Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

ISE +NO.

PENDAFTARAN 000975876-X Tingkat 2, 3374, jalan 18/31,Taman Seri


Serdang 43300 Seri Kembangan, Selangor Tel/Fax : 603 89619713e-mail
ssufiann@agribazaar.com.my INI ADALAH CONTOH SAHAJA PENGENALAN 3 LATAR
BELAKANG KAWASAN 4 OBJEKTIF SYARIKAT 4 OBJEKTIF KERTAS KERJA 4 PLAN
PEMASARAN 5 PENGURUSAN SYARIKAT 7 STRUKTUR PENTADBIRAN SYARIKAT 8
HARTA SYARIKAT 9 Harta Tetap Harta Semasa MODAL AWAL PROJEK YANG
DIJALANKAN 11 KONSEP PENTERNAKAN 14 SISTEM PENTERNAKAN 14 ANGGARAN
PERBELANJAAN / MODAL UNTUK MEMBESARKAN PROJEK TERNAKAN KAMBING 17
INFRASTRUKTUR 18 DAYA MAJU PROJEK 18 KESIMPULAN 19 LAMPIRAN/RUJUKAN
PENGENALAN Keperluan daging kambing negara. Amnya permintaan terhadap
komoditi ini terus meningkat dari tahuan ke setahun, sepertimana yang ditunjukkan
oleh data berikut. Pengeluaran Dan Permintaan Daging Kambing Tahun 2002 2003
2005 2010 Pengeluaran 1.21 1.30 1.50 2.18 Permintaan 15.10 15.60 16.80 21.30
KSD(%) 8.01 8.33 8.93 10.23 Jabatan berpendapat, perlunya ada satu system
pengeluaran yang produktif dan berdaya maju bagi meningkatkan bekalan punca
tempatan dalam masa yang terdekat. Bermakna asas baka kambing yang sedia ada
perlu digembeling ke dalam usaha pembangunan ini dan bagi mengurangkan
pengantungan bekalan baka daripada luar negara, sejajar dengan hasrat kerajaan
untuk mengurangkan impot barangan makanan. LATAR BELAKANG SYARIKAT Arah
Padu Enterprise telah ditubuhkan pada tahun 1992. Syarikat ini banyak
menumpukan aktiviti pembinaan / ubahsuai bangunan secara kecil-kecilan dan
pengangkutan. Syarikat mempunyai kontrak untuk menghantar suratkhabar dengan
The New Straits Times Press (M) Bhd yang bermula daripada tahun 2001 hinggalah
sekarang ini. Walaupun bidang penternakan ini baru bagi syarikat ini, namun
kemahiran untuk menjalankan penternakan ini datangnya daripada salah seorang
rakan kongsi syarikat yang mempunyai pengalaman selama hampir 15 tahun dalam
bidang penternakan. Penternakan kambing telah bermula pada bulan November
2004 dengan permulaan sebanyak 10 ekor. Sehingga pada tarikh ini jumlah
kambing yang dipelihara telah ditambah menjadi 20 ekor kesemuanya. Oleh dengan
itu, syarikat amat yakin bahawa rancangan untuk menceburkan diri dalam bidang
penternakan ini adalah satu tindakan yang boleh mendatangkan keuntungan
kepada pihak selain daripada memenuhi permintaan terhadap daging kambing.
OBJEKTIF SYARIKAT Selama ini syarikat menumpukan kepada pekhidmatan
pengangkutan dan juga pembinaan / ubahsuai, walaubagaimanapun pihak syarikat
telah membuat satu pelaburan dalam bidang penternakan dengan membela
kambing bagi. Sehubungan dengan itu pihak syarikat telah melaburkan sejumlah
modal dan telah membina kandang kambing di Balakong, Sg Besi. Pada masa
sekarang terdapat lebih kurang 20 ekor kambing yang dipelihara. Pada masa akan
datang syarikat bercadang akan meluaskan dan mengembangkan lagi bidang
penternakan kambing ini dengan cara menyewa tanah bagi membina kemudahan
kandang yang lebih besar. OBJEKTIF KERTAS KERJA Tujuan utama kertas kerja ini
dibuat adalah untuk mendapat pinjaman modal tambahan bagi memperbesarkan
lagi perniagaan ini. Modal akan digunakan untuk menambahkan bilangan kambing
yang diternak, membeli mesin perincih makanan (rumput gajah) dan bagi membeli

