Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Imam Al-Ghazali

Rahimahullah
Riwayat Hidup
1-Nama sebenar Imam al-Ghazali ialah
Abu Hamid Muhamad bin Muhamad bin
Ahmad al-Ghazali al-Tusi.
2-Dilahirkan pada tahun 450 Hijrah
bersamaan 1058 Masihi.Tempat kelahiran
beliau adalah di Ghazalah , pinggir
Bandar Tus dalam wilayah Khurasan di
Farsi.
3-Dipanggil al-Ghazali sempena nama
kampung tempat beliau dilahirkan.
4-Seorang pemikir Islam yang agung dan
dikenali ramai.
5-Bapa beliau ialah seorang yang miskin
yang soleh. Beliau bekerja sebagai
pemintal tali daripada bulu kambing yang
disebut al-Ghazal.

6-Bapanya meninggal dunia ketika Imam


al-Ghazali masih kecil.
7-Imam al-Ghazali juga dikenal sebagai
hujjatul Islam kerana kepintaran beliau
berhujah dan kecekapannya membela
agama Islam.
8-Meninggal dunia pada hari Isnin, 14
Jamadilakhir 505 Hijrah bersamaan 1111
Masihi dan dikebumikan di perkuburan
Tobran, Tus , Iran.

Pendidikan
1-Imam al-Ghazali belajar di sekolah yang
didirikan oleh Perdana Menteri Nizamul
Malik di Tusi.

2-Sebelum ke sekolah, beliau sudah boleh


menulis kerana telah belajar dengan
sahabat ayahnya yang merupakan
seorang guru dan ahli tasawuf.
3-Beliau mula belajar membaca , meulis
dan menghafaz al-Quran sejak kecil.
Selain itu , beliau juga belajar bahasa
Arab , ilmu nahu dan fiqah.
4-Beliau juga telah meneruskn pelajaran
ke Jarjan dan Nisabur.
Antara guru Imam Ghazali:
a) Abu Al-Muali
b)Imam al-Haramaini
5-Beliau telah mempelajari ilmu fiqah,
ilmu kala dan ilmu falsafah.
6-Mendalami ilmu Usul mengikut aliran
al-Asyairah.

7-Di Nisabur , beliau turut mempelajari


teori dan amali tasawuf daripada ulama
fiqah dan ketua ahli sufi , iatu al-Faramdi.

Penglibatan Dalam Bidang Pendidikan


1-Selepas kematian gurunya, al-Faramdi
dan Imam Al-Haramaini pada tahun 478
Hijrah, al-Ghazali berpindah ke Makakar
atas jemputan Nizamul Malik.
2-Dilantik sebagai tenaga pengajar dan
penasihat agung Perdana Menteri.
3-Kecekapan berpidato menyebab ramai
orang suka datang mendengar
ceramahnya.
4-Pengajran beliau menarik perhatian
mahasiswa,ulama dan ahli politik.

Sumbangan
1-Penasihat agung Perdana Menteri
Nizamul Malik.

2-Menjawat jawatan tenaga pengajar


kanan di Universiti Nizamiyah dan
Nisabur.
3-Menolak fahaman ahli falsafah yang
meresap dalam ilmu kalam.
4-Pelopor kepada golongan sufi.
5-Ahli Sunnah WalJamaah.
6-Menghasilan kary dalam pelbagai
bidang seperti falsafah, mantik, tasawuf ,
akhlak , kenegeraan dan politik.

Iktibar
1-Kita sepatutnya mencontohi sikap Imam
al-Ghazali yang gigih menuntut ilmu dan
menyebarkannya dalam pelbagai bidang
dan cara.
2-Antara kata-kata Imam al-Ghazali
adalah Beramal tanpa ilmu adalah siasia dan Semua orang akan binasa
kecuali orang yang berilmu.Hal ini

menunjukkan kehebatan fikiran Imam alGhazali dan kepakaran beliau menilai


kepentingan ilmu dalam kehidupan.

You might also like