Aktiviti Besar Pandu Puteri Thailand

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

AKTIVITI AKTIVITI PERSATUAN PANDU PUTERI THAILAND

Persatuan Pandu Puteri Thailand sangat menitikberatkan akan perihal untuk


menjaga alam sekitar daripada sebarang jenis pencemaran. Persatuan Pandu Puteri
juga telah mengadakan beberapa kem untuk meningkatkan kesedaran di kalangan
wanita untuk mengamalkan kitar semula, menjimatkan penggunaan air demi untuk
menjaga keseimbangan ekosistem dan alam semulajadi. Bagi setiap kem yang
dianjurkan, ianya mempunyai tema-tema yang tertentu. Antaranya ialah Air ialah
Kehidupan dan Alam semulajadi ialah Kehidupan.
Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh Persatuan Pandu Puteri
Thailand. Antaranya ialah Teaching Life Skills for Living A Meaningful Life, Healthy
and Risky Areas Explorers, Building A Weir for A Community, Conserving the
Environment, Community Environmental Map Published, Service Project, Girl
Guides of Thailand Lend A Helping hand, Thailand Reaches Out to the Mangro,
FAO-WAGGGS Project, Gold project and Thailands Health Map Project.
Bagi projek Teaching Life Skills for Living A Meaningful Life, ianya dianggotai
oleh 30 orang wanita yang berumur dalam lingkungan 8 18 tahun yang diadakan
pada Sabtu dan Ahad. Aktiviti ini memfokuskan tentang penjagaan alam sekitar,
penanaman pokok dan pembersihan bahan-bahan terbuang. Tambahan lagi, mereka
juga melakukan aktiviti menanam sayur sebagai sumber makanan dan juga
pendapatan

mereka.

Mereka

mempelajari

cara-cara

menanam

dan

juga

menggunakan hasil tanaman mereka untuk dipasarkan sebagai produk baru. Selain
itu, penanaman tanaman herba turut diajar kepada mereka bagi memberi
pendedahan akan kepentingan tersebut.
Selain itu juga, bagi projek Life Skills Trainning pula mendapat penyertaan
besar daripada ahli-ahli Pandu Puteri daripada United Kingdom dan juga New
Zealand. Mereka mengadakan lawatan ke Bangkok, Bangkok, Chiang Mai, Weng Pa
Pao dan Surin untuk menyampaikan latihan kemahiran hidup yang membincangkan
topik-topik seperti seperti HIV/AIDS, jati diri, konflik dan kepelbagaian yang
melibatkan sekolah dan pusat-pusat latihan.
Antara lain ialah projek Child Trafficking yang menggunakan pelbagai cara
kemahiran bekerja dan kemahiran kemahiran yang lain kepada para pelajar wanita.

Aktiviti ini untuk memupuk nilai-nilai positif seperti menggunakan masa dengan
sebaik mungkin dan meningkatkan potensi dalam mutu kerjaya mereka. Objektif
utama projek ini ialah untuk meningkatkan dan menyokong kanak-kanak dan wanita
untuk belajar dan berwaspada dengan kemampuan mereka dan menghargai nilai diri
mereka sendiri. Di samping itu, mereka juga diajar untuk menguruskan masa dengan
betul untuk mendapatkan pendapatan sampingan untuk menyara keluarga.

You might also like