makanan tambahan untuk kambing) pallet PKC/PKE). PELAN PEMASARAN Pihak


syarikat akan menjual sendiri ternakan. Kriteria yang digunakan bagi menentukan
masa jualan ialah berat hidup. Kambing boleh mula dijual apabila mencapai berat
badan antara 30 - 35 kg. Keyakinan bahawa daging kambing sentiasa mendapat
pasaran adalah tinggi memandangkan permintaan terhadap daging kambing
tempatan yang segar sentiasa ada dan bekalan di pasaran pula adalah tidak
mencukupi. Selain daripada itu konsep pemasaran seperti berikut juga akan
dijalankan bagi menjual hasil daging kambing. Pendekatan yang diambil adalah
seperti: a. Jualan sendiri: menjual kambing hidup kepada sesiapa yang dirasakan
sedia menawarkan harga yang baik dan menguntungkan. Melalui Jabatan: Pegawai
Penyelaras Projek (TAC) boleh membantu untuk menjual ternakan kepada pembeli
yang lebih besar seperti FAMA atau Syarikat Pembeli/Penyembelihan kambing yang
besar dengan mengambil kira kos pengangkutan. Menjual Daging di Pasar/Pasar
Tani: Penjualan dilakukan melalui timbangan berat hidup. Harga kambing yang
dipelihara secara fidlot adalah lebih tinggi daripada kambing biasa, kerana mutu
dagingnya lebih baik. Contoh pengiraan jualan kambing secara terus : Harga
belian : RM300 Berat awal kambing : 20kg (a) Berat akhir kambing : 35kg (b) Kadar
kenaikan berat : b a = 20kg Harga pasaran : RM16.00 RM21.00 / kg Purata harga
: RM18.00 Jumlah jualan : RM18.00 x 35 = RM630.00 Kos bagi 6 bulan/ekor =
RM100.80 Untung kasar = RM630.00 RM100.80 = RM529.20/ekor Untung bersih =
RM529.20 RM300* = RM229.20/ekor Nota : * anggaran harga belian awal kambing
pedaging PENGURUSAN SYARIKAT Pengurus Besar - Pentadbiran dan Kewangan
Mohd Sufian bin Kasim Dilahirkan di Negeri Sembilan, berumur 38 tahun.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (kepj.) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bertindak sebagai Pengurus Pentadbiran dan Kewangan syarikat. Pengalaman
beliau dalam bahagian pentadbiran dan kewangan banyak membantu dalam
pelaksanaan projek ini. Selain daripada itu beliau juga mempunyai pengalaman
selama lebih kurang 8 tahun menternak lembu milik keluarga. Pengurus Projek
Ternakan Aziz bin Ri Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur, berumur 40 tahun. Beliau
adalah pengasas syarikat Arah Padu Enterprise. Mempunyai pengalaman dalam
bidang perniagaan kejuruteraan, pengangkutan. Selain daripada itu beliau
mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pertanian dan juga penternakan.
Telah mengikuti kursus penternakan lembu kelolaan Jabatan Haiwan di Pusat
Latihan Vaterinar, Cermin Kiri, Trengganu. Pengurus Pemasaran Mejar (B) Sarmidi
bin Marjudin Beliau adalah seorang bekas pegawai tentera yang telah berkhidmat
selama lebih 22 tahun. Lulusan Maktab Turus Angkatan Tentera dan mempunyai
Diploma dalam Pengajian Strategik dan Keselamatan. Mempunyai dedikasi yang
tinggi untuk mejayakan projek ini. Bidang pemasaran adalah salah satu daripada
kemahiran beliau. Beliau juga adalah salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur. Hubungan baik dengan ahli-ahli
dewan membolehkan beliau memasarkan produk syarikat dengan lebih luas lagi.
Disiplin yang ada pada beliau adalah begitu tinggi dan selalu mengendalikan kerja
secara teratur dan professional. STRUKTUR PENTADBIRAN SYARIKAT ARAH PADU
ENTERPRISE PENGURUS BESAR PENTADBIRAN & KEWANGAN PENGURUS TERNAKAN

