Bab5 AFEKTIF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

Bab 5: Pentaksiran Aspek Afektif

BAB 5: Pentaksiran Aspek Afektif

Se Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:


a) Menerangkan apa itu afektif
b) Menjelaskan domain afektif
c) Menjelaskan bagaimana mentaksir aspek afektif

5.1
5.2
5.3
5.4

Mukadimah
Apakah maksud afektif?
Domain afektif
Pentaksiran domain afektif

Ringkasan
Rujukan

Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran


Bab 2: Pembinaan Instrumen Pentaksiran
Bab 3: Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR
Bab 4: Dokumen Standard Prestasi
Bab 5: Pentaksiran Aspek Afektif
Bab 6: Dilema Moral
Bab 7: Projek
Bab 8: Pemerhatian
Bab 9: Portfolio

Bab 5: Pentaksiran Aspek Afektif

5.1 Mukadimah

Pentaksiran dalam pendidikan moral melibatkan mentaksir aspek-aspek afektif murid; iaitu,
nilai yang diamalkan dalam hidupan harian, sikap serta minat murid berkenaan. Bab ini
membincangkan bagaimana domain afektif dapat digunakan sebagai panduan mentaksir nilai
moral. Juga dibincangkan tiga pendekatan mentaksir aspek afektif.

5.2 Apakah Maksud Afektif?

Afektif berassal daripada perkataan Bahasa Inggersi affective yang ditafsirkan sebagai
berpunca daripada perasaan dan emosi seseorang. Krawthol (1964) memperkenalkan istilah
domain afektif yang menyentuh tentang perasaan dan emosi seseorang serta sikap, minat,
atau nilai hidup seseorang.
Kadang-kala istilah pendidikan afektif (affective education) digunakan yang melibatkan
aspek kepercayaan, perasaan dan sikap murid. Penyokong pendidikan afektif berpendapat
pelaksanaan kurikulum sekolah perlu seiring dengan pekembangan peribadi dan sosial murid.
Pendidikan afektif di sekolah perlu bertumpu kepada TIGA perspektif: Individu, Kumpulan
dan Institusi (Lihat Rajah 5.).
Individu

PENDIDIKAN
AFEKTIF

Kumpulan

Institusi

Pada peringkat individu, pendidikan afektif bertumpu kepada perkembangan murid.


Pendidikan moral menekankan 14 nilai sejagat yang ingin diperkembangkan dalam
kalangan murid, seperti baik hati, kejujuran, keadilan, kasih sayang dan sebagainya.
Ini merupakan nilai-nilai yang ingin disemaikan dalam kalangan murid dan diamalkan
dalam kehidupan seharian mereka. Sesuatu nilai diamalkan bukan kerana tekanan
daripada masyarakat tetapi wujud daripada diri sendiri dan secara tak langsung dapat
menahan daripada melakukan sesuatu yang tidak diingini. Murid yang merasa baik
tentang diri mereka akan mempunyai harga diri serta kecerdasan intrapersonal yang
lebih tinggi.

Bab 5: Pentaksiran Aspek Afektif

Pada peringkat kumpulan, tumpuan diberi kepada hubungan interpersonal. Mereka


mempunyai hubungan yang baik dengan murid lain. Mereka menghormati pendapat,
latar belakang serta pemikiran murid lain. Nilai-nilai murni yang disemaikan kini
diamalkan ketika berinteraksi dengan rakan sebaya dengan mengambil bahagian
dalam aktiviti kumpulan.

Pada peringkat institusi, murid merasakan mereka adalah sebahagian daripada satu
komuniti. Kini murid sedar bahaw individu dalam komuniti seperti guru, pentadbir
serta ahli-ahli luar sekolah perlu diberi penghormatan sewajarnya. Murid menyayangi
serta tidak takut berurusan dengan ahli-ahli persekiataran mereka. Contohnya, murid
merasakan bahawa sekolah mengambil berat tentang kebajikan mereka.

