Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Perbezaan Individu

Perbezaan individu.
Tugasan ini merupakan tugasan yang amat berguna untuk menilai tahap kebolehan,
kecergasan, rohani, intelek dan kognitif murid. Murid-murid di sekolah rendah mesti
dinilai dari awal lagi untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Papalia (2001), mengatakan manusia berbeza dari segi jantina, berat, bentuk badan,
tahap kesihatan dan tenaga, personaliti, dan emosi.
Slavin (1997), mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan
pembelajaran. Faktor persekitaran pula seperti gaya hidup keluarga, sosio-ekonomi
keluarga, pengaruh persekitaran di rumah dan disekolah.
Sepanjang menjalankan tugasan ini, guru telah menggunakan beberapa aspek
berdasarkan teori dan menyesuaikan serta mengaplikasikan dalam membuat
penilaian. Hal ini disebabkan kesesuaian teori itu bergantung kepada persekitaran,
dan masyarakat dalam kawasan kajian.
Perbezaan fizikal
Semua murid berbeza dari segi saiz dan bentuk menyebabkan perbezaan kepada
kekuatan fizikal. Secara amnya, kekuatan fizikal murid lelaki lebih kuat berbanding
murid perempuan. Murid lelaki biasanya lebih lasak dan gemar terlibat dalam aktiviti
luar seperti mendaki gunung, berkayak, bermain papan luncur dan lain-lain aktiviti
yang mencabar.
Perbezaan dari segi umur dan kematangan juga mempengaruhi kebolehan
pembelajarab murid. Contohnya, murid yang lebih matang di dalam kelas
mempunyai pencapaian akedemik yang lebih baik. banyak kajian telah menunjukkan
murid perempuan murid perempuan mempunyai pencapaian akedemik yang lebih
baik daripada murid lelaki. Tetapi, di peringkat sekolah menengah dan selepas
berumur 15 tahun, murid- murid lelaki lebih Berjaya berbanding dengan murid-murid
perempuan.
Perbezaan fizikal juga jelas kelihatan dari segi warna kulit, mata, rambut, dan kadar
kebotakan dan mempunyai uban. Akal atau struktur kognitif juga berubah mengikut
kematangan.
Perbezaan Kognitif.
Secara lazimnya semua manusia mempunyai kebolehan kognitif yang berbeza-beza
termasuk kebolehan lisan, memproses maklumat, kebolehan spatial dan matematik.
Memori dan kemahiran menulis adalah berbeza di kalangan murid-murid. Secara
amnya, murid-murid perempuan lebih baik dari segi ingatan daripada murid lelaki
terutama di sekolah rendah. Kebolehan spatial ialah kebolehan mengagak membuat
sesuatu, contohnya memasukkan perabot ke dalam kereta.

Kebiasaannya, murid-murid lelaki lebih baik dalam bidang matematik dan sains,
tetapi murid-murid perempuan lebih bagus dalam aspek mebaca dan bidang
sastera.
Selain itu, masalah pembelajaran seperti Kurang Upaya Kognitif seperti disleksia
dan Attention Defict Hyperactive Disorder (ADHD) atau Learning disabilites (LD)
mencacatkan kebolehan murid-murid untuk mencapai pencapaian akedemik yang
lebih tinggi.
Murid-murid mempunyai kepelbagaian tahap kestabilan emosi. Kepelbagaian ini
disebabkan oleh keadaan emosi di sekeliling murid-murid semasa proses
pembesaran mereka. Emosi seseorang kanak-kanak berasal daripada ibu bapa dan
keluarganya yang mempunyai pelbagai kemahiran bersosial dan tahap sosio-emosi
yang berbeza. Hal ini akan mengakibatkan melahirkan personality murid-murid yang
berbeza.
Sesetengah murid mempunyai tahap kecergasan emosi (EQ) yang tinggi berbanding
murid-murid yang lain. Perezaan emosi merangkumi emosi-emosi ketakutan,
sensitive, cepat marah, pemalu dan pasif.

