Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

942/1 BAHAGIAN A LEMBANGAN SALIRAN

LEMBANGAN SALIRAN (HAKISAN)

Lembangan Saliran di kelilingi oleh Legeh


Konsep lembangan saliran
Lembangan sungai merujuk kepada kawasan tadahan bagi satu sistem sungai di mana
terdapatnya satu sungai induk dan cawangan-cawangannya yang dipisahkan oleh legehlegeh serta mempunyai kawasan luahannya yang tersendiri.
Kata kunci
kawasan tadahan bagi satu sistem sungai
terdapatnya satu sungai
cawangan-cawangannya
dipisahkan oleh legeh-legeh
mempunyai kawasan luahannya yang tersendiri
PROSES DAN PEMBENTUKAN BENTUK MUKA BUMI LEMBANGAN SALIRAN
HAKISAN PERMUKAAN
Konsep hakisan permukaan
Proses pengukiran atau penghausan permukaan cerun serta pengangkutan bahan oleh agenagen hakisan seperti air mengalir, angin, titisan air hujan, dan glasier.
Kata Kunci
pengukiran. atau penghausan permukaan cerun
serta pengangkutan bahan
agen-agen hakisan seperti air mengalir, angin, titisan air hujan, dan glasier

942/1 BAHAGIAN A LEMBANGAN SALIRAN

Jenis-jenis hakisan permukaan


Hakisan percikan
- titisan air hujan yang turun akan mengcungkil butiran tanah lalu membentuk lekukan-lekukan.
- Saiz lekukan bergantung kepada saiz hujan, kelebatan dan faktor perlindungan permukaan
bumi.
Hakisan kepingan
Butiran tanah yang telah terlerai akibat percikan air hujan akan di hakis dan diangkut
oleh larian air permukaan.
Kesannya kepingan-kepingan kecil tanih di permukaan cerun terhakis.
Hakisan galir ( rills )

Hakisan Galir & Galur


- Bahan bahan tanih dihakis dan diangkut bersama air dari bahagian atas cerun ke bawah
cerun menerusi alur-alur kecil.
Alur-alur kecil ini bersifat sementara dan akan hilang dalam tempoh yang singkat.
Hakisan galur ( gullies )
- Bahan bahan tanih dihakis dan diangkut bersama air dari bahagian atas cerun ke bawah
cerun menerusi alur-laur yang luas.
Alur-alur ini bersifat kekal dan menjadi asas kepada pembentukan sungai.

942/1 BAHAGIAN A LEMBANGAN SALIRAN

KAEDAH MENGAWAL HAKISAN PERMUKAAN


A. Kaedah Perundangan
- Kuatkuasakan undang-undang dan peraturan seperti Akta Pemeliharaan Tanah dan Akta
Parit dan Bangunan.
B. Kaedah bukan perundangan
Pembinaan teres
Khusus kepada cerun-cerun yang digunakan untuk penanaman tanaman dan
pembinaan petempatan.
Teres dapat mengawal pergerakan air permukaan terutama ketika hujan lebat.
Teres dapat memperlahankan pergerakan air dan keadaan ini dapat mengurangkan
tenaga kinetik pergerakan air tersebut sekaligus mengurangkan hakisan.
Pembinaan parit / longkang
Air larian permukaan di cerun dapat dikawal melalui kaedah ini.
Air tidak mengalir dalam bentuk pelbagai hala yang boleh menyebabkan berlakunya
hakisan kepingan.
Longkang-longkang dibina menggunakan bahan konkrit dan secara bertangga bagi
menjamin ketahanannya terhadap hakisan dan mengurangkan kelajuan pergerakan air.
Penyimenan permukaan cerun
Permukaan cerun secara keseluruhannya disimen.
Pada permukaan simen dibuat lubang-lubang bagi mengawal aliran air bawah tanah.
Sesuai bagi mengurangkan hakisan percikan air hujan dan hakisan kepingan.
Penanaman rumput dan tumbuhan kekacang
- Dapat mengurangkan hakisan percikan, mengurangkan air larian permukaan dan sebaliknya
menggalakkan resapan air ke dalam tanih.
- Akar rumput atau tumbuhan kekacang tersebut dapat memegang dan mencengkam tanah
daripada dihakis oleh air larian permukaan.
Pendidikan
Melalui pendidikan formal di sekolah seperti pendidikan geografi, alam sekitar,
pendidikan moral dan sebagainya.
Pelajar-pelajar didedahkan kepentingan kawasan tanah tinggi dan impaknya kepada lam
sekitar fizikal dan manusia sekiranya kawasan tanah tinggi diterokai.
Kempen
Melalui risalah-risalah dan lain-lain kempen yang dijalankan oleh agensi-agensi
berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar ( JAS ), Sahabat Alam Malaysia ( SAM ), Jabatan
Perhutanan dan lain-lain.

