Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

A) Penilaian Kemahiran Lisan

Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan
kemahiran bertutur.

Kemahiran mendengar
=Kemahiran paling asas
=Berlaku pada peringkat penerimaan
=Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa
yg didengar.

Kemahiran bertutur
=Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2 artikulasi
=Peringkat penglahiran
=Perlu ditiru & diajuk
=Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tp model bahasa baik tidak semestinya
menjamin ajukan yg baik.

Tujuan kemahiran lisan :


1.

Menyebut perkataan / ayat dgn betul

2.

Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain.

3.

Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).

4.
Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kpd diri (berani bercakap, menyatakan
perasaan dan kehendak)
5.
Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yg tersusun, perkataan yg sesuai,
& perbendaharaan kata yg luas.

Kemahiran-kemahiran yang boleh


1.

Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg betul

2.

Bertutur dgn nada, intonasi, & sebutan yg betul.

3.
Mendengar dgn baik, memahami perkara yg didengar, & menghormati pertuturan
org lain.
4.

Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.

5.

Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan.

6.

Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi.

Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:


1.

bacaan kuat

2.

syarahan

3.

perbahasan

4.

bercerita

5.

perbincangan

6.

hafazan

7.

temu bual

8.

soal jawab

9.

nyanyian

10.

deklamasi sajak

11.

mendengar dan memberi respon secara lisan

Penilaian lisan membolehkan guru :


1.
mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan
bertutur secara gramatis.

2.

mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.

3.

mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.

4.

mengesan kelancaran dalam sebutan.

5.

mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang
memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.

Cth : PLBS

menyediakan instrumen
1.

soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.

2.

aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.

3.
pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk
merangsang murid berfikir.
4.
aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.
Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara :
- pelajar dengan pendidik
- pelajar dengan pelajar
- pelajar dengan bahan pembelajaran
Aspek yang boleh dinilai ialah :
- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- pemikiran peringkat tinggi
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kecekapan metematik
- gaya persembahan/ kelancaran berbahasa
- pertuturan dan sikap

PRINSIP PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN


BERTUTUR

Mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar


Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen
penilaian
Melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian,
melapor dan membuat tindakan susulan.
PENILAIAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara pelajar dengan pendidik, pelajar dengan pelajar dan
pelajar dengan bahan pembelajaran.
ASPEK YANG DINILAI :
Kefahaman konsep
Pengetahuan fakta
Pemikiran peringkat tinggi
Kecekapan mendengar
Penggunaan bahasa yang tepat
Gaya persembahan / Kelancaran bahasa

JENIS PENILAIAN
1.

Formatif

2.

Sumatif

Penilaian formatif

Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat
memberimaklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai
Mengetahui kekuatan dan kelemahan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang
sewajarnya.

Penilaian sumatif

Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai
yang membezakanpencapaian seorang murid dengan murid yang lain dan seringkali digunakan untuk membuat
pemilihan/ pengredan.

MERANCANG PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN

Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, kaedah penilaian dan instrumen penilaian
Penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) boleh membantu membina soalan mengikut hasil pembelajaran yang
ditentukan.
JSU - dapat merangkakan:
- tajuk/kemahiran yang hendak diuji dan peringkatnya.
- bilangan serta peratus soalan untuk setiap peringkat kognitif juga ditunjukkan.

PENENTUAN HASIL PEMBELAJARAN ATAUPUN ARAS-ARAS KEMAHIRAN BERGANTUNG


KEPADA:

Mata pelajaran
Tajuk -tajuk yang dinilai
Peringkat kebolehan murid yang dinilai
Wajaran aras kesukaran - mudah, sederhana, sukar

LANGKAH-LANGKAH MENYEDIA JSU

Pilih tajuk yang hendak dinilai.


Tentukan hasil pembelajaran.
Tentukan bilangan soalan mengikut aras.
Semak semula jenis item atau soalan yang telah ditetapkan samada menepati kehendak objektif kurikulum.
KAEDAH PENILAIAN
Lisan
Penulisan
Pemerhatian

Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk:


1. Mengesan serta-merta
- mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta dalam pengajaran harian
- tidak memerlukan instrumen yang khusus
2. Mengesan kemajuan

3.
-

mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran


perlu dirancang secara individu atau kumpulan
menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian bertulis

Mengesan pencapaian
mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir program
perlu dirancang secara individu
dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan ujian lisan

KEMAHIRAN LISAN (MENDENGAR DAN BERTUTUR)


Tujuan Kemahiran Lisan
Menyebut perkataan / ayat dgn betul
Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain.
Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).
Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kpd diri (berani bercakap, menyatakan
perasaan dan kehendak)
Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yg tersusun, perkataan yg sesuai, &
perbendaharaan kata yg luas.
Kemahiran yang bOleh diperolehi murid:
Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg betul
Bertutur dgn nada, intonasi, & sebutan yg betul.
Mendengar dgn baik, memahami perkara yg didengar, & menghormati pertuturan org lain.
Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.
Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan.
Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi.
Penilaian Kemahiran Lisan
bacaan kuat
syarahan
perbahasan
bercerita
perbincangan
hafazan
temu bual
soal jawab
nyanyian
deklamasi sajak
mendengar dan memberi respon secara lisan
Penilaian Lisan membolehkan guru:
mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur
secara gramatis.
mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.

mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.


mengesan kelancaran dalam sebutan.
mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.
Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang
memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.
Cth : PLBS
Menyediakan Instrumen
soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk
merangsang murid berfikir.
aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.
Konsep kemahiran mendengar
Gabungan segala yg didengar, difahami dan diingat.
Pendengaran berlaku melalui latihan khas yg dilakukan secara berperingkat-peringkat.
Individu lebih byk belajar drpd pengalaman drpd kecerdasan otak.
Harus berlaku menlalui pemikiran, bukan perasaan.
Aspek fizikal, psikologi, neurologi mempengaruhi proses mendengar.
Pendengaran utk hiburan (tinfak balas positif)
Peringkat Kemahiran mendengar
1. mendengar deretan bunyi
2. Memahami bunyi-bunyi yg didengar
3. Menilai bunyi-bunyi yg didengar
4. Bertindak terhadap bunyi

Jenis-jenis mendengar
Mendengar pasif
-Tidak berupaya memahami keseluruhan perkataan yg diujuarkan
-Faktor bahan tidak menarik, tidak bermakna, persekitaran.
Mendengar secara bertelau-telau
-Berlaku pd pelajar bahasa ke-2
-Lemah dlm bahasa yg dipelajari & tidak didedahkan kpd suasana bahasa tersebut.
Mendengar tanpa tindak balas
-Mendengar tp tidak bertindak balas
-Tidak beremosi dan tidak memahami
Mendengar secara menebuk-nebuk
-Berlaku pd pelajar bahasa ibunda
-Pasti & yakin telah menguasai bahasa tersebut ttpi sebenarnya tidak
Mendengar secara beremosi
-Mendengar & mampu meransang emosi
-Merasa sesuatu dan bertindak balas

Mendengar secara berhati-hati


-Mendengar teliti (kata demi kata, ayat demi ayat)
-Memahami ujaran dgn tepat
Mendengar secara kritikal
-Mampu membezakan yg benar & palsu (berfikir kritis dan analitis)
-PnP KBKK
Mendengar secara pengamatan
-Murid sudah mampu berfikir kritikal
-Mendengar berdasarkan pengalaman (membuatkan apa yg didengar lebih bermakna)
Mendengar secara kreatif
-Mengulas, mengritik, menilai
-Mencapai penguasaan bahasa yg baik
Peringkat kemahiran mendengar beserta contoh:
Peringkat awal
-Melakukan sesuatu yg disuruh
-Bertindak terhadap soalan-soalan mudah
-Mengecam, mengajuk & memilih bunyi
Peringkat pertengahan
-Mengecam dan mengingat fakta (tepat dan terperinci)
-Mengesan urutan
-Mengenal sebab dan akibat
Peringkat maju
-Mengenal isi-isi penting
-Mengenal peranan dan perhubungan org yg bercakap
-Mentafsir maksud
-Memberitahu tekanan dan intonasi
Konsep bertutur
Gabungan bunyi-bunyi bahasa
Berlaku pd peringkat penglahiran (setelah penutur belajar drpd pengalaman
berbanding kecerdasan otak)
Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, jantina, dll mempengaruhi pertuturan
Pertuturan dikuasai dgn menumpukan aspek fonologi, struktur, intonasi, dan
penguasaan sistem bunyi.
Aspek-aspek pertuturan
a)Sebutan
murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan,
rangkai kata dan ayat
Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan
seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna.
b)Tekanan

Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat
tertentu.
Biasanya dilakukan pada suku kata.
Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.
Lambangnya ialah /?/.
Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti
dalam sajak.
c) Panjang-pendek (Mora)(Harakat)
Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.
d) Kefasihan
boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.
e) Laras bahasa
kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai
melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.
Bertujuan untuk berkomunikasi.
f) Tatabahasa
merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk
membentuk ayat-ayat.
Tatabahasa terdiri daripada fonologi, morfologi, dan sintaksis
fonologi, murid harus boleh membunyikan kata dan menyebut dengan tepat.
morfologi, mereka harus memilih, membina, dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul.
sintaksis, murid harus boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jekas dan
kemas.
Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya, dan sebagainya haris sesuai dengan bahasa yang dituturkan.
g) Jeda
jeda = persendian
digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistic seperti perkataan, rangkai kata atau ayat.
Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar.
lambang /#/ (apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza)
/+/ = lambang pemisah antara suku kata atau perkataan.
h) Intonasi
merupakan bunyi yang menaik atau menurun.
juga disebut sebagai nada suara
intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang
dituturkan.
intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi, dan sebagainya.
I)Nada
nada ialah keadaan bunyi yang menrik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata
dilafazkan.
nada tidak bersifak fonemik.

j) kelancaran
bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas.
murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkannya dengan
baik dan dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.
Gaya bahasa berdasarkan nada:
Gaya yg sederhana
-Memberi arahan, perintah, pelajaran, bahan kuliah, dll.
-Bertujuan utk menyampaikan maklumat, bahasa utk menyentuh perasaan atau menghasilkan suasana
tertentu.
Gaya bahasa mulia & bertenaga
-Bertujuan utk menggerakkan pendengar / pembaca utk bertindak
-Menekankan aspek tenaga yg ada pd bahasa melului pilihan atau susunan kata tertentu.
Gaya menengah
-Bertujuan utk menghasailkan suasana yg tenang dan damai.
-Nada bersifat lemah lembut, penuh kasih sayang, dan mengandungi sifat lucu.
-Cth situasi pesta dan rekreasi
Faktoryang mempengaruhi pertuturan:
- Kecerdasan kemampuan menghasilkan bahasa
- Kesihatan kanak-kanak sakit (penguasaan bahasa terganggu)
- Fizikal alat artikulasi
- Alam sekeliling sosioekonomi dan perhubungan keluarga
- Jantina perempuan cepat, lelaki lambat
- Dwibahasa ekabahasa lebih cepat
- Umur kelembutan & kebolehan menghasilkan bunyi mengikut umut. Kematangan
alat artikulasi.
KEMAHIRAN BERTUTUR
Konsep
Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa
tugasan dan hasil penulisan murid seperti
Karangan
Laporan projek/kerja kursus/folio
Latihan dan ujian bertulis
Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.
Instrumen Penilaian Penulisan
Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi
kemahiran seperti yang berikut :
Kemahiran menulis
Menyusun idea
Penggunaan tanda baca
Perbendaharaan kata
Mengaplikasi
Mentafsir

