Major Pra

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

1.

KEPENTINGAN AKTIVITI DAN KREATIVITI DALAM PERKEMBANGAN

KANAK-KANAK
Aktiviti estetika dan kretiviti sememangnya memberi peranan yang penting
dalam perkembangan kanak-kanak . Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk
kanak-kanak menyampaikan perasaan, kerja dan keupayaan mereka dalam pelbagai
cara. Malah aktiviti ini menggalakkan mereka untuk berfikir. Misalnya, selepas
melukis kanak-kanak merancang untuk mempamerkan hasil kerja mereka, mereka
belajar untuk membuat keputusan terutamanya dalam memilih lukisan mana yang
harus mereka pamerkan, bagaimana ia diuruskan dan adakah mereka berpuas hati
dengan hasil kerja mereka.
Isernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh
digunakan untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran . Ini kerana aktiviti
seni menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan
perasaan, cara berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa, serta membantu kanakkanak untuk membantu kanak-kanak untuk meneroka pengetahuan akademik
mereka .
Kreativiti dan estetika terbahagi kepada lima bahagian iaitu :
1.1

LUKISAN DAN KRAF

Objektif Atau Hasil Pembelajaran


Menghasilkan lukisan dan kraf tangan :
Berdasarkan objektif ini, kanak-kanak diberi peluang membuat pelbagai
kesan, corak dan garisan pada sesuatu permukaan. Tujuan supaya mereka mampu
memahirkan motor halus mereka . Kanak-kanak juga boleh mengetahui warna dan
membezakan warna apabila terlibat dengan pelbagai aktiviti mewarna. Selain
membantu mereka mencurahkan idea ke saluran yang tertentu, mereka boleh
mencurahkan perasaan mereka dalam bentuk lukisan dan sebagainya. Beberapa
hasil pembelajaran yang ingin di capai adalah untuk :

Membuat tanda dan kesan pada pelbagai permukaan .

Membuat garisan dan rupa bentuk .

Melukis warna dan mewarna dalam ruang tertentu .

Mengenal dan membezakan warna .

Menyatakan idea dan menceritakannya .

Menggunakan pelbagai bahan secara kreatif dalam rekaan pelbagai kraf


untuk pembentukan , binaan , ukiran , guntingan dan lipatan , tampalan ataupun
kolaj.

HASIL KERJA
KANAKKANAK

TOPIK

1.1

PERKEMBANGAN

KANAK-KANAK

SENI

DAN

KANAK-KANAK

SENI

VISUAL

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik sertaberkembang mengikut fitrah
semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai
alat

komunikasi

1.2

dan

merupakan

KEPENTINGAN

PENDIDIKAN

refleksi

pemikiran

PENGAJARAN

SENI

MATA

VISUAL

(a)

kanakkanak.
PELAJARAN

KEPADA

KANAK-KANAK

Aspek

Kognitif

Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang
empunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak
membuat

keputusan.

(b)

Aspek

Fizikal

Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan
(psychomotor)

dan

koordinasi

(c)

tangan serta

mata.

Aspek

Kreativiti

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek
kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikansenivisual mengutamakan proses,
berbanding

dengan

(d)

hasilan

akhir.

Aspek

Persepsi

murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui
proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.
(e)

Aspek

Sosial

dan

Emosi

Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan
diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkansemangat ekerjasama di dalam aktiviti
berkumpulan

yang

1.3

KANAK-KANAK

(a)

dibentuk.

DAN

Melukis

SENI

sebagai

LUKIS

Medium

Komunikasi

Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk
bertutur.

Ianya

dijadikan

(b)

Melukis

alat

perhubungan

sebagai

Cara

yang

berkesan

Mencapai

untuk

berinteraksi.

Kepuasan

Diri

Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui
lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot.
Aktiviti
(c)

sebegini
Melukis

juga
untuk

dapat

membantu

Meningkatkan

menajamkan

Daya

daya

Penguasaan

intuisi
Kendiri

kanak-kanak.
(Self Esteem)

Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang
dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap
pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti
pancaindera.
1.4
1.4.1

PERKEMBANGAN
Teori

Perkembangan

ARTISTIK
Artistik

oleh

KANAK-KANAK
Hurwitz

dan

Day

(a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun) kanak-kanak tidak

mempunyai

kawalan

pada

pergerakan

tangan.

Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja
dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil
serta bahan-bahan lain. -tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi
menggambarkan

sesuatu

imej.

-terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak
terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa.
(b)

Peringkat

Membuat

Simbol

(6-9

Tahun)

kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Pada peringkat ini, kanak-kanak
sangat

terpengaruh

(c)

dengan

keadaan

Pra-Remaja

Terdapat

percubaan

Lukisan
1.4.2

figura

pula

Teori

melukis

dilukis

Perkembangan

(a)

(10-13

untuk
mula

sekelilingnya.

figura

dengan

Artistik

Peringkat

Tahun)

dengan

menitikberatkan

Kanak-kanak

saiz
daya

oleh

Scribbling

yang

betul.

saiz sebenar

Lowenfeld dan
(2-4

objek.
Britain
Tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal.
mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang
kepada

melukis

(b)

Peringkat

bulatan.

Preschematic

(4-7

Tahun)

Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang
terdapat

di

(c)

sekelilingnya

dengan

Peringkat

Lukisan

mula

menggunakan

Schematic

dihasilkan

mengikut

garisan.

(7-9

skema

atau

Tahun)
konsep

tertentu.

Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej
manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya. lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas
dan

berskala

(d)

Peringkat

Dawning

Realism

atau

besar.
The

Gang

Age

(9-12

Tahun)

kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. imej yang dilukis
secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula
menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan
karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta
menitikberatkan
(e)

kualiti

Peringkat

karya

Pseudonaturalistic

atau

yang
Reasoning

dihasilkan.
(12-14

Tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistic di dalam menghasilkan
lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar
untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan
lukisan
(f)

menerusi

Peringkat

Period

If

Decision

imaginasi.

atau Adolescent Art

in

High School (14-17 Tahun)

Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan
penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan
pemilihan
1.4.3

bahan
Teori

yang
Perkembangan

sesuai

untuk

Artistik

menghasilkan
Kanak-kanak

karya
oleh

seni.
Georges-

Henri

Luquet

(a)

Peringkat

Fortuitous

Realism

Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan pada
peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar.
(b)

Peringkat

Failed

Realism

Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej
sebenar.

Lukisan

yang

(c)

hampir

sama

Peringkat

dihasilkan

berulang

Intelectual

kali.
Realism

Pada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang
mereka

lihat.

Bentuk

(d)

lukisan

yang

lebih

ringkas

Peringkat

Melukis

imej

yang

mempunyai

namun

dilukis

dengan

Visual
perspektif

agak

baik.

Realism
dan

kadar

banding.

Percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dapat dilihat pada peringkat ini dan
percubaan melukis imej secara 3 dimensi dianggap satu kejayaan dan pencapaian baik.
1.5

KEINGINAN

ASAS

KANAK-KANAK

(a) Untuk Bergerak, Berjaya dan Diiktiraf, Diterima dan Disanjung (hasil karya di[uji,dipamerkan)
(b)

Untuk

Bersaing,

Ketangkasan

Fizikal

dan

Memahami

(pertandingan)

(c) Untuk Meneroka, Pencapaian Kreatif dan Meluahkan Perasaan (beri peluang meneroka dan
bereksperimentasi.

Hasil yang dipamerkan merupakan tulisan, lukisan dan kraftangan. Kanak-kanak


dapat menyiapkan tugasan yang diberikan. Kebanyakan arahan dapat diikuti oleh
kanak-kanak. Berdasarkan hasil kerja yang dipamerkan, kanak-kanak sudah dapat
menguasai kemahiran menulis dan mendengar.
Kanak-kanak juga sudah dapat berimaginasi dengan baik. Buktinya kanakkanak dapat melukis apa yang berada dalam fikirannya dan melahirkan dalam
lukisan. Lukisan yang dihasilkan juga dapat memberi gambaran yang baik kepada
guru. Guru dapat melihat dan memahami apa yang ingin disampaikan oleh kanakkanak dalam lukisan berkenaan.
Penggunaan warna juga adalah baik kerana menggunakan warna yang
sesuai untuk sesuatu gambar. Warna yang bersuaian untuk sawah padi, bukit bukau
dan rumah.
2.0