Perbezaan Sosial
Perbezaan sosial berpunca dari latarbelakang sosio-ekonomi murid-murid dan
kapasiti pendapatan keluarga masing-masing.
Murid-murid berasal dari kalangan keluarga yang mewah mendapat nutrisi yang
lebih bagus dan keadaan fizikal yang terjaga rapi. Manakala murid-murid yang
berasal dari keluarga kelas pertengahan mendedahkan anak-anak mereka kepada
pelbagai aktiviti yang mencabar seperti perkhemahan dan bengkel-bengkel
kemahiran.
Murid-murid yang berasal dari keluarga yang susah pula tidak mampu mempunyai
nutrisi yang seimbang dan tidak mempunyai begitu banyak peluang untuk
melibatkan diri dalam program-program yang pelbagai dan tidak mampu menghadiri
kelas-kelas teras utama.
Perbezaan Budaya
Perbezaan budaya wujud di dalam kelas yang terdapat pelbagai kaum seperti
Melayu, Cina, India dan etnik yang lain. Perbezaan ini merangkumi perayaan, sistem
kepercayaan, makanan dan pemakaian murid-murid.
Oleh itu, murid-murid perlu mempunyai pengetahuan dan hormat-menghormati
terhadap perbezaan budaya itu.
Perbezaan rohani dan Agama
Setiap individu mempunyai falsafah hidup dan keagamaan yang berbeza dengan
individu yang lain. Mereka mempunyai agama mereka yang tersendiri. Anak- anak
akan biasa mengikuti agama ibu bapa mereka. Contoh: Murid- murid daripada

bangsa yang berlainan akan pergi ke tempat-tempat ibadat yang berlainan dan
mempunyai kepercayaan- kepercayaan yang berlainan.
Perbezaan individu antara Tan Fang Ling dan Soo Mei Xuan:
Berdasarkan temubual dan pemerhatian yang dilakukan ke atas kedua-dua
murid, guru mendapati banyak perbezaan dari pelbagai aspek. Perbezaan yang
ketara dapat dilihat dari fizikal iaitu rupa paras dan warna kulit mereka.
Dari segi latarbelakang keluarga Tan Fang Ling, perbezaannya ialah
keturunan ibu dan bapa adalah berlainan. Mendiang bapa Tan Fang Ling
berketurunan cina manakala ibunya berketurunan india. Oleh itu, murid ini
dibesarkan dengan cara dan kepercayaan dua kaum tetapi selepas kematian
bapanya dia dibesarkan dalam tatacara dan kepercayaan kaum india. Berbeza
dengan Soo Mei Xuan, dia dibesarkan dengan kasih sayang keluarga yang cukup.
Dia juga menjalani kehidupan sebagai masyarakat cina yang sempurna dan lengkap
dengan adat dan kepercayaan nenek moyang. Hal ini jelas membuktikan tentang
teori havighurst (1900-1991) yang menyatakan konsep perkembangan manusia
berdasarkan penguasaan ke atas tugasan-tugasan kebudayaan yang berkaitan
dengan umur seseorang.
Lev Vygotsky (1896-1934) ada menyebut perkembangan kognitif dipengaruhi
oleh interaksi sosial dengan individu yang mahir dan cekap. Dalam hal ini dapat
dilihat dalam perbandingan tahap pemikiran dan tindakbalas murid. Tan Fang Ling
seorang yang pendiam dan jarang berkomunikasi dengan rakan tetapi kerap
berkomunikasi dan bertanya dengan guru. Oleh itu, Tan Fang Ling memperolehi
markah pencapaian ujian daln dalam kelas lebih tinggi daripada Soo Mei Xuan.
Dari segi sosial pula teori yang digunakan untuk membuktikan dan menilai
tahap sosial kedua-dua murid ini ialah Teori Personaliti Erikson, Erik Erikson (19021994). Teori ini menjelaskan bahawa perkembangan personality berhubungkait
dengan nilai-nilai keibubapaan dan kemasyarakatan. Dalam teori ini setiap individu
akan melalui 8 peringkat dan peringkat yang terlibat ialah peringkat berdaya usaha
lawan rendah diri. Dalam hal ini perbezaan antara Tan fang Ling dan Soo Mei Xuan
amat ketara di mana Tan Fang Ling merupakan seorang murid yang pendiam dan
jarang bergurau-senda atau berkomunikasi dengan aktif sesama rakan sekelas.
Berbeza dengan Soo Mei Xuan yang mempunyai pengaruh tertentu dalam kalangan
murid-murid kelas 4J. Latarbelakang keluarga Tan Fang Ling mempengaruhi
pembentukan nilai jati diri dan sikap murid ini. Seperti yang diberitahu, murid ini
dibesarkan tanpa kasih saying seorang bapa sejak dia berumur 8 tahun. Selain itu
kemungkinan sikap pemalu itu diwarisi daripada mendiang bapa Tan Fang Ling.
Perbezaan budaya antara Tan Fang Ling dan Soo Mei Xuan jelas dilihat dari
segi keturunan dan bangsa ibu bapa masing-masing. Soo Mei Xuan dibesarkan
dengan adat masyarakat cina sepenuhnya kerana ibu bapa murid ini berbangsa
cina. Berbeza dengan Tan Fang Ling yang berlatarbelakangkan dua bangsa iaitu
cina dan india. Sebelum kematian bapa Tan fang Ling dibesarkan mengikut adat
masyarakat cina di Malaysia. Selepas itu, ibu Tan Fang Ling mendidik anak-anaknya

