Surat Mohon Sumbangan Majlis Anugerah KRK 110912 - CTH Ke Nia

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan

Ruj. Kami : J.Pel.PK.(SM)2875 Jld.1 (13)


Tarikh
: 10 September 2012
Yang Berbahagia Dr.Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin
Pengurus Besar.
Yayasan Perak
Wisma Yayasan Perak
No.111. Jalan Sultan Idris Shah
30000 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Yang Berbahagia Dr.,
MEMOHON SUMBANGAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG KRK NEGERI
PERAK TAHUN 2012
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.
Saya ingin memaklumkan bahawa suatu Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kelas
Rancangan Khas Negeri Perak akan diadakan seperti ketentuan berikut :
Tarikh
Masa
Tempat
Tetamu Kehormat

: 20 Oktober 2012 (Sabtu)


: 7.45 pagi 12.30 Tengah hari
: SMK Dr. Burhanuddin, Taiping
: YB Dato Mohamad Zahir bin Abdul Khalid

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan sebanyak RM15,180.00
(Ringgit Malaysia Lima belas Ribu Seratus Lapan Puluh Sahaja) daripada Yang Berbahagia
Dato bagi menjayakan program tersebut.
3.
Bersama ini dilampirkan kertas konsep Majlis Anugerah Cemerlang KRK Negeri Perak
2012 untuk perhatian Yang Berbahagia Dr.. Segala sumbangan dipohon disalurkan kepada
MAJLIS PENGETUA KRK PERAK. Segala perhatian dan pertimbangan daripada Yang
Berbahagia Dr. amat saya hargai dan sanjung tinggi.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(DATO MOHD RAUHI BIN MOHD ISA, DPMP., KMN., AMP., PPT)
Pengarah Pelajaran Negeri Perak

You might also like