5.3 Domain Afektif

Pada tahun 1964, Kathwol memperkenalkan Taksonomi Afektif yang cuba mengklasifikasi
konstruk afektif kepada beberapa tahap. Seperti dijelaskan lebih awal, afektif meliputi
aspek-aspek seperti sikap, minat, emoi, perasaan dan nilai hidup. Dengan perkataan lain,
Taksonomi yang diperkenalkan menerangkan peringkat-peringkat perkembangan sikap,
emosi atau perasaan seseorang. Lima tahap atau peringkat yang diperkenalkan oleh Krathwol
ditunjukkan pada Rajah 5.2.

Domain Afektif

Penerimaan (recerving). Penerimaan merupakan peringkat aspek afektif yang paling


rendah. Pada peringkat ini murid mula sedar dan sanggup memberi perhatin.
Contohnya, murid memilih atau mengenal pasti sesuatu nilai dan dia boleh
menamakan sesuatu nilai, menerangkan ciri-ciri nilai berkenaan dan bertanya soalan
berkenaan nilai berkenaan.

Bab 5: Pentaksiran Aspek Afektif


Contoh:
o Murid dapat memberi definisi nilai kejujuran
o Murid meminta keterangan lanjut tentang nilai keadilan

Merespons (responding). Setelah menerima sesuatu nilai, murid terlibat secara aktif
membincang tentang nilai tersebut, membaca tentang nilai tersebut, menulis tentang
nilai tersebut, menceritakan tentang nilai berkenaan dan sebagainya [Perhatikan
bahawa murid terlibat secara aktif dengan sesuatu nilai yang dipilih pada peringkat
penerimaan]. Contoh kata kerja yang menerangkan perlakuan pada tahap merespons
ialah menyebut, melaporkan, memberitahu, mengikut, mempersembahkan dan lainlain.
Contoh:
o Murid terlibat dengan perbincangan tentang sesuatu nilai dalam kelas.
o Murid membuat penyampaian tentang sesuatu nilai.
o Murid mempersoalkan tentang sesuatu nilai untuk memahaminya
dengan sepenuhnya.

Menilai (valung). Pada peringkat ini, murid menunjukkan betapa penting sesuatu
objek, fenomena, atau nilai baginya. Murid menunjukkan komitment yang lebih
kompleks terhadapa sesuatu nilai dan dapat menyerapkan nilai tersebut hingg menjadi
sebahagian daripada perwatakannhya.
Contoh:
o Murid sensitif terhadap perbezaan kebudayaan
o Murid menunjukkan kebolehan menyelesaikan masalah
o Murid meneruskan komitment kepada sesuatu nilai.

Organisasi atau penyusunan (organization): Pada peringkat ini, murid


mengoraganisasi atau menyusun nilai mengikut keutamaan. Dia dapat membezakan di
antara nilai-nilai, menyelesaikan percanggahan di antara nilai-nila dan membina satu
sistem nilai khusus yang menjadi panduan hidup untuknya. Contoh kata kerja yang
menerangkan perlakuan pada peringkat ini ialah menggabung, mempertahankan,
menghubungkait, membuat sintesis, merumus dan lain-lain.
Contoh:
o Murid menerima tanggungjawab ke atas tingkah lakknya.
o Murid menerima standard etika yang ditetapkan.
o Murid menentukan bahawa gaya hidupnya selaras dengan keupayaan, minat
dan kepercayaannya.

Karakterisasi / perwatakan (characterisation): Pada peringkat ini, murid menjadikan


nilai-nilai tertentu sebahagian perwatakannya. Nilai berkenaan diamalkan dalam
kehidupan seharian secara konsisten dan dapat diperhatikan berlaku. Contoh kata
kerja yang menerangkan perlakuan pada peringkat ini ialah melakukan, menunjukkan,
melakonkan, mempengaruhi, mempenaruhi,mengubah, mempraktikkan dan
sebagainya.
Contoh:
o Murid mengamalkan sesuatu nilai.
o Murid komited terhadap sesuatu nilai dan mempengaruhi orang lain

