Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LITERATURE REVIEW

Dr Tee E Siong, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan NMM

Masalah obesiti di Malaysia semakin membimbangkan. Menurut kajian yang dijalankan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2010, Malaysia merupakan negara yang
mempunyai paling ramai penduduk yang gemuk di Asia Tenggara dan berada di tempat keenam di seluruh Asia. Sesetengah rakyat Malaysia tahu betapa seriusnya penyakit ini, namun
masih ramai yang tidak menyedari akan bahayanya. Hasil Kajian Kesihatan dan Morbiditi
Kebangsaan, atau NHMS pada tahun 1996-2011 mendapati bahawa kadar obesiti telah
meningkat kepada hampir tiga setengah kali ganda, daripada 4.4% pada tahun 1996 kepada
15.1% pada tahun 2011. Manakala prevalens lebih berat badan pula meningkat kepada 29.4%
pada tahun 2011, menjadikan kira-kira 50% atau satu daripada dua orang dewasa di Malaysia
adalah sama ada lebih berat badan atau obes. Justeru itu, NMM dengan tema Makan Sihat,
Bergerak Aktif: Cegah Obesiti menumpukan kepada langkah pencegahan obesiti yang
merupakan salah satu faktor risiko utama penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable
Diseases, NCD). Promosi pemakanan sihat dan gaya hidup aktif harus bermula dalam
keluarga kerana ini merupakan kunci kepada pengekalan berat badan yang sihat dan
pencegahan penyakit berkaitan pemakanan. Tidak ada jalan pintas untuk menjadi sihat.
Semua orang, sama ada muda atau tua, harus mengamalkan tabiat makan secara sihat dan
gaya hidup yang aktif setiap hari. Jika anda seorang ibu atau bapa, mainkan peranan anda
untuk menanam tabiat gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak anda sejak kecil. Buku
panduan ini menyingkap faktor risiko obesiti dan juga prinsip pencapaian berat badan yang
sihat. Anda juga boleh mempelajari cara memperbaiki diet dan gaya hidup anda beserta cara
memasak makanan yang lazat dan berkhasiat. Terokai juga topik mengenai kepentingan
aktiviti fizikal dalam gaya hidup sihat. Bagi individu yang mempunyai lebih berat badan dan
obes, terdapat juga topik mengenai penurunan berat badan yang disediakan khas, untuk
membimbing anda menurunkan berat badan dengan selamat. Kami berharap agar buku
panduan ini dapat memberi inspirasi kepada anda untuk memulakan gaya hidup sihat dengan
makan secara sihat dan aktif selalu bersama keluarga tersayang. Cegah Obesiti! Makan
Secara Sihat, dan Aktifkan Diri.

You might also like