Nota-Protokol Dan Etiket Majlis Rasmi

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

ASAS PROTOKOL DAN ETIKET MAJLIS

RASMI

PENDAHULUAN
Etiket merupakan peraturan-peraturan tingkahlaku atau sopan santun samada dalam kehidupan harian,
dalam perhubungan antara satu sama lain atau dalam majlis yang berbentuk formal atau tidak formal. Apa
jua perilaku yang dilakukan oleh seseorang yang mengikut peraturan-peraturan atau norma-norma yang
diterima oleh masyarakat atau yang berlandaskan kepada timbang rasa adalah dianggap sebagai
mempunyai nilai etiket yang tinggi yang boleh mempertingkatkan imej seseorang itu.
Amalan protokol dalam sesuatu majlis bertujuan menetapkan penghormatan yang diberikan kepada
seseorang tetamu kehormat dan para jemputan, di samping menetapkan peraturan yang perlu diikuti dan
dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis. Kesempurnaan majlis yang dianjurkan akan mencerminkan atau
melambangkan kreativiti, kredibiliti dan keupayaan sesebuah agensi tersebut menganjurkan sesuatu majlis.
Jenis-jenis Majlis Rasmi
1.

Majlis Penuh Istiadat


Istiadat pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran, menyampaikan surat tauliah dan
mengangkat sumpah oleh menteri.

2.

Majlis Rasmi dan Formal


Majlis jamuan makan malam yang diberi oleh Perdana Menteri untuk seseorang ketua negara
asing.

3.

Majlis Rasmi tetapi Tidak Formal


Majlis yang tidak banyak mematuhi protokol seperti majlis jamuan teh sempena hari kebangsaan.

4.

Majlis Tidak Rasmi tetapi Formal


Dianjurkan oleh pihak swasta yang memerlukan protokol seperti perasmian sesebuah bangunan
oleh Perdana Menteri atau Menteri.

5.

Majlis Tidak Rasmi dan Tidak Formal


Seperti hari keluarga sesebuah agensi kerajaan atau swasta.

ASPEK-ASPEK PENGURUSAN PELBAGAI MAJLIS RASMI ATAU FORMAL


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Jawatankuasa
Tempat majlis
Penyediaan senarai jemputan
Aturcara majlis
Kesesuaian pakaian dalam majlis
Penulisan dan pengedaran Kad Jemputan
Pemilihan Menu
Susunan keutamaan
Panggilan hormat
Susunan tempat duduk

11.
12.
13.
14.
15.
16.

Pengacaraan Majlis Formal


Penyediaan aturcara pentadbiran
Peranan penyambut tetamu
Raptai
Nilai-nilai Islam
Post-Mortem

ELEMEN PENTING ETIKET


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.

Cita Rasa Berpakaian


Kesesuaian Pakaian dalam Pelbagai Situasi
Penampilan dan Pengayaan Diri
Kesopanan dalam Pertemuan dan Perkenalan
Kesopanan dalam Perbualan Sosial
Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Berdiri
Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Duduk
Kesopanan dalam Majlis Buffet
Adab Makan Pelbagai Kaum di Malaysia
Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis di Rumah)
Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis di Luar Rumah)
Menghadiri Pelbagai Majlis Formal
Mengenali Peralatan Jamuan
Cara Menghidang
Tertib di Meja Makan

ANTARA ELEMEN PENTING ETIKET


1.

TERTIB PERKENALAN
a)

Prinsip Perkenalan

Perkenalkan lelaki kepada wanita.

Perkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang lebih penting.

Perkenalkan orang yang lebih rendah pangkatnya kepada orang yang lebih tinggi
pangkatnya.

Perkenalkan orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua.

b)

Keberkesanan dalam perkenalan

Kedua pihak bersedia untuk memperkenalkan dan untuk menerima perkenalan.

Sebut nama dengan jelas dan betul.

Perlakuan yang tertib.

Pandang ke arah mata orang yang akan diperkenalkan.

Jika terlupa nama orang yang akan diperkenalkan, sebaik-baiknya akui.

Perkenalkan diri sendiri terlebih dahulu.

Elakkan perbuatan seperti menepuk bahu dengan kuat atau menggenggam


dengan kuat.

Bercakaplah dengan perlahan tetapi jelas.

2.

b.)

Tertib Memperkenalkan
i)
Izinkan saya memperkenalkan ...............
ii)
Puan..........inilah Encik..............
iii)
Boleh saya memperkenalkan ...................

c.)

Cara Menjawab Yang Sopan


i)
Apa Khabar ?
ii)
Bertuah dapat berkenalan!
iii)
Hello!

d.)

Larangan Semasa Menjawab Perkenalan


i)
Elakkan bertanya tentang asal usul tempat / daerah / bangsa / agama.
ii)
Elakkan bertanya tentang pangkat atau kursus.
iii)
Elakkan bercakap kasar dan meninggikan suara.
iv)
Elakkan menjeling dan menoleh ke tempat lain.
v)
Elakkan memandang jijik kepada orang yang diperkenalkan.
vi)
Elakkan memberi senyuman sinis / tidak ikhlas.

BERJABAT TANGAN (BERSALAM)


a.

Pelbagai cara

Kasar dan agresif

Mengawal

Hujung jari sahaja

Tarik

Sejuk

Erat dan mesra

b.

Perkara-perkara negatif semasa bersalam

Pengangan yang longgar menunjukkan kurang minat atau sambil lewa.