Menilai
Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut perlu diambil kira :
Soalan menepati kemahiran yang hendak diuji
Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
Aras kesukaran soalan dipelbagaikan
Skema pemarkahan disediakan
Bentuk Item Soalan
Bentuk Item Objektif (HYPERLINK)
Bentuk Item Subjektif
Tujuan
Mengesan serta merta
Mengesan kemajuan
Mengesan pencapaian
KEMAHIRAN MEMBACA
Pelbagai teknik boleh digunakan oleh pelajar untuk memudahkan pemahaman pembacaan bahan
antaranya :
Contoh teknik:
SQ3R,1H+5W, SKIMMING SCANNING,KWLH dll.
Konsep membaca:
Satu proses di mana seseorang melihat dan memahami apa yang ditulis (WILLIAMS 1984).
Membaca ialah satu proses di mana seseorang mendapat maklumat dari bahan yang dibaca. Ia adalah
kebolehan memahami simbol-simbol atau tulisan yang dilihat.
Tujuan:
Mengetahui isi-isi penting.
Menentukan apakah fakta, konsep dan contoh penting yang perlu difahami dan
diingati.
Memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya dapat membuat nota ringkas
supaya mudah diingati dan difahami.
Cara Gaya Pembacaan:
Membaca mesti dilakukan ditempat yang sesuai dengan kaedah dan gaya pembelajaran anda.
Persediaan yang cukup.
Tumpukan perhatian, minat dan fikiran
Gunakan satu alat/teknik sebagai penunjuk semasa membaca.
Peringkat bacaan:
Kesediaan membaca
Prabacaan
Membaca mekanis
Membaca mentalis
Bacaan Intensif
Bacaan Ekstensif
Aspek berkaitan dnegan kemahiran membaca:

Kadar kelajuan
Pergerakan mata
Mengenal pasti struktur ayat
Membaca secara kuat
Membaca secara aktif
Menunjuk
Motivasi
Gerak hati atau jangkaan
Keadaan fizikal
Peringkat Pemahaman:
Peringkat Lateral
Pengetahuan dan pemahaman murid
Mengingat semula isi karangan dan perlu mempunyai kelebihan memahami
Interpretasi
Murid mampu mentafsir makna berdasarkan pembacaan ringkas
Menentukan sebab petikan tersebut ditulis
Menggabungkan fakta untuk membuat rumusan
Inferens
Murid mampu berfikir sendiri tentang isi petikan
Menentukan sebab dan akibat
Menilai
Peringkat analisis dan sintesis
Membentuk soalan atau mampu memahami soalan peringkat tinggi mengikut
Taksonomi Bloom
Mampu membezakan yang baik dan buruk.
Mempunyai pendapat tersendiri.
Teknik SQ3R:
Diperkenalkan oleh Robinson (1961).
-Satu kaedah yang memerlukan seseorang mempersoalkan kesesuaian maklumat yang terdapat dalam
sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.

S Survey (Kaji)
Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa
yang mahu dicapai melalui pembacaan.
Q Question (Soal)
Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.
R Read (Baca)
Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S
dan Q.
R Recite (Lafazkan semula)

Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca.


R Review (Ulang)
Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingat.
Kelebihan:
Dapat melatih diri menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas sebagai pelajar.
Dapat membaca buku dalam masa yang singkat dan ingat serta faham lebih banyak maklumat.
Lebih fokus terhadap apa yang kita baca.

KEMAHIRAN BERTUTUR
Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan melibatkan proses mental
yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Di
samping penghasilan bunyi bahasa, seseorang itu akan menggunakan unsur-unsur prosodi
dan cara paralinguistik semasa bertutur bagi menguatkan maksud pertuturan. Unsur
prosodi ialah intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda. Manakala unsur para linguistik
ialah bahasa isyarat dan pergerakan badan. Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi
yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan atau dikenali juga sebagai artikulator. Bertutur
merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa dan berlaku pada peringkat
produksi. Oleh sebab itu, model-model yang diperdengar haruslah model-model yang baik
yang membolehkan pelajar-pelajar bertutur secara berkesan.
Beberapa konsep pertuturan
(a)
Pertuturan
ialah
gabungan
bunyi-bunyi
bahasa
yang
dilafazkan.
(b) Pertuturan berlaku pada peringkat produksi. Ia berlaku setelah si penutur itu dapat
mendengar
dan
memahami
dengan
baik
apa
yang
didengarnya.
(c) Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina boleh mempengaruhi kemahiran
bertutur.
(d) Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan
otaknya.
(e) Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi,
struktutr, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.
Berdasarkan sukatan pelajaran bahasa Melayu, kemahiran lisan melibatkan kemahiran
yang berkaitan dengan aktiviti yang berikut:
(a) Berkaitan dengan kemahiran mendengar dan menyebut atau mengajuk bunyi dan
suara.
(b) Kemahiran yang berhubung dengan arahan dan permintaan terutama yang berkaitan
dengan
diri
dan
masyarakat
setempat.
(c)
Pengucapan
yang
berunsur
sosial
dan
bermoral.

(d) Soal jawab dengan tujuan untuk berinteraksi, sosialisasi dan berkomunikasi.
(e) Bercerita sebagai cara untuk menyampaikan pengalaman dan perasaan individu.
(f) Berita dan laporan iaitu kemahiran melahirkan semula pengalaman dan pengamatan
secara
lisan
dalam
struktur
ayat
dan
frasa
yang
baik.
(g) Kemahiran bersyarah dengan menggunakan bahasa, intonasi, gaya di samping suara
yang
baik
dan
jelas
maksudnya.
(h) Lakonan dan puisi iaitu kemahiran menyampaikan pendapat dalam gaya yang menarik
dan
serentak.
(i) Perbincangan dan perbahasan iaitu kemahiran mengeluarkan pendapat di samping
mempertikaikan pendapat orang lainsecara serentak.
Aspek-aspek
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
(f)
(g)
(h)
(i)
(j) Laras bahasa

penting

dalam

Mora
Jeda

kemahiran

bertutur
Sebutan
Tekanan
(panjang-pendek)
(persendian)
Intonasi
Nada
Tatabahasa
Kelancaran
Kefasihan

Tujuan bertutur
Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan buah
fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbbagai keadaan perhubungan
seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan
syarahan. Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan murid boleh
bertutur dalam bahasa Melayu dengan betul dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan
perkataan dan ayat dengan tepat.
Pengajaran
dan
pembelajaran
bertutur
haruslah
membolehkan
murid;
(a)
Menyebut
dengan
jelas.
(b)
Menyampaikan
atau
melahirkan
pendapat
peribadi.
(c) Menunjukkan arah.
(d)
Bertemu
ramah.
(e)
Memberi
penerangan
dan
memberi
alasan.
(f)
Membina
soalan
untuk
mencari
maklumat.
(g)
Bertukar-tukar
pendapat
dan
maklumat.
(h)
Melaporkan
peristiwa
dan
memberi
sesuatu
huraian
dengan
tepat.

