Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 30

1

BAB

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Air merupakan keperluan asas kepada semua kehidupan. Secara fizikalnya


air merupakan sebatian tanpa warna, baud an rasa. Struktur air tersendiri daripada

dua atom hidrogen dan satu atom oksigen dengan formula kimia

. Air adalah

2
sumber semulajadi anugerah Tuhan yang meliputi hampir 70% daripada muka bumi
ini. Dari keseluruhan air yang didapati di muka bumi ini, hanya 3% sahaja
merupakan air tawar manakala selebihnya 97% adalah air masin. Dari jumlah air
tawar ini, lebih kurang 2.997% membentuk ais dan glasier di kutub ataupun terletak
di bawah bumi yang sukar atau tidak ekonomi untuk dikeluarkan (Miller, 1995).
Pencemaran air pula bermaksud kehadiran atau penambahan sesuatu bahan
semulajadi atau bukan semulajadi ke dalam persekitaran akuatik sehingga
merosakkkan sebahagian atau keseluruhan ekosistem air. Empat aktiviti utama di
Malaysia, iaitu industri pembuatan, industri berasaskan pertanian, ternakan haiwan
dan kumbahan dikenalpasti sebagai punca pencemaran air yang ketara. Pencemaran
bertindakbalas dengan berbagai-bagai cara apabila dicampurkan ke dalam
kandungan air. Pencemaran air air meninggikan kos mengolah air, menamatkan
sumber pencarian nelayan dan menjadikan sungai tidak sesuai untuk kegunaan
rekreasi (N.Fuaad, 1990).

1.2

Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memenuhi kepentingan tertentu


terutamanya untuk mengetahui status kualiti air di Sungai Jarak, Pulau Pinang

3
berdasarkan kepekatan parameter yang dianalisis. Selain itu, kajian ini juga dapat
member kepentingan dari segi perolehan input baru mengenai kesesuaian air sungai
tersebut untuk tujuan penggunaan tertentu. Dari nialai kepekatan parameter yang
dikaji, kepekatan bahan pencemaran yang wujud dapat dikenalpasti dengan jelas dan
maklumat ini dapat membantu untuk mengetahui kualiti air Sungai Jarak yang
digunakan ini samada selamat atau tidak.

1.3

Penyataan Masalah

Sungai merupakan salah satu daripada sumber air yang terdapat di atas muka
bumi ini. Kawasan sungai sesuai dijadikan tempat untuk berekreasi, beriadah atau
beristirahat pada waktu-waktu tertentu. Keindahan dan ketenangan di kawasan
sungai dapat memberi keselesaan kepada setiap pengunjung yang hadir. Selain itu,
sungai juga menjadi tarikan pengunjung untuk memancing ikan. Sepertimana sedia
maklum, sungai sememangnya adalah habitat untuk hidupan laut terutamanya ikan.
Akan tetapi, keindahan dan ketenangan serta habitat di sungai ini tidak akan kekal
sekiranya sungai ini tercemar. Sekiranya sungai ini tercemar, kawasan ini tidak lagi
sesuai untuk dijadikan kawasan rekreasi mahupun kawasan untuk aktiviti
memancing. Sehubungan dengan itu, kami ingin mengkaji tahap kualiti air di Sungai

4
Jarak berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA) standard Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Malaysia.

1.4

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah:


i.

Menentukan kepekatan beberapa parameter seperti nilai pH, Permintaan


Oksigen Biokimia (BOD), Permintaan Oksigen Kimia (COD), Ammonia
Nitrogen (AN), Jumlah Pepejal Terampai (TSS) dan Oksigen Terlarut (DO)

ii.

bagi Sungai Jarak.


Mengkelaskan kualiti air bagi Sungai Jarak berdasarkan Indeks Kualiti Air
(IKA) mengikut standard Jabatan Alam Sekitar (JAS).

1.5

Skop Kajian

5
Kajian ini hanya tertumpu pada kawasan Sungai Jarak. Kami telah memilih
tiga stesen di kawasan sungai tersebut bagi tujuan pengambilan sampel. Stesen ini
dipilih mengikut kesesuaian selepas kami melaksanakan lawatan tapak di lokasi
sungai berkenaan. Rajah 1.1 menunjukkan tiga stesen yang telah dipilih.

Rajah 1.1: Stesen Pengambilan Sampel


Sumber: Here Maps
Antara parameter yang akan dianalisis bagi menentukan kualiti air Sungai
Jarak ialah nilai pH, Permintaan Oksigen Biokimia (BOD), Permintaan Oksigen
Kimia (COD), Ammonia Nitrogen (AN), Jumlah Pepejal Terampai (TSS) dan
Oksigen Terlarut (DO). Parameter yang dipilih adalah berdasarkan parameter yang
terdapat dalam Indeks Kualiti Air (IKA) standard Jabatan Alam Sekitar (JAS).

