Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT KEHADIRAN

Pengenalan
Sistem Maklumat Kehadiran Pelajar dibangunkan untuk memudahkan pengumpulan
data, penyimpanan rekod-rekod serta menjanakan pelbagai statistik dan laporan tentang
kehadiran pelajar di IPG Kampus Batu Lintang.

Kategori Pengguna
Terdapat dua kategori pengguna
1. Pelajar : Hanya ketua atau penolong ketua kumpulan di IPG Kampus Batu
Lintang.
2. Pihak Pengurusan : Pegawai-pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar atau
pegawai-pegawai pengurusan tertentu di IPG Kampus Batu Lintang.

Alamat URL Sistem dan Cara Daftar Masuk


Sistem boleh dicapai di http://www.ipbl.edu.my/ehadir

Ketua atau penolong ketua kumpulan perlu daftar masuk sistem dengan No. Kad
Pengenalan (Tanpa sengkang) dan katalaluan yang sama seperti yang digunakan untuk
mencapai studentnet. Sila diingatkan bahawa pelajar perlu aktifkan akaun melalui portal
studentnet di http://www.ipbl.edu.my/studentnet terlebih dahulu jika belum buat
demikian.

rkho/IPGMKBL2010

Menu Utama
Selepas berjaya daftar masuk ketua/penolong kumpulan akan dapat paparan Menu
Utama seperti berikut.

Masuk Maklumat Kehadiran


Klik pada pautan Borang Masuk Maklumat untuk mendapat borang seperti berikut

Isi bilangan pelajar


yang tidak hadir waktu
kuliah ini

Pilih hari dan bulan pada petak pilihan tarikh dan juga masukkan jumlah jam kuliah
dalam petak yang disediakan. Kemudian isikan maklumat berkaitan untuk setiap waktu
kuliah untuk hari berkenaan. Bilangan waktu mesti sama dengan jumlah jam kuliah.
Gunakan ruang catatan untuk memasukkan maklumat tambahan jika ada. Klik pada
butang Teruskan dan paparan seperti berikut akan terpapar.

rkho/IPGMKBL2010

Borang ini mesti diisikan untuk setiap pelajar yang tidak hadir dan diselesaikan
penghantarannya untuk memastikan maklumat kehadiran dimasukkan ke dalam sistem
dengan sempurnanya.

Pilih nama pelajar yang tidak hadir, pilih petak berkenaan untuk kuliah yang tidak hadir
dan juga pilih sebab ia tidak hadir. Gunakan ruang catatan untuk memasukkan
maklumat tambahan jika ada. Misalnya, pengecualian kerana latihan koir.

Semak Ketepatan Data


Ketua/Penolong Kumpulan perlu semak ketepatan data dengan membandingkan
statistik dan senarai pelajar yang tidak hadir.

Maklumat Statistik Pelajar Yang Tidak Hadir Mengikut Bulan


Pilih bulan berkenaan untuk mendapat maklumat statistik dan maklumat nama pelajar
seperti dalam contoh-contoh berikut.

Jika ada kesilapan dalam statistik pada mana-mana hari, klik pada pautan Padam dalam
lajur Kemaskini untuk menghapuskan rekod statistik berkenaan. Nama pelajar, kuliah
dan sebab tidak hadir atau catatan jika ada untuk hari itu juga akan turut dihapuskan.
Oleh sebab itu ketua/penolong kumpulan perlu memasukkan maklumat kehadiran untuk
hari itu semula.

rkho/IPGMKBL2010

Maklumat Nama Pelajar Yang Tidak Hadir Mengikut Bulan


Klik pada bulan berkenaan untuk mendapat maklumat nama pelajar seperti berikut.

Jika ada kesilapan maklumat sila hapuskan rekod untuk hari berkenaan dengan
menghapuskan rekod statistik seperti yang diterangkan di bawah tajuk Maklumat
Statistik Pelajar Yang Tidak Hadir Mengikut Bulan. (Sila rujuk muka surat sebelum ini).
Ketua/penolong kumpulan mungkin dikehendaki mencetak maklumat ini untuk diserah
kepada Jabatan HEP pada akhir setiap bulan.

Untuk mendapat butiran ketidakhadiran untuk mana-mana pelajar, klik pada pautan
Papar untuk mendapat maklumat seperti berikut.

Semak Rekod Kehadiran Ahli Kumpulan


Ketua/penolong kumpulan boleh buat semakan rekod kehadiran mana-mana pelajar
dalam kumpulan. Klik pada pautan Pilih Nama Pelajar untuk mendapat

rkho/IPGMKBL2010

Pilih nama pelajar berkenaan dan klik Papar Rekod untuk mendapat maklumat seperti
berikut.

Jana Laporan Kehadiran Bulanan


Klik pada pautan LAM-PT24-01 dan pilih bulan dari utiliti yang terpapar seperti berikut.

Contoh LAM-PT24-01 akan dijanakan secara automatik seperti berikut.

Ketua/penolong kumpulan juga dikehendaki mencetak maklumat ini untuk diserah


kepada Jabatan HEP pada akhir setiap bulan. Klik pada butang Cetak Dokumen Ini
untuk membuat cetakan.

rkho/IPGMKBL2010

You might also like