942/1 BAHAGIAN A LEMBANGAN SALIRAN

HAKISAN SUNGAI
Konsep hakisan alur sungai
Proses pengukiran. atau penghausan alur-alur sungai sama ada pada bahagian tebing
atau dasar serta pengangkutan bahan oleh agen-agen hakisan alur sungai seperti air
mengalir, dan glasier.
Kata Kunci
pengukiran. atau penghausan alur-alur sungai
pada bahagian tebing atau dasar
serta pengangkutan bahan
agen-agen hakisan seperti air mengalir, dan glasier
JENIS HAKISAN SUNGAI
Mendalam / menegak / dasar
merujuk kepada hakisan bahagian dasar sungai.
berlaku dengan giat di bahagian hulu sungai di mana pada peringkat ini aliran air sungai
deras.
alur sungai lama kelamaan akan menjadi dalam , sempit dan berbentuk V .
Melebar / tebing
merujuk kepada hakisan secara mendatar ke atas kedua-dua arah tebing sungai.
lebih aktif di kawasan tengah sungai di mana aliran air sungai sudah mula perlahan.
Alur sungai menjadi semakin luas dan berbentuk U.
Mengundur / kebelakang
merujuk kepada hakisan sungai ke arah belakang atau mengundur ( semakin ke hulu )
aktif di kawasan hulu sungai yang mempunyai air terjun atau jeram.
hakisan air sungai yang semakin giat ke atas air terjun menyebabkan lama kelamaan
batuan yang membentuk air terjun tersebut runtuh. akibatnya air terjun tersebut semakin
mengundur ke belakang.

942/1 BAHAGIAN A LEMBANGAN SALIRAN

CARA HAKISAN SUNGAI


1. Hidraul
- hempasan air aliran sungai terhadap lubang-lubang, rekahan, dan retakan batuan di lurahlurah sungai. Lebih berkesan di bahagian alur sungai yang terdapat pusaran air seperti di
sekitar lurah sungai yang terdapatnya air terjun, jeram dan lubuk. Tindakan hidraul berupaya
untuk mencungkil bahan batuan yang berstruktur longgar dan memecahkan batuan pada tebing
atau dasar sungai tersebut.
2. Geseran/lelasan
- bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air sungai seperti serpihan batuan, pasir, kelikir dan
sebagainya menghakis atau bergesel dengan dasar dan tebing sungai.
3. Lagaan
- merujuk kepada perlanggaran antara bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai sama
ada sesama sendiri, ataupun perlanggaran bahan dengan dasar atau tebing sungai. Bahanbahan tersebut berlanggar antara satu sama lain menyebabkannya pecahan, lalu mengalami
perubahan saiz dan bentuk bahan. Perlanggaran bahan berlaku disebabkan sifat pergerakan
bahan itu sendiri di mana serpihan batuan yang kasar dan berat bergerak secara perlahan
manakala serpihan batuan yang kecil, lebih ringan bergerak dengan kadar yang lebih cepat.
Kesannya bahan-bahan tersebut berlanggar antara satu sama lain.
4. Larutan
merujuk kepada hakisan secara kimia di mana air sungai bertindak melarutkan batuan
yang terdapat pada dasar dan tebing sungai tersebut. Melibatkan batuan yang mudah larut
seperti batu kapur, dan dolomit.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN SUNGAI
1. Isi padu dan halaju air
- halaju aliran air sungai bertambah seiring dengan pertambahan isipadu air sungai. Hakisan
dan halaju air bertambah semasa isipadu sungai banyak terutama semasa banjir.
2. Kecerunan
halaju aliran sungai adalah berkadar langsung dengan kecerunan dasar sungai. Halaju
aliran air bertambah apabila kecerunan bertambah. Sungai di peringkat hulu mempunyai
topografi yang sangat curam menyebabkan halaju air sungai pada peringkat ini sangat
deras. Proses hakisan dasar sangat dominan pada peringkat ini. Sungai peringkat tengah
mempunyai kecerunan yang semakin berkurangan. Aliran air pada peringkat ini sederhana
deras menyebabkan hakisan tebing lebih giat berbanding hakisan dasar sungai. Di bahagian
hilir sungai topografinya rata dan rendah. Proses hakisan pada peringkat ini begitu minima
sebaliknya aliran sungai mulai memendapkan bahan-bahan yang dibawanya.
3. Bentuk alur
Alur sungai yang lurus menyebabkan aliran air sungai deras dan menggalakkan hakisan
menegak. Alur sungai yang berliku menyebabkan aliran air sungai terganggu dan halaju
pergerakan air menjadi kurang. Kesannya kadar hakisan menjadi kurang dan sebaliknya bahanbahan yang dibawa oleh aliran air akan dimendapkan.

942/1 BAHAGIAN A LEMBANGAN SALIRAN

4. Jenis batuan
- tebing sungai yang terbentuk daripada batuan yang keras daripada kumpulan batuan
igneus , maka kadar hakisan ke atas tebing dan dasar sungai menjadi kurang giat. Manakala
bahagian dasar dan tebing sungai yang terbentuk daripada batuan yang lebih lembut daripada
kumpulan batuan enapan seperti batu kapur dan dolomit maka kadar hakisannya adalah lebih
giat.
5. Bahan muatan
- bahan-bahan muatan ( beban ) yang diangkut oleh aliran sungai banyak membantu
keberkesanan kerja-kerja hakisan yang dilakukan. Bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air
sungai seperti serpihan batuan, batu tongkol dan lain-lain akan melakukan hakisan seperti
geselan, lagaan, dan lain-lain dengan giat.

Pembentukan Air Terjun

Bentuk muka bumi hakisan sungai ( Peringkat Hulu / Muda )


1. Air terjun
terbentuk di bahagian hulu sungai yang mempunyai lapisan batuan yang tersusun secara
mendatar dan berselang- seli antara batuan keras dan batuan lembut. Lapisan batuan lembut
akan lebih mudah dihakis berbanding batuan keras. Lapisan batuan keras yang tahan hakisan
akan tertnggal lalu menghalang aliran air sungai lalu membentuk air terjun.

942/1 BAHAGIAN A LEMBANGAN SALIRAN

2. Jeram

Jeram Bertingkat
terbentuk di bahagian hulu sungai yang mempunyai susunan batuan lembut dan
batuan keras yang tersusun berselang seli secara tegak atau hampir tegak. Hakisan sungai
yang giat ke atas batuan lembut menyebabkan batuan keras yang tahan hakisan akan tertonjol
ke atas. Akibatnya aliran air sungai akan tersekat lalu mengalir secara melompat-lompat
menuruni bonjolan yang keras.

3. Lubuk

lubuk merujuk kepada lekukan yang terbentuk di bahagian dasar sungai. Tindakan aliran
air sungai yang berpusar akan mengorek dan melelaskan dasar lurah sungai terutama di
bahagian dasar air terjun menyebabkan terbentuknya lubang yang dalam pada bahagian dasar
sungai tersebut. Lubang yang
dalam ini dikenali sebagai
lubuk. Contoh lubuk ialah
Telaga Tujuh di Langkawi,
Kedah.
4. Gaung dan Lurah

942/1 BAHAGIAN A LEMBANGAN SALIRAN

merupakan bentuk muka bumi hakisan sungai di peringkat hulu sungai. Hakisan yang
giat terhadap dasar alur sungai menyebabkan alur sungai menjadi bertambah dalam dan
sempit, dan bertebing curam. Lurah sungai yang bertebing curam ini dikenali sebagai gaung.
Contoh gaung yang terkenal ialah Grand Canyon di sungai Colorado, Amerika Syarikat.

You might also like