Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

2.

0 ANALISIS JENIS-JENIS AYAT YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN


DENGAN MEMBERI PENUMPUAN PADA AYAT TUNGGAL DAN AYAT
MAJMUK.

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu
perkataan atau susunan beberapa perkataan yang diucapkan dengan intonasi yang
sempurna, iaitu dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. (Nik Safiah Karim, 1986)
Setiap bahasa mempunyai jumlah ayat yang tidak terhad bilangannya. Namun
demikian, daripada bilangan yang tidak terhad itu, ayat-ayat tersebut sebenarnya
terbahagi kepada hanya dua golongan, iaitu golongan yang disebut ayat dasar dan satu
golongan lagi yang sebut sebagai ayat terbitan. Ayat dasar adakalanya disebut juga
sebagai ayat inti yang daripadanya dapat dibentuk atau diterbitkan berbagai-bagai ayat
yang lain, yang disebut ayat terbitan, atau dalam istilah ilmu bahasa moden, disebut
ayat transformasi. Proses perubahan atau penerbitan ayat ini boleh berlaku melalui
proses seperti peluasan, penggantian, pengguguran, atau penyusunan semula unsurunsur (konstituen) yang terkandung dalam sesuatu ayat dasar.
Setiap ayat, baik ayat dasar mahupun ayat terbitan, mengandungi berbagaibagai jenis dan ragam ayat, seperti ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat
seruan, ayat majmuk, ayat aktif, ayat pasif, dan sebagainya. Daripada berbagai- bagai
jenis dan ragam ayat ini, kesemuanya boleh bersifat ayat terbitan, tetapi hanya jenis
ayat penyata dan ragam ayat aktif sahaja yang boleh menjadi ayat dasar.

Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu :

Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama


Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja
Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif
Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

Contoh :
Pola 1 : Encik Zainal + pengurus syarikat.
Pola 2 : Anak mereka + sedang tidur.
Pola 3 : Baju itu + merah.
Pola 4 : Rumah saya + di Negeri Sembilan.

Analisis Jenis-jenis Ayat Yang Terdapat Dalam Petikan


1. Ayat tunggal
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai
satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Oleh yang demikian, ayat tunggal,
seperti ayat-ayat jenis lain juga, terbit daripada ayat dasar. Ayat dasar mempunyai
konstituen subjek yang mendahului konstituen predikatnya. Binaan ayat yang tunggal
menyamai binaan ayat dasar, iaitu terkandung di dalamnya satu konstituen subjek dan
satu konstituen predikat, seperti yang berikut:
Subjek

Predikat

1. Ayah Ali

peguam.

2. pelumba lari itu

sangat letih.

3. Fatimah

ke melaka pagi tadi.

Analisis ayat tunggal dalam petikan Titian Kanopi di Poring.

Titian Kanopi di Poring


Encik Junaidi, isteri, dan anaknya Jufri sampai di Taman Poring pada pukul
10.00 pagi. Kawasan itu letaknya di Taman Kinabalu, Sabah. Mereka bertolak dari Kota
Kinabalu dengan kereta pada pukul 7.00 pagi.
Dari tempat letak keretanya, keluarga Encik Junaidi berjalan ke suatu kawasan
yang menarik.
Jufri, cuba lihat di sana, kata ibunya Puan Tina.
Wah, tingginya jambatan gantung itu! kata Jufri kehairanan.
Itulah namanya Titian Kanopi, jelas ayah Jufri. Mereka berjalan ke arah
sebatang pokok yang besar. Di atas pokok itu ada pelantar kayu. Pelantar ini dibuat
seperti pondok dan digunakan sebagai tempat berehat. Keluarga Encik Junaidi naik ke

pelantar itu dengan tangga yang disediakan. Dari pelantar itulah mereka mula berjalan
di atas Titian Kanopi.
Titian Kanopi itu dibuat dengan tali yang diikat pada pokok-pokok di situ. Untuk
memudahkan pengunjung berjalan papan tebal diletakkan di atas tali-tali yang diregang
selari pada pokok-pokok berkenaan.
Semasa berjalan di atas titian yang tinggi itu mereka dapat melihat pelbagai
jenis tumbuh-tumbuhan yang hidup menumpang pada batang-batang pokok. Antara
tumbuh-tumbuhan tersebut termasuklah pokok duit-duit, orkid, paku-pakis, dan
cendawan. Mereka juga dapat melihat pokok-pokok balak, buluh, rotan, dan tumbuhtumbuhan yang lain. Selain itu mereka dapat melihat haiwan seperti kera, tupai, burung,
dan rama-rama.
Di sepanjang titian itu ada beberapa buah pondok. Apabila penat Encik Junaidi,
isteri, dan anaknya berehat di situ. Selepas berehat mereka berjalan lagi. Apabila
sampai di penghujung titian mereka pun turun ke tanah. Mereka pergi ke kawasan
kolam air panas semula jadi. Air panas itu berasal daripada mata air di bumi yang
disalurkan ke beberapa buah kolam kecil. Di situlah mereka mandi sambil
merendamkan badan mereka.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Ayat yang ditandai dengan warna kuning di atas merupakan ayat tunggal. Berdasarkan
analisis yang telah dibuat, saya mendapati bahawa ayat tunggal ini mempunyai satu
konstituen subjek dan satu konstituen predikat.
Contoh ayat tunggal yang terdapat dalam petikan Titian Kanopi di Poring.
Subjek

Predikat

1. Kawasan itu

letaknya di Taman Kibabalu, Sabah

2. mereka

Pergi ke kawasan kolam air panas semula jadi.

Contoh di atas merupakan contoh ayat tunggal dalam Bahasa Melayu yang terdapat
dalam petikan Titian Kanopi di Poring. Walau bagaimanapun, tidak semua ayat
tunggal terdiri daripada subjek yang diikuti oleh predikat. Ada susunan yang berbeza,
iaitu predikat (seluruh atau sebahagian) mendahului subjek, seperti yang terdapat
dalam ayat songsang.

Contoh dalam petikan:


1. a) Di atas pokok itu ada pelantar kayu. (songsang)
b) Pelantar kayu itu ada di atas pokok.

2. a) Di sepanjang titian itu ada beberapa buah pondok. (songsang)


b) Beberapa buah pondok ada di sepanjang titian itu.

2. Ayat majmuk
Ayat Majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau
lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara- cara tertentu sehingga
menjadikannya ayat baharu.
Ayat Majmuk terbahagi kepada tiga :
1. Ayat Majmuk Gabungan
2. Ayat Majmuk Pancangan
3. Ayat Majmuk Campuran

Contoh ayat dibawah adalah hasil daripada cantuman ayat (a) ddengan (b).
1. Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang membuat latihan Matematik.
a) Ali sedang membaca buku.
b) Fatimah sedang membuat latihan Matematik.

2. Ayah mendapat berita bahawa abang telah tamat latihan.


a) Ayah mendapat berita.
b) Abang telah tamat latihan.

Analisis ayat majmuk dalam petikan Titian Kanopi di Poring.

Titian Kanopi di Poring


Encik Junaidi, isteri, dan anaknya Jufri sampai di Taman Poring pada pukul
10.00 pagi. Kawasan itu letaknya di Taman Kinabalu, Sabah. Mereka bertolak dari Kota
Kinabalu dengan kereta pada pukul 7.00 pagi.
Dari tempat letak keretanya, keluarga Encik Junaidi berjalan ke suatu kawasan
yang menarik.
Jufri, cuba lihat di sana, kata ibunya Puan Tina.
Wah, tingginya jambatan gantung itu! kata Jufri kehairanan.
Itulah namanya Titian Kanopi, jelas ayah Jufri. Mereka berjalan ke arah
sebatang pokok yang besar. Di atas pokok itu ada pelantar kayu. Pelantar ini dibuat
seperti pondok dan digunakan sebagai tempat berehat. Keluarga Encik Junaidi naik ke
pelantar itu dengan tangga yang disediakan. Dari pelantar itulah mereka mula berjalan
di atas Titian Kanopi.
Titian Kanopi itu dibuat dengan tali yang diikat pada pokok-pokok di situ. Untuk
memudahkan pengunjung berjalan papan tebal diletakkan di atas tali-tali yang diregang
selari pada pokok-pokok berkenaan.
Semasa berjalan di atas titian yang tinggi itu mereka dapat melihat pelbagai
jenis tumbuh-tumbuhan yang hidup menumpang pada batang-batang pokok. Antara
tumbuh-tumbuhan tersebut termasuklah pokok duit-duit, orkid, paku-pakis, dan
cendawan. Mereka juga dapat melihat pokok-pokok balak, buluh, rotan, dan tumbuhtumbuhan yang lain. Selain itu mereka dapat melihat haiwan seperti kera, tupai, burung,
dan rama-rama.
Di sepanjang titian itu ada beberapa buah pondok. Apabila penat Encik Junaidi,
isteri, dan anaknya berehat di situ. Selepas berehat mereka berjalan lagi. Apabila