Hujung jari menunjukkan dingin, separuh berminat dan kurang penting.

Tiada kontak mata menunjukkan tidak penting / kurang suka dan tidak berminat.

Genggam dengan kuat menunjukkan dendam dan perasaan marah.

Enggan bersalam menunjukkan rasa tidak menerima atau membenci.

Perempuan hendaklah menghulurkan tangan dahulu. Tempoh adalah mengikut keadaan . Dalam
keadaan biasa, kira-kira lima saat. Sekiranya tidak mahu bersalam, memadai dengan
menundukkan kepala dan letakkan tangan di belakang. Tidak perlu menggunakan pelapik seperti
tudung / sapu tangan untuk bersalam.
3.

PERBUALAN SOSIAL
a.)

Contoh tajuk perbualan sosial yang sesuai adalah seperti berikut:


Hobi.

Sukan.

Muzik.

Rancangan Televisyen.

Pakaian.

Menanam bunga (Gardening).

4.

Makanan.
Pengembaraan.
Kesenian.
Cuaca.

b.)

Contoh tajuk perbualan sosial yang tidak sesuai

Perbualan peribadi.

Fahaman politik.

Keagamaan.

Peperangan.

c)

Tertib perbualan sosial

Kedua-kedua pihak berminat.

Pandang ke arah orang yang bercakap.

Dengar dengan teliti.

Bercakap dengan nada yang biasa.

Tempoh bercakap berpadan (tidak terlalu lama).

Bercakap secara bersahaja.

Beri laluan kepada yang mendengar untuk bercakap.

Berbual dengan seberapa ramai yang boleh dalam sesuatu kumpulan.


TATAHIAS PAKAIAN DAN GAYA
Kepentingan Tatahias
Pakaian bagi sesuatu majlis adalah tertakluk kepada tahap atau taraf majlis tersebut. Penampilan
seseorang individu dalam sesuatu urusan rasmi sentiasa diiringi oleh dua bentuk imej:-

i.
ii.

Imej organisasi di mana ianya berkhidmat .


Imej peribadi.
a)

Kesesuaian pakaian wanita


Perkara seperti berikut harus diberi perhatian :
Elakkan daripada memakai kain berkilat / berkilau pada siang hari.

Elakkan daripada memakai satu warna sahaja.

Jangan melebihi empat warna pada satu masa

Pilihan warna kain hendaklah berasaskan kepada warna kulit dan


bentuk badan.

Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai.

Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap tetapi tidak jarang.

Bila menggunakan alat solek, jangan keterlaluan.

Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat.

Rambut hendaklah tersisir rapi.

Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika memakai


tudung.

Jika memakai mini telengkong, warna tudung hendaklah bertentangan


dengan warna baju.

b)

Bila gunakan sarung kaki pilih warna skin colour


Corak fabrik tidak lebih dari empat warna.
Hindarkan daripada memakai anting-anting labuh, rantai tangan yang
berloceng yang akan membuat bunyi apabila anda berjalan.
Jauhi daripada memakai baju yang banyak rupol (frills) ataupun
berbunga besar.
Perhiasan hendaklah yang minima dan bukan menjolok mata.
Jangan memakai gelang tangan dan jam tangan ditangan yang sama.

Kesesuaian Pakaian Lelaki

Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher.


Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher (kecuali butang
kolar).
Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang.
Memakai tali leher hanya dengan kemeja lengan panjang
Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala tali
pinggang.
Sesuaikan warna tali leher dengan baju.
Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak.
Badan kurus dan gempal hendaklah memakai singlet
Sesuaikan warna stoking dengan seluar.
Kasut hendaklah bersih dan berkilat.
Stoking putih tidak sesuai dalam majlis.
Gunakan cologne dan deodoron yang kembut. Jika bergaul dengan
orang ramai sapukan cologne di kedua belah bahu.
Pakai singlet jika memakai bush-jacket tetapi jangan sampai kelihatan
singlet tersebut.
Seluar dan bush-jacket hendaklah sama warna dan bahan (material)
Baju berwarna putih sebagai pilihan pertama.Lain-lain warna tanpa
corak (light and plain) sebagai pilihan kedua.
Baju hendaklah sentiasa dimasukkan dalam seluar.
Elakkan dari memakai baju ketat yang boleh menyulitkan pergerakan
badan dan tangan.
Jangan memakai baju, seluar dan stoking corak/jenis berjalur
keseluruhannya.
Seluar jangan terlalu labuh hingga memecah lantai ataupun singkat
hingga kelihatan tergantung. Jangan memakai seluar yang ketat
(drainpipe).
Stokin berwarna putih tidak sesuai dengan pakaian pejabat melainkan
berpakaian putih / berpakaian sukan.
Kasut bersukan walaupun mahal, tidak ada tempat dalam urusan rasmi.

5.

KESESUAIAN PAKAIAN BAGI PELBAGAI MAJLIS ADALAH SEPERTI BERIKUT :Lelaki

Perempuan

Majlis

Kit/White
Tie/Baju
Negara atau Baju Kurung Atau Kebaya Labuh, Mess
berselendang dan tidak sedondon Kebangsaan Rasmi dengan
Darjah Kebesaran
Baju Kurung
Makan Malam a)
a)
Baju Kebangsaan Hitam
berselendang
oleh
Ketua
b)
Black Tie
Baju Kebaya Labuh
atau Ketua b)
Berselendang
a)
Baju Kebangsaan
b)
Lounge Suit
Baju Kurung
Makan Malam a)
b)
Baju Kebaya Labuh

1)

Bankuet
Negeri

2)

Jamuan
Rasmi
Negara
Kerajaan

3)

Jamuan
Formal

4)

Jamuan Makan Malam Baju Melayu Moden


Tidak Formal

Baju Batik Lengan Panjang

5)

Jamuan
Makan a)
b)
Tengahari Rasmi

a)

Baju Kebaya
Baju Kurung

b)
c)
6)
7)

8)

Jamuan
Makan Baju Melayu Moden
Tengahari Tidak Rasmi
Jamuan Teh Rasmi

Pengumiaan
Kebesaran

a)
b)

Baju Kurung
Baju Kebaya Labuh

Darjah Baju Kurung atau Kebaya Labuh,


berselendang dan tidak sedondon
Baju Kurung atau Kebaya Labuh,
berselendang dan tidak sedondon

Istiadat Pertabalan

10) Hari
Ulang
Kemerdekaan

Tahun a)
b)

Baju Kebaya
Baju Kurung

11) Pembukaan Persidangan Baju Kurung atau Kebaya Labuh,


berselendang dan tidak sedondon
Parlimen
12) Mengadap Tuanku

13) Cocktails dan Receptions

Baju Kurung atau Kebaya Labuh,


berselendang dan tidak sedondon
a)
b)

Baju Kebaya
Baju Kurung

Lengan

Baju Batik Lengan Panjang


a)
b)
c)
a)

9)

Baju
Batik
Panjang
Lounge Suit
Pakaian Kerja

Baju
Batik
Panjang
Lounge Suit
Pakaian Kerja

Lengan

b)
c)

Baju Batik Lengan


Panjang
Lounge Suit
Pakaian Kerja

a)
b)

Pakaian Istiadat
Baju Kebangsaan Rasmi

a)
b)
c)

Baju Batik Lengan


Panjang
Bush-Jacket
Pakaian Kerja

a)
b)

Pakaian Istiadat
Baju Kebangsaan Rasmi

a)

Lounge Suit Gelap dan


bersongkok

14) Musabaqah

Baju Kurung atau Kebaya Labuh,


berselendang dan tidak sedondon

b)

Baju Kebangsaan

a)

Baju
Batik
Panjang
Lounge Suit

b)
a)
b)
15) Pengebumian

Baju Kurung atau Kebaya Labuh,


berselendang dan tidak sedondon

c)

Lengan

Baju Kebangsaan
Baju Batik Lengan
Panjang
Lain-lain Pakaian yang
sesuai

16) Majlis Anjuran Agensi Pakaian Kerja


(siang)
17) Majlis di Luar Dewan Baju Kurung
seperti Perasmian Sukan

Baju Kebangsaan

18) Anugerah
Sastera Baju Kurung atau Kebaya Labuh,
Negara dan Anugerah berselendang dan tidak senonoh
Seni

Pakaian Kerja
Baju Batik Lengan Panjang
a)
b)

6.

Baju Kebangsaan Hitam


Lounge Suit warna gelap

HIASAN
Barang-barang kemas samada tulen atau tiruan seperti subang, gelang tangan, rantai tangan, jam,
cincin, dan rantai leher memang perlu dipakai. Kesederhanaan adalah yang paling sesuai dan ia
adalah sebahagian daripada pakaian yang menambah seri. Oleh yang demikian, hendaklah
dipadankan dengan baju yang dipakai. Elakkan memakai terlalu banyak hiasan.
a)

Tali Pinggang
i)
dari jenis kulit, PVC, kain atau besi yang sesuai

b)

Selendang dan Skaf


i)
dipakai dengan pakaian kurang formal atau formal seperti di majlis rasmi dengan
cara disangkutkan di bahu.
ii)
Dipakai di majlis keagamaan dan dalam menziarahi kematian-selendang
menutupi seluruh kepala.

c)

Beg Tangan
Beg yang sesuai mengikut keadaan seperti :i)
Kegunaan harian di pejabat.
ii)
Kegunaan pelbagai.
iii)
Kegunaan majlis rasmi.

7.

MINYAK WANGI
Pilihan yang lembut, supaya ia tidak melemaskan atau memeningkan
a)

Minyak wangi tulen


i)
Adalah pekat dan hendaklah dipakai sedikit sahaja.

b)

Eau de toilette
i)
Air kolon yang kurang pekat dan lebih murah. Ia perlu dipakai beberapa kali
sehari kerana baunya tidak pekat.
Semburan badan
i)
Ini adalah bau-bauan yang sangat ringan dan tidak pekat.

c)

8.

KESIHATAN, KEBERSIHAN, DAN KEKEMASAN


Aspek ini amat penting, ia menggambarkan sejauhmana seseorang itu memberi keutamaan
kepada pengurusan dirinya.
Antara perkara-perkara yang dimaksudkan ialah :
a)

Bahagian kepala dan muka

Rambut perlu diurus kemas dan kelihatan terjaga.

Misai dan janggut diurus dengan baik.

Bulu hidung tidak kelihatan liar.

Gigi sentisa bersih.

Pernafasan tidak berbau.

b)

Bahagian badan dan tangan

Badan tidak berbau.

Baju tidak ada tanda tercarik.

Baju tidak kelihatan berdaki di bahagian lengan, poket dan kolar.

Baju kelihatan tidak bergosok (iron).

Kuku jari dipotong tidak kelihatan panjang atau tanda digigit-gigit.