(i)
Bertutur
secara
bertatasusila.
(j) Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.
Peringkat-peringkat Kemahiran Bertutur
Aktiviti Peringkat Awal
(a)
Melafazkan
pengucapan
bertatasusila.
(b)
Mengajuk
perkataan
dan
ayat-ayat
yang
didengar.
(c)
Menyoal
untuk
mendapatkan
maklumat.
(d)
Membuat
teguran
atau
kenyataan
mengenai
sesuatu
situasi.
(e)
Menyoal
soalan-soalan
mudah
berdasarkan
situasi
tertentu.
(f)
Bertindak
terhadap
soalan-soalan
mudah.
(g)
Memberi
arahan.
(h) Membuat ayatr-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya.
(i) Membuat ayat-auyat daripada gambar.
Aktiviti Peringkat Pertengahan
(a)
Membuat
deskripsi
tentang
objek
atau
gambar.
(b)
Bercerita
berdasarkan
satu
siri
gambar
atau
gambar
bersiri
(c)
Mendeskripsi
pengalaman
atau
sesuatu
peristiwa.
(d)
Memberi
satu
siri
arahan
untuk
membuat
sesuatu.
(e)
Membaca
iklan
dan
peraturan.
(f)
Memberi
ucapan
pendek
dan
mudah.
(g)
Memberi
komen
secara
mudah.
(h) Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan peribadi seseorang, masa
bersekolah,
persekitaran,
di
rumah
dan
sebagainya.
(i)
Mengambil
bahagian
dalam
perbualan
mudah.
(j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.
Aktiviti
Peringkat
Maju
(a) Mendeskripsikan sesuatu peristiwa, objek, permainan, proses dan sebagainya.
(b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya
(c)
Mengambil
bahagian
dalam
perbincangan,
perbualan
atau
dialog.
(d)
Bertanya
untuk
mendapatkan
maklumat.
(e)
Menerangkan
proses,
kejadian,
prosedur
dan
peraturan.
(f)
Memberitahu
arah
atau
hala
sesuatu
tempat.
(g)
Memberikan
ceramah
atau
syarahan.
(h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan
lain-lain.
(i)
Mengambil
bahagian
dalam
drama
atau
lakonan.
(j)
Mendeklamasi
puisi.

(k)
Menyampaikan
komen,
laporan
(l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.

atau

ulasan.

Aspek-aspek penting kemahiran mendengar

Proses mendengar
Mendengar merupakan satu proses yang aktif. Oleh itu, sebagai seorang pendengar, seharusnya
mempunyai mendiskriminasikan bunyi ujaran yang didengar, mendengar dengan tajam dan sekali
gus memahami maklumat tersebut. Pendengar juga harus bijak menapis dan menilai serta
menerima input yang benar-benar mustahak dan relevan. Proses mendengar biasanya berlaku
dalam empat peringkat iaitu:
a) Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa
b) Memahami bunyi-bunyi bahasa
c) Menilai bunyi-bunyi bahasa yang diperdengarkan
d) Bertindak terhadap bunyi-bunyi bahasa
Peringkat kemahiran mendengar
AWAL
- Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi
- Mengecam makna perkataan, frasa dan ayat
- Melakukan suruhan atau arahan yang diberikan
- Bertindak terhadap soalan-soalan mudah
- Mengingat perkataan mudah dengan tepat
- Memadankan perkataan dan ayat
PERTENGAHAN
- Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara terperinci
- Mengenal maklumat khusus
- Mengesan urutan
- Mengenal pasti sebab dan akibat
- Mengenal perhubungan orang yang berinteraksi
- Mengesan sikap dan perasaan orang yang bercakap
MAJU
- Mengenal isi-isi penting
- Mengenal peranan dan hubungan dengan orang yang bercakap
- Mengetahui fungsi intonasi dan tekanan
- Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar
- Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan
- Mentafsir tujuan penutur menggunakan berbagai bentuk struktur nahu
Jenis kemahiran mendengar
Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu mendengar secara aktif dan mendengar secara

pasif.
a) Mendengar secara aktif
Kemahiran mendengar aktif merujuk kepada mendengar bagi mendapatkan makna iaitu perkara
yang didengar itu benar-benar difahami seperti yang dimaksudkan oleh penutur. Kemahiran ini
digunakan secara meluas dalam pelbagai situasi seperti mendengar kuliah, perbualan harian, sesi
kaunseling, dan pihak pengurusan memberikan arahan kepada pekerja. Mendengar secara aktif
merupakan satu kemahiran yang dapat digunakan untuk mempertingkat keupayaan memahami dan
menelah maklumat verbal. Tujuan kemahiran mendengar aktif adalah untuk memberi kefahaman
antara pendengar dengan penutur dan sebagai satu latihan untuk memberikan perhatian
sepenuhnya kepada ujaran penutur.
i. Mendengar secara bertelau-telau
Biasanya pelajar bahasa kedua. Kurang mampu mendengar dan memahami bahagian-bahagian
tertentu ujaran. Tidak berjaya untuk membentuk konsep makna. Biasanya amat jarang
menggunakan bahasa tersebut.
ii. Mendengar tanpa tindak balas
Keadaan ini terjadi apabila pendengar tidak memahami sepenuhnya hubungan antara kata dalam
ayat yang diucapkan. Kesannya, pendengar tidak bertindak balas terhadap apa yang didengar.
iii. Mendengar secara menebuk-nebuk
Pendengar memilih apa yang mahu didengar kerana daya kefahaman yang masih rendah serta
dipengaruhi minat dan sikap.
iv. Mendengar secara beremosi
Pada peringkat ini, pendengar telah mula memahami bahasa. Reaksi berbeza antara pendengar
berdasarkan kefahaman.
v. Mendengar secara berhati-hati
Peringkat ini, pendengar mendengar secara teliti dan bersungguh-sungguh dan menumpukan
pendengaran terhadap kata, rangkai kata, ayat satu demi satu. Biasanya dilakukan untuk belajar
bertutur secara intensif.
vi. Mendengar secara kritikal
Ini adalah peringkat penguasaan bahasa yang baik. Pendengar berupaya memilih dan menentukan
perkara yang benar atau palsu, kekuatan dan kelemahan, kekurangan atau kelebihan dan
sebagainya. Pendengar juga berupaya berfikir secara kritis dan analitis.
vii. Mendengar dengan pengamatan
Pendengar yang mampu memikir secara kritikal apa yang didengar dan mampu memahami ujaran
terutama berkaitan dengan pengalaman.
viii. Mendengar secara kreatif
Peringkat pendengaran yang paling tinggi kerana dapat mentafsir, mengkritik, menganalisis dan
membuat ulasan yang bernas. Pendengar boleh menggubah sesuatu apabila mendengar sesuatu
percakapan yang baik.
b) Mendengar secara pasif

Kemahiran mendengar pasif merupakan kemahiran mendengar pada peringkat paling rendah.
Kemahiran ini merujuk kepada kemahiran mendengar tanpa bertindak balas, iaitu pendengar
hanya mendengar tanpa memberikan sebarang respons yang menunjukkan sama ada dia faham
perkara yang diperkatakan ataupun tidak. Pendengar tidak berupaya menyerap keseluruhan ujaran
yang didengarinya.
Pendengar juga kerap kehilangan fakta penting dan memberikan tanggapan yang tidak menepati
maksud penutur. Akibatnya, pendengar jarang-jarang dapat mengingati dan menyatakan semula
perkara yang didengar itu. Kemahiran mendengar ini kebiasaannya berlaku dalam kalangan
pendengar bahasa kedua. Keadaan ini berlaku kerana kelemahan mereka dalam bahasa tersebut
menyebabkan mereka tidak mampu mendengar dengan baik, membina konsep, memparafrasa dan
memahami ujaran yang diperdengarkan.
Aspek-aspek penting kemahiran bertutur
Tujuan bertutur
Pertuturan akan berlaku atas tujuan-tujuan tertentu. Ujaran akan dapat disusun dengan baik dan
laras bahasa yang sesuai dapat digunakan jika mengetahui tujuan kita bertutur. Secara umumnya,
tujuan bertutur dapat dikategorikan kepada lima iaitu:
a) bertutur untuk tujuan memaklumkan
b) bertutur untuk tujuan mempengaruhi
c) bertutur untuk tujuan keseronokan
d) bertutur untuk tujuan penyelesaian masalah
e) bertutur untuk tujuan menzahirkan emosi dan idea
Aspek-aspek pertuturan
Terdapat beberapa aspek pertuturan yang harus diberi perhatian dalam kemahiran bertutur iaitu
i. Sebutan : murid-murid diajar mengenal huruf dan bunyi-bunyi setiap huruf, suku kata,
perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Ini bertujuan melatih mereka menyebut sesuatu dengan
tepat dan jelas. Mereka juga harus boleh menyebut dengan betul mengikut bunyi, ejaan dan
makna.
ii. Tekanan : merupakan cara menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat dengan memberikan
tekanan pada tempat-tempat tertentu. Dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan menandakan
keras atau lembut sesuatu pengucapan.
iii. Intonasi : adalah keadaan bunyi menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. Ia
kadangkala disebut sebagai nada suara. Intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama
dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. Contohnya, ayat tanya mempunyai
intonasi menaik di akhir ayat.
iv. Nada : nada adalah keadaan bunyi menaik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku
kata itu diucapkan. Dalam bahasa Melayu, nada bersifat fonemik.
v. Mora (panjang-pendek) : merupakan kadar sesuatu bunyi itu dilafazkan. Konsepnya sama dengan

harakat dalam bahasa Arab. Penggunaan unsur ini ketara dalam bahasa Inggeris dan Arab.
vi. Jeda (persendian) : ia digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti
perkataan, rangkai kata atau ayat-ayat. Dalam sesebuah ayat yang diucapkan, jeda digunakan
sebagai hentian sebentar. Unsur ini boleh membawa makna yang berbeza jika ia digunakan.
vii. Tatabahasa : tatabahasa ialah satu system yang menggabungkan kata untuk membentuk ayat.
Peraturan ini mempunyai kaedah dan formula tertentu. Ia terdiri daripada aspek fonologi,
morfologi dan sintaksis. Untuk memperoleh pertuturan yang baik, aspek ini harus ditekankan.
viii. Kelancaran : bermaksud murid-murid boleh bertutur dengan baik, kemas dan teratur. Semasa
bercakap, mereka tidak menghadapi sebarang masalah dan tiada gangguan semasa percakapan itu
berlangsung.
ix. Kefasihan : murid-murid boleh bercakap dalam bentuk yang kemas, licin, teratur dan lancar.
Selain itu, penutur juga boleh membunyikan suku kata atau menyebut perkataan dan ayat-ayat
yang dituturkan secara jelas dan tepat.
x. Laras bahasa : hal ini bermaksud murid boleh menggunakan bahasa dalam pelbagai konteks,
suasana dan situasi yang sesuai.