Bab 5: Pentaksiran Aspek Afektif


CONTOH APLIKASI DOMAIN AFEKTIF
Rajah 5.3 menunjukkan bagaimana taksonomi afektif mungkin digunakan untuk mentaksir
perkembangan sesuatu nilai seperti kejujuran. Ia menunjukkan bagaiman nilai kejujuran
diterima pada peringkat awal sehingga menjadi sebahagian ciri-ciri yang dimiliki oleh
seseorang pada peringkat karakterisasi.
Taksonomi Afektif untuk Nilai Kejujuran
Karakterisasai mempamerkan kejujuran dalam
kebanyakan situasi dan mengharapkan orang lain
juga jujur
Menilai menunjukkan betapa penting kejujuran,
komited terhadap nilai berkenaan dan menjadikanya
sebagai amalan kehidupan seharain
Mengorganisasi menunjukkan kejujuran dalam
berbagai-bagai situasi
Merespons menyatakan tentang kejujuran dan
membincang tentang nilai berkenaan
Menerima sedar bahawa sesetengah tingkah laku
adalah jujur dan tidak jujur

Rajah 5.3 Aplikasi nilai kejujuran menurut taksonomi afektif


Pada tahap menerima, individu tersebut sedar bahawa sesetengah tindakan adalah jujur
manakala yang lainnya tidak jujur. Ini diikuti dengan tahap bertindakbalas di mana individu
manyedari dan memberitahu orang lain apa dikatakan jujur dan apa dikatakan tidak jujur. Pada
tahap menilai, individu cuba menunjukkan perlakuan jujur walaupun mungkin tidak konsisten.
Pada tahap menyusun, individu menunjukkan perlakuan jujur dalam kebanyakan situasi. Pada
tahap akhir, iaitu karakterisasi, kejujuran menjadi sebahagian sistem nilai pelajar dan dia jujur
dalam semua situasi dan mengharapkan orang lain agar jujur.

a) Apakah maksud afektif?


b) Afektif wujud pada tahap individu, tahap kumpulan & tahap
institusi. Bincangakan.
c) Siapa penggubal Taksonomi Afektif?
d) Apakah maksud Taksonomi Afektif?
e) Nayatak perbezaan di antara peringkat penerimaan dan peringkat
karakteriasasi.
f) Apakah dilakukan oleh individu pada peringkat menilai?
g) Apakah dilakukan oleh individu pada peringkat merespons?

Bab 5: Pentaksiran Aspek Afektif

5.4 Pentaksiran Aspek Afektif


Gordon (1966) telah mengemukakan TIGA kategori kaedah pentaksiran aspek afektif (sikap,
nilai, minat, personaliti). Lihat Rajah 5.2.
1. LAPORAN KENDIRI murid menyatakan sendiri perasaan atau sikap mereka
tentang sesuatu.
Inventori minat (interest inventory) mengemukakan soalan-soalan yang menyentuh tentang
kegemaran (suka atau tak suka) melakukan sesuatu atau terhadap sesuatu.
Contoh:
o Namakan tiga hobi atau kegemaran anda di waktu lapanag.
o Nyatakan mata pelajaran yang kamu paling suka

Diri daripada
sudut Laporan
Kendiri

Diri daripada
sudut Teknik
Projektif

Diri daripada
sudut
Pemerhatian

Rajah 5.2 Kaedah Penilaian Afektif Model Gordon


a) Skala Sikap (attitude scale) skala sikap adalah untuk mengukur perasaan atau persepsi
murid terhadap sesuatu. Skala sikap dibina dengan menentukan dimensi atau konstruk
sikap. Contohnya, sikap terhadap merokok, games atas talian, sikap terhadap pergaulan
sosial, sikap terhadap guru, sikap terhadap pentadbiran sekolah dan sebagainya.
Contoh Skala Sikap

Murid merokok

Suka

Biasa

Tak Suka

Bab 5: Pentaksiran Aspek Afektif

Sangat
Setuju
Kerja rumah dikurangan

Setuju

Kurang Sangat
Setuju Tak Setuju

Murid kehendaki menandakan respons mereka dengan membulatkan atau menandakan pada
kotak yang disediakan. Terpulang kepada guru untuk menentukan bilangan titik. Terdapat
skala sikap yang menggunakan sehingga sepuluh titik. Untuk mengurangkan kesukaran
menjawab, paling banyak ialah lima titik.