Kulit di lengan, siku, muka dan leher tidak terdapat tanda-tanda berpenyakit atau
bersisik.

c)

Bahagian punggung dan kaki

Seluar tidak kelihatan tidak bergosok (iron)

Seluar tidak kelihatan tercarik.

Tidak berstokin.

Memakai stokin lebih daripada hadnya harinya.

Bagi wanita, jangan pakai stokin berwarna perang atau berbunga.

Kasut kelihatan kelabu.

Kasut coklat kelihatan hitam.

Tumit kasut hendaklah diperbaiki sekiranya sudah worn-out.

ASPEK-ASPEK PENGURUSAN PELBAGAI MAJLIS RASMI ATAU FORMAL


JAWATANKUASA
Dalam perlaksanaan sesuatu majlis, jawatankuasa adalah penting. Jawatankuasa yang dimaksudkan di sini
bukanlah jawatankuasa yang ditubuhkan khas untuk sesuatu majlis atau jawatankuasa yang ditubuhkan
secara 'adhoc', tetapi satu jawatankuasa tetap yang mempunyai ahli yang terhad bilangannya dan
mempunyai tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan.
Di peringkat persekutuan, semua majlis rasmi kerajaan dikelolakan oleh sebuah jawatankuasa yang dikenali
sebagai Jawatankuasa Majlis Rasmi atau 'Official Functions' Committee '. Di peringkat agensi maka adalah
perlu mempunyai satu jawatankuasa majlis rasmi yang tetap yang akan merancang dan melaksanakan
semua majlis rasmi bagi agensi berkenaan. Bilangan ahlinya terhad, jika boleh tidak melebihi dari tujuh
orang, dan terdiri daripada pegawai di agensi yang berkenaan sahaja.
TEMPAT MAJLIS
Penentuan tempat majlis adalah perlu dibuat awal kerana tempat majlis ada kaitannya dengan bilangan
tetamu dan anggaran perbelanjaan. Perkara-perkara penting yang mesti diambilkira adalah seperti berikut:
i). Diketahui umum dan mudah dituju
ii). Mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi
iii). Mempunyai ruang legar yang luas
iv). Mempunyai kemudahan asas yang mencukupi
v). Sesuai dengan jenis majlis yang hendak diadakan
Ada majlis yang diadakan di dalam dewan dan ada majlis yang diadakan di luar dewan yang lebih terbuka.
Penggunaan protokol adalah tertakluk kepada jenis majlis dan juga tempat majlis itu diadakan. Biasanya
majlis yang diadakan di tempat yang terbuka dan juga di tempat ibadat penggunaan protokol adalah terhad
dan adakalanya terpaksa diubahsuai.
PENYEDIAAN SENARAI JEMPUTAN
Bagi setiap majlis. hendaklah disediakan dalam 5 bentuk iaitu:
i)

Ringkasan Senarai
Ia merupakan senarai kategori dan bilangan tetamu. Tujuannya adalah supaya
dapat diketahui kategori tetamu, bilangannya, kombinasi dan peringkat tetamu.

ii)

Senarai Nama
Senarai Nama adalah senarai yang akan menyenaraikan nama-nama tetamu mengikut
kategori. Jika dalam kategori menteri ada senarai 4 orang menteri maka nama 4 orang

menteri yang akan dijemput hendaklah ditulis. Senarai nama ini bukanlah setakat nama
sahaja tetapi hendaklah mengandungi butir lain yang lengkap seperti:

Nama penuh dengan gelaran dan Darjah Kebesaran yang disandang (jika ada)
Nama isteri (jika diketahui)
Jawatan atau pangkat
Alamat Pejabat (lengkap dengan poskod)
Nombor Telefon Pejabat
Alamat Rumah (lengkap dengan poskod)
Nombor Telefon Rumah
Nama Setiausaha Sulit dan Nombor Telefon (jika ada)

iii) Senarai Mengikut Keutamaan


Senarai tetamu dari senarai kedua tadi disusun mengikut susunan keutamaan. Senarai ini
hendaklah mengikut panduan dan Susunan Keutamaan Persekutuan atau negeri, atau
agensi mana yang berkenaan. Dalam menyediakan senarai ini tidak perlu ditulis secara
terperinci dan memadai namanya sahaja serta ringkasan jawatan.
iv) Senarai Jawapan Kehadiran
Senarai ini adalah sama dengan senarai ketiga tetapi ditambah dengan dua ruangan di
sebelah kanan untuk ditandakan hadir dan tidak hadir. Ruang ini hendaklah serta-merta
ditandakan, sebaik sahaja menerima jawapan hadir atau tidak hadir.
v) Senarai Hadir
Senarai yang terakhir dan mengandungi senarai tetamu yang menjawab hadir
sahaja. Senarai ini adalah diambil dari senarai keempat dengan mengeluarkan namanama tetamu yang telah menjawab tidak hadir. Nombor kerusi tetamu biasanya tercatit
dalam senarai ini dan . Penyambut tetamu perlu ada senarai ini.
ATURCARA MAJLIS
Aturcara majlis ialah urutan cara dalam sesuatu majlis dari mula hingga akhir. Majlis rasmi kerajaan yang
diadakan pada sebelah malam hendaklah dimulakan selepas 8.00 malam dan ditamatkan selewat-lewatnya
jam 11.30 malam. Majlis yang diadakan pada sebelah siang jika hari Jumaat hendaklah ditamatkan
sebelum 12.15 tengahari dan jika dimulakan pada sebelah petang hendaklah tidak lebih awal daripada 2.45
petang.
Cara membuat aturcara majlis ialah dengan menyenaraikan dahulu acaranya mengjkut urutannya. Lepas itu
letakkan masa akhirnya dan kemudian dari waktu akhir rnembawa ke waktu permulaan. Sebelum itu
hendaklah ditentukan jangka masa bagi setiap acara.
PENULISAN DAN PENGEDARAN KAD JEMPUT AN
Kad Jemputan hendaklah mengandungi butir-butir berikut:
1. Nama majlis
2. Penganjur atau yang menjemput

10

3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.

Logo agensi
Tempat majlis
Ruang nama jemputan
Tarikh majlis diadakan
Masa majlis bermula dan masa majlis berakhir
Masa ketibaan tetamu
Panduan pakaian
Nama dan nombor telefon rujukan
Aturcara majlis (mengikut keperluan) dan plan tempat majlis (mengikut keperluan)
Kad jawapan (mengikut keperluan)
Plan Lokasi (mengikut keperluan)

Nama tetamu di kad jemputan hendaklah ditulis dengan tangan manakala sampulnya ditaip dan diedarkan 4
minggu sebelum majlis diadakan dan tarikh jawapan diterima ialah seminggu sebelum majlis diadakan. Jika
masa lewat iaitu kurang dari dua minggu kad-kad jemputan hendaklah dihantar dengan tangan.
PEMILIHAN MENU
Terdapat tiga kategori jamuan iaitu:a)

Jamuan ringan dalam sesuatu majlis


Jamuan ringan dalam sesuatu majlis ialah jamuan yang diadakan di pertengahan majlis
ataupun di penghujung majlis. Biasanya diadakan di penghujung majlis. Jika majlis
mengambil masa yang lama maka diadakan jamuan ringan di pertengahan majlis iaitu
masa rehat. Menu bagi jamuan ini tidak perlu berat dan jenisnya pula mengikut cara
jamuan itu diadakan samada buffet berdiri, buffet duduk atau duduk.
Bagi Buffet berdiri menu yang disediakan hendaklah yang senang dimakan. Makan yang
berbungkus tidak sesuai. Cara buffet duduk boleh terdiri daripada jenis makanan yang
susah sedikit untuk dimakan clan berat sedikit kerana tetamu senang untuk makan dan
berasa selesa.

b)

Majlis khas jamuan ringan


Majlis khas jamuan ringan biasanya diadakan secara duduk dan dengan itu boleh
disediakan menu yang lebih berat dan jenis buffet. Walau bagaimanapun kombinasi kuih
muih hendaklah mengikut prinsip; manis-pedas, berbungkus-terbuka, warna-warni, keraslembut dan sebagainya.

c)

Jamuan makan
Menu bagi majlis jamuan makan pula terbahagi kepada dua iaitu Menu Biasa dan Menu
Barat. Makanan China atau "Chinese food" tidak sesuai bagi majlis rasmi dan formal
sebab cara menghidangnya sukar mengikut amalan protokol di Malaysia.
Menu Biasa yang mengandungi nasi dan lauk pauk adalah sesuai untuk majlis yang
tetamunya ialah orang-orang tempatan manakala Menu Barat hanya digunakan apabila
terdapat ramai tetamu luar negeri atau majlis tersebut khas diadakan untuk tetamu luar
negeri.

SUSUNAN KEUTAMAAN

11

Dari segi protokol, keutamaan yang perlu diikuti dalam majlis rasmi dan formal ialah keutamaan yang
diwartakan sebagai Susunan Keutamaan Persekutuan dengan pindaan-pindaan yang telah diluluskan dari
semasa ke semasa. Di peringkat negeri pula hendaklah mematuhi Susunan Keutamaan Negeri yang
berkenaan. Susunan ini hendaklah diamalkan di semua majlis formal seperti aturan ketibaan dan balik,
tempat duduk, teks juruacara, teks ucapan clan lain-lainnya.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
37.
38.
39.

Yang di-Pertuan Agong.


Raja Permaisuri Agong.
Raja-raja dan Pemangku-Pemangku Raja
Yang di-Pertua Negeri-Negeri.
Bekas-bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan DiRaja daripada Kerajaan
Persekutuan.
Perdana Menteri.
Timbalan Perdana Menteri
Kehormat- 7A. Bakal-bakal Raja (Tengku Mahkota atau Raja Muda)
Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.).
Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.).
Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M.).
Kehormat-10A. Dato-Dato Undang Yang Empat Negeri Sembilan dan Tengku Besar Tampin,
Negeri Sembilan.
Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.
Yang di-Pertua Dewan Negara.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Bekas-bekas Perdana Menteri.
Bekas-bekas Timbalan Perdana Menteri.
Ahli-ahli Jemaah Menteri.
Setiausaha Jemaah Menteri/Ketua Setiausaha Negara.
Kehormat-17 A. Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri.
Peguam Negara.
Panglima Angkatan Tentera.
Ketua Polis Negara.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Timbalan- Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Menteri-Menteri Yang Mutlak, PemangkuPemangku Pesuruhjaya Tinggi dan Kuasa-Kuasa Usaha.
Presiden Mahkamah Rayuan.
Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya.
Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
Ketua Pembangkang di Parlimen.
Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan
Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan.
Setiausaha-Setiausaha Parlimen.
Bekas Ketua Setiausaha Negara.
Pegawai-pegawai Gred Utama Turus I, II den III.
Bekas Peguam Negara, Bekas Panglima Angkatan Tentera den Bekas Ketua Polis Negara.
Pengerusi-Pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan
Persekutuan.
Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi.
Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam.
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kehakiman.
Ketua Audit Negara.

