Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1.

SISTEM PENDIDIKAN NEGARA


Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan
Kerajaan terdiri daripada:a. Pendidikan Prasekolah
o Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;
b. Pendidikan Rendah
o Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagitempoh enam
tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antaralima hinggah tujuh
tahun;
o Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan;
c. Pendidikan Menengah
o Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah
atas;
o Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada :1. sekolah akademik
2. sekolah teknik dan vokasional
3. sekolah kebangsaan agama
d. Pendidikan Lepas Menengah
o Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamatmengikuti
pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidaktermasuk pendidikan
tinggi.
Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi
Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh
Bahagian Sekolah.
Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :

Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.

Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.

BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH

Matlamat
Menjadi penyumbang utama kepada pengwujudan K-Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera (MPPB) dalam generasi keenam ilmu inovasi (6th Generation Innovation).
Nilai Teras
Menerapkan

nilai

Sainstifik,

Independen,

Kreatif,

Amanah

dan

Patriotik.

Objektif Operasi

Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai pencapaian aktiviti pendidikan


menengah di MRSM sebagai tapak semaian yang kukuh dan mantap untuk meneruskan
pembangunan insan bumiputera ke arah mewujudkan masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian
Bumiputera
generasi
kedua.

Mewatakkan pelajar lepasan MRSM sebