasanya pelajar yang cemerlang dalam subjek matematik ini amat mudah untuk menguasai

PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

2014

subjek yang lain terutamanya subjek Sains. Ini kerana, subjek Matematik dan Sains mempunyai kaitan
antara satu sama lain dan sememangnya mempunyai peranan yang penting dalam pembangunan dunia
Sains dan teknologi.

(Zaibedah, 2000).

Sesungguhnya, jelaslah bahawa penyelidikan atau kajian ini memainkan peranan yang penting
kepada guru matematik, panitia matematik di setiap sekolah dan kepada pelajar amnya yang akan bakal
menjadi pemimpin negara dan peneraju ekonomi negara pada masa akan datang. Bagi pelajar di sekolah
rendah, ia dapat dijadikan sebagai teknik yang lebih berkesan dalam menguasai sifir darab. Sebelum ini
mereka mungkin hanya didedahkan dengan teknik hafalan semata-mata, tetapi dengan adanya
kepelbagaian teknik yang diperkenalkan ia aka memberi lebih banyak pilihan untuk menguasai sifir
dengan baik mengikut kesesuaian pembelajaran pelajar itu sendiri. Malah teknik ini adalah berbentuk
permainan yang mampu memudahkan pelajar tersebut untuk menguasai sifir darab dan memupuk minat
murid terhadap subjek Matematik dan seterusnya membantu dalam peningkatan pencapaian murid
tersebut.
Bagi guru pula, ia memberi lebih banyak pilihan untuk menguasai sifir darab. Sekiranya guru
sebelum ini lebih menggunakan kaedah hafalan semata-mata diharap teknik ini mampu memberi pilihan
kepada guru dalam menangani perbezaan kecerdasan di kalangan murid. Justeru dapatan daripada kajian
ini diharap dapat membantu guru mengatasi penguasaan sifir darab yang lemah di kalangan muridmurid.
Rasional utama kajian ini dijalankan adalah kerana fakta asas darab (sifir) merupakan kemahiran
yang penting dalam mendalami kemahiran asas matematik yang lain seperti darab dan bahagi. Ini adalah
kerana fakta asas darab merupakan kemahiran yang boleh diaplikasikan oleh murid dalam kehidupan
harian mereka. Ia akan diaplikasikan apabila pelajar tamat alam persekolahan. Sekiranya murid sudah

PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

2014

menguasai kemahiran ini maka dengan secara tidak langsung memudahkan murid tersebut untuk
menjadikan kemahiran ini bermakna bagi mereka dan pembelajaran berkesan akan tercapai.
Saya akan memfokuskan kajian ini kepada fokus murid semasa penerangan guru dan tindakan murid
di dalam kelas Matematik agar murid faham akan kaedah yang saya gunakan untuk menguasai fakta
asas darab (sifir). Ini kerana kebanyakan pelajar tidak dapat fokus dalam kelas sekaligus menyebabkan
murid berasa bosan untuk mempelajari Matematik. Secara langsung akan memberi kesan pada markah
peperiksaan Matematik. Walaupun saya dapat mengesan pelbagai masalah semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan, saya hanya akan fokuskan kajian saya terhadap meningkatkan kemahiran
fakta asas darab (sifir) dan murid mampu menyelesaikan soalan berkaitan operasi darab dengan cepat
dan tepat.
Berdasarkan perbincangan saya dengan cikgu Pemulihan Khas Matematik Cikgu Nurul Zawani
binti Ahmad, terdapat dua fenomena yang memberikan sumbangan kepada 2 orang murid ini tidak
menguasai fakta asas darab (sifir). Pertama, murid sukar untuk menghafal sifir kerana mereka hanya
ditekankan menggunakan teknik hafalan untuk menguasai sifir. Menurut Faddreen Jingan (2006), belajar
sifir adalah susah. Murid menghadapi kesukaran untuk menghafal sifir walaupun mereka sudah belajar
sifir sejak dari Tahun 2. Murid tidak tahu dan tidak pandai mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang
sudah ada pada mereka. Matematik ialah pembelajaran corak dan perkaitannya, salah satu cara
pemikiran, seni, bahasa dan alat penting kehidupan (Reys et al, 2007). Jadi, sekiranya murid tidak tahu
bagaimana mengaplikasikan sifir, murid tidak akan dapat mengaitkannya dengan tajuk-tajuk lain.
Pengunaan kaedah mudah darab dengan menggunakan kaedah mudah sifir boleh membantu
murid menyelesaikan masalah sifir (Fadreen Jingan, 2006). Apabila murid menggunakan teknik yang
sesuai dan mudah, murid akan dapat mengaplikasikannya dalam menyelesaikan soalan yang diberikan.

10

PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

2014

Menurut Biehlar dan Snowman (1990), Motivasi belajar bertambah jika pelajaran yang diajar
adalah menarik dan juga pembelajaran adalah aktif, bersifat menyelidik, menyeronokkan dan
bermanfaat. Maka penggunaan teknik yang berbentuk permainan akan melibatkan murid secara aktif
dan mampu memberi perasaan yang menyeronokkan kepada murid-murid. Menurut Ting Wei Ung
(2007), penggunaan Finger Multiplication Method berkesan dalam membantu murid lemah
menguasai fakta asas darab dalam matematik. Diharap, penggunaan teknik yang melibatkan koordinasi
tangan dan mata diharap dapat membantu murid lemah menguasai sifir dengan lebih berkesan. Kedua,
disebabkan murid tidak berminat dalam kemahiran sifir seterusnya murid tidak dapat menguasai sifir
dengan baik seterusnya menyelesaikan soalan operasi darab.
Sekolah Kebangsaan ST Andrew Simunjan ini merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di
Sarawak merupakan antara sekolah yang berada di pedalaman. Berdasarkan rekod pencapaian mata
pelajaran Matematik Tahun 3 di sekolah berkenaan, didapati bahawa tahap pencapaian mata pelajaran
tersebut adalah sederhana. Dua orang murid yang gagal menguasai kemahiran sifir dengan baik. Mereka
tidak menyedari kepentingan kemahiran sifir merupakan asas bagi dalam memantapkan penguasaan
kemahiran darab dan bahagi .
Dengan menggunakan kaedah Kotak Nemu Sifir saya ini, saya berpendapat bahawa masalah tersebut
dapat diselesaikan. Keputusan pencapaian murid juga dapat ditingkatkan dengan baik sekali.
Oleh itu, kemahiran sifir ini amat perlu dan memerlukan guru untuk menilai serta membimbing murid
menguasai kemahiran sifir. Guru juga berpendapat bahawa masalah ini amatlah perlu ditangani segera
sebelum murid melangkah atau melanjutkan pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

11

PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

2014

Objektif kajian ini adalah untuk membantu dua orang murid Tahun 3 untuk menguasai kemahiran Fakta
Asas Darab (sifir 3,4,6,7,8 dan 9) dengan menggunakan kaedah Kotak Nemu Sifir.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran saya terdiri daripada dua orang murid lelaki Tahun 3 yang didapati gagal dalam ujian
pra sebelum ini. Murid-murid ini adalah dalam kalangan murid-murid yang lemah. Kedua-dua orang
murid lelaki ini adalah berbangsa iban yang mengikuti kelas pemulihan khas.
4.1 SUBJEK KAJIAN
Murid sasaran dalam kajian saya terdiri daripada dua orang murid lelaki Tahun 3. Kedua-dua subjek
kajian ini tidak memegang apa-apa jawatan di dalam kelas mahu pun di sekolah. Seorang murid lelaki
ini iaitu Sapok (bukan nama sebenar) adalah murid yang baru melepasi ujian saringan oleh guru
pemulihan khas, justeru itu saya merasa sangat terharu melihat kesungguhannya untuk bersaing dengan
murid-murid yang lain dan sedaya upaya untuk menguasai sesuatu kemahiran. Dengan wajahnya yang
agak murung tetapi mudah tersenyum apabila diusik oleh guru ataupun kawan. Sikapnya yang suka
menggulung-gulung rambutnya dengan jarinya sambil ketawa cukup mencuit hati sesiapa sahaja guru
yang mengajarnya.
Bukan itu sahaja keinginannya yang tinggi untuk turut serta dalam aktiviti pdp dalam kelas telah
menarik perhatian saya untuk membantunya maju dalam pelajarannya. Saya juga tertarik untuk
membantu murid ini kerana dia telah berjaya menguasai kemahiran menambah, menolak, mendarab dan
membahagi walau pun agak perlahan. Prestasi murid ini agak sederhana dan amat memerlukan
bimbingan yang lebih ini kerana dia merupakan salah seorang murid yang masih mengikuti kelas
pemulihan khas tetapi masih punya keinginan bersaing dengan murid kelas perdana. Faktor inilah
menyebabkan saya untuk terus berusaha mencari kaedah-kaedah yang sesuai untuk membantu murid ini.
12

PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

2014

Seorang lagi murid lelaki yang terlibat subjek kajian saya ialah Biki (bukan nama sebenar). Murid
ini terlalu pasif , pendiam dan pemalu ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dia juga
merupakan murid yang mempunyai tahap penguasaan dan kefahaman yang agak lemah. Kebolehan
berinteraksinya kurang menyebabkan dia agak terasing daripada kawan-kawannya yang lain. Apatah
lagi dia merupakan seaorang pelajar baru di sekolah ini. Selain itu, wajahnya yang sering kerisauan
menampakkan murid ini kurang bermotivasi dan berkeyakinan dalam dirinya. Ini membuatkan dia
tercicir dalam kemahiran dan pelajaran yang telah diajar oleh guru.
Selain daripada itu, pencapaian kedua-dua murid dalam akademik juga agak lemah dalam semua
matapelajaran. Kedua-dua murid lelaki ini juga baru boleh membaca dan baru sahaja melepasi saringan
oleh guru pemulihan. Oleh yang demikian, ia sedikit sebanyak menyebabkan murid ini menghadapi
masalah dalam memahami kemahiran-kemahiran yang dipelajari khususnya dalam matapelajaran
Matematik.

5.0 TINDAKAN YANG DI CADANGKAN


5.1 PERANCANGAN TINDAKAN
Tinjauan masalah
Sebelum memulakan langkah pertama dalam melaksanakan kajian tindakan, saya melakukan tinjauan
masalah selama beberapa hari. Hasil dapatan saya telah olah dalam bentuk data yang mudah difahami.
Lampiran 1 : Borang Tinjauan Masalah
Tarikh
13

Masalah
PPG JUN 2011 IPGKTAR

Catatan

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

02.07.2014
MT
Tahun 3
11.07.2014
MT
Tahun 3
17.07.2014
MT
Tahun 3
29.07.2014
MT
Tahun 3

2014

Murid yang tidak menguasai sifir 2 dan


sifir 5.
Murid yang tidak menguasai sifir 3 dan
sifir 4.
Murid yang tidak menguasai sifir 6 dan
sifir 7.
Murid yang tidak menguasai sifir 8 dan
sifir 9.

LANGKAH 1( mengumpul data murid)


Sebelum kajian dijalankan, saya mengumpul beberapa data penting yang diperlukan untuk bahan kajian
saya. Saya akan mengedarkan soal selidik kepada murid-murid mengenai kafahaman dan minat mereka
untuk sesuatu matapelajaran Matematik khususnya dalam menguasai kemahiran fakta asas darab (Sifir)
( rujuk lampiran 1), maklumat murid (rujuk lampiran 2 ).

LANGKAH 2.(membuat pemerhatian terhadap pelajar)


Saya akan menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa tehadap kelas yang di jadikan
bahan kajian saya. Semasa pengajaran:1. Saya akan memerhatikan murid-murid mengenai tahap tumpuan mereka tehadap proses
pengajaran dan pembelajaran
2. Mengenalpasti murid yang bermasalah (tidak menumpukan perhatian) dan mengisi borang
pemerhatian murid (rujuk lampiran 3)

14

PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

2014

3. Memberi Ujian Post berkaitan dengan Fakta Asas Darab (sifir).

Selepas sesi pengajaran berakhir, guru perlu menyemak Ujian Post yang dilakukan oleh murid dan
guru mengisi borang pemarkahan (rujuk lampiran 4) mengenai tahap kefahaman murid-murid terhadap
pengajaran dan peratusan murid yang dapat menjawab dengan tepat.

LANGKAH 3.( melaksanakan kaedah)


Murid didedahkan dengan cara mencari jawapan dengan menggunakan Kaedah
Kotak Nemu Sifir. Guru menerangkan satu persatu cara untuk mendapatkan
jawapan yang betul dan tepat.
21
24
27

12
15
18

3
6
9

Rajah 2.1: Sifir 3.

21
14
7

42
35
28

63
56
49

Rajah 2.2: Sifir 7

81
54
27

72
45
18

63
36
9

Rajah 2.3: Sifir 9

Rajah 2: Cara untuk mencari jawapan sifir 3, 6 dan 9.


Penerangan cara menulis sifir:
Sifir 3:
1) Tulis nombor di nilai tempat sa terlebih dahulu secara menaik 1 sehingga 9 dari kiri ke kanan
bermula baris pertama seterusnya baris kedua dan baris ketiga.
2) Lukis anak panah dari atas ke bawah pada lajur ketiga menunjukkan sifir 3 bermula pada lajur
ketiga dari atas ke bawah dan seterusnya lajur kedua dan pertama.
15

PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

2014

3) Tulis nombor 1 pada nilai tempat puluh setiap kolum di lajur kedua dan tulis nombor 2 pada nilai
tempat puluh setiap kolum di lajur pertama.
4) Selesailah sifir 3 dan ianya dibaca dari lajur ketiga, kedua seterusnya pertama dari atas ke bawah.
Sifir 7:
1) Tulis nombor di tempat sa terlebih dahulu secara menaik 1 sehingga 9 dari kiri ke kanan bermula
baris pertama seterusnya baris kedua dan baris ketiga.
2) Lukis anak panah dari bawah ke atas pada lajur pertama menunjukkan sifir 7 bermula pada lajur
ketiga dari bawah ke atas dan seterusnya lajur kedua dan ketiga.
3) Untuk di nilai tempat puluh pada lajur pertama biarkan kosong pada baris ketiga, tulis 1 pada
baris kedua dan 2 pada baris pertama.
4) Untuk di nilai tempat puluh pada lajur kedua tulis 2 pada baris ketiga, tulis 3 pada baris kedua
dan 4 pada baris pertama.
5) Untuk di nilai tempat puluh pada lajur ketiga tuliskan 4 pada baris ketiga, tulis 5 pada baris
kedua dan 6 pada baris pertama.
6) Selesailah sifir 7 dan ianya dibaca dari lajur pertama, kedua seterusnya ketiga dari bawah ke
atas.
Sifir 9:
1) Tulis nombor di tempat sa terlebih dahulu secara menaik 1 sehingga 9 dari kiri ke kanan bermula
baris pertama seterusnya baris kedua dan baris ketiga.
2) Lukis anak panah dari kanan ke kiri pada baris ketiga menunjukkan sifir 9 bermula pada baris
ketiga dari kanan ke kiri dan seterusnya lajur kedua dan pertama.
3) Untuk di nilai tempat puluh pada baris ketiga biarkan kosong pada lajur ketiga, tulis 1 pada lajur
kedua dan 2 pada lajur pertama.
4) Untuk di nilai tempat puluh pada baris kedua tulis 3 pada lajur ketiga, tulis 4 pada baris kedua
dan 5 pada baris pertama.
5) Untuk di nilai tempat puluh pada baris pertama tuliskan 6 pada lajur ketiga, tulis 7 pada lajur
kedua dan 8 pada lajur pertama.
6) Selesailah sifir 9 dan ianya dibaca dari baris ketiga, kedua seterusnya pertama dari kanan ke kiri.
16

PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

2014

Sifir 4.
4
24

8
28

12
32

16
36

20
40

(+ 2 pada nilai tempat puluh dapat jawapan baris kedua)


Sifir 6.
6
36

12
42

18
48

24
54

30
60

(+3 pada nilai tempat puluh dapat jawapan baris kedua)


Sifir 8.
8
48

16
56

24
64

32
72

40
80

(+4 pada nilai tempat puluh untuk dapat jawapan baris kedua)
Rajah 3 : Cara untuk menulis Sifir 4, sifir 6 dan sifir 8.

Selepas sesi pengajaran berakhir, guru sekali lagi perlu menyemak Ujian Post yang dilakukan oleh
murid dan guru mengisi borang pemarkahan (rujuk lampiran 4) mengenai tahap kefahaman muridmurid terhadap pengajaran dan peratusan murid yang dapat menjawab dengan tepat.

17

PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

2014

LANGKAH 4
Selepas selesai sesi kajian terhadap subjek(murid), saya akan mengumpul semua data-data dan
menyusun data-data tersebut dalam bentuk jadual yang senang untuk di analisis. Saya akan memastikan
segala data dan pembolehubah-pembolehubah yang diperlukan mencukupi dan mengikut spesifikasi
yang diperlukan.

5.2. PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA


Bagi mengumpul segala maklumat dan data yang diperlukan, saya akan menggunakan kaedah cara
mengumpul data borang soal selidik, temubual, dan pemerhatian yang telah diperolehi:i.

Mengedarkan borang soal selidik mengenai keberkesanan pembelajaran berkumpulan dan


minat murid terhadap subjek Matematik.

ii.

Membuat temubual bersama guru Pemulihan Khas Matematik mengenai sebab murid tidak
menguasai fakta asas darab..

iii.

Merekodkan markah ujian bulanan murid dalam subjek Matematik.

iv.

membuat pemerhatian mengenai penumpuan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

v.

Merekod markah untuk Ujian Post yang diberikan sebelum dan selepas tindakan di jalankan
kepada murid.

18

PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

2014

5.3 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA


a) Temubual dengan Guru Pemulihan Khas Matematik
Penyelidik mendapat maklumat daripada temubual bersama Guru Pemulihan Khas Matematik, iaitu
Cikgu Nurul Zawani Binti Ahmad mendapati biasanya murid tidak mendapat markah penuh atau
mendapat markah rendah dalam kemahiran fakta asas darab (sifir). Cikgu Nurul Zawani Binti Ahmad
kecewa kerana pencapaian rendah pelajar dalam kemahiran tersebut. Ini merupakan satu kerugian
kepada murid. Antara punca yang menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai kemahiran Fakta Asas
Darab (sifir) dengan baik adalah :i.

Murid tidak minat untuk menghafal fakta asas darab (sifir).

ii.

Teknik hafalan tidak sesuai dengan kebolehan murid.

iii.

Murid kurang fokus dan bersungguh untuk mengigati fakta asas darab (sifir).

Analisis hasil temubual dengan Guru Pemulihan Khas Matematik


Hasil temubual dengan Guru Pemulihan Khas Matematik rakan sekerja saya, 2 orang murid di dalam
kelas Tahun 3 ini tahap penguasaan kemahiran fakta asas darab adalah rendah. Hal ini menyebabkan
mereka kurang berminat terhadap subjek Matematik seterusnya dalam menguasai fakta asas darab
(sifir).
b) Rekod markah ujian bulanan
Mendapatkan rekod markah ujian bulanan yang lepas bagi subjek Matematik daripada guru Kelas Tahun
3. Tujuan rekod markah ujian ini adalah untuk melihat pencapaian murid sebelum ini, dan bagi
mengesahkan kebanyakkan murid tidak mendapat markah tinggi pada peperiksaan Matematik pada ujian
bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun.
19

PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

Bil
1
2
3
4
5
6

Nama murid
Alexson
Kelvin Costner
Lazarus
Stephen
Sylvester
Vnessa Kumpai

2014

Peratus (%)
34
68
30
48
54
62

Analisis rekod markah murid


Hasil daripada analisis markah murid ini, di dapati bahawa tiada murid kelas Tahun 3 yang mendapat
gred A dalam subjek Matematik. Hanya 2 orang sahaja memperoleh peratusan 50% ke atas. Namun ada
3 orang yang mendapat peratusan rendah iaitu 40% ke bawah. Hal ini menunjukkan hanya sebilangan
kecil murid yang menguasai pengajaran dan pembelajaran guru. Yang selebihnya mungkin murid
tersebut tidak minat terhadap subjek Matematik dan tidak boleh mengikuti

pembelajaran secara

berkesan semasa di kelas Matematik.


c) Soal selidik
Memberikan borang soal selidik kepada murid. Ini bertujuan untuk mengetahui sebab murid tidak
menguasai kemahiran fakta asas darab (sifir) dengan baik. Berikut adalah borang soal selidik yang
diberikan.

20

PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

Soalan-soalan / Bilangan Peserta

2014

YA

Tidak

(/)

(/)

1. Adakah anda berminat mempelajari subjek Matematik?


2. Adakah anda mempunyai keyakinan dalam mempelajari subjek Matematik?
3. Adakah anda mendapati bahawa belajar matematik itu mudah?
4. Adakah anda berasa belajar Matematik itu menarik?
5. Adakah anda selalu menyiapkan tugasan Matematik mengikut masa yang telah
ditetapkan oleh guru?
6. Adakah anda mampu untuk meyiapkan kesemua soalan Matematik yang diberi
oleh guru?
7. Adakah anda mempunyai daya pemikiran Matematik ?
8. Adakah anda sudah menguasai sifir 6 dengan baik?
9. Adakah anda sudah menguasai sifir 7 dengan baik?
10. Adakah anda sudah menguasai sifir 8 dengan baik?
11. Adakah anda sudah menguasai sifir 9 dengan baik?
12. Adakah anda mendapati bahawa penyelesaian masalah dalam Matematik itu
menarik?
Jumlah

Analisis soal selidik oleh murid-murid


Hasil soal selidik daripada sebelum Ujian Post mendapati kekerapan murid yang menjawab setuju pada
soalan nombor 1 sehingga nombor 7 ialah 4 orang dan tidak setuju ialah 2 orang. Hal ini menunjukkan 2
orang murid yang tidak menguasai fakta asas darab tidak berminat untuk mengikuti kelas Matematik.
Tiga orang murid menjawab tidak setuju bagi soalan nombor 8 sehingga nombor 12 menyebabkan
peratusan nya ialah 50% tidak setuju.

21

PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

2014

Data akan dianalisis untuk dua hasil dapatan iaitu dari segi minat murid melalui markah semakan
lembaran kerja dan pembelajaran berkumpulan murid melalui borang pemerhatian.

1. Borang analisis (untuk aspek minat dan pembelajaran berkumpulan murid)


Keputusan Perlaksanaan Tindakan
NAMA MURID

SEBELUM TINDAKAN
MARKAH
PERATUS

SELEPAS TINDAKAN
MARKAH
PERATUS

1
2
3
4
5
6
Analisis jadual

2. Contoh borang analisis (untuk aspek penumpuan murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran)
Kelakuan 1: bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi
NAMA MURID

22

KEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID


SEBELUM TINDAKAN
SELEPAS TINDAKAN

PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

2014

Kelakuan 2: membuat contengan (doodling)


NAMA MURID

KEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID


SEBELUM TINDAKAN
SELEPAS TINDAKAN

Kelakuan 3 : berangan -angan


NAMA MURID

KEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID


SEBELUM TINDAKAN
SELEPAS TINDAKAN

Kelakuan 4: berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain


NAMA MURID

KEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID


SEBELUM TINDAKAN
SELEPAS TINDAKAN

Kelakuan 5: membuat kerja lain


23

PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

NAMA MURID

2014

KEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID


SEBELUM TINDAKAN
SELEPAS TINDAKAN

Kelakuan 6: mengganggu murid secara fizikal


NAMA MURID

KEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID


SEBELUM TINDAKAN
SELEPAS TINDAKAN

Kelakuan 7: mencuba untuk menarik perhatian.


NAMA MURID

KEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID


SEBELUM TINDAKAN
SELEPAS TINDAKAN

Kelakuan 8 : mengasah pensel

24

PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

NAMA MURID

2014

KEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID


SEBELUM TINDAKAN
SELEPAS TINDAKAN

Kelakuan 9: keluar kelas untuk ke tandas.


KEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID
SEBELUM TINDAKAN
SELEPAS TINDAKAN
NAMA MURID

5.4 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN


5.4.1 Kos Kajian
BIL

JENIS BAHAN

1
2
3

Kertas A4
Printer Cartridge
Potostat Bahan

4
5
6

Kajian
Buku Catatan Guru
Kertas Warna
Polistrin

Dan

Laporan

KUANTITI X HARGA

JUMLAH KOS

SEUNIT
2 x RM 15
1 X RM 99
1 X RM 30

RM 30
RM 99
RM 30

1 X RM 8
5 X RM 1
2 X RM 6
JUMLAH

5.4.2

Jadual Pelaksanaan

25

PPG JUN 2011 IPGKTAR

RM 8
RM 5
RM 12
RM 174

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

BIL

AKTIVITI

TARIKH PELAKSANAAN

1.

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data

29.6.2014

2.

Menulis proposal Kajian

10.7.2014

3.

Merancang Tindakan

6.8.2014

4.

Melaksanakan Tindakan
1. Mengumpul maklumat

Temu bual

Pemerhatian

Soal selidik

Strategi tindakan yang dicadangkan mula


dijalankan

Mengubah kedudukan susunan meja di bilik


kemahiran hidup

26

2014

PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

2014

Carta gant pelaksanaan kajian tindakan


Bil

Perkara

Mengenal pasti masalah dan


pengumpulan data

Menulis proposal Kajian

Merancang Tindakan

Melaksanakan Tindakan

Mengumpul maklumat
Temu bual

Pemerhatian

Soal selidik

Mengubah kedudukan
susunan meja di bilik
kemahiran hidup

Menganalisis maklumat

Menghantar kajian tindakan

Membuat pembentangan

27

Jun

Julai

Ogos

PPG JUN 2011 IPGKTAR

Oktober

Januari

Februari

Mac

April

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN


RENDAH

2014

LAMPIRAN 1
BORANG SOAL SELIDIK MURID.
NAMA SUBJEK:________________________________ KELAS:____________
Soalan-soalan / Bilangan Peserta

YA

Tidak

(/)

(/)

1. Adakah anda berminat mempelajari subjek Matematik?


2. Adakah anda mempunyai keyakinan dalam mempelajari subjek Matematik?
3. Adakah anda mendapati bahawa belajar matematik itu mudah?
4. Adakah anda berasa belajar Matematik itu menarik?
5. Adakah anda selalu menyiapkan tugasan Matematik mengikut masa yang
telah ditetapkan oleh guru?
6. Adakah anda mampu untuk meyiapkan kesemua soalan Matematik yang
diberi oleh guru?
7. Adakah anda mempunyai daya pemikiran Matematik ?
8. Adakah anda sudah menguasai sifir 6 dengan baik?
9. Adakah anda sudah menguasai sifir 7 dengan baik?
10. Adakah anda sudah menguasai sifir 8 dengan baik?
11. Adakah anda sudah menguasai sifir 9 dengan baik?
12. Adakah anda mendapati bahawa penyelesaian masalah dalam Matematik
itu menarik?
Jumlah