12

40.
41.
42.
43.
44.
45.
46.
47.
48.
49.
50.
51.
52.
53.
54.
55.
56.
57.
58.
59.
60.
61.
62.
63.
64.
65.
66.
67.
68.
69.
70.

Gabenor Bank Negara.


Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan.
Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Penyimpan Mohar Besar Raja-Raja.
Datuk Paduka Maharaja Lela.
Ahli-ahli Panglima Mangku Negara (P.M.N.).
Ahli-ahliPanglima Setia Mahkota (P.S.M.).
Profesor-Profesor Diraja.
Ahli-ahli Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
Ahli-ahli Panglima Setia Diraja (P.S.D.).
Kehormat-50A. Timbalan- Timbalan Menteri Besar/Timbalan- Timbalan Ketua Menteri.
Kehormat-50B. Speaker Dewan-Dewan Undangan Negeri.
Ahli-ahli Dewan Negara.
Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Pegawai-pegawai Gred Utama 'A' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf
dengannya.
Panglima Tentera Darat.
Panglima Tentera Laut.
Panglima Tentera Udara.
Timbalan Ketua Polis Negara.
Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian.
Naib-Naib Canselor Universiti.
Kehormat-59A. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri danMenteri Negeri di Sabah/Sarawak.
Pegawai-pegawai Gred Utama 'B' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf
dengannya.
Pengerusi-Pengerusi Badan-Badan Berkanun Persekutuan dan Ketua-Ketua BadanBerkanun
Persekutuan yang setaraf dengan Gred Utama 'B' dan ke atas.
Kehormat-61 A. Penerima Anugerah 'Fellow' Negara.
Wakil-wakil Tempatan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pegawai-pegawai Gred Utama 'C', Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-Ketua Badan
Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya.
Kehormat-63A. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
Ahli-ahli Johan Mangku Negara (J.M.N.).
Ahli-ahli Johan Setia Mahkota (J.S.M.).
Ahli-ahli Johan Setia Diraja (J.S.D.).
Pegawai-pegawai Gred I, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-Ketua Badan Berkanun
Persekutuan yang setaraf dengannya.
Setiausaha-Setiausaha Politik.
Pegawai-pegawai Gred II den Pegawai-pegawai Tentera den Polis yang setaraf dengannya.
Konsul-Konsul Besar negara-negara yang tiada perwakilan diplomatik di Malaysia.

PANGGILAN HORMAT

Panggilan

Lelaki/Suami

Perempuan/Isteri

Panggilan

Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong

Raja Permaisuri Agong

SPB

13

(SPB)
Duli Yang Maha Mulia
(DYMM)
Yang Amat Mulia

Sultan/
YangDipertuan Besar/Raja
Negeri-Negeri
Anak-Anak
Raja Yang Memerintah

Tuan Yang Terutama


(TYT)

Yang Dipertua Negeri

Yang Amat Berhormat


(YAB)

Perdana Menteri / Timbalan


Perdana Menteri / Menteri
Besar / Ketua Menteri

Yang Berhormat (YB)

Yang Behormat (YB)

Yang Amat Arif


(YAA)

Sultanah/ Tengku
Ampuan/ Tuanku
Ampuan

YAM
Anak-anak
Raja Yang Memerintah
Isteri Yang Dipertua
Negeri

Menteri /
Timbalan Menteri
/ Setiausaha Parlimen
Yg Dipertua Dewan Negara
dan Rakyat/ Timbalan Yg
Dipertua Dewan / Ahli
Dewan Negara / Ahli Dewan
Rakyat / Ahli Dewan
Undangan Negeri

DYMM

Yang Amat Berbahagia


(YABhg)

Yang Amat Berbahagia


(YABhg)
Isteri
YBhg.
Isteri
YBhg
Isteri

YBhg
Ketua Hakim Negara
Isteri

Yang Arif
(YA)

Hakim Besar/Hakim
Mahkamah Agung/
Mahkamah Tinggi

Isteri

YBhg

Yang Berbahagia
(YBhg)

Peguam Negara

Isteri

YBhg

Tun

Toh Puan

YABhg.

Yang Amat Berbahagia


(YABhg.)
Tan Sri

Puan Sri

YBhg.

Yang Berbahagia
(YBhg.)

Dato/Datuk

Datin

YBhg

Yang Berbahagia
(YBhg.)

Tengku/Raja/
Ungku/Tunku/Ku

Tengku/Raja/
Ungku/Tunku/Ku

YM

Yang Mulia
(YM)

Syed/Sheikh/
Haji

Syarifah/Siti/
Hajjah

Puan / Cik

14

Tuan

Mufti

Sahibul
Samahah

Kadi Besar / Kadi

Sahibul
Fadilah

Profesor

Prof. Madya / Pegawai tiada


gelaran

Mahasiswa

Yang Berbahagia
(YBhg)
Yang Berusaha
Yang Dihormati

SUSUNAN TEMPAT DUDUK


Dalam majlis rasmi dan formal susunan tempat duduk mesti mematuhi susunan keutamaan yang
diwartakan. Jika majlis diadakan di negeri dan tetamunya pula terdiri daripada tetamu persekutuan dan
negeri maka satu persetujuan hendaklah dicapai antara Protokol Persekutuan dan Protokol Negeri
mengikut prinsip-prinsip yang ditetapkan. Dalam apa jua majlis kecuali Majlis Konvokesyen Universiti dan
jamuan makan tetamu yang duduk di pentas atau meja khas hendaklah dihadkan.
Penentuan Susunan Tempat Duduk
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.