Penilaian dan pentaksiaran kemajuan kanak-kanak

2.1

Pengenalan
Penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah penting

kerana membantu mengesan perkembangan seseorang murid itu dan mengenal


pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

Selain itu ia juga sebagai alat untuk mengesan kelebihan dan kelemahan
murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. Ia juga dapat membantu guru
dalam mengenal pasti keberkesanan seseuatu pengajaran. Selain itu, guru juga
dapat menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk merangsang
aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan
murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka.
Pentaksiran dan penilaian juga penting bagi menyediakan program atau
aktiviti yang selanjutnya yang sesuai diberikan kepada murid prasekolah. Aktiviti
tersebut adalah sama ada aktiviti pemulihan untuk murid yang lemah, aktiviti
pengukuhan untuk yang menguasai dan aktiviti pengayaan bagi mereka yang sudah
mahir. Ketiga-tiga tahap ini mempunyai tahap kesukaran yang berbeza-beza
mengikut tahap murid. Penilaian dan pentaksiran juga berperanan untuk menjadi
asas membuat laporan kepada ibu bapa. Melalui pentaksiran dan penilaian ini juga
murid dapat menilai diri mereka sendiri. Dengan ini mereka akan berusaha
memajukan diri melalui aktiviti yang disediakan.
2.2

Idea-idea mengukuhkan kefahaman tentang konsep, objektif dan prinsip

penaksiran dan penilaian.


Secara

umumnya penaksiran

adalah

proses

membuat

keputusan

berdasarkan peraturan atau piawaian manakala penilaian pula melibatkan


pengumpulan maklumat, merekodkan, menganalisis dan melaporkan berdasarkan
data yang diperoleh. Penaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan
maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan
pelbagai kaedah. La merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara
tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).
Secara
mengenalpasti

keseluruhannya
kecerdasan

mempertingkatkan

penaksiran

dan

perkembangan

dan

potensi

murid

mereka.

Hasil

penilaian
bagi

bertujuan

memperkukuh

penaksiran

dan

untuk
dan

penialain

membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya


membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain
kognitif, afektif dan psikomotor.
Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), penilaian adalah suatu proses yang
melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai
satu tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk

membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkahlangkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan
kepada tiga proses utama iaitu proses yang pertama adalah merancang, proses
kedua melaksanakan penaksiran dan proses yang ketiga adalah merekod maklumat.
Dodge et. Al (1994), pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan
maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan
perkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan
yang dilakukan kanak-kanak.
Dalam proses pertama iaitu merancang, beberapa perkara penting haruslah
diambil kira agar penilaian dan penaksiran yang hendak dibuat berjalan dengan
lancar dan sistematik. Perkara-perkara berikut adalah yang pertamanya mengenal
pasti murid yang hendak dinilai, yang kedua menentukan hasil pembelajaran yang
hendak dinilai, yang ketiga menentukan instrumen yang hendak digunakan, dan
yang seterusnya adalah menentukan aspek yang hendak diperhatikan, menentukan
tempoh masa pemerhatian dan yang terakhir menentukan waktu sesuatu penaksiran
dan penilaian hendak dijalankan. Selain itu, dalam proses merancang juga
pembinaan instrumen perlu dititikberatkan. Instrumen yang dibina seharusnya
mempunyai ciri-ciri seperti tujuan yang jelas, menepati apa yang hendak dinilai, item
yang boleh diukur dan perlu diingatkan bahawa setiap item hanya boleh mengukur
setiap satu kemahiran sahaja.
Dalam proses kedua iaitu proses melaksanakan penaksiran dan penilaian
pula, perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana penaksiran dan
penilaian dilaksanakan. Penaksiran dan penilaian dalam pendidikan prasekolah
hanya dapat dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian merupakan proses
pengamatan

terhadap

segala

pelakuan

murid

yang

bersesuaian

dengan

perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian dan penaksiran, pemerhatian


merupakan satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat agar
dapat merekodnya dengan tepat kelak. Antara contoh-contoh rekod yang boleh
digunakan adalah Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan Rekod
Berterusan.
3.0