mengikut budaya masyarakat cina tetapi masih beragama budha. Budaya


masyarakat india memakai tangkal yang diperbuat daripada kain atau tali yang ikat
di pergelangan tangan dan dikalungkan di leher. Soo Mei Xuan pula memakai
tangkal sembahyang yang diperoleh daripada tokong. Rantai emas atau bukan
emas boleh dijadikan tangkal sembahyang melambangkan kepercayaan dan budaya
masyarakat cina di Malaysia. Perbezaan ini juga dapat menjelaskan perbezaan dari
segi agama dan rohani antara kedua-murid murid.
Akhir sekali perbezaan dari segi kesihatan dan jasmani. Oleh kerana saiz
badan dan ketinggian antara Tan Fang Ling dan Soo Mei Xuan tidak terlalu ketara,
kemampuan kedua-dua murid ini tidak begitu berbeza. Kedua-dua murid ini
mempunyai tahap kesihatan yang baik. Tetapi perbezaan tentang aktiviti dan sukan
yang diminati dapat dilihat dengan jelas pada biodata ringkas mereka. Tan Fang Ling
lebih gemar membaca buku ketika masa lapang berbanding Soo Mei Xuan yang
suka bermain badminton. Jadi, Soo Mei Xuan lebih aktif bersosial di dalam kelas
berbanding Tan Fang Ling kerana Soo Mei Xuan sentiasa mencari peluang dalam
berkawan dan berkomunikasi.
Kesimpulannya,
perbezaan
individu
dapat
dilakukan
dengan
membandingkan ciri-ciri fizikal, emosi, kognitif, sosial, budaya dan agama, dan
kesihatan dan jasmani. Semua faktor ini berkaitan satu sama lain dan setiap individu
mempunyai tahap JERIS yang berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, kajian
menujukan tentang perbezaan individu amatlah penting bagi membantu guru
meletakkan target pencapaian markah di dalam kelas.

DEFINISI Ketidaksamaan dlm aspek perkembangan secara


fizikal, mental, emosi dan sosial di kalangan individu.
Temperamen Tret personaliti, emosionaliti dan pola tingkah
laku yg sebahagiannya diwarisi dpr ibu bapa. Tahap Tenaga
Keadaan fizikal seseorang dari segi bertenaga dan bertamina
semasa terlibat dlm sesuatu aktiviti. Pola Persahabatan
Merujuk kpd aktiviti persahabatan dlm kumpulan rakannya.
Ada hubungan perapatan ikatan kasih sayang dgn ibu bapa
dan amat istimewa dlm hidupnya. (vertikal). Ada hubungan
dgn kawan-kawan dikenali sbg hubungan mendatar.
(horizontal) Selain itu, dapat diperhatikan ciri-ciri tertentu
seperti: 1.Temperamen 2.Tahap tenaga 3.Pola persahabatan
4.Hubungan ibu bapa dgn anak-anak. ASPEK-ASPEK
PERBEZAAN INDIVIDU Papalia (2001), manusia berbaza dari
segi jantina, berat, bentuk badan, kesihatan tahap
tenagapersonaliti dan emosi. Faktor persekitaran pula, seperti
gaya hidup keluarga, sosio-ekonomi keluarga, sekitar sekolah
dan dirumah, komuniti masyarakat. Slavin (1997), mengaitkan
perbezaan individu dgn konteks pengajaran dan pembelajaran.
Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dlm tahap
prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas
sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat. Aspek-aspek
Perbezaan Individu Fizikal Emosi Personaliti/sahsiah
Bangsa/bahasa Kesihatan/penyakit Lokasi tempat tinggal
Kecerdasan Aspirasi/motivasi Status sosio-ekonomi Sistem
nilai/norma Gaya kognitif atau gaya belajar Sosial Budaya
dan world view a)Jantina Masyarakat Asia menganggap kanakkanak lelaki mesti berani, dianggap ketua keluarga, harapan yg
tinggi. Di sekolah murid lelaki lebih nakal dan kurang
berdisiplin, manakala murid perempuan lebih rajin dan
berdisiplin serta berjaya dlm pelajaran. Aktiviti pengajaran
harus disesuaikan dgn perkembangan jantina. Tahap
perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak
lelaki lambat 2 tahun drp perempuan sblm akil baligh. Selepas
akil baligh perkembangan mereka hampir sama. Maccoby dan
Jacklin (1974) kecergasan lisan murid perempuan lebih baik drp
lelaki, manakala murid lelaki lebih dari kecerdasan ruang. b)

Fizikal Sheldon (1942) mengkategori temperamen kpd 3


kategori. i)Endomorf (bertubuh bulat) Suka bergaul, relaks dan
mementingkan diri sendiri tetapi mudah diserang tekanan
perasaan. ii) Mesomorf (tubuh badan otot yg kuat) Bersifat
asertif, agresif, bertenaga, kuat bersukan tetapi ada tanda
boleh terlibat akt delinkuen. iii) Ektomorf (kurus dan tinggi)
Bersifat bimbang, suka bersendirian, pendiam dan mudah
diserang penyakit skizofrenia. c) Kognisi Individu adalah
berbeza dr segi kebolehan kognisi (menaakul, berfikir logis,
berbahasa, mengira dan berimaginasi). Alfred Binet & Theodore
Simon menghasilkan ujian kecerdasan bernama Stanford-Binet
Intelligece Test. Lewis Terman (1916) mengubahsuai alat ujian
Binet dan memperkenalkan ujian IQ (Intelligence Quotient) .
Ahli-ahli psikologi tidak bersetuju pendapat menyatakan
bahawa kecerdasan adalah sama dgn kreativiti. d) Personaliti
Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang
(gaya bercakap, tingkahlaku, gaya berfikir, gaya bertindak dan
gaya bekerja). Carl Jung membahagikan personaliti kepada
ekstrovert, introvert dan ambivert. e) Gaya Kognisi dan Gaya
Belajar Gaya kognisi adalah cara individu mempersepsi
maklumat. Gaya belajar adalah persekitaran pembelajaran yg
digemari oleh pelajar. Witkin (1940) membahagikan gaya
kognisi kpd 2 jenis, iaitu gaya kognisi belajar bebas medan dan
gaya belajar bersandar medan. Kagan (1965) membahagikan
gaya kognisi kpd 2 jenis iaitu gaya kognitif reflektif dan gaya
kognitif impulsif. Parry (1984) dan Shipman (1985)
membahagikan gaya belajar kpd 24 dimensi tentang kajian
literatur gaya belajar iaitu inventori Myer-Briggs Type Indicator
(MBTI). Ekstrovert lawan introvert, Deria lawan gerak hati
Pemikiran lawan perasaan Mengadili lawan mengamati.
Grasha & Reichmann membahagikan 6 dimensi gaya belajar,
iaitu: Bergantung Bebas Mengelak Bekerjasama bersaing
melibat diri. Kolb (1984) dlm teori pembelajaran pengalaman
membahagikan kpd 4 peringkat pengalaman: Pengalaman
konkrit Pemerhatian reflektif Perkonsepan abstrak
Percubaan aktif f) Kesihatan Sebahagian besar murid dlm
kelas terdiri dpd murid yg sihat, riang, cerdas dan normal.