BAB

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pendahuluan

Proses pembangunan yang pesat mengakibatkan gangguan terhadap alam


sekitar termasuklah pencemaran air sungai. Pencemaran air sungai yang berlaku
memberikan kesan negatif terhadap persekitaran akuatik seperti gangguan rantai

7
makanan organism akuatik, kemerosotan kualiti air serta kesan jangka panjang
dalam kehidupan manusia. Kualiti air yang bersih merupakan aset penting dalam
seluruh kehidupan manusia. Apabila bahan-bahan pencemar telah memasuki sungai,
maka kualiti air sungai turut merosot. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita bersama
sebagai warganegara Malaysia menjaga dan mengekalkan keindahan alam
semulajadi ciptaan Tuhan (Fatimah Mohd Yusof, 1996).
Umumnya, ekosistem sungai terdiri daripada dua komponen utama iaitu
elemen bukan biologi dan elemen biologi. Elemen bukan biologi adalah seperti air,
udara, tanah, batu, batu kerikil, pasir dan lumpur. Selain itu, ia terdiri daripada
bahan-bahan yang digunakan untuk metabolism sel seperti cahaya matahari, mineral
dan bahan-bahan organik lain. Manakala elemen biologi pula terdiri daripada
tumbuh-tumbuhan, organism akuatik seperti ikan, alga serta mikroorganisma yang
bertindak menguraikan organism-organisma yang telah mati (Nemerow, 1991).
Walaubagaimanapun, ekosistem daripada aspek biologi terdiri daripada
hidupan akuatik di dalam sungai serta interaksi antara tumbuh-tumbuhan dan
haiwan-haiwan lain di sepanjang koridor sungai turut mempengaruhi ekosistem
sungai. Kesemua komponen ini membentuk suatu sistem ekologi, biologi kimia
serta sifat fizikal sungai yang saling berhubung kait dan saling bergantung antara
satu sama lain. Namun, kemasukan bahan-bahan pencemaran yang berlebihan pada
komposisi yang tinggi akan merosakkan kebolehan semulajadi sungai tersebut
(Manuel, 2002).

8
2.2

Pencemaran Sungai

Pencemaran ertinya apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung


kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif pada mana-mana
bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan
buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah serta menyebabkan suatu
keadaan yang merbahaya atau mungkin merbahaya kepada kesihatan, keselamatan,
kebajikan awam atau kepada binatang, burung, hidupan-hidupan liar, ikan serta
hidup-hidupan dalam air atau kepada tumbuh-tumbuhan dan menyebabkan suatu
pelanggaran terhadap apa-apa syarat, had atau sekatan yang dikenakan ke atas
sesuatu lessen yang dikeluarkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974
(Fatimah Mohd Yusof, 1996).
Pencemaran ertinya sesuatu benda samada cecair, pepejal atau gas yang
secara langsung atau secara tidak langsung:
i.

Mengubah kualiti sesuatu segmen atau unsur alam sekeliling yang


menerimanya hingga menjejas sesuatu kegunaan berfaedah.

ii.

Merbahaya atau mungkin merbahaya kepada kesihatan.

iii.

Air dikatakan tercemar apabila ia tidak sesuai untuk hidupan akuatik dan
kegunaan.

9
Punca utama pencemaran di Malaysia adalah seperti pembuangan sampah
dan sisa-sisa ternakan ke dalam sungai. Contohnya, pada tahun 1984 Sungai
Semenyih dicemari dengan sisa khinzir dari ladang berdekatan (Haliza Abd.
Rahman, 1998).
Pencemaran sungai merupakan satu isu yang amat memerlukan perhatian dari
pelbagai pihak. Oleh itu, sungai dikategorikan kepada lima kelas. Ini ditunjukkan di
dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Jenis Kelas Air Sungai


Sumber: Jabatan Alam Sekitar, 2012

JENIS KELAS

2.3

HURAIAN

Kelas 1

Airnya boleh terus diminum tanpa rawatan.

Kelas 2

Airnya memerlukan rawatan biasa.

Kelas 3

Airnya nampak bersih dan tidak berbau tetapi tercemar.

Kelas 4

Airnya tercemar.

Kelas 5

Airnya sangat tercemar dan hampir mati.