sampai di penghujung titian mereka pun turun ke tanah. Mereka pergi ke kawasan
kolam air panas semula jadi. Air panas itu berasal daripada mata air di bumi yang
disalurkan ke beberapa buah kolam kecil. Di situlah mereka mandi sambil
merendamkan badan mereka.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Ayat yang ditandai dengan warna hijau di atas merupakan ayat majmuk.

Contoh ayat majmuk yang terdapat dalam petikan Titian Kanopi di Poring.
1. Pelantar ini dibuat seperti pondok dan digunakan sebagai tempat berehat.
a) Pelantar ini dibuat seperti pondok.
b) Pelantar ini digunakan sebagai tempat berehat.

Ayat majmuk di atas (ayat 1) dihasilkan melalui cantuman ayat (a) dan ayat (b) yang
dikenali sebagai ayat tunggal. Penggunaan kata hubung dan telah digunakan dalam
pembentukan ayat majmuk ini.

2. Di situlah mereka mandi sambil merendamkan badan mereka.


a) Di situlah mereka mandi.
b) Di situlah mereka merendamkan badan mereka.

Ayat majmuk 2 di atas pula menggunakan kata hubung sambil dalam pembentukan
ayat majmuknya.

3. Encik Junaidi, isteri, dan anaknya Jufri sampai di Taman Poring pada pukul 10.00
pagi.
a) Encik Junaidi sampai di Taman Poring pada pukul 10.00 pagi.
b) Isterinya sampai di Taman Poring pada pukul 10.00 pagi.
c) Anaknya Jufri sampai di Taman Poring pada pukul 10.00 pagi.

4. Apabila penat Encik Junaidi, isteri, dan anaknya berehat di situ.


a) Apabila penat Encik Junaidi berehat di situ.
b) Apabila penat isterinya berehat di situ.
c) Apabila penat anaknya berehat di situ.

Ayat majmuk 3 dan 4 merupakan ayat majmuk yang hasil gabungan daripada 3 ayat
tunggal. Penggunaan kata hubung dan dalam pembentukan ayat majmuk ini.

Contoh ayat majmuk lain yang terdapat dalam petikan Titian Kanopi di Poring.
1. Antara tumbuh-tumbuhan tersebut termasuklah pokok duit-duit, orkid, paku-pakis,
dan cendawan.
2. Mereka juga dapat melihat pokok-pokok balak, buluh, rotan, dan tumbuh-tumbuhan
yang lain.
3. Selain itu mereka dapat melihat haiwan seperti kera, tupai, burung, dan rama-rama.

Selain daripada analisis jenis-jenis ayat yang memberikan penumpuan kepada ayat
tunggal dan ayat majmuk, terdapat juga jenis-jenis ayat yang lain dalam petikan Titian
Kanopi di Poring.

3. Ayat penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan.
Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang
sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan.
Terdapat banyak ayat penyata dalam petikan Titian Kanopi di Poring. Berikut
merupakan beberapa contoh ayat penyata yang terkandung dalam petikan tersebut:
1. Mereka bertolak dari Kota Kinabalu dengan kereta pada pukul 7.00 pagi.
2. Keluarga Encik Junaidi berjalan ke suatu kawasan yang menarik.
3. Itulah namanya Titian Kanopi, jelas ayah Jufri.
4. Dari pelantar itulah mereka mula berjalan di atas Titian Kanopi.
5. Titian Kanopi itu dibuat dengan tali yang diikat pada pokok-pokok di situ.

4. Ayat seruan
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan
untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub,
geram, sakit, dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan
tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata
seru atau tidak.
Hanya terdapat satu ayat seruan dalam petikan Titian Kanopi di Poring :
1. Wah, tingginya jambatan gantung itu!

You might also like