Murid yg tidak sihat adalah murid yg lemah dlm aktiviti p & p


dan aktiviti luar bilik darjah. Ada juga murid yg kurang siaht
dan berpenyakit. Kanak-kanak cacat g) Biasanya kanak-kanak
suka bermain dan bersosial. Dalam bilik darjah guru boleh
menggunakan soalan sosiometri untuk mengetahui pola
persahabatan mereka dengan menggunakan simbol-simbol
berikut: Bintang murid popular menerima undian 10 dpd
murid yg menyukkainya. Dyad bentuk persahabatan 2 orang
murid saling bersahabat/saling mengundi. klik bentuk
persahabatan 2 atau lebih murid memilih antara satu sama
lain. Rantai persahabatan yg memilih kawan secara tersusun
A,B,C danseterusnya. Pencilan Murid tidak mengundi sesiapa
dan orang lain tidak memilihnya. Singkiran Murid mengundi
orang lain dan orang lain tidak memilihnya. pendengaran,
penglihatan, bisu, sengau, gagap dan dyslekxia boleh
diperbetulkan dgn penggunaan alat teknologi dan rawatan h)
Bahasa/Bangsa Dlm sesebuah negara berlaku percampuran
pelbagai etnik dan bangsa akibat drp migrasi. Ramai ahli
psikologi Amerika berpendapat tiba masanya diperkenalkan
kurikulum berbilang budaya dan bahasa dlm subjek silang
budaya. 5.3 FAKTOR-FAKTOR PERBEZAAN INDIVIDU Ada 2 faktor
besar mempengaruhi perbezaan individu: a)Faktor baka
b)Faktor persekitaran. a)Faktor Baka Setiap manusia mewaris
sifat ibu atau bapa melalui gen ibu dan bapanya. Baka terjadi
hasil drp percantuman sel sperma 23 kromosom(lelaki) dan sel
ovum 23 kromosom. b) Faktor Persekitaran Persekitaran
termasuklah perapatan antara anak dan ibu bapa,pengaruh
adik beradik/rakan, ahli keluarga lain, guru, bahan media
cetak/elektronik, komputer, sekitar lokasi, masyarakat dan
rumah ibadat. Baumrind membahagikan 4 bentuk asuhan
keluarga. a)Autoritarian (peraturan & hukuman) Mengenakan
peraturan dan hukuman kpd anak-anak mereka, Mahukan
anak-anak patuh dan hormati merreka Peraturan lisan antara
ibu bapa dgn anak adalah terhad dan tidak digalakkan. Anak
yg dibesarkan sebegini biasanya tidak dapat bersosial dgn baik,
bimbang tentang pertandingan, kurang inisiatif dan kurang
mahir dlm komunikasi. Apabila seorang lelaki (x-o) (bermata

coklat dan berkromosom coklat-biru) berkahwin pula dgn


wanita bermata biru (berkromosom coklat-biru) 3 dpd anak
mereka akan bermata coklat dan 1 bermata biru). b)
Authoritatif (kebebasan terbatas) Menggalakkan anak-anak
berdikari dan sedikit kawalan Anak-anak bebas berkomunikasi
secara lisan dgn ibu bapa yg menyokong perkembangan
mereka. Anak yg dibesarkan begini menunjukkan tingkahlaku
bersosial yg baik, berdikari, bersosial dgn baik, bersabar dan
harga diri yg tinggi. c)Abaikan (tiada penglibatan) Bertindak
permisif tidak terlibat dlm kehidupan anak mereka. Sibuk
dlm hal lain tidak sedar tingkah laku anaknya. Anak-anak
begini tidak dpt bersosial dgn baik, tidak dpt mengawal diri dan
tidak bermotivasi. d) Indulgent (Penglibatan tanpa disiplin) Ibu
bapa terlibat dlm menjaga anak tetapi kurang mendisiplinkan
anak. Mereka percaya, anak mereka akan kreatif dan
berkeyakinan tinggi. Anak-anak sebegini akan gagal
mengawal diri dlm masyarakat. Teori Berkaitan Perbezaan
Individu Mula dikaji oleh Sir Francis Galton, beliau mengukur
kebolehan deria motor (pendengaran, melihat). Beliau
mendapati kebolehan deria setiap individu berbeza. 1 Teori
Ekologi Bronfenbrenner Beliau mengkaji dari segi konteks sosial
seseorang kanak-kanak yg mempengaruhi kehidupan dan
perkembangan. a) Sistem Mikro Hubungan sosial kanak-kanak
dgn alam sekitarnya (keluarganya, guru, rakan dan jiran).
Kanak-kanak akan berinteraksi secara timbal balik(bertolak
ansur) dgn org lain. b) Sistem Meso Ada kaitan dgn sistem
mikro. Dlm hubungan pengalaman dgn alam sekitar boleh
mempengaruhi pengalaman sistem mikro yg lain. Contoh:
Kanak-kanak dipinggir oleh keluarga boleh mempengaruhi
hubungannya dgn guru. c) Sistem Ekso Pengalaman kanakkanak dan guru (pasif) dlm sesuatu tempat akan dipengaruhi
oleh pengalaman dari tempat lain. JPN .PPD .SEKOLAH. d)
Sistem Makro Melibatkan budaya yg lebih luas (nilai, adab
resam) boleh mempengaruhi setiap individu. e) Sistem Krono
Merujuk kpd keadaan sosio-sejarah perkembangan seseorang
kanak-kanak. Contoh: Kanak-kanak sekarang dibesarkan dlm
teknologi elektronik. 2. Teori Perkembangan Pergerakan (motor)