Peringkat-peringkat kemahiran bertutur


Terdapat tiga peringkat kemahiran bertutur iaitu peringkat awal, pertengahan dan maju.
AWAL
- Melafazkan pengucapan bertatasusila
- Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar
- Menyoal untuk mendapatkan maklumat
- Membuat teguran atau kenyataan mengenai situasi
- Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi tertentu
- Bertindak terhadap soalan mudah
- Memberi arahan
- Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya
- Membuat ayat-ayat daripada gambar yang diberi
PERTENGAHAN
- Membuat deskripsi tentang objek atau gambar
- Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar bersiri
- Mendeskripsi pengalaman atau peristiwa
- Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu
- Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan peribadi seseorang, masa bersekolah,
persekitaran, di rumah dan sebagainya
- Membaca iklan dan peraturan
- Memberi ucapan pendek dan mudah
- Mengambil bahagian dalam perbualan mudah
- Memberi komen secara mudah
- Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan
secara mudah

MAJU
- Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya
- Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya
- Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog
- Bertanya untuk mendapatkan maklumat
- Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan
- Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat
- Memberi ceramah atau syarahan (teks disediakan)
- Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan dan lain-lain
- Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan
- Mendeklamasi puisi
- Menyampaikan komen, laporan atau ulasan
- Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya
Jenis aktiviti bertutur
Di dalam bilik darjah , murid melakukan perbuatan bertutur lebih banyak daripada mendengar dan
menulis. Penglibatan aktif murid dalam aktiviti bertutur termasuklah menjawab soalan daripada
guru dan rakan, bertanyakan soalan kepada guru, memberikan pendapat dan merumuskan hasil
perbincangan kumpulan. Aktiviti bertutur seperti bercerita, berlakon, menyanyi, berbual dan
berbincang dapat melatih murid bertutur bagi melahirkan idea, pendapat dan pandangan sesuai
dengan tahap umur mereka. Antara aktiviti bertutur ialah
Aktiviti bercerita
Aktiviti ini dapat memikat hati kanak-kanak kerana ia berunsur hiburan dan menyeronokkan. Oleh
itu, murid akan dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran guru apabila aktiviti bercerita
dijalankan. Walau bagaimanapun, aktiviti ini seharusnya berfokus kepada murid iaitu murid sendiri
diberi peluang untuk menyampaikan cerita. Bercerita dapat menggalakkan penguasaan kemahiran
lisan dan perkembangan bahasa,meningkatkan kefahaman serta menyuburkan akal dan daya
imaginasi murid. Murid juga diberi peluang untuk memilih cerita yang ingin mereka sampaikan
seperti cerita dongeng, cerita binatang, pengembaraan dan sebagainya. Murid perlu menyatakan
pengajaran daripada cerita yang telah disampaikan. Selepas selesai bercerita, guru boleh
menjalankan aktiviti bersoal jawab tentang cerita, berbincang mengenai watak yang terlibat dan
peristiwa yang diceritakan dan sebagainya.
Aktiviti berlakon
Berlakon melibatkan aktiviti pergerakan tubuh badan dan perlakuan yang dilakukan oleh watakwatak bagi menggambarkan keadaan sebenar. Murid menggemari aktiviti ini kerana mereka diberi
peluang untuk bertutur secara bebas, beraksi sesama sendiri dan berhibur dengan rakan sebaya.
Terdapat beberapa jenis lakonan seperti lakonan spontan, lakonan tanpa suara dan lakonan
patung. Murid juga digalakkan melakukan aksi atau melakonkan watak tertentu sambil bertutur.
Aktiviti menyanyi
Aktiviti ini dapat membantu guru mencapai matlamat bagi mendorong kanak-kanak bersuara atau
berkata-kata. Menyanyi juga dapat menjadikan pengajaran guru lebih menarik, memudahkan
pemahaman, membantu murid mengingat kembali perkara yang telah dipelajari dan murid dapat
menguasai perbendaharaan kata dan sebutan dengan lebih mudah. Sebagai seorang guru,
haruslah tahu menyesuaikan lirik lagu dengan peringkat umur murid agar objektif pengajaran
dapat dicapai.
Aktiviti berbual
Perbualan boleh dijalankan dalam dua bentuk iaitu secara langsung dan tidak langsung. Perbualan
secara tidak langsung tidak banyak memerlukan persediaan oleh guru. Guru boleh berbincang
dengan murid mengenai isu persekitaran dan sebagainya yang dirasakan sesuai. Guru boleh
memulakan perbualan dengan bertanyakan soalan tentang beberapa perkara dan kemudian

berfokus kepada satu topik yang dapat menarik minat murid bagi meneruskan perbualan
selanjutnya. Semasa perbualan berlangsung, murid seharusnya dapat memberikan komen,
pendapat, menerangkan sesuatu tanpa perasaan segan. Perbualan secara langsung pula dilakukan
secara terancang oleh guru. Guru perlu memilih satu tajuk yang dapat memotivasikan murid untuk
berbual. Selepas aktiviti tersebut, guru boleh meminta beberapa murid menceritakan semula isi
atau sebarang perkara yang telah dibualkan oleh mereka.
Aktiviti berbincang
Berbincang merupakan aktiviti mengeluarkan, menghujahkan dan mengulas pendapat tentang
sesuatu tajuk. Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk melatih murid mengeluarkan buah fikiran
dan pendapat dengan bernas. Dalam aktiviti ini, setiap murid digalakkan untuk melibatkan diri
secara aktif. Kesannya, murid dapat mempertajamkan minda malah melatih kepetahan murid
untuk bertutur dan mengeluarkan pendapat . Pemilihan tajuk perbincangan perlulah mengikut
tahap umur murid.