b) Senarai Semak (checklist) adalah untuk membuat diagnosis untuk meningkatkan prestasi
murd. Cara ini mengemukakan kepada murid keterangan-keterangan hipotetikal seorang
yang merupai diri mereka masing-masing. Atau pada ketia lain,murid diminta
menyatakan ciri-ciri diri sendiri di waktu mereka kecil atau sebagaimana mereka
mahukan orang lain melihat diri mereka.
Contoh Senarai Semak:
Nama: _____________________________
Tarikah: __________________________
Jawapan yang kamu beri adalah untuk kebaikan diri sendiri. Tanya diri sendiri dan tandakan
perasaan serta pandangan anda berdasarkan pernyataaan berikut:
1
2

= Sangat Memuaskan
= Memuasakan

3 = Sedarhana
4 = Perlu pertolongan

Minggu 1
Keadaan kebersihan diri saya
Keinginan dan kesediaan saya untuk belajar
Keinginan saya untuk belajar Bahasa Inggeris
Penyertaan saya dalam aktiviti sukan
Keadaan kecergasan diri saya
Pergaulan saya dengan rakan-rakan
Kelakuan saya di dalam kelas
Cara saya menyanyikan lagu Negara Ku
Tumpuan saya kepada pengajaran guru
Kebolehan saya bekerjasama

Minggu 2

Minggu 2

Bab 5: Pentaksiran Aspek Afektif


c) Skala Perbezaan Semantik (Semantic Differential Scale) merupakan lagi satu teknik
mengukur sikap murid terhadap sesuatu. Murid dikehendaki menandakan pada beberpa
skala dwiploar. Lihat contoh dibawah. Jika anda ingin mengukur sikap murid terhadap
guru, anda boleh menggunakan skala perbezaan semantik. Menurut Osgood (1957)
sesuatu sikap terdiri daripada tiga ciri:

Penilaian sama ada individu berfikir secara positif atau negatif terhadap sesuatu objek
atau individu
Potensi kekuatan sikap terhadap sesuatu objek atau individu
Aktiviti sama objek atau individu berkenaan dilihat sebagai aktif atau pasif.

Contoh:

+3
Sabar
Mengambil Berat
Mesra
Berjenaka
Membantu

+2

+2

0
X

-1

-2

X
X

-3
Tidak Sabar
Tidak Peduli
Tidak Mesra
Serius
Enggan Membantu

Dengan merujuk kepada guru anda, tandakan pada kotak-kotak tentang tingakah laku guruterhadap
anda. Nyatakan sejauh manakah perkataan-perkataan di atas merujuk kepada guru anda. Pangkahpangkah yang ditunjukkan di atas adalah contoh sahaja.

d) Sosiogram - kelas dan hubungan antara seorang murid dengan murid-murid lain. Untuk
membina sosiogram, guru meminta seorang murid:

Namakan TIGA murid lain yang pling disukai dan TIGA murid lain di dalam
kelas yang tidak digemarinya.
Namakan dua murid yang boleh berkerjasama dengannya.
Namakan dua murid yang selalu menolongnya.

Selepas mendapat maklumat-maklumat ini guru membina carta sosiogram.


Contoh:
Lapan murid is minta memilih DUA murid lain yang mereka menyukai. Jawapan mereka dianalisis
seperti berikut:

Bab 5: Pentaksiran Aspek Afektif

M
K

Q
G

Murid bernama P adalah murid yang paling popular kerana telah dipilih oleh 4 murid lain. Murid A
adalah terasing kerana di tidak memilih sesiapa pun atau dipilih oleh murid lain. Walau pun murid
V dab murid G telah memlih seorang murid lain yang disuaki, kedua-dua mereka tidak dipilih oleh
murid lain. Mereka ini dilabel sebagai tidak terpilih. Sosiogram juga digunakan untuk menentukan
sama ada terdapat kelompok murid. Jika dilihat Rajah di atas, murid P, murid Q dan murid S adalah
satu kelompok ketat berdasarkan pemilihan mereka. Murid K dan murid M adalah pasangan yang
saling menyukai.

a) Bincangkan TIGA kategori pentaksiran aspek afektif menurut model


Gordon.
b) Jelaskan ciri-ciri skala sikap dan bagaimana ia digunakan untuk
mengukur sikap seseorang.
c) Apakah itu sosiogram?
d) Apakah aspek afektif yang diukur menggunakan sosiogram?
e) Jelaskan bagaimana sosiogram digunakan untuk mengukur aspek
afektif.