Objektif
Penilaian dan pentaksiran mempunyai objektif mengesan perkembangan,

kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Ia juga menentukan hasil pembelajaran

yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian. Ia juga sebagai
satu alat untuk memberikan aktiviti yang sesuai pada tahap murid.
Menurut Katz (1997) berpendapat penaksiran dan penilaian di prasekolah
betujuan untuk menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang
utama, membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah pengajaran
dan pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran dan
kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibubapa dan menolong
kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan dirinya sendiri.
Antara

objektif

penaksiran

dan

penilaian

yang

penting

adalah

untuk mengesan perkembangan seseorang murid itu serta mengenal pasti pelbagai
potensi murid secara menyeluruh. Selain itu ia digunakan untuk mengenal pasti
kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa. Guru
juga dapat mengesan keberkesanan sesuatu pengajarannya melalui proses
penaksiran dan penilaian. Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran dan
penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan
pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan
peringkat umur mereka.
Menurut Lihanna Borhan, dari tujuan penaksiran dan penilaian berdasarkan
garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan dalam pendidikan prasekolah,
dapatlah

disimpulkan

bahawa

penggunaan

penilaian

berbentuk

ujian

atau

peperiksaan bertulis bukanlah satu kaedah yang sesuai di tahap ini. Sebaliknya, guru
prasekolah seharusnya mengubah perhatian mereka ke arah penggunaan sistem
penilaian yang lebih autentik.
4.0

Konsep penilaian berterusan.


Penilaian berterusan berlaku sepanjang masa dan tidak menunggu akhir

proses untuk menilai. Konsep membuat penilaian berterusan ialah penilaian yang
dilakukan sepanjang masa tidak kira masa tertentu. Ia bersifat formatif iaitu
mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke peringkat. Ianya
dilakukan pada setiap masa iaitu tidak kira pada masa murid menjalankan
pembelajaran, bermain, berbual dan apa sahaja aktiviti murid akan dinilai. Penilaian
bukanlah dilakukan pada masa tertentu seperti di akhir bulan atau semester.
Sebaliknya penilaian berlaku sepanjang masa. Guru juga hendaklah membuat
diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semsa ke semasa. Penilaian
berterusan juga penilaian yang dibuat untuk memberi peluang kepada guru

memperbaiki kelemahan serta-merta supaya kelemahan tidak terkumpul banyak. Di


prasekolah, penilaian dijalankan secara berterusan dan tidak formal bagi
memudahkan guru mengambil tindakan susulan.
5.0

Teknik penaksiran dan penilaian secara berterusan.


Semua maklumat dalam proses 9i8m.Terdapat beberapa teknik merekod

maklumat yang diperoleh secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan,


kemajuan dan pencapaian murid iaitu dengan menggunakan Senarai Semak, Skala
Kadar, Rekod Anekdot dan juga Rekod Berterusan.
Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti
perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan.
Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah
laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan
juga kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku. Terdapat beberapa perkara penting
yang perlu diambil perhatian. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak adalah yang pertamanya ia perlu
disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan
hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas. Senarai semak juga digunakan
menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi. Hanya kemahiran penting
dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat
memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan. Pemerhatian
hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang
lebih tepat dan kekal. Terdapat beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan
menggunakan Senarai Semak iaitu penggunaannya mudah dan praktikal. Selain itu,
orang yang tidak mahir dan menilai juga dapat menggunakannya dengan mudah.
Ianya dapat digunakan di hadapan kanak-kanak ataupun semasa ketiadaannya
dengan membuat flashback. Selain itu, dengan menggunakan Senarai Semak guru
dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada satu masa.
Penggunaan Senarai Semak adalah penting dalam merancang kurikulum untuk
kanak-kanak.
Kelemahan