Kemahiran Berbahasa
1. Definisi
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan kemahiran bermaksud
kepandaian atau kecekapan seseorang individu. Manakala berbahasa pula membawa
maksud mempunyai bahasa , menggunakan bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa.
Maka definisi Kemahiran Berbahasa boleh disimpulkan sebagai sesuatu kebolehan
atau kepandaian seseorang individu itu berbahasa (bertutur) dalam suatu bahasa.
Kemahiran berbahasa juga merupakan satu kemahiran atau kecekapan
seseorang untuk menerima dan mentafsir maklumat melalu pendengaran, pertuturan,
pembacaan dan penulisan. Lazimnya seseorang yang mahir berbahasa ialah orang
yang pendengaran dan pertuturannya baik.
Kemahiran mendengar pula bolehlah ditakrifkan sebagai satu proses yang
melibatkan dua peringkat kemahiran iaitu menerima dan membezakan bunyi dan
memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa dan ayat.
Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung kepada pengetahuan, pengalaman
budaya dan sikap pendengar. Untuk memahami bahasa, seseorang itu perlu
mempunyai tiga unsur iaitu pengatahuan sedia ada pada pendengar, pengetahuan
tentang situasi berlaku pertuturan yang didengar dan pengetahuan tentang sistem
bahasa.
Apabila ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami bunyi
bahasa yang didengar dengan lebih senang. Proses mendengar adalah satu proses
yang aktif. Si pendengar mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa.
Selain itu, pendengar juga memilih dan menyimpan apa yang difahami dalam
ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah suatu proses yang aktif kerana berlaku
tindak balas selepas mendengar.
kemahiran bertutur boleh ditakrif kan sebagai satu proses komunikasi yang
kompleks yang melibatkan proses mental yang merangsang alat pertuturan untuk
mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. bagi menguatkan maksud pertuturan,

seseorang perlu menggunakan unsur linguistik seperti intonasi, nada, tekanan, sebutan
dan jeda yang sesuai.
Bertutur merupakan satu cara berkomunikasai yang paling tua, paling mudah
dan murah serta cepat untuk dipelajari. Lazimnya kedua-dua kemahiran mendengar
dan bertutur ini saling memerlukan. Jika salah satunya tidak dapat dikuasai seperti
kecacatan alat pendengaran, maka seseorang itu tidak akan dapat bertutur.
Membaca boleh diertikan sebagai satu perlakuan mendapatkan maklumat
melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan dua
proses iaitu menterjemah lambang bertulis atau bercetak kepada bunyi bahasa dan
mendapatkan maklumat atau makna daripada bunyi-bunyi yang disuarakan. Membaca
juga melibatkan proses mekanis dan mental.
Untuk menjadi pembaca yang efektif, seseorang itu perlu dapat menyebut
perkataan dengan betul dan lancar serta mengetahui makna perkataan yang dibaca.
Walau bagaimanapun, dalam proses membaca, aspek penyebutan kurang penting
berbanding dengan keupayaan berfikir, merasai dan membayangkan serta memahami
apa yang dibaca. Melalui proses tersebut, pembaca dapat memahami isi maklumat,
penerangan atau mesej yang hendak disampaikan.
Menulis boleh ditakrifkan sebagai satu proses pembentukan simbol-simbol
tulisan dalam bahasa. Kemahiran menulis berkait rapat dengan kebolehan murid
menulis dalam bentuk tulisan yang terang, jelas dan lengkap. Ia juga merangkumi
kebolehan menggunakan ayat dan penggunaan tanda baca yang betul bagi
menyampaikan sesuatu maksud.

2. Konsep
Seperti yang telah dijelaskan dalam definisi tadi, kemahiran berbahasa merujuk
kepada kepandaian atau kebolehan seseorang berbahasa. Kemahiran berbahasa juga
meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Konsep kemahiran
berbahasa ini ialah keupayaan seseorang atau beberapa orang berkomunikasi atau
berinteraksi bagi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat dalam
percakapan dan pertuturan.
Dalam konteks ini, kemahiran mendengar adalah proses yang melibatkan aktiviti
pemerolehan maklumat, manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana
dan menghasilkan penghasilan maklumat. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur
dengan baik sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seseorang
pendengar yang baik dapat memahami dan memproses maklumat yang didengarnya
dalam sesuatu interaksi. Begitu juga seorang penutur yang baik dapat menyampaikan
perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi itu.
Konsep kemahiran membaca pula merujuk kepada keupayaan murid membaca
dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan
pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera kritis
dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan.

Konsep kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menghasilkan


pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan
yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas.
N. Chomsky berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama peranti
pemerolehan bahasa (Language Acquisition Device) LAD. Alat ini menyebabkan
manusia mempunyai kebolehan semula jadi untuk menguasai bahasa. Beliau juga
menggambarkan bagaimana kemahiran berbahasa itu berlaku melalui rajah perikalu
Chomsky. Dalam rajah perilaku ini, menunjukkan konsep kemahiran berbahasa melalui
pertuturan dan pendengaran.
Rajah tersebut menunjukkan bagaimana seseorang yang bertutur dengan
kecekapan bahasa yang baik menghantar ayat-ayat (data-data) kepada pendengar.
Pendengar akan menerima dan mentafsir ayat-ayat untuk difahami. Seterusnya
pendengar tadi pula yang akan bertutur yakni menyampaikan data-data atau ayat-ayat
kepada penutur tadi. Perlakuan ini yang boleh digambarkan sebagai satu konsep
kemahiran berbahasa melalui kemahiran bertutur dan mendengar.
Dalam kemahiran bertutur, terdapat beberapa konsep pertuturan, antaranya,
pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahaa yang dilafazkan.
Pertuturan juga berlaku setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik
apa-apa yang didengarnya. Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada
pengalaman kecerdasan otaknya. aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak,
persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan
kanak-kanak. kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian
kepada akpek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan aspek bunyi yang lain.
Kemahiran bertutur juga menekankan aspek-aspek sebutan, tekanan, mora
(panjang-pendek), jeda (persendian), intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran, kefasihan
dan laras bahasa yang sesuai.
kemahiran bertutur juga membolehkan seseorang individu atau murid menyebut
dengan jelas, menyampaikan pendapat peribadi, melaporkan peristiwa, menunjuk
arah, bertemu-ramah, bertukar pendapat dan membina soalan untuk mencari
maklumat.
Kemahiran mendengar merupakan kemahiran uatam yang perlu dikuasai oleh
kanak-kanak sebelum mereka boleh mengujarkan perkataan atau bunyi dalam proses
awal untuk bercakap. Konsepnya, kanak-kanak lazimnya akan mengajuk atau mengikut
percakap ahli keluarga seperti ibu atau bapa melalui proses mendengar. Mereka akan
mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada oarangorang sekeliling. Mereka akan mencuba mengungkapkan perkataan tertentu secara
berulang-ulang kali sebelum sesuatu perkataan itu kekal dalam ingatan. Ini bermakna
kanak-kanak yang hiduo dalam kerangka model alam persekitaran yang baik
cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa bertutur dan mendengar yang baik.
Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu dapat memperoleh idea, mencari
isi penting, bertindak balas, mengenal pasti perkara yang berkaitan atau tidak, mentafsir
makna yang tersirat, mengenal pasti mood penutur dan dapat mengesan pengaruh
sama ada menggunakan logik atau propaganda.

