Perayaanyangterdapatdimalaysia 120304212051 Phpapp02

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PERAYAAN YANG TERDAPAT

DI MALAYSIA:

TEMA 4: WARISAN
KEPELBAGAIAN BUDAYA
MALAYSIA
Definisi:
1.Warisan:
2.Budaya:

1.0.PRINSIP-PRINSIP PENTING DALAM AJARAN


PELBAGAI AGAMA:1. Agama merupakan pegangan hidup manusia.
Prinsip, amalan dan nilai yang terkandung dalam
agama tersebut dijadikan panduan dalam menjalani
hidup dan seterusnya dalam menghadapi cabaran.
2. Agama rasmi negara kita ialah agama Islam,
namun agama-agama lain bebas diamalkan secara
aman. Malaysia kaya dengan pelbagai agama
seperti agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh, ajaran
Confucius dan Taoist.
3. Kesemua agama memberi panduan dan ajaran
agar penganutnya menjadi manusia yang baik, taat
kepada ajaran agama masing-masing dan
mengamalkan nilai-nilai murni untuk mencapai
kecemerlangan diri.

4.

Agama Islam mengajar umatnya untuk berlaku adil kepada manusia


lain dan menyebarkan ilmu yang dimiliki kepada orang lain tanpa
mengira waktu.

5.

Nilai lain yang ditekankan oleh agama Islam ialah tidak bersifat pilih
kasih, bersifat ihsan, sentiasa sabar untuk menghadapi segala
penderitaan dan kesusahan, merendah diri dan tidak memandang rendah
pada orang lain, selain benar dan amanah.

6.

Agama Buddha pula menekankan keyakinan yang berdasarkan kepada


pengetahuan. Seseorang penganut agama Buddha mestilah mempunyai
pemikiran yang rasional dan mengambil keputusan yang bijak tanpa
menyusahkan diri sendiri dan orang lain.

7.

Ajaran Hinduisme mengajar penganutnya untuk mempercayai Tuhan


dan segala-galanya datang daripada Tuhan dan Tuhan akan memberikan
keputusan yang bijak tanpa menyusahkan diri sendiri dan orang lain.

8.

Agama Kristian juga mengajar umatnya untuk mempraktikkan nilai-nilai


murni dalam kehidupan serta berkhidmat untuk masyarakat agar
sentiasa dirahmati Tuhan.

2.0. KEPENTINGAN AMALAN-AMALAN


TERTENTU DALAM PERAYAAN PELBAGAI
KAUM
1.

Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang kaya


dengan pelbagai perayaan.

2.

Perayaan-perayaan yang disambut setiap tahun ini mempunyai


keunikannya tersendiri dan ia dirayakan bersama-sama
dengan kaum lain dengan perasaan muhibah dan perpaduan.

3.

Antara perayaan penting yang disambut di negara ini ialah Hari


Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Thaipusam, Hari
Wesak, Krimas, Hari Raya Aidil Adha, Hari Gawai, Tadao
Keamatan, Perayaan Ponggal dan Vaisakhi.

4.

Keunikan ini juga menjadi daya penarik pelancong ke


negara kita.

5. Amalan baik kampung menjadi tradisi semua kaum apabila


menjelangnya sesuatu perayaan untuk meraikannya dengan
keluarga dan sanak-saudara.

6.

Amalan ziarah-menziarahi merupakan fenomena yang biasa


ketika sambutan perayaan. Secara tidak langsung perpaduan
antara kaum dapat dipupuk.

7.

Islam menyarankan umatnya memohon maaf ketika


perayaan Hari Raya Puasa. Amalan ini dapat menjernihkan
sebarang perselisihan faham dan memulihkan kasih sayang antara
anggota keluarga.

8.

Semangat komuniti atau kemasyarakatan dapat dilihat ketika


sambutan perayaan-perayaan ini. Amalan memakai pakaian dan
memasak makanan tradisional menyerikan lagi sambutan
tersebut.

9.

Mengadakan rumah terbuka merupakan satu lagi amalan


yang sering diadakan oleh kerajaan Malaysia untuk menjalinkan
perpaduan antara kaum. Pelbagai acara dan aktiviti serta juadah
tradisional akan dihidangkan untuk semua lapisan masyarakat.

10.

Amalan-amalan ini mewujudkan rasa hormat,


persefahaman dan tolak ansur antara pelbagai kaum di
negara ini.

3.0.KELEBIHAN

SAMBUTAN
PELBAGAI PERAYAAN

Mengeratkan hubungan pelbagai


kaum.
Mengekalkan amalan dan tradisi
setiap kaum.
Mewujudkan perasaan hormat,
toleransi dan saling fahammemahami antara kaum.
Daya penarik pelancong

4.0.AMALAN-AMALAN PENTING KETIKA PERAYAAN

1.HARI RAYA AIDILFITRI


Wajib berpuasa selama sebulan (bulan Ramadan) sebelum
berhari raya.
Membayar zakat fitrah.

2.HARI RAYA AIDILADHA


Menunaikan solat sunat Aidiladha pada pagi hari raya.
Penyembelihan binatang akan dilakukan dan dagingnyaakan
disedekahkan kepada fakir miskin dan jiran-jiran yang
beragama Islam.
3.TAHUN BARU CINA
Mengadakan makan besar bersama semua
angggotakeluarga .
Tradisi mengunjungi dan memberi angpau kepada mereka
yang belum berkahwin.

4.HARI DEEPAVALI
Menyalakan pelita di kawasan rumah.
Amalan mandi minyak geliga bertujuan untuk penyucian badan dan
pembuangan dosa.
5.HARI KRISMAS
Menghias pokok Krismas dan bertukar-tukar hadiah dengan kaum
keluarga.
Berkumpul bersama keluarga untuk makan malam.
6.TADAO KEAMATAN
Mengadakan upacara kepada semangat padi sebagai tanda kesyukuran.
Menjamu makanan tradisional dan minuman tapai.
7.HARI GAWAI
Mengadakan upacara sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran .
Menghidangkan air tuak.
8.HARI VASAKHI
Berkumpul untuk mendapat restu daripada guru di Gudwara.
Menggantikan bendera suci di Gudwara.
Membaca kitab suci (Guru Granth Sahib)

You might also like