penggunaan

Senarai adalah

ianya

mengandungi

jurang

informasi dan deskripsi berkenaan kualiti dan masa semasa merekodkan tingkah
laku atau kemahiran yang dipamerkan kanak-kanak. Pemerhatian menggunakan
instrumen Senarai Semak juga hanya melihat pada tingkah laku tertentu sahaja dan
bukan kesemuanya. Oleh itu, ada kalanya guru akan terlepas pandang daripada
melihat dan memehatikan tingkah laku yang lebih signifikan. Selain itu juga, data

atau maklumat yang direkodkan hanyalah pada tingkah laku yang dipamerkan oleh
kanak-kanak sahaja.
Rekod Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan
dan pencapaian sesuatu tingkah laku murid. Guru menilai kemahiran atau amalan
murid berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau
gred. Tahap pencapaian dapat ditentukan untuk sesuatu kemahiran dengan
penggunaan Skala Kadar. Penggunaan instrumen ini adalah spesifik untuk semua
tunjang.
Rekod Anekdot satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah
laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod Anekdot
ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana
sesuatu peristiwa itu berlaku. Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan
untuk membuat rekod anekdot ialah membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang
berlaku, mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek
perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat
selepas sesuatu peristiwa berlaku dan menulis apa yang dilihat secara objektif.
Dalam Rekod Anekdot, maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan
peristiwa yang menggambarkantentang perkembangan bahasa dan literasi, pola
interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah murid. Rekod Berterusan
pula merupakan catatan dalam bentuk cerita atau naratif yang dibuat ke atas individu
atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan
apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang
terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh tiga hingga lapan minit dan ianya
juga boleh berlangsung dalam tempoh lebih lama iaitu sekitar dua puluh lima minit
sehingga tiga puluh minit.
Prosedurprosedur

untuk

menyediakan

Rekod

Berterusan

adalah

pertamanya guru perlu memfokus kepada murid yang ingin diperhatikan. Seterusnya,
item yang akan difokuskan semasa pemerhatian perlu dipastikan. Langkah ketiga
adalah dengan merekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci. Rekod
yang dicatat hendaklah tepat dan padat. Prosedur terakhir perlu diambil perhatian
adalah mencatatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.
Antara kelebihan menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat
memberi gambaran sebenar dan terperinci mengenai situasi sebenar dalam tempoh

yang ditetapkan (Surayah dan Haslinda, 2009). Yang keduanya, Rekod Berterusan
yang turut dikenali sebagai Running Record dapat memperlihatkan pelbagai aspek
perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam satu rekod. Selain itu juga,
kebaikan menggunakan Rekod Berterusan adalah instrumen ini dapat digunakan
dalam apa jua situasi dan tujuan. Rekod Berterusan ini juga membolehkan guru
membuat tindakan serta-merta kepada murid tanpa menunggu akhir proses tertentu
seperti peperiksaan. Kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini pula antaranya
adalah ia dapat menyebabkan kanak-kanak sedar mereka sedang diperhatikan.
Selain itu juga,penggunaan Rekod Berterusan adalah memenatkan kerana
seseorang guru itu perlu memberi lebih tumpuan pada proses perekodan. Agak
sukar dilakukan untuk semua murid secara spesifik untuk 25 orang murid. Selain itu
guru haruslah teliti dan peka dengan perubahan dan perkembangan murid agar
rekod berterusan dapat dilakukan dengan berkesan.

6.0

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN KE ATAS AMINAH


Cikgu

Fasihah

telah

menggunakan

skala

radar

untuk

merekodkan

perkembangan kemahiran bacaan salah seorang muridnya yang bernama Aminah.


Berdasarkan rekod bacaan tersebut, terbukti Aminah adalah seorang kanak-kanak
yang sudah menguasai prabacaan. Aminah sudah dapat membaca perkataan yang
mudah dan senang.
Aminah

juga

seorang

yang

memberikan

pengamatan

semasa

sesi

pengajaran dan pembelajaran juga seorang pendengar yang baik. Kemahiran


koordinasi mata tangan Aminah juga tersenarai dalam skor ketiga. Ini menunjukkan
Aminah

sudah

dapat

menguasai

kemahiran

koordinasi

mata

tangan.

Walaubagaimanapun, kemahiran mengeja dan menyebut tidak dapat dikuasai


dengan baik. Buktinya apabila kemahiran mengeja dan menyebut berada di skala 2.
Aminah berkemungkinan dilatih untuk membaca perkataan tanpa mengeja
dan menyebut sukukata. Disebabkan itu, dia tidak dapat menguasai kemahiran
menyebut dan mengeja, tetapi dapat menguasai prabacaan. Selepas pemerhatian
dan rekod telah dilakukan, saya dapat menyimpulkan bahawa terbukti penilaian
secara berterusan adalah sangat sesuai dengan kanak-kanak prasekolah. Ini kerana
tindakan serta-merta yang dilakukan oleh guru sangat berkesan dalam langkah

memperbaiki kelemahan murid. Murid akan lebih mengingati sesuatu kesilapan dan
berusaha untuk memperbaiki diri mereka melalui bimbingan guru. Guru juga harus
memberikan sokongan dan penilaian yang telus agar potensi murid dapat
dikembangkan secara maksimum.
Guru prasekolah juga harus peka dengan semua perkara yang dilakukan
oleh murid tanpa mengira dan memilih murid. Pembelajaran yang sama rata
membolehkan murid mendapat hak mereka dalam kehidupan sebagai kanak-kanak.
Saya juga berpendapat bahawa kanak-kanak yang pandai membaca atau
kelihatan bijak tidak semestinya pandai melakukan semua perkara. Guru seharusnya
tidak mengamalkan sikap sambil lewa dengan perkembangan kerohanian dan
emosinya semata-mata membolehkan murid pandai membaca. Semua aspek perlu
diambil kira untuk membentuk murid yang seimbang. Rekod yang dicatat dalam
instrument adalah satu bahan bukti penilaian dan tindakan telah dibuat oleh guru. Ibu
bapa juga harus didedahkan dengan laporan penilaian supaya dapat terlibat sama
dalam pembentukan perkembangan anak mereka. Di sini baharulah ibu bapa
mengetahui aktiviti dan hasil kerja anak mereka sepanjang pembelajaran di
prasekolah. Ini dapat dijadikan bahan perbincangan dan penambahbaikan yang
boleh diambil oleh ketiga-tiga pihak iaitu murid,guru dan ibu bapa.

8.0.

Refleksi kendiri.

Saya telah menerima tugasan ini pada tarikh yang awal. Hati mula terasa beban
memandangkan saya perlukan komitmen sepenuhnya terhadap kerja. Fikiran saya
hanya tertumpu dengan tugasan projek, praktikum, mengajar, membuat Rancangan
Pengajaran Harian dan persiapan MQA menyemak fail. Boleh dikatakan semua
perkara ini membuatkan saya tertekan. Tambahan pula saya melaksanakan satu
kertas projek yang bertajuk Klinik Membaca Anakku yang menuntut pelbagai usaha
keras untuk menjayakannya. Kekangan masa yang memaksa saya melakukan kerja
secara pantas sememangnya memerlukan pengorbanan yang besar. Saya terpaksa
melupakan soal rehat dan memanjakan diri seperti selalu untuk menyiapkan kerja ini.
Dan saya pasti sikap suka bertangguh akan memakan diri saya sendiri.

Sebelum melaksanakan pemerhatian, saya telah mencari bahan-bahan berkaitan. Ini


penting dalam memberikan saya serba sedikit ilmu pengetahuan dalam membuat
penilaian ke atas murid nanti. Saya telah membuat semakan dan sedikit analisa
mengenai jenis senarai semak yang mudah digunakan. Saya juga ada membuat
sedikit perubahan dalam rekod senarai semak supaya ianya lebih jelas dan mudah
difahami. Agak banyak juga bahan yang saya perolehi mengenai tajuk penilaian.
Kebetulan saya ada beberapa koleksi buku rujukan prasekolah yang telah dikumpul
sejak beberapa tahun dulu. Saya juga mencari bahan rujukan di perpustakaan untuk
menambahkan pengetahuan dan kesasihan ilmu. Saya telah membuat pembacaan
daripada banyak bahan, dan baharulah saya mencari bahan-bahan penting untuk
diolah isinya. Saya berusaha untuk menyiapkan kerja ini dengan sehabis baik.

Selain itu saya ada masalah memahami antara penilaian dan pentaksiran. Keduadua istilah ini seperti sama tetapi tidak serupa. Setelah membaca banyak bahan

daripada buku dan internet dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya telah
sebulat suara mengatakan ianya adalah sama. Di sinilah saya dapat bekerjasama
dengan rakan-rakan. Saya dapat membina keyakinan saya dalam memberikan
pendapat hasil daripada kajian sendiri serta menerima pendapat rakan-rakan. Di
sinilah antara satu pembelajaran berlaku secara tidak langsung. Perbincangan juga
telah dilakukan bersama guru pembimbing di sekolah. Saya telah mendapatkan data
murid

daripada

fail

prasekolah

serta

berkolaborasi

dengan

guru.

Melalui

perbincangan dengan guru saya dapat mengetahui kehidupan Daniel dengan lebih
dekat sama ada di rumah atau sekolah.

Saya juga dapat mengenali murid dengan lebih dekat melalui pelbagai aktiviti dan
perbualan dengannya. Daniel adalah seorang murid yang normal dan cergas. Tahap
kognitif,psikomotor dan afektif yang seimbang membuatkan saya mudah untuk
menilainya. Perjalanan saya membuat penilaian berlangsung dengan lancar dan
sempurna. Tetapi saya berasa risau dengan kerja-kerja penilaian yang akan
dilakukan

apabila

saya

menjadi

guru

prasekolah

yang

sebenar.

Saya

membayangkan betapa banyaknya penilaian yang harus dilakukan ke atas 25 orang


murid. Jadi,saya rasa tugasan ini adalah satu persediaan dan panduan untuk
membuat penilaian pada masa akan datang. Jadi saya rasa tugasan ini sangat
membantu.

Di sini juga saya dapat melihat perubahan kemajuan yang ditunjukkan oleh murid.
Secara langsung saya dapat mengesan kelemahan yang dia ada dan cara untuk
memperbaiki kelemahannya. Saya sedar betapa pentingnya bimbingan oleh orang
dewasa dalam perkembangan maksimum kanak-kanak. Jadi saya perlu membimbing
mereka ke arah tahap yang sepatutnya agar tidak membebankan diri mereka dan
orang lain pada masa akan datang. Kesan daripada tidak membimbing kanak-kanak
pada tahap sepatutnya akan menyebabkan mereka akan merasa rendah diri dengan
rakan sebaya yang lain. Selain itu mereka tidak yakin dengan kebolehan sebenar
yang mereka ada. Oleh itu penilaian berterusan sangat penting dilakukan pada usia
prasekolah bagi mengesan dan memulih secara serta-merta dapat memudahkan
kerja guru agar kelemahan murid tidak terkumpul.

Saya juga berpendapat bahawa penilaian dan penaksiran tidak boleh diambil mudah
oleh guru prasekolah. Sekiranya perkara ini berlaku, kelemahan murid akan
bertambah dan seterusnya menyukarkan guru untuk melaksanakan tindakan
susulan. Inilah yang berlaku kepada murid-murid sekolah Pulau Gajah tempat saya
melaksanakan praktikum. Murid yang tercicir semakin ramai manakala yang sudah
pandai membaca hanya beberapa orang sahaja. Rekod yang seharusnya telah
dicatat sempurna tidak kelihatan. Rekod yang hanya diisi sekadar cukup syarat
jelas kelihatan apabila saya mendapati banyak ruang kosong yang belum diisi.
Kebetulan pula, fail milik Daniel bertukar maklumat dengan Hafiz. Pada mulanya
saya berasa pelik. Rupa-rupanya ada pelawat yang salah meletakkan isi maklumat
itu. Setelah menyedari kesilapan itu, saya menyemak dan membertulkan semula
maklumat tersebut.

Dalam melaksanakan tugasan ini, saya beberapa kali datang ke maktab. Setelah
penat balik dari sekolah (praktikum), usaha saya datang ke maktab untuk menemui
pensyarah berkenaan menemui jalan buntu apabila gagal menemuinya. Namun saya
berjaya menyiapkan tugasan hasil daripada perbincangan dengan rakan-rakan.

Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan tugasan ini dirasakan sangat singkat.
Dalam mengejar persiapan praktikum juga, saya juga memberikan komitmen dengan
persiapan kelas di bulan puasa. Walaupun penat, saya tetap melakukan segala
tugas seorang pelajar dan guru prasekolah. Saya bertungkus-lumus menyiapkan
kerja ini sebelum raya. Setelah sepakat dengan rakan-rakan lain, saya sepakat untuk
mengkhantarnya selepas raya. Meskipun saya sudah siap, saya mengambil
keputusan untuk mencetaknya selepas raya. Saya juga tiada masa untuk
menghantar tugasan sebelum raya kerana terpaksa berkemas-kemas untuk balik ke
kampung.

Melalui tugasan ini, saya harap mendapat pengetahuan baharu dalam ilmu
prasekolah ini. Sememangnya saya seorang pelatih yang kurang berminat dengan
opsyen prasekolah, namun saya berusaha untuk menuntut sebanyak-banyak ilmu
tentang prasekolah. Ini semua untuk kanak-kanak yang berjiwa bersih. Saya perlu

mencorakkannya untuk menjadi seorang yang baik seperti kain yang berwarna warni
dan cantik. Itu azam saya setelah melihat kanak-kanak prasekolah ini.

Saya kira, saya sudah buat yang terbaik untuk tugasan ini. Saya sudah berazam
untuk melakukan yang terbaik untuk menebus kembali pointer yang lepas. Saya
mahu mendapatkan pointer yang tinggi pada sem ini. Pada saya kepuasan
melaksanakan tugas itu penting dan saya telah melakukan yang terbaik. Penilaian
hasil kerja kursus ini terletak pada tangan pensyarah. Dan itu bukanlah hak saya
menentukan gred kerja saya. Saya hanya mengharapkan saya mendapatkan yang
terbaik daripada hasil kerja saya. Itu sahaja,sekian. Terima kasih.

jangan lupa komen.tq

dibebel oleh Julia


Labels: PRA 3111
Reactions:
5 comments:

noorJanuary 4, 2012 at 7:09 AM


TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INI.SANGAT MEMBANTU DLM SAYA
MENYIAPKAN TUGASAN
Reply

KaptenJuly 31, 2012 at 8:37 AM


Boleh

emailkan

pada

saya

senarai2

akmal3110@gmail.com
tq.
Reply

Nurshudarmie ErishaApril 3, 2013 at 6:20 AM


terima kasih atas maklumatnya..
Reply

semak

yang

digunakan?

elyn luSeptember 16, 2014 at 7:11 AM


maklumat ini sangat berguna kepada saya..boleh tak email graf berdasarkan phasil
penilaian yang dibuat kepada saya (elynlu91@hotmail.com)? sebab saya tak dapat
nampak graf itu masa online..tq..
Reply

- 4n4K M4M4 -October 19, 2014 at 10:21 AM


blh x tlg send detail nie pada email sya p3_alisya88@yahoo.com....sya nak buat
rujukan...harap dpt mbntu...trima ksh...
Reply
Newer PostOlder PostHome

Subscribe to: Post Comments (Atom)

TEACHER JU

known as julia

24 years old

loving

MINTAK 10 SEN...HEHE
LABELS
aktiviti (1) Bahan bantu mengajar (1) ceh~2 orang rakan khusyuk menyental
daki (1)Falsafah Pendidikan (1) kajian tindakan (1)LAGU KANAK-KANAK (6) mama
n baby (4) muzik prasekolah (1) nota aku(1) Pendidikan Seni (2) Perkembangan
emosi kanak-kanak-PRA 3107 (1)Perkembangan Kanak-kanak (2)PRA 3111 (1) PRA
3112 (1) soalan (6)tema burung (1) tema perasaan saya (1)tema prasekolah (3)

ISI KANDUNGAN
2012 (15)
2011 (13)
October (3)
September (2)
PRA 3112-PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN PRA...
tugasan assigment PRA 3111-penilaian dan pentaksia...
August (1)
July (1)
January (6)
2010 (16)
FOLLOW SAYA~

Follow this blog


>

honeytulip. Template images by blue_baron. Powered by Blogger.

You might also like