2. TEKNIK PROJEKTIF Menurut teknik, murid diberikan soalan-soalan terbuka atau

rajah-rajah yang tidak melambang sesuatu. Murid dikehendaki memberi respons dan
berdasarkan jawapan mereka guru membuat inferens tentang perasaan, emosi,
personaliti da sikap mereka,
a) Pernyataan Terbuka Pernyataan terbuka dan ayat terbuka berfaedah untuk menelah
perasaan, sikap, nilai dan minat murid-murid.

Bab 5: Pentaksiran Aspek Afektif


Contoh pernyataan terbuka adalah seperti berikut:

Yang saya suka mengenai diri saya ________________________________


Yang menggembirakan hai saya ___________________________________
Yang saya tidak suka mengenai perangai orang lain ___________________
Yang saya suka untuk menjadi sahabat saya _________________________
Kalau orang memarahi saya, saya akan _____________________________
Saya suka pada cikgu ____________________ sebab dia _______________

Pernyataan-pernyataan terbuka boleh dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.Ini


adalah kerana hasrat, sikap, minat dan nilai yang dizahirkan oleh murid-murid melalui cara
ini semabca mencurahkan perasaan kepada orang lain; iaitu kenyataan dibuat secara
sukarela dan jujur.
b) Ujian Apersepsi Tematik (Thematic Apperception Test) Murid ditunjukkan rajah atau
gambar dan mereka dikehendaki mentafsir apa yang dilihat. Berikut ini ialah beberapa
rajah dan gambar yang ditunjukkan kepada murid.

Murid ditunjukkan rajah-rajah seperti di atas dan nyatakan apa yang dilihat. Inferens dibuat
tentant perasaan, nilai dan sikap mereka berdasarkan jawapan yang diberi. Anda sendiri boleh
mencuba ujian ini. Nyatakan apa yang anda perhatikan.
c) Cerita Tergantung (Story Completiont) Teknik ini memerlukan murid membuat
jangkaan atau hipotesis tentang kemungkinan haluan dan penamat cerita dengan cara
menganalisis perasaan, perangai, nilai dan sikap watak-watak di dalam cerita. Cerita
harus memerihalkan keadaaan dan cara hidup manusia sebenar dan bercorak desktiptif
dan analitikal. Contoh cerita adalah seperti berikut:

Bab 5: Pentaksiran Aspek Afektif

Keluarga Azlan miskin. Ibu bapanya bekerja sebagai pemungut


sampah sarap. Pendapatan daripada pekerjaan itu tidak
mencukupi untuk menyara tujuh mulut dan untuk keperluankeperluan asas lain. Azlan merupakan anak sulung dan
sekarang menuntut dalam tingkatan lima. Peperiksaan SPM
semakin hampir dan dia berazam untuk lulus peperiksaan. Dia
sungguh risau kerana lima adik-beradiknya sedang bersekolah
dan

bapanya

tidak

mampu

membayar

perbelanjaan

persekolahan mereka.
Azlan ..

Tuliskan kesudahan cerita di atas.

a) Apakah teknik projektif?


b) Bagaimana pernyataan terbuka digunakan untuk mentaksir aspek
afektif?
c) Bagaimana ujian apersepsi tematik digunakan?
d) Apkah cerita tergantung?

Pentaksiran melalui pemerhatian dilakukan secara


berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat
maklum balas tentang perubahan tingkah laku. Proses pentaksiran ini dilaksanakan
dengan penggunakan instrumen seperti senarai semak, skala kadar, rekod anekdot dan
lain-lain. Dapatan daripada teknik pemerhatian membantu guru membuat refleksi
terhadap penguasaan nilai-nilai moral oleh murid.

3. TEKNIK PEMERHATIAN

a) Senarai Semak Pemerhatian Guru memerhatikan tingkah laku murid berpandukan


sesuatu senarai semak. Senari semak terdiri daripada beberapa pernyataan yang
disediakan untuk menentukan sama ada sesatu tingkah laku atau ciri dapati
diperhatikan; sesuatu pelakuan telah dilakukan serta kekerapan sesuatu tingkah laku
diperhatikan. Perkara yang perlu diperhatikan:
o
o

Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat


Tingkah laku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas

Bab 5: Pentaksiran Aspek Afektif


o
o
o

Hanya ciri penting dinyatakan dalam senarai semak


Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat yang
lebih tepat dan tekal.
Senarai semak boleh digunakan bagi menilai murid secara individu, kumpulan atau
sekelas.