Arnold Gesel Arnold Gesel mempercayai baka/genetik sebagai


pembentukan perkembangan kanak-kanak yg berbeza-beza.
Kanak-kanak mencapai tahap kematangan fizikal tidak sama
dan boleh mempengaruhi proses pembelajaran.
Perkembangan kanak-kanak mengikut pola dan urutan
tertentu dan kita boleh meramalkan perkembangan tingkah
laku kanak-kanak. Peringkat perkembangan motor kanakkanak: a) Peringkat pertama (lahir 1 tahun). b) Peringkat
kedua ( 1 tahun 2 tahun). c) Peringkat ketiga (2 tahun 3
tahun). d) Peringkat keempat (3 tahun 4 tahun). e)
Peringkat kelima (4 tahun 5 tahun). 3. Teori Tugas
Perkembangan Havighurst Atan Long (1980) berpendapat
`tugas perkembangan` adalah jangkaan dan harapan ibu bapa
serta masyarakat tentang pencapaian sesuatu tingkah laku
pada peringkat umur tertentu. Newman dan Newman (1999)
menyatakan satu set kemahiran/kebolehan yg perlu dikuasai
oleh individu untuk meramal penguasaan terhadap
persekitaran. 4. Teori Perkembangan Psikososial Erikson
Seseorang kanak-kanak akan melalui 8 tahap perkembangan
sepanjang hayatnya dan mereka mesti berjaya melepasi tahap
dan krisis tersebut. Kanak-kanak yg gagal melepasi tahap
tersebut akan gagal sehingga akhir hayat. Pertama 0 18 bln
Percaya lwn tidak percaya Kedua 18bln-3 thn Autonomi lwn
malu/sangsi Ketiga 3thn-6 thn Inisiatif lwn bersalah Keempat
6thn-12 thn Industri lwn rendah diri Kelima 12 th -20th Identiti
lwn keliru Keenam 20 th-40 th Mesra lwn asing diri Ketujuh 40
th-60 th Generativiti lwn kendiri Kelapan 60 th atas a)
Kesediaan belajar Implikasi Kesediaan belajar murid adalah
berbeza-beza kerana perbezaan kecerdasan. Murid lemah
sekiranya tidak dibimbing akan ketinggalan pada tajuk-tajuk
seterusnya. b) Objektif P &P Guru perlu merangka objektif p &
p sesuai dgn kebolehan yg pelbagai murid di dlm kelas. c)
Tingkah laku Mengganggu Pembelajaran Pelajar bermasalah
(disruptif dan destruptif) dlm p & p sering mengganggu
perhatian murid lain semasa pembelajaran. Ada juga murid
tingkah laku bermasalah positif. d) Perbezaan Gaya Kognitif
dan Gaya Belajar Setiap murid mempunyai gaya belajar yg

berbeza spt audio, visual, proses maklumat secara global dan


analitikal. e) Perbezaan Personaliti Perbezaan personaliti
murid spt pintar tetapi pendiam, bersendirian pendiam, pintar
ramai kawan, peramah dan ramai kawan dan berfikiran terbuka
dan riang. 5.6 PERANAN GURU DALAM MENGHADAPI
PERBEZAAN INDIVIDU a) Kaedah Kumpulan Aktiviti ini
dijalankan kerana murid berbeza dari segi keupayaan dan
memudahkan guru menyediakan latihan serta bahan sumber
pembelajaran. b) Program Pengayaan dan Pemulihan Aktiviti ini
dijalankan selepas P &P. c) Pengajaran Terancang/Modul/Bahan
Multimedia Perisian e-learning dlm komputer bersesuai dgn
kebolehan murid. d)Pengajaran Koperatif Dlm sesuatu
kumpulan terdiri drp murid heterogenius supaya mereka bantu
membantu. e) Peneguhan Positif dan Negatif Semasa p & p
guru harus memberi peneguhan untuk membentu tingkahlaku
murid. f) Pengagihan Tugas Mengikut Minat dan Keupayaan
Tugasan ini diberi sesuai dgn tahap keupayaan murid. g)
Pengajaran dan Pembelajaran Individu Bimbingan individu kpd
pelajar yg lemah. h) Mempelbagai Bentuk Penilaian Guru boleh
menilai murid semasa aktiviti p&p. i)Mempelbagai Strategi P &
P Strategi p & p haruslah menarik. j) Mempelbagai Bahan Bantu
Balajar Bahan bantu mengajar yg menarik boleh meransang
minda pelajar untuk berfikir.
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

You might also like