Seseorang kanak-kanak yang telah menguasai kemahiran mendengar


seharusnya dapat mendengar denga baik apa saja yang dituturkan oleh orang lain
kepadanya. Sehubungan dengan itu, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih
berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya,kemahiran mendengar ini tidak sahaja
perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya diperingkat awal pengajaran bahasa
sebelum kemahiran lain diajar kepada mereka. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini,
aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara iaitu
gabungan bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingati, proses yang berlaku
dipengaruhi aspek fizikal, psikologi dan neurologi, berlaku melalui latihan-latihan khas
secara berperingkat-peringkat dan berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.
konsep kemahiran membaca, bermakna seseorang itu dapat memahami apa
yang dibaca. membaca dan memahami itu saling memerlukan dan untuk mengajar
kedua-duanya perlulah mengikut peringkat-peringkat supaya penguasaannya dapat
berkembang dengan baik. Ianya perlu diajar daripada yang mudah kepada yang sukar.
Akhirnya, murid dapat membaca secara senyap dan memahami apa yang dibaca.
Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagai dan diajar dengan menggunakan
strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan.
Kemahiran membaca dan memahami ini diajar kepada murid supaya mereka
dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan.
Daripada kemahiran ini mereka dapat memperluaskan ilmu dan pengetahuan yang
terakam dalam bahan tulisan. Bacaan juga terbahagi kepada empat jenis iaitu bacaan
mekanis, membaca secara bersuara, bacaan mentalis iaitu membaca secara dalam
hati. Seterusnya bacaan intensif iaitu bacaan secara mendalam bagi tujuan
memperkembangkan kebolehan meneliti, memahami dan mentafsir dan bacaan
ekstensif iaitu bacaan secara meluas iaitu bacaan yang dilaksanakan di luar bilik darjah.
Membaca juga terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu yang pertamanya
peringkat kesediaan membaca. Pada peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat
menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. Seterusnya
peringkat prabacaan. Peringkat ini meliputi kemahiran keamatan pendengaran,
kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan
daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. seterusnya mengenal abjad sehingga
membaca ayat.
Peringkat bacaan mekanis pula merupakan fasa murid menyebut hutuf, suku
kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. mereka juga boleh membatangkan
perkataan-perkataan yang mempunyai suku kata terbuka dan tertutup. Peringkat
bacaan dan kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa
kefahaman terhadap apa yang dibaca, perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Murid
sepatutnya berupaya mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca pada
peringkat ini.
Menulis tidak dapat dipisahkan daripada membaca, malahan saling
berhubungan antara satu sama lain. Di peringkat sekolah rendah, kedua-dua kemahiran
ini bermula pada tapak yang sama, iaitu mengenal huruf. Murid tidak dapat menbaca
tanpa terlebih dahulu mengenal dan mengetahui huruf. Begitu juga dengan menulis.
Terdapat enam peringkat dalam kemahiran menulis iaitu kemahiran mekanis,

kemahiran mengeja, kemahiran memilih perkataan dan kemahiran tatabahasa,


kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun isi, kemahiran menggunakan gaya
bahasa dan kemahiran membuat pertimbangan.
Dalam KBSR dinyatakan bahawa objektif pengajaran kemahiran menulis ialah
untuk membolehkan murid dapat menulis karangan dan surat kiriman yang menepati
maksud dan tajuknya. Murid juga seharusnya boleh memahami dan mengisi borangborang yang sesuai untuk keperluan seharian. Jika diteliti senarai kemahiran menulis,
penekanan diberikan juga kepada tulisan yang jelas dengan menggunakan tanda baca
dan ejaan yang betul.
Kemahiran menulis dalam KBSR terbahagi kepada tiga peringkat iaitu
pertamanya pratulisan. Peringkat ini melibatkan latihan pergerakan tangan, pergerakan
mata serta kordinasi tangan dan mata.
Peringkat yang kedua ialah tulisan mekanis iaitu kemahiran nenekap huruf,
menulis huruf, menyalin perkataan dan ayat mudah. Setersunya peringkat Menulis dan
mengarang yang dikategorikan kepada enam bahagian iaitu kemahiran menulis berkait
dengan perbendaharaan kata dan ejaan, kemahiran menulis berkait dengan
kefahaman, kemahiran menulis berkait dengan tanda baca, kemahiran menulis berkait
dengan kemahiran belajar, kemahiran menulis berkait dengan tatabahasa dan
kemahiran menulis karangan.
Kejayaan murid dalam penulisan terletak di tangan guru, khususnya guru
bahasa. Ajaran, asuhan, didikan dan dorongan guru akan dapat mendirikan asas yang
kukuh dalam perkembangan kamahiran menulis murid-murid. Guru bahasa perlu
menunjukkan kepada murid sahsiah yang boleh mendorong mereka untuk maju,
umpamanya bersama-sama menunjukkan minat dalam bidang penulisan. Selain itu,
guru perlu bertimbang rasa, sentiasa memberi galakan dan menghargai setiap hasil
penulisan murid dan tidak sekali-kali menunjukkan reaksi yang negatif terhadap
kelalaian dan kesilapan murid.
Kejayaan kemahiran menulis juga bergantung pada kuantiti latihan yang dibuat.
Jika murid merasakan hasil kerjanya memuaskan, ada ganjaran, sangat dihargai oleh
guru dan pembaca yang lain, minat mereka untuk menulis semakin meningkat.
Seterusnya itu, latihan kerja rumah akan dibuat oleh murid atas dasar minat bukannya
kerana paksa.

You might also like