Parameter-parameter Kualiti Air

10
Parameter-parameter kimia kualiti air bagi kajian penilaian tahap pencemaran
di Sungai Jarak, Pulau Pinang melibatkan pengukuran kandungan Oksigen Terlarut
(DO), Permintaan Oksigen Biokimia (BOD), Permintaan Oksigen Kimia (COD),
Ammonia Nitrogen (AN), Jumlah Pepejal Terampai (TSS) dan Nilai pH.

2.3.1

Oksigen Terlarut

Oksigen merupakan unsur terpenting dalam kehidupan dan pengawalan


kualiti air. Walaupun oksigen mempunyai kadar keterlarutan air yang rendah, namun
ia tetap menjadi aset yang amat penting bagi hidupan dan tumbuhan akuatik. Bagi
hidupan akuatik, DO diperlukan dalam proses metabolisme sel untuk meneruskan
kehidupan di dalam air. Oleh itu, kandungan DO perlulah tinggi agar sistem ekologi
air tidak terganggu. Kadar kandungan DO adalah berbeza-beza di sepanjang sungai.
Bahagian hulu sungai yang mempunyai aliran arus air deras secara umumnya
mempunyai kandungan DO yang tinggi. Manakala aliran arus air yang agak tenang
di bahagian tengah dan hilir sungai mempunyai kandungan DO yang rendah. Selain
itu, kandungan DO adalah berkadar sonsang dengan kandungan BOD. Fenomena ini
menunjukkan bahawa kawasan sungai yang mempunyai nilai DO yang rendah
dengan nilai BOD yang tinggi dikategorikan sebagai mengalami pencemaran
(Corbitt, 1999).

11

2.3.2

Permintaan Oksigen Biokimia

Permintaan Oksigen Biokimia (BOD) ditakrifkan sebagai kuantiti oksigen


terlarut yang digunakan oleh intergrasi populasi mikroorganisma untuk menguraikan
sebatian organik yang terdapat dalam sampel air secara aerobik dalam jangkamasa
dan suhu yang tertentu. Nilai BOD yang tinggi menunjukkan bahawa kandungan
DO di dalam air adalah rendah dan kehadiran bahan tak organik yang banyak di
dalam air adalah rendah serta kehadiran bahan tak organik yang banyak di dalam air
sungai tersebut. Sekiranya fenomena ini berlaku, sungai berkenaan dikategorikan
sebagai sungai yang mengalami pencemaran. Penyelidik mendapati parameter BOD
merupakan petunjuk paling penting dalam mengenalpasti tahap pencemaran bahan
tak organik yang disebabkan oleh bahan sisa buangan industri, domestik dan
pertanian. Peningkatan bahan tak organik di dalam aliran air sungai akan
meningkatkan lagi kandungan BOD dalam sungai. Didapati bahawa kadar
pencemaran meningkat sekiranya kandungan BOD di dalam sungai tersebut tinggi.
Tahap kepekatan BOD piawai yang dibenarkan dalam aliran arus sungai mengikut
Standard A dan Standard B masing-masing adalah 20 mg/L dan 50 mg/L (JAS,
2000).

12

2.3.3

Permintaan Oksigen Kimia

Parameter Permintaan Oksigen Kimia (COD) merupakan parameter bagi


mengukur tahap pencemaran air sungai berdasarkan ciri-ciri kimia. Secara teorinya,
COD ditakrifkan sebagai kuantiti oksigen terlarut yang diperlukan bagi
pengoksidaan sempurna sebatian organik secara kimia di dalam sampel air kepada
karbon dioksida dan air. Kajian terdahulu mendapati kandungan kepekatan COD
yang rendah dikesan di persekitaran sungai yang tidak tercemar, manakala kepekatan
COD yang tinggi dikesan di persekitaran sungai yang menerima bahan pencemar dan
pelepasan efluen yang tinggi. Tahap kepekatan COD piawai yang dibenarkan dalam
aliran arus sungai mengikut Standard A dan Standard B masing-masing adalah 50
mg/L dan 100 mg/L (JAS, 2000).

2.3.4

Ammonia Nitrogen

13
Ammonia Nitrogen (AN) terdiri daripada nitrogen organik, gas nitrogen,
ammonia, nitrit dan nitrat. Kebiasaannya, nitrogen organik wujud dalam organisma
hidup, manakala nitrogen tak organic pula wujud dalam bentuk ammonia. Sebatian
nitrat pula dihasilkan oleh tumbuhan akuatik yang menjalankan proses fotosintesis.
Kandungan AN yang tinggi di dalam air menunjukkan sungai tersebut mengalami
pencemaran yang disebabkan oleh bahan sisa penternakkan, pertanian dan kumbahan
domestic (Gregory, 1998).

2.3.5

Pepejal Terampai

Pepejal Terampai (SS) berpunca daripada bahan organik dan bahan tak
organik yang memasuki sungai. Penyelidik terdahulu mendapati pepejal terampai
organik boleh menghasilkan bau yang busuk, beracun dan merbahaya serta tidak
mudah mendap disebabkan oleh saiz zarah yang terlalu halus. Kajian literatur
mendapati semakin tinggi kandungan SS di dalam sungai, maka semakin tinggi tahap
pencemaran sungai berkenaan. Tahap kepekatan SS piawai yang dibenarkan dalam
aliran arus sungai mengikut Standard A dan Standard B masing-masing adalah 50
mg/L dan 100 mg/L (JAS, 2000).

14

2.3.6

Nilai pH

pH sesuatu cecair merupakan kepekatan ion hidrogen yang wujud di dalam


cecair tersebut. Oleh itu, sifat keasidan dan kealkalian suatu sampel air sungai
adalah berdasarkan kepada kandungan kepekatan ion hidrogen di dalam sungai
berkenaan. Para penyelidik mendapati keasidan dan kealkalian air sungai adalah
dipengaruhi oleh kehadiran garam mineral seperti klorida, sulfat, nitrat dan fosfat.
Ujian pH dijalankan untuk menentukan sama ada sungai berada dalam keadaan
berasid atau beralkali. Nilai pH bagi keadaan berasid adalah kurang daripada nilai 7,
manakala nilai pH bagi keadaan beralkali pula adalah melebihi daripada nilai 7. Nilai
pH 7 menunjukkan keadaan air sungai adalah neutral iaitu tidak berasid dan tidak
beralkali. Nilai pH di antara 6.5 hingga 8.4 adalah habitat atau keadaan yang paling
sesuai bagi pelbagai jenis ikan dan organisma akuatik. Nilai pH piawai yang
dibenarkan dalam aliran arus sungai mengikut Standard A dan Standard B adalah di
antara pH 6.0 hingga 9.0 (JAS, 2000).

15

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Bab ini menerangkan mengenai kaedah atau teknik yang akan digunakan
sepanjang kajian yang berlandaskan kepada objektif dan skop kajian yang telah
dinyatakan. Bagi mencapai kajian yang dijalankan, beberapa kaedah akan digunakan

16
iaitu kaedah pengumpulan data atau kaedah literatur, lawatan tapak dan
melaksanakan ujikaji serta membuat analisa terhadap data yang diperolehi selama
kajian dibuat. Dengan kaedah ini, kajian yang dijalankan akan lebih sempurna dan
tersusun supaya ianya selaras dengan matlamat dan objektif kajian yang dibuat.
Oleh itu, pencarian maklumat dan data akan menjadi lebih mudah sekiranya
mengetahui kaedah bagi perlaksanaan kajian. Kaedah ini akan digunakan untuk
mendapatkan seberapa banyak data yang diperlukan untuk melengkapkan kajian ini.
Untuk menyiapkan objektif kajian segala langkah dibuat secara berperingkat supaya
perjalanan projek dapat disiapkan dengan lancar.

3.2

Kaedah Kajian

Kaedah kajian yang dilakukan perlu dipastikan dapat mencapai objektif


kajian. Kaedah-kaedah ini akan menentukan perjalanan kajian kualiti air sungai ini.
Antara kaedah kajian yang akan dijalankan adalah seperti lawatan ke tapak dan
sebagainya. Berikut adalah kaedah-kaedah kajian yang akan dilakukan:
i.

Lawatan ke tapak
Lawatan ke tapak perlu dilakukan untuk melihat dengan lebih jelas lagi
keadaan kawasan kajian. Hipotesis awalan terhadap punca pencemaran air dan
kualiti air sungai boleh diperolehi apabila membuat lawatan ke kawasan kajian.

17
Lawatan ini juga penting supaya kedudukan stesen untuk cerapan parameter
kualiti air dapat ditentukan.
ii.

Ujikaji.
Ujikaji-ujikaji yang dilakukan dalam kajian ini diterangkan dengan lebih
terperinci dalam subtopik yang berikutnya. Terdapat dua jenis ujikaji yang
dilakukan iaitu ujikaji tapak dan ujikaji makmal.

iii.

Rujukan bahan bacaan dan internet.


Kajian ini memerlukan bahan rujukan yang agak banyak. Laporan dan
tesis yang sedia ada, buku-buku mengenai masalah kualiti air dan sebagainya
adalah bahan bacaan yang boleh menjadi rujukan.Bahan-bahan bacaan yang
terdapat di internet juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan.

3.3

Ujikaji Tapak

Parameter-parameter kualiti air yang diuji ditapak ialah oksigen terlarut


(DO), suhu dan pH. Alat yang digunakan untuk ujikaji ini ialah Horiba U10 water
quality checker. Rajah 3.1 menunjukkan gambar alat ini.

18

Rajah 3.1 : Horiba U10 Water Quality Checker

Sebelum ujikaji tapak dijalankan, stesen- stesen pensampelan perlu dipilh.


Pemilihan stesen pensampelan ini mestilah sesuai dan dapat menggambarkan
keadaan keseluruhan kawasan kajian.
Peralatan yang perlu dibawa semasa melakukan ujikaji di tapak ini adalah
botol-botol pensampelan, asid sulfurik, kotak politena yang dipenuhi dengan ais,
baldi, Horiba U10 dan air suling. Rajah 3.2 dibawah menunjukkan peralatan yang
digunakan untuk melakukan ujian di tapak.

Rajah 3.2 : Peralatan Untuk Melakukan Ujian di Tapak

19
Botol- botol persampelan yang digunakan adalah bersukatan 1 liter setiap
satu. Tujuan botol-botol ini dibawa adalah unuk menyimpan sampel air yang
diambil di tapak untuk ujian di makmal. Asid sulfurik dibawa adalah bertujuan
untuk mengawet air sampel bagi ujikaji di makmal. Tujuan pengawetan ini
dilakukan adalah untuk memelihara dan memastikan sampel air yang akan diuji di
makmal mempunyai kualiti keaslian yang hampir sama dengan keadaannya di tapak
bagi satu jangkamasa yang panjang.
Asid sulfurik digunakan untuk mengawet air untuk ujian permintaan oksigen
kimia (COD) dan ammonia nitrogen (AN). Kotak politena yang penuh berisi ais
pula dibawa atas tujuan untuk mengekalkan kesegaran air sampel sebelum disimpan
di dalam peti sejuk di makmal. Sampel air perlu disimpan didalam peti sejuk di
bawah suhu 4 darjah Celcius.
Baldi pula dibawa untuk memudahkan air sampel diambil. Baldi akan diikat
dengan tali, jika perlu untuk melancarkan lagi kerja pengambilan air sampel. Horiba
U10 adalah alat yang digunakan untuk melakukan ujian di tapak. Air suling dibawa
untuk membersihkan prob Horiba yang telah dicelup ke dalam air di stesen-stesen
yang ditentukan. Setiap kali prob Horiba dicelup ke dalam air, ia perlu dibersihkan
supaya tidak mempengaruhi nilai bacaan di stesen berikutnya.
Prob Horiba dicelup di dalam air di stesen yang dipilih, kemudian pada meter
bacaan, butang menu ditekan untuk mendapatkan bacaan nilai-nilai oksigen terlarut
(DO), suhu dan pH.
Selepas itu, sampel air sungai diambil dan diisikan kedalam botol bersukatan
1 liter. Dua botol persampelan diperlukan bagi setiap stesen. 1 botol air sampel
perlu diawet dengan asid sulfurik untuk ujikaji permintaan oksigen kimia (COD)
dan ammonia nitrogen (AN) di makmal manakala 1 botol lagi tidak perlu diawet.

20
Air sampel yang berada didalam botol yang tidak diawet itu adalah untuk ujikaji
pepejal terampai (SS) dan permintaan oksigen biokimia (BOD). Botol-botol yang
telah diisi air sampel kemudiannya dimasukkan kedalam kotak politena yang berisi
ais untuk mengekalkan kesegarannya.Sebelum itu, botol sampel dilabelkan supaya
tidak berlaku kekeliruan.
Langkah ini diulangi untuk stesen-stesen berikutnya. Setelah selesai,
kesemua sampel air tadi dibawa pulang dan dimasukkan kedalam peti sejuk. Suhu
peti sejuk tersebut hendaklah dipastikan berada dibawah 4 darjah Celsius.

3.4

Ujikaji Makmal

Sampel air yang diambil dari tapak perlu diuji di makmal. Ujikaji di makmal
ini perlu dilakukan dalam masa 24 jam selepas sampel-sampel air diambil dari stesen
pensampelan. Ini adalah untuk memastikan bahawa sampel yang diuji benar-benar
asli dan tidak hilang sifat sebenarnya. Ujian-ujian yang dilakukan terhadap air
sampel tersebut ialah ujian permintaan oksigen kimia (COD), permintaan oksigen
biokimia (BOD), pepejal terampai (SS) dan ammonia nitrogen (AN).
Ujikaji permintaan oksigen kimia (COD) dan ammonia nitrogen (AN)
dilakukan menggunakan Spektrofotometer DR 4000.Alat ini adalah begitu sensitif
dan penggunaannya perlu dilakukan dengan berhati-hati. Rajah 3.3 menunjukkan
Spektrofotometer DR 4000. Semasa melakukan ujikaji, peraturan am di makmal

21
perlu dipatuhi untuk mengelakkan kemalangan. Semua ujikaji hendaklah dilakukan
dibawah pengawasan juruteknik makmal.

Rajah 3.3 : Spektofotometer DR 4000

3.4.1

Ujikaji Permintaan Oksigen Biokimia (BOD)

Cara kerja bagi ujian ini adalah seperti berikut:


a. Sediakan larutan asid sulfurik pekat, larutan starch, larutan magnesium sulfat,
larutan alkali iodide, larutan natrium thiosufat dan sampel air yang hendak
diuji. Dua botol BOD bersukatan 300 ml disediakan bagi setiap stesen.
b. 600 ml sampel air bagi stesen 1 diisi kedalam botol yang tertentu dan lakukan
proses pengudaraan selama 30 minit.
c. Selepas itu, sampel air yang tersebut dimasukkan ke dalam dua botol BOD
yang telah disediakan secara sama rata. Labelkan botol-botol BOD tersebut
untuk mengelakkan kekeliruan. Pastikan botol-botol tersebut bersih dan
dibilas dengan air suling sebelum digunakan.

22
d. Kedua-dua botol BOD tersebut diketuk supaya gegaran yang terhasil dapat
menyingkirkan gelembung udara yang berada di dinding botol tersebut.
e. Langkah (b), (c) dan (d) diulangi bagi sampel air untuk stesen-stesen
berikutnya.
f. Salah satu daripada botol-botol BOD bagi setiap sampel dieramkan di dalam
peti sejuk yang bersuhu 20 darjah Celsius selama 5 hari selepas ditutup
dengan baik.
g. Untuk botol BOD yang tidak dimasukkan ke dalam peti sejuk, 1 ml larutan
alkali iodide dan 1 ml larutan magnesium sulfat dititiskan. Selepas itu botol
tersebut digoncang supaya pencampuran seragam berlaku.
h. Titiskan pula 1 ml asid sulfurik pekat ke dalam botol BOD tersebut supaya
mendakan terhasil.
i. Selepas itu, sebanyak 200 ml daripada sampel air yang terkandung di dalam
botol BOD itu di masukkan ke dalam kelalang kon. Larutan sampel air
tersebut kemudiannya digaul dengan sekata menggunakan pemutar magnet
dan alat magnetik.
j. Larutan kanji ditambah kedalam kelalang kon tersebut sehingga warna biru
tua diperolehi.
k. Seterusnya pipetkan larutan natrium thiosulfat kedalam kelalang kon tadi
sehingga warna biru tua bertukar menjadi jernih. Jumlah isipadu larutan
natrium thiosulfat yang menyebabkan perubahan warna berlaku adalah nilai
DO pada hari pertama.
l. Langkah (g) hingga (k) diulangi untuk sampel yang berikutnya.
m. Selepas lima hari, botol-botol BOD yang dieram dalam peti sejuk
dikeluarkan dan di biarkan supaya suhunya berubah kepada suhu bilik.
Langkah (g) hingga (l) diulangi untuk mendapatkan DO5 bagi setiap stesen.
n. Bagi mendapatkan nilai BOD5, persamaan berikut digunakan:

23
Di manaDOi = nilai DO pada hari pertama
DOf= nilai DO pada hari kelima
P = nilai fakor pencairan air (isipadu sampel/jumlah isipadu)

Foto 3.4 : Ujikaji Permintaan Oksigen Biokimia

3.4.2

Ujikaji Permintaan Oksigen Kimia (COD)

Permintaan oksigen kimia (COD) sampel air diuji menggunakan reaktor dan
Spektrofotometer DR4000. Cara kerjanya adalah seperti berikut:
a. Timbangkan 0.24158 gram potassium dikromat dan masukkannya ke dalam
bikar yang mengandungi 50 ml air suling.
b. 250 ml asid sulfurik pekat dicampur secara perlahan ke dalam bikar. Kerja ini
dilakukan di dalam kebuk wasap.
c. Pastikan potassium dikromat larut sepenuhnya dalam campuran tadi.

24
d. Digestion reagent dan sampel air tadi dimasukkan kedalam tabung COD
dengan isipadu 3 ml dan 2 ml masing-masing untuk setiap tabung. Satu
tabung kawalan yang terdiri daripada campuran digestion reagen dan air
suling juga disediakan.
e. Selepas itu, masukkan 0.05 gram merkuri sufat dan 0.04 gram argentum
sulfat ke dalam tabung COD tadi untuk mengurangkan tindak balas yang
terjadi akibat kehadiran klorida.
f. Semua tabung itu kemudiannya dimasukkan ke dalam reaktor untuk
dipanaskan selama dua jam.
g. Sejukkan tabung-tabung yang telah dipanaskan tadi ke suhu bilik.
h. Tabung-tabung yang mengandungi air sampel tersebut kemudiannya diuji
menggunakan Spektrofotometer DR4000 untuk mendapatkan nilai COD.
Berikut adalah cara-cara penggunaan DR4000 untuk ujikaji COD:
i.

Tekan butang HACH PROGRAM.

ii.

Tekan 2710 supaya program COD kadar rendah dapat dibuka. Skrin

akan menunjukkan HACH PROGRAM : 2710 COD, LR.


iii.

Masukkkan Test N Tube Adapter ke dalam ruang sel sampel dan


ketatkan dengan skru yang disediakan.

iv.

Bersihkan permukaan tabung kawalan dengan kain untuk

menghilangkan tanda jari.


v.

Letakkan tabung kawalan ke dalam ruang set sampel pada alat DR

4000 dan tutupkan penutupnya.


vi.

Tekan butang zero dan skrin akan menunjukkan nilai bacaan 0.00
mg/l COD. Keluarkan tabung kawalan itu tadi.

vii.

Bersihkan tabung yang mengandungi air sampel dengan kain kering

atas tujuan untuk menghilangkan tanda jari dan kotoran.

25
viii.

Masukkan tabung sampel ke dalam ruang set sampel pada alat


DR4000. Tutupkan penutupnya.

ix.

Keputusan permintaan oksigen kimia (COD) bagi air sampel akan


dipaparkan pada skrin.

x.

Ulang langkah (iv) hingga (ix) untuk sampel yang lain. Set kawalan
yang sama digunakan.

Rajah 3.5 : Reaktor Untuk Ujikaji Permintaan Oksigen Kimia (COD)

3.4.3

Ujikaji Pepejal Terampai (SS)

Berikut adalah kaedah ujikaji yang dijalankan untuk mendapatkan nilai


kandungan pepejal terampai (SS) bagi sampel air.
a. Kertas turas dikeringkan dalan oven pada suhu 103-105 darjah Celcius
selama satu jam.
b. Kemudian, kertas turas tersebut disimpan di dalam alat pengering (desicator)
sebelum ia digunakan.
c. Jisim kertas turas tadi ditimbang dengan menggunakan alat penimbang jisim.
d. Dengan menggunakan penyepit bersih, letakkan kertas turas tadi di atas
pemegang penuras yang telah disambungkan kepada flask.

26
e. Kemudian, satu corong diletakkan di atas pemegang penuras dan kertas turas
yang dikepit dengan clamp supaya sampel air tidak tumpah.
f. 100 ml sampel air dituang ke dalam corong untuk dituras. Suis vakum dibuka
supaya sampel air dapat dituras dengan lebih cepat.
g. Kertas turas yang mempunyai sisa-sisa tertapis itu dialihkan dengan
menggunakan penyepit dan diletakkan di dalam piring kaca.
h. Langkah diulangi (c) hingga (i) untuk sampel yang lain.
i. Kertas turas yang berada di dalam piring kaca tersebut kemudiannya di
keringkan di dalam oven pada suhu 103-105 darjah Celcius selama satu jam.
j. Kertas turas disejukkan di dalam alat pengering sebelum ditimbang jisimnya
satu demi satu.
k. Pengiraan jumlah pepejal terampai adalah berdasarkan persamaan di bawah.

Jumlah pepejal terampai

= [(jisim kertas turas + pepejal terampai)-jisim kertas


turas asal] / isipadu air sampel yang digunakan.

3.4.4

Ujikaji Ammonia Nitrogen (AN)

Alat Spektrofotometer DR 4000 digunakan bagi ujikaji ini. Berikut adalah


langkah-langkah kerja untuk ujikaji ini:
a. Sampel air dan air suling masing-masing dimasukkan kedalam dua silinder
penyukat dengan sukatan 25 ml.
b. Titiskan 3 titik Mineral Stabilizer ke dalam kedua-dua silinder penyukat tadi.
Tutup silinder tersebut dan goncangkan supaya pencampuran seragam
diperolehi.

27
c. Campurkan 3 titik Polyvinyl Alchohol Dispersing Agent ke dalam kedua-dua
silinder penyukat. Tutup dan goncangkan.
d. Pipetkan 1 ml Nessler Reagent ke dalam kedua-dua silinder penyukat
tersebut. Sekali lagi tutup dan goncangkan. Biarkan ia bertindak balas selama
satu minit.
e. Sementara itu, masukkan setiap campuran daripada silinder penyukat tadi ke
dalam sel sampel yang berasingan.
f. Sampel air tersebut di uji dengan menggunakan DR4000. berikut adalah cara
penggunaan DR 4000 bagi ujikaji ammonia nitrogen (AN).
i.
Tekan butang HACH PROGRAM.
ii. Kemudian tekan 2400 untuk membuka program ammoniakal nitrogen
kadar rendah. Skrin akan memaparkan tulisan berikut: HACH
iii.

PROGRAM : 2400 N, AMMONIA NESS/ER.


Setelah tindak balas mencukupi satu minit, masukkan sel kawalan ke

iv.

dalam pemegang sel dan tutup penutup dengan elok.


Tekan butang zero supaya skrin memaparkan nilai 0.0000mg/L N

v.

NH3.
Letakkan sampel air kedalam pemegang sel dan tutupkan penutupnya

vi.

dengan ketat.
Keputusan ammoniakal nitrogen akan di paparkan pada skrin dalam
unit mg/L.

3.5

Analisis data

Setelah nilai bagi keenam-enam parameter diperolehi bagi setiap stesen,


purata bagi setiap parameter tersebut pula dikira. Selepas itu, pengiraan Water
Quality Index ( WQI ) dibuat menggunakan rumus yang berikut:

28

WQI =

0.22 * SIDO + 0.19 * SIBOD + 0.16 * SICOD + 0.15 * SIAN + 0.16 *


SISS + 0.12 * SIpH

SIDO

Di mana,

= sub-indeks DO ( dalam % saturation )

SIBOD = sub-indeks BOD


SICOD = sub-indeks COD
SIAN

= sub-indeks

SISS

= sub-indeks SS

SIpH

= sub-indeks pH

0 WQI 100

Nilai sub-index pula dikira dengan menggunakan formula-formula di bawah:

i.

Sub-indeks untuk DO ( dalam % saturation )

SIDO

=0

Untuk x 8

SIDO

= 100

Untuk x 92

SIDO

= - 0.395 + 0.030x +0.00020x

Untuk 8< x < 92

ii.

Sub-indeks untuk BOD

SIBOD = 100.4 4.23x

Untuk x 5

SIBOD = 108 * exp ( - 0.055x ) 0.1x

Untuk x > 5

29

iii.

Sub-indeks untuk COD

SICOD = - 1.33x + 99.1

Untuk x 20

SICOD = 103 * exp ( - 0.0157x ) 0.04x

Untuk x > 20

iv.

Sub-indeks untuk

SIAN

= 100.5 105x

Untuk x 0.3

SIAN

= 94 * exp ( - 0.573x ) 5 * x - 2

Untuk 0.3 < x < 4

SIAN

=0

Untuk x 4

v.

Sub-indeks untuk SS

SISS

= 97.5 * exp ( - 0.00676x ) + 0.05x

Untuk x 100

SISS

= 71 * exp ( - 0.0061x ) 0.015x

Untuk 100 < x < 1000

SISS

=0

Untuk x 1000

vi.

Sub-indeks untuk pH

SIpH

= 17.2 17.2x + 5.02x

Untuk x < 5.5

SIpH

= - 242 + 95.5x 6.67x

Untuk 5.5 x < 7

SIpH

= - 181 + 82.4x 6.05x

Untuk 7 x < 8.75

SIpH

= 536 77.0x + 2.76x

Untuk x 8.75

3.5

Peringkat Pelaksanaan Kerja

Pemilihan Tajuk Projek

30

Mengenalpasti Penyataan Masalah


Tajuk

Objektif

Skop Kajian

Mengumpul Maklumat
Kajian Literatur
i.
ii.

Internet
Buku Rujukan

Ujikaji Tapak

Ujian Makmal

Pengumpulan Data
Analisa Data dan Penyediaan Proposal
Semakan Laporan Proposal
Penyerahan Proposal
Rajah 3.1 Carta alir proses penyelidikan.

You might also like