Contoh: Senarai Semak Pemerhatian (Observational Checklist)


Tingkah laku yang diperhatikan - KERJASAMA
Arahan: Catatkan "Ya" sekiranya tingkah laku ditunjukkan oleh individu yang dinilai

Kriteria Tingkah Laku Kerjasma

1.

Selalu menetapi masa dalam apa jua aktiviti kumpulan yang


dijadualkan

2.

Bersikap proaktif (memulakan kerja tanpa diarah)

3.

Suka berkongsi maklumat dengan rakan sekumpulan

4.

Menyumbang idea yang bernas kepada kumpulan

5.

Bersedia mendengar pendapat ahli lain dalam kumpulan

6.

Mematuhi/akur dengan segala peraturan yang ditetapkan oleh


kumpulan

7.

Menunggu giliran untuk menyampaikan idea atau pendapat

8.

Berbudi bahasa dan menunjukkan tingkah laku yang sopan


kepada ahli kumpulan

9.

Membantu menyelesaikan masalah kumpulan

10.

Mengambil kira pendapat orang lain dalam kumpulan

11.

Melaksanakan tugasan/aktiviti yang telah ditetapkan oleh


kumpulan

12.

Menyempurnakan tugasan yang diberi oleh kumpulan tepat


pada waktunya

Bab 5: Pentaksiran Aspek Afektif


b) Rekod Anekdot (Anecdotal Record) Rekod anekdot ialah satu catatan ringkas
tentang sesuatu tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk
direkodkan. Anekdot ditulis secara objektif, menerangkan apa yang berlaku, bila dan
dimana ia berlaku. Catatan ringkas ini dapat membantu guru memahami seseorang
murid. Rekod anekdot tidak memerlukan situasi, borang atau masa tertentu.
Contoh Rekod Anekdot:

Nama:

Maria

Masa: 9.00 pagi

Tarikh:

12. 01. 2104

Tempat: Di luar kelas

PEMERHATIAN:
Maria dan Devi duduk di bawah pokok sambil bermain
tepuk tangan. Chong Wei datang menghampiri mereka
dan menunjukkan bunga raya yang telah dipetikannya di Interpretasi:
kawasan sekolah. Dia menyepak bunga itu seolah-olah Maria menunjukkan bahawa
seperti bola sepak takraw.
dia mempunyai perasaan untuk
menjaga dan mencintai alam
Maria menegut. Mana boleh buat macam itu sekitar.
Tak apa, kata Chong Wei.
Tak reti .itu bukan bola kata Maria lagi.
Tak apalah, jawan Chong Wei lagi.
Sayang bunga itu.
Maria menarik tangan Tina dan bersedar dari situ

Bab 5: Pentaksiran Aspek Afektif

Pada tahun 1964, Kathwol memperkenalkan Taksonomi Afektif yang cuba


mengklasifikasi konstruk afektif kepada beberapa tahap.

Afektif berassal daripada perkataan Bahasa Inggersi affective yang ditafsirkan


sebagai berpunca daripada perasaan dan emosi seseorang.

Pada peringkat individu, pendidikan afektif bertumpu kepada perkembangan murid.


Pendidikan moral menekankan 14 nilai sejagat yang ingin diperkembangkan dalam
kalangan murid

Pada peringkat institusi, murid merasakan mereka adalah sebahagian daripada satu
komuniti.

Penerimaan merupakan peringkat aspek afektif yang paling rendah.

Gordon (1966) telah mengemukakan TIGA kategori kaedah pentaksiran aspek afektif
(sikap, nilai, minat, personaliti).

Menilai (valung) - Pada peringkat ini, murid menunjukkan betapa penting sesuatu
objek, fenomena, atau nilai baginya.

Rekod anekdot ialah satu catatan ringkas tentang sesuatu tingkah laku murid yang
dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan.

Pentaksiran melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu


yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang perubahan
tingkah laku.

Pernyataan terbuka dan ayat terbuka berfaedah untuk menelah perasaan, sikap, nilai
dan minat murid-murid.

You might also like