Bentuk-bentuk susunan tempat duduk.


Susunan Keutamaan
Dif-dif paling hampir sekali dengan Tetamu Khas ialah dif terkanan. Kekananan bermula dari
kanan Tetamu Khas.
Susunan tempat duduk di pentas dan dif-dif hendaklah mengikut kekananan.
Pentas utama acara perasmian dsb.
Majlis jamuan rasmi
Jumlah ganjil atau genap
Hadkan 3 , 5 , 7 | 4 , 6 , 8
Perhatian berpusat ke Tetamu Kehormat
Dif yang paling hampir dengan Tetamu Khas ialah dif yang paling utama sekali.
Keutamaan bermula dari kanan tetamu kehormat.

4 Prinsip Susunan
Prinsip 1
SUSUNAN HENDAKLAH MENGIKUT KEUTAMAAN

15

1.
2.
3.

Susunan tempat duduk sama ada di pentas khas atau di tempat para jemputan ianya
hendaklah mengikut Susunan Keutamaan.
Jika jemputan tanpa isteri, keutamaan di pentas khas bermula dari kanan Tetamu Khas diikuti
dengan kiri, balik ke kanan, ke kiri dan seterusnya berselang seli.
Bagi jemputan bersama isteri, kekananan bermula dari kanan Tetamu Khas membawa ke
tepi (suami/lelaki) dari kiri isteri Tetamu Khas membawa ke tepi (isteri/perempuan)

Prinsip 2
JUMLAH DIF DI PENTAS KHAS HENDAKLAH TERHAD
1.
2.

Jemputan seorang jumlahnya angka ganjil 5, 7 dan 9.


Jemputan dengan isteri jumlahnya angka genap 6, 8, 10 dan 12

Perinsip ini diwujudkan bertujuan untuk memberi penghormatan dan tumpuan kepada mereka yang
berkenaan/berkaitan sahaja
Prinsip 3
TUAN RUMAH ATAU HOST DUDUK DI SEBELAH KANAN TETAMU KEHORMAT
Tuan Rumah biasanya dikenali sebagai orang yang menjemput atau bertanggungjawab menganjurkan
sesuatu majlis atau upacara.
Prinsip 4
ISTERI DUDUK DI SEBELAH KIRI SUAMI
1.
Prinsip ini adalah amalan biasa dalam apa jua majlis apabila para jemputan dijemput
isteri.
2.
Kedudukan isteri sama ada majlis siang atau malam ialah isteri duduk di sebelah kiri
kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu.

bersama
suami

Kekananan Bagi Empat Orang

PENTAS

16

Kekananan Bagi Empat Orang Dengan Isteri

PENTAS

Kekananan Bagi Lima Orang

PENTAS
Kekananan Bagi Enam Orang Dengan Isteri

PENTAS

17

Bentuk Susunan Meja Majlis Jamuan


Terbahagi kepada 4:
1.
2.
3.
4.

Susunan Meja Panjang


Susunan Meja Bulat
Susunan Meja Gabungan Meja Panjang dan Meja Bulat
Susunan Meja Gabungan Meja Bulat dan Meja Panjang

3 Prinsip Susunan
Prinsip 1
Tetamu Kehormat hendaklah duduk di sebelah kanan Tuan Rumah sekiranya setaraf kecuali Tetamu
Kehormat itu jauh lebih tinggi atau jauh lebih rendah dari Tuan Rumah
Prinsip 2
Susunan dif-dif meja utama / khas hendaklah mengikut susunan keutamaan
Prinsip 3
Wanita tidak duduk di hujung meja khas / diRaja.

Prinsip Am Meja Jamuan

Tuan Rumah di sebelah kiri Tetamu Kehormat yang lebih tinggi dan sebaliknya sekiranya setaraf
Wanita tidak duduk di hujung meja diRaja/khas
Wanita tidak duduk mengetuai meja-meja panjang
Meja bulat hendaklah penuh kecuali dihadiri oleh SPBYDA/Raja-raja, dua kerusi di hadapannya
hendaklah dikosongkan dan meja berhampiran diubahsuai untuk elak tetamu lain membelakangi
tetamu utama

PENGACARAAN MAJLIS FORMAL


Terdiri daripada mereka yang berkebolehan dalam bidang ini dan tidak semua orang boleh menjadi
juruacara yang baik. Tujuan utama juruacara ialah memaklumkan kepada tetamu apa yang akan berlaku
mengikut urutan acara majlis.
Juruacara tidak boleh menjadi Pengerusi Majlis tetapi Pengerusi Majlis boleh menjadi juruacara. Teks
juruacara hendaklah ditaip dengan menggunakan kertas separuh A4 dan satu muka surat hanya dimuatkan
satu pengumuman sahaja. Setiap pengumuman pula mengandungi butir-butir berikut:1.
2.
3.