LAMPIRAN 2
MAKLUMAT SUBJEK
BIL
CEMERLANG

KATEGORI MURID
SEDERHANA

1
28
PPG JUN 2011 IPGKTAR

LEMAH

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN


RENDAH

2014

2
3
4
5
6
7
8
9
10

LAMPIRAN 3
( BORANG PEMERHATIAN MURID)
Memerhatikan Tingkah Laku Murid Yang Berminat/Tidak Berminat Semasa Cikgu Mengajar.
Jadual Pemerhatian dengan kod-kod seperti dibawah yang menunjukkan tingkah laku semasa
guru mengajar:

29
PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN


RENDAH

2014

1. Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi


2. Pemikiran ditempat lain sambil mencakar-cakar kertas(mencoteng)
3. Berangan-angan
4. Berjalan dari satu tempat ke tempat lain
5. Membuat kerja lain
6.

Mengganggu murid secara fizikal

7. Mencuba untuk menarik perhartian


8. Mengasah pensel
9. Keluar ke tandas

MURID

KEKERAPAN MENGIKUT JENIS AKTIVITI YANG DILAKUKAN


1

OLEH MURID
4
5
6

LAMPIRAN 4
Jadual Markah Ujian Post ( Sebelum Dan Selepas)
NAMA MURID

SEBELUM TINDAKAN
MARKAH
PERATUS

1
2
3
4
5
6
7
8
9
30
PPG JUN 2011 IPGKTAR

SELEPAS TINDAKAN
MARKAH
PERATUS

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN


RENDAH

2014

10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21

RUJUKAN
Azizi Subeli & Hu, Laey Nee. (2010). Kesan Penggunaan Kaedah Kotak Magik
Dalam Kemahiran Mendarab dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan
(SPTMTE2010). Diterbitkan oleh Jabatan Matematik Institut Pendidikan Guru
Kampus Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, 31-41.
Cooper, R. (1994). Alternative Math Techniques Instructional Guide. Dalam
database

ERIC

Digital

Dissertations.

[Online].

Available:

http//www.eric.ed.gov.eserv.uum.edu.my/ERICWebPortal/search/recordDetails.jsp?
searchtype=keyword&pageSize=10&ERICExtSearch_SearchValue_0=Alternative+M
ath+Techniques+Instructional+Guide&eric_displayStartCount=1&ERICExtSearch_S
earchType_0=kw&_pageLabel=RecordDetails&objectId=0900019b8009ece4&accno
=ED376355&_nfls=false. [2014, June 23].
31
PPG JUN 2011 IPGKTAR

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN


RENDAH

2014

Faddreen Jingan. (2006). Menguasai Fakta Asas Sifir Darab Dengan Kaedah Mudah
Sifir dalam Prosiding Seminar Kajian Penyelidikan Pendidikan 2006. Diterbitkan
oleh Institut Perguruan Tun Abdul Razak: Institut Perguruan Tun Abdul Razak, 10-16.
Julianti binti Sepawie. (2005). Enda Nemu Sifir, Cikgu!. Dalam Prosiding Seminar
Penyelidikan Tindakan 2005. Sarawak : (26-39)
Nik Azis Nik Pa (1992). Penghayatan Matematik KBSR DAN KBSM. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noor Azlan bin Ahmad Zanzali. (2003) Modul Pengajaran SPS 4823 Pendidikan
Matematik
Noor Azlan Ahmad Zanzali (1996). Isu-isu Berterusan Dalam Pendidikan Matematik.
Jurnal pendidikan dan pendidikan, 14, 19-40
Zuliana Bt Zakaria (2009). Multiplication On Your Fingers. IPG Kampus Dato Razali
Ismail, Kuala Terengganu.
Hamdan Said, Dr. (et.all) 2000. Peranan Ketua Panitia Matematik Di Sekolah
Menengah Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

32
PPG JUN 2011 IPGKTAR

You might also like