Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan.

Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media
massa turut berperanan menggalakkan pengambilan makanan seimbang dalam kalangan
masyarakat. Oleh itu, makanan seimbang mendatangkan banyak kebaikan.
Kepentingan pemakanan seimbang yang utama ialah sikap ini menjadikan pembesaran
manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Bagi membina tubuh badan yang kuat kita
memerlukan zat yang mencukupi. Antara zat yang diperlukan oleh tubuh badan ialah protein,
karbohidrat dan kalsium.Fizikal yang kuat membolehkan seseorang manusia itu menjalankan
tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang amat penting
untuk tumbesaran fizikal manusia.
Selain itu, pemakanan yang seimbang boleh mengelakkan perkembangan mental seseorang itu
terganggu. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu
tidak cukup cerdas.Keadaan ini juga menyebabkan kita mudah berasa letih. Hal ini juga
menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Jadi,
pemakanan seimbang menjadikan pemikiran manusia lebih stabil dan berdaya tahan
bersesuaian dengan cogan kata badan sihat otak cerdas.
Di samping itu, pemakanan seimbang juga dapat memberi vitamin yang cukup kepada badan
seseorang. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih sihat dan
cergas. Sebagai contoh, vitamin c amat diperlukan untuk kesihatan kulit. Antara pemakanan
seimbang yang terdapat dalam piramid makanan ialah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
Oleh itu, keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan manusia lebih sihat.
Pengambilan makanan seimbang juga dapat mengelakkan seseorang daripada dijangkiti
penyakit. Dengan cara ini,seseorang itu tidak mudah dijangkiti penyakit.Penyakit seperti
kencing manis dan darah tinggi dapat dielakkan.Hal ini bersesuaian dengan peribahasa
mencegah lebih baik daripada mengubati. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan
pemakanan seimbang akan sihat sejahtera .
Malahan, pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar obesiti (kegemukan)
dalam kalangan masyarakat . Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah
manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup berkhasiat.
Pengawalan pemakanan sebegini menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan

memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang
mampu menyihatkan badan. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet
pemakanan seimbang dalam hidupnya.
Sudah terang lagi bersuluh,makanan seimbang amat penting kepada setiap orang. Oleh itu, kita
perlu mengambil makanan yang seimbang agar kesihatan kita terjamin. Jika kita masih ingkar
dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan
bertambah. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah
pencegahan.

You might also like