MASA (anggaran)
CUE
(panduan bagi juruacara)
ANN
(teks pengumuman)

18

Gaya dan isi teks juruacara adalah tertakluk kepada tahap atau taraf majlis yang berkenaan. Setiap majlis
mesti disediakan dua juruacara (seorang sebagai simpanan). Teks juruacara hendaklah disediakan oleh
pihak penganjur.
PENYEDlAAN ATURCARA PENTADBIRAN
Aturcara pentadbiran adalah merupakan aturcara majlis yang ditulis secara terperinci dengan tujuan:

sebagai panduan untuk pegawai yang mengendalikan majlis tersebut


sebagai panduan kepada semua pegawai dan pekerja yang terlibat dalam majlis tersebut
untuk menentukan majlis berjalan dengan licin dan mengikut lunas-lunas protokol yang diterima
untuk mengawal masa
untuk menjadi panduan masa akan datang
sebagai rekod

Aturcara pentadbiran yang baik mengandungi butir-butir berikut;


1.
2.
3.
4.

Masa
Tempat
Keterangan yang merupakan urutan acara secara terperinci (aktiviti)
Pegawai yang bertanggungjawab (tindakan)

Selain daripada aturcara pentadbiran, 'Check List' hendaklah juga disediakan bagi membantu melicinkan
pengendalian majlis berkenaan.
PERANAN PENYAMBUT TETAMU
Berikut ialah panduan bagi penyambut tetamu dalam majlis :1.

Maklumat
Penyambut hendaklah mengetahui maklumat keraian yang sedang diadakan sekurang-kurangnya
tujuan keraian tersebut diadakan.

2.

Aturcara Keraian Yang Berkenaan


Penyambut mestilah mengetahui aturcara keraian yang berkenaan terutamanya waktu yang
ditetapkan bagi tetamu sampai dan balik.

3.

Susunan Tempat Duduk


Penyambut hendaklah tahu susunan tempat duduk keseluruhannya supaya senang untuk
memandu atau menunjukkan tempat duduk tetamu yang berkenaan.

4.

Kawasan Yang Diuntukkan


Penyambut hendaklah mahir dengan tempat dan kawasan yang diuntukkan baginya menyambut.

5.

Tempat- Tempat Penting

19

Penyambut hendaklah mengetahui tempat-tempat yang penting seperti tandas, pintu masuk,
tempat keluar dan lain-lain.
6.

Senarai Tetamu Yang Dijemput


Penyambut mestilah mempunyai ringkasan keseluruhan senarai tetamu yang akan hadir dan
sebaik-baiknya mengenali tetamu tersebut.

7.

Senarai Tetamu Khas


Selain daripada senarai kesemua tetamu yang dijemput, senarai tetamu khas yang akan disambut
hendaklah juga diketahui dengan lancar.

8.

Pakaian Penyambut
Penyambut hendaklah memakai pakaian yang sempurna dan sesuai mengikut keraian yang
sedang dijalankan. Pakaian terdedah bagi perempuan adalah tidak sesuai.

9.

Cara Menyambut
Tetamu hendaklah disambut dengan hormat dan berikan buku aturcara jika ada. Tunjukkan tempat
duduk secara hormat.

10.

Mengenali Tetamu
Seboleh-bolehnya penyambut hendaklah kenal dengan tetamu yang disambut. Jika tidak kenal
hendaklah bertanya dengan cara hormat.

11.

Ketibaan Penyambut
Penyambut hendaklah tiba satu jam lebih awal daripada masa tetamu dijangka tiba. Penyambut
hendaklah melaporkan diri kepada Pegawai Bertugas dan mengambil senarai tetamu. Ia
hendaklah memeriksa semua tempat duduk dan bandingkan dengan senarai tetamu yang
dikhaskan untuknya.

12.

Pertanyaan dan Teguran


Jika ada apa-apa pertanyaan dimajukan, jawablah dengan sopan. Jika ada teguran dari tetamu
yang kurang senang didengar, hendaklah mendiamkan diri sahaja tetapi ambil ingatan. Jangan
sekali-kali bertengkar dengan tetamu atau memberi maklumat yang penyambut sendiri kurang
pasti.

13.

Kesulitan
Jika menghadapi kesulitan atau masalah hendaklah segera merujuk kepada Pegawai Bertugas.
Dengan itu penyambut tetamu mestilah mengetahui Pegawai Bertugas pada masa itu.

14.

Mudah Senyum
Penyambut hendaklah mudah senyum.

RAPTAI
Raptai amatlah penting bagi sesuatu majlis walaupun majlis tersebut merupakan majlis ulangan (selalu
diadakan) dan hendaklah diadakan beberapa kali mengikut keperluan. Tujuan raptai ialah:
i)
ii)

Supaya mereka yang terlibat tahu akan tugas dan tanggungjawabnya.


Untuk menentukan urutan majlis.

20

iii)
iv)
v)
vi)

Untuk menentukan jangka masa yang tepat.


Untuk memperbaiki kelemahan yang ada.
Untuk penyelarasan acara.
Untuk membiasakan petugas-petugas dengan keadaan tempat.

NILAI-NILAI ISLAM
Majlis yang diadakan hendaklah menggambarkan hasrat kerajaan mengenai Dasar Penerapan Nilai-Nilai
Islam sejajar dengan Agama Islam sebagai agama rasmi negara.
POST-MORTEM
Post-Mortem diadakan selepas selesai sesuatu majlis bagi mengukur tahap kejayaan majlis. Post-Mortem
juga diadakan untuk mencari punca kelemahan serta cara-cara mengatasinya bagi majlis yang akan
datang. Post-Mortem tidak akan mendapat kerjasama dari pihak yang terlibat seandainya digunakan untuk
mencari kesalahan seseorang.

21

You might also like