Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Analisis tahap pencapaian Malaysia di dalam PISA

Antara hasrat utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)


2013-2025 adalah untuk berada dalam kelompok sepertiga teratas di
peringkat dunia terutama dalam Program Penilaian Murid Antarabangsa
(PISA) oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).
PISA adalah program pentaksiran pelajar berusia 15 dan 16 tahun di
peringkat antarabangsa dalam literasi sains, matematik dan bacaan yang
dianjurkan oleh OECD setiap tiga tahun sekali sejak tahun 2000. Malaysia
mula mengambil bahagian pada tahun 2009. Keputusan PISA 2012 yang
dikeluarkan pada Disember 2013, Malaysia memperoleh skor 421 dan
dikategorikan melepasi kelompok pertama (420 ke atas) sebagai modern
functional literacy, iaitu sudah mencapai tahap keperluan asas dalam
perkembangan ekonomi global.
Namun, jika dilihat dari segi rekod pencapaian Malaysia dalam
keputusan PISA 2012 kedudukan bagi Malaysia adalah di dalam kelompok
bawah iaitu pada kedudukan 52 daripada 65 negara. Jika dibandingkan
dengan negara negara jiran,

Malaysia diatasi 2 anak tanggga oleh

negara jiran iaitu negara Thailand. Data dalam jadual di bawah


menunjukkan Thailand yang mengatasi Malaysia dan melebarkan jurang
perbezaan dalam ketiga-tiga subjek:
(PISA 2012)
Thailand
Malaysia

Matematik
427
421

Sains
444
420

Bacaan
441
398

Manakala jurang yang begitu besar dapat kita lihat antara negara
jiran Singapura yang mencatatkan keputusan yang memberangsangkan
iaitu pada kedudukan ke-2 dengan mata purata 573 berbanding Malaysia
yang hanya memperolehi 421. Walaubagaimanapun, Malaysia mengatasi
Indonesia yang mana Indonesia berada pada kedudukan ke-64 dengan
mata purata 375. Jadi, kedudukan Malaysia berbanding negara jiran
adalah pada kedudukan ketiga daripada empat negara.

Menurut Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh di dalam


akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 3 Jun 2014 menyatakan bahawa
PISA 2012 menggunakan data sebelum pelaksanaan PPPM yang bermula
pada 2013. Kementerian Pendidikan memberi jaminan tahap pencapaian
pelajar akan meningkat dalam PISA 2015 apabila laporannya dikeluarkan
pada 2016. Peningkatan ini dipacu oleh program penambahbaikan yang
dilaksanakan sejak 2013 sebagaimana yang terkandung dalam PPPM iaitu
orientasi kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran serta ujian
pentaksiran berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
KBAT

dijangka

persekitaran

yang

dapat
baharu,

membantu

pelajar

tidak

bergantung

lagi

berhadapan

dengan

kepada

bentuk

peperiksaan aneka pilihan dan menghafal semata-mata, ia melangkaui


konsep penyelesaian masalah dan analisis sebelum membuat keputusan.
Elemen inilah sebenarnya yang dilakukan menerusi PISA yang sebelum ini
tidak diberikan penekanan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Itulah
sebenarnya yang patut disokong oleh setiap orang yang inginkan pelajar
Malaysia mampu bersaing di peringkat global dan tentunya proses ini
memerlukan masa.
Sasaran

Malaysia

untuk

berada

di

tahap

sepertiga

teratas,

bukannya di tangga ketiga seperti dakwaan pihak yang memperlekeh


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), adalah pada tahun
2025, iaitu ketika PISA memasuki edisi kelapan, yang akan membabitkan
pelajar berumur 15 dan 16 tahun pada 2025. PPPM perlu diberikan masa
untuk dilaksanakan dan dalam perjalanan itu, pencapaian pelajar dijangka
meningkat secara signifikan, bukannya merombak sebagaimana didesak
oleh

sesetengah

pihak

yang

hanya

tahu

mengkritik

tetapi

tidak

memahami dengan jelas apa yang terkandung dalam PPPM.


Sebagai contoh, pihak yang mempersoalkan kedudukan Malaysia
berbanding pencapaian pelajar Vietnam tentunya perlu memahami
perbezaan persekitaran antara kedua negara. Vietnam mempunyai kadar
keciciran pelajar lebih tinggi berbanding Malaysia. Kebanyakan pelajar

Vietnam yang meneruskan pendidikan menengah adalah dalam kalangan


sosioekonomi pertengahan dan tinggi.
Selain

itu,

kajian

OECD

turut

menjelaskan

bahawa

status

sosioekonomi keluarga pelajar mempunyai kaitan yang kuat dengan


pencapaian

pelajar

dan

situasi

ini

boleh

diperhatikan

mengenai

pencapaian Singapura di tangga kedua dengan skor 573. Tambahan pula,


Singapura tidak mempunyai sekolah luar bandar dan pedalaman, serta
sistem pendidikannya tidak pelbagai seperti Malaysia.
Justeru itu, langkah kerajaan yang mahu membuat transformasi
dalam arus pendidikan negara perlu disokong oleh setiap golongan. Hal ini
perlu dilakukan kerana pendidikan adalah pelaburan jangka panjang yang
hanya akan dapat dilihat hasilnya pada masa akan datang. Dengan segala
usaha

digembleng

oleh

pelbagai

pihak

terutamanya

Kementerian

Pendidikan pasti akan membuahkan kejayaan kepada Malaysia dan


seterusnya modal insan cemerlang yang akan lahir daripada sistem
pendidikan yang teratur dan kompetitif.
Setiap pengamal pendidikan dan pihak pelaksana seperti para guru
perlu bersedia dengan perubahan perubahan serta anjakan yang
diperkenalkan oleh pihak kementerian agar segala yang direncana
berjalan dengan lancar. Para Guru perlu faham hasrat Kerajaan yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan tidak
boleh berasa selesa dengan keadaan sekarang. Kita perlu bergerak seiring
dengan perkembangan pendidikan yang begitu pesat. Masyarakat awam
mungkin tidak mengerti mengapa terdapat banyak perubahan dan dasar
baru yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan. Tetapi, para Guru perlu
sedar akan hakikat bahawa kita sudah jauh ketinggalan dengan negara
negara maju dan kita perlu menerima perubahan untuk melahirkan modal
insan yang berdaya saing di peringkat global.

You might also like