PENGURUS PEMASARAN HARTA SYARIKAT Pada masa sekarang syarikat mempunyai


dua buah lori (3 tan dan 1 tan) dan sebuah van yang dimiliki sepenuhnya, kandang
kambing dan kambing induk dan baka. HARTA TETAP Perkara Nilai (RM) Lori
35,000.00 Lori 15,000.00 Kandang kambing 6,000.00 Kambing 22,800.00
----------------------------------------------------------- Jumlah 78,800.00
===================================HARTA SEMASA ORANG
BERHUTANG The New Straits Times Press RM19,900.00 DEPOSIT Baki di bank setiap
bulan untuk kegunaan = RM2,434.00 tiap bulan. MODAL AWAL BAGI PROJEK YANG
DIJALANKAN Pihak syarikat telah mengambil inisiatif sendiri dengan mengeluarkan
modal untuk memulakan projek ternakan kambing ini. Modal yang dikeluarkan
adalah untuk membina kandang kambing, membeli baka kacukan dan tempatan
(induk dan baka). Sehingga sekarang ini syarikat mempunyai sejumlah 24 ekor
kambing yang dipelihara. Perkara Nilai (RM) Kandang kambing 6,000.00 Belian
kambing 10,000.00 ------------------------------------------------------- Jumlah 16,000.00
====================================== UNTUNG RUGI
BULANAN Perkara Debit/bulan Kredit/bulan Servis pengangkutan akhbar NSTP
9,950.00 Percetakan Keselamatan Negara 500.00 Minyak / tol 1,720.00 Gaji pekerja
2,200.00 Telefon 150.00 Servis kenderaan 200.00 Bil bulanan : i. Kereta 480.00 ii.
Rumah 750.00 iii. Southern Bank 1,016.00 iv. Kad kredit 1,500.00
---------------------------------------------------------------------------------- Jumlah 10,450.00
8,016.00 ---------------------------------------------------------------------------------- Jumlah bersih
2,434.00
==================================================
=== TAHUNAN Cukai jalan/ Insuran (setahun) Lori Mitsubishi 1,527.00 Lori Hicom
1,118.00 Van Toyota 359.00 Kereta 394.30 -----------------------------------------------------Jumlah 3,398.30 KONSEP PENTERNAKAN Tujuan Tujuan utama pihak syarikat
memelihara kambing adalah untuk mendapatkan baka dan mendapatkan anak
untuk dipelihara, digemuk dan dijual untuk pengeluaran daging. Penggemukan
(Fattening) Memelihara anak-anak kambing terutamanya jantan dari 6 bulan hingga
setahun atau setahun setengah dengan berat badan sekurang-kurangnya 25 kg
sebelum dijual untuk sembelihan. SISTEM PENTERNAKAN Pada masa ini pihak
syarikat telah mengamalkan sistem penternakan secara berkurung (intensif) dan
separuh berkurung (semi-intensif). Sistem Berkurung (intensif) Sistem ini
memerlukan perumahan yang sempurna, kerana kambing tidak dilepaskan
meragut. Makanan dan minuman terpaksalah dibawa kepada mereka setiap hari
iaitu konsentrat, rumput dan garam jilat. Kebiasaannya, sistem pemeliharaan begini
diamalkan oleh penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragut atau
untuk ibu-ibu kambing yang akan beranak dan selepas beranak dan juga bagi
kambing jantan baka. Oleh kerana kambing tidak dilepas langsung, kemungkinan
jangkitan penyakit adalah tinggi. Oleh itu, kandang hendaklah sentiasa bersih dan
kering. Selain daripada itu, kambing senang diawasi untuk tujuan rawatan dan
pengesanan penyakit. Sistem Separuh Berkurung (Semi-intensif) Pemeliharaan
kambing secara sistem ini dilakukan dengan melepaskan kambing pada siang hari
dan dikurung di dalam kandang pada waktu malam. Sistem ini mempunyai faedah

di mana selain daripada perlindungan pada malam hari dan dari cuaca yang buruk,
ianya juga memberi kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang lebih
baik. Cara ini juga memberi kesempatan kepada anak kambing untuk bersenam dan
mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya. Pemeriksaan terhadap penyakit
boleh dijalankan apabila kambing-kambing ini masuk ke kandang pada petang hari.
Sistem Intensif Projek yang dijalankan adalah berbentuk intensif dan ala fidlot.
Ternakan sepanjang masa berada di dalam kandang masing-masing. Bermakna
satu-satu projek komersil hanya memerlukan kawasan seluas 2 ekar. Penyimpanan
rekod Sepertimana peternakan kambing yang lain, setiap ekor ternakan diperlukan
memakai tag telinga yang bernombor. Rekod-rekod pengurusan yang lain juga perlu
ada dan dikemaskini seperti biasa. Rekod yang lengkap dan senantiasa kemaskini
akan memudahkan pegawai yang akan memberikan perkhidmatan LTJ ke projek,
usaha ini sudah pasti dapat memperbaiki prestasi dan kecekapan pengurusan dan
akhirnya keuntungan bidangusaha. Pemakanan Pemakanan adalah merupakan
perkara terpenting dan menjadi pendorong utama kepada system pengeluaran
kambing. Baka kacukan yang baik tidak akan mampu memberikan kadar
pertumbesaran yang tinggi jika kualiti dan kuantiti makanan tidak diperbaiki.
Makanan Kaprima Feeds (701 ) yang dirumus khas oleh sebuah syarikat tempatan
dengan menggunakan kepakaran luar negara mempunyai ciri ransum makanan
yang berkualiti tinggi, dengan kadar nutrien yang boleh dihazamkan ( total
digestable nutrients, TDN) sebanyak 79%(purata) dan kandungan nutrien seperti
berikut; Nutrien Kandungan (%) Bahan Kering 90.4 Protein kasar 18.5 Lemak kasar
3.3 Gentian kasar 8.1 Abu ( Jumlah ) 5.4 Kalsium 0.05 Phosphorus 0.43
T.Metabolaizable Energy (mJ/kg) 12.12 Seekor ternakan dewasa memakan kira-kira
400 ke 500gm sehari, dengan demikian menjadikan kos makanan seekor sebanyak
30 sen sehari. Ternakan amat digalakkan supaya diberikan juga serat yang
diberikan dalam bentuk pelepah sawit, mahu pun daripada silage jagung. Ini bagi
memastikan fungsi rumen tidak terjejas. PEMBIAKBAKAAN Satu keunikan system ini
ialah penggunaan baka katjang ( baka kambing tempatan ) sebagai baka asas di
permulaan program. Dengan itu lebih ramai serta memudahkan penternak kambing
sedia ada terlibat. Bermakna kos projek dan masa diperlukan untuk memulakan
sesuatu projek dapat dikurangkan. Oleh kerana itu kami percaya system ini mampu
mempercepatkan pertumbuhan industri peternakan kambing tempatan. Baka
kambing tempatan dipilih oleh kerana beberapa ciri serta kekuatan yang terdapat
pada baka ini, dan setelah dikacukkan ciri-ciri ini menyumbang kepada
penambahbaikan baka kacukan yang dihasilkan, diantaranya termasuklah:- 1.
Ketahanan penyakit, khususnya jangkitan cacing. 2. Kadar kelahiran yang baik, 3.
Pertumbuhan daging dibahagian paha yang lebih baik daripada lain-lain baka.
Pembiakbakaan merupakan kacukan 3 baka. Baka kambing yang terlibat ialah
Katjang, Jumnapari dan Anglonubian. Anak kambing yang unggul akan dilahirkan
hasil kacukan 3 baka tersebut yang disertakan dengan pemilihan sifat/cirri tertentu
di setiap peringkat kacukan. ANGGARAN PERBELANJAAN / MODAL YANG DIPERLUKAN
UNTUK MEMBESARKAN PROJEK TERNAKAN KAMBING Kos untuk memperbesarkan
lagi projek penternakan kambing adalah seperti Jadual 1 di bawah : Ladang

Kambing Kos Pembangunan Jadual 1 Bil. Unit Kos/Unit Jum Kos 1. PEMBANGUNAN
TANAH a) Pembaikan Pastura / Fodder 4 ekar 700 2,800 2. PEMBAIKAN BANGUNAN
LADANG a) Pejabat /Setor /Rumah KT 1 10,000 10,000 b) Kandang / Kemudahan 1
55,000 55,000 d) Pemagaran 1 10,000 10,000 3. LETRIK & UTILITI 2,500 2,500 4.
PERALATAN LADANG 1 4,500 4,500 JUMLAH KECIL 84,800 5. PEMBELIAN KAMBING
Baka Pejantan 3 1,000 3,000 Baka Induk Betina 120 500 60,000 JUMLAH KECIL
63,000 JUMLAH KOS PROJEK 147,800 INFRASTRUKTUR Kandang kambing tidak
banyak berbedza dengan perumahan kambing lain. Perumahan yang dibuat ini
adalah berasaskan kayu serta beratapkan zing atau asbestos. Tinggi lantai daripada
tanah adalah kira-kira 6 kaki. Setiap ekor ibu diberikan keluasan 9 kaki persegi.
Konsep kandang yang akan dibina adalah seperti yang sedia ada sekarang ini Cuma
dari lebih besar segi saiz . Kandang yang baru ini akan dapat menampung sebanyak
120 hingga 200 ekor kambing pada satu-satu masa. (Rujuk gambar) DAYA MAJU
PROJEK Bagi projek kambing tempatan sedia ada, bagi membangunkan semula
projek ke tahap komersil (120 ekor ibu) kos terlibat dianggarkan sebanyak RM
100,000. Kekuatan projek ini ialah ianya berdaya maju dan komersil, berpandukan
andaian-andaian parameter teknikal yang dinyatakan. Saiz minima projek ialah 120
ekor ibu. Modal untuk membangunkan projek yang 100% baru ialah sekitaran RM
200,000.00. Kadar pulangan dalaman(IRR) ialah 14% dengan titik pulangan modal
diperolehi pada tahun yang ke 6. Bagi projek kambing tempatan sedia ada, bagi
membangunkan semula projek ke tahap komersil (120 ekor ibu) kos terlibat
dianggarkan sebanyak RM 100,000. Bagi projek transformasi ini Kadar Pulangan
Dalaman(IRR) ialah sebanyak 14% dan titik pulangan modal pada tahun ke 5 juga
(Lampiran). Model pengiraan daya maju projek ini mengambil kira purata
pendapatan sebulan bagi pengusaha ialah RM3,000.00 sungguhpun pada tahun
pertama kami meletakkan pendapatan pada kadar RM2,500.00/sebulan.
KESIMPULAN Oleh dengan itu syarikat Arah Padu enterprise ingin menambahkan
lagi jumlah bilangan kambing dan membesarkan kandang bagi tujuan mencapai
tahap komersil yang lebih mendatangkan keuntungan. Oleh yang demikian, dengan
pembangunan komoditi ini, kami berharap dapat mempercepatkan dan akhirnya
meningkatkan pengeluaran daging kambing tempatan, dan dalam kes ini daging
kambing bermutu tinggi dan akhirnya mampu mengurangkan impot komoditi ini.

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web

You might also like