Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

HURAIAN MENGENAI SEKOLAH

1.1

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Semerah Padi merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di
penghujung sebuah kampung (Kampung Semerah Padi) di Jalan Depo, kira-kira 8 kilometer dari
Bandaraya Kuching. Keluasan tapak sekolah ialah kira-kira 20,016 ekar (8.1 hektar) dan kos
pembinaannya berjumlah RM 2.3 juta. Pecah tanah serentak untuk pembinaan sekolah dan
sekolah menengah yang letaknya bersebelahan dilakukan oleh YAB Datuk Patinggi Hj Abdul
Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) pada 25 Mac 1996 dan dijangka siap pada tahun 1999.
Reka bentuk sekolah ini dibuat oleh Jabatan Kerja raya, Kuala Lumpur dan pembinaannya
dilakukan secara rundingan terus.Penyerahan tapak kepada pihak kontraktor dibuat pada 08
Disember 1997.
Sekolah ini pada mulanya dikenali sebagai SK Semariang Baru mula beroperasi pada 17
Januari 2000 dengan jumlah murid seramai 676 orang dengan tenaga pengajarnya 21 orang dan
kaki tangan sokongan seramai 2 orang.
Pada semester 1 tahun 2000, 12 buah kelas telah dibuka di mana 2 buah kelas untuk
setiap Tahun 1 hingga Tahun 6. Murid tahun 1 adalah terdiri daripada anak-anak dari kampong
dan Taman Perumahan yang berhampiran (Taman Anib dan Lorong Cenderawasih). Bagi murid
tahun 2 hingga tahun 6 pula mereka diambil dari sekolah-sekolah berikut secara pukal oleh
Jabatan Pendidikan Daerah Kuching untuk mengurangkan kesesakkan di sekolah berikut :
(i)

SK Semariang

(ii)

SK Encik Buyong

(iii)

SK RPR Jalan Astana

(iv)

SK Gita.

Walau bagaimanapun terdapat juga pemindahan murid dari sekolah lain seperti :
(i)

SK Cemerlang

(ii)

SK Rakyat Tupong

(iii)

SK Gersik

(iv)

SK Pulo

(v)

SK Astana

(vi)

SK Merpati Jepang

(vii)

SK Rakyat Hj Bolhassan

(viii)

SK St Thomas

(ix)

Sekolah Lodge.

Pada masa yang sama seramai 607 orang pelajar bersama 29 orang guru dan 5 orang kaki tangan
sokongan dari SMK Petra jaya No. 2 telah menumpang di SK Semariang baru sehingga
penghujung bulan Mac 2000.
SK Semariang Baru telah mendapat pertambahan murid dan guru pada semester 2 tahun
2000 di mana jumlah kelas dibuka menjadi 18 buah dan 9 orang guru baharu telah mendaftar
untuk berkhidmat di sini.
Setelah beroperasi selama 1 tahun 8 bulan, SK Semariang Baru telah dibuka dengan
rasminya serentak dengan sekolah menengah oleh YAB Pehin Sri (Dr) Hj Taib bin Mahmud,
Ketua Menteri Sarawak pada 12 September 2001 bersamaan 24 Jamadilakhir 1422 dan bermula
dari tarikh tersebut nama sekolah telah ditukar menjadi SK SEMERAH PADI.

JADUAL 1 : SENARAI NAMA GURU BESAR DI SK SEMERAH PADI


BIL
1.
2.
3.
4.

NAMA GURU BESAR


HAJJAH MAZNAH BTE KADERI
HJ FAUZI BIN TAMPURONG
HJ MORSHIDI BIN UDIN
HJ ABANG SAPALI BIN HJ ABANG SEPAWI ABS

TAHUN BERKHIDMAT
2000
2008
2012
2013 - KINI

GAMBAR GURU BESAR.

HJ FAUZI

HJ MORSHIDI

HJ ABANG SAPALI

1.1.2

Motto Sekolah
BERILMU BERAMAL.

Motto ini tertera di bawah lingkaran padi.

1.1.3

VISI DAN MISI SEKOLAH.

VISI
SEKOLAH CEMERLANG
MISI
BERSATU MEMBERI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI KE ARAH
KECEMERLANGAN UNTUK AGAMA, BANGSA DAN AGAMA.

1.1.4

Matlamat Sekolah

Matlamat yang disasarkan oleh sekolah ialah berusaha dengan penuh iltizam untuk mencapai
kecemerlangan akademik, ko kurikulum, keceriaan, kebersihan dan keselamatan sekolah di
samping mewujudkan suasana kondusif untuk kegiatan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdP).

1.1.5

Objektif Sekolah

Terdapat EMPAT objektif yang digariskan oleh pihak sekolah iaitu :

(i)

Meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik dan ko kurikulum.

(ii)

Membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca,


menulis dan menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira.

(iii)

Menguasai kemahiran belajar dan berfikir serta mewujudkan suasana sekolah yang
kondusif, bermotivasi, harmoni dan ceria melalui penerapan konsep sekolah
penyayang dan budaya berpasukan

(iv)

Memastikan pengurusan dan pentadbiran sekolah yang berfokus, profesionalisme,


sistematik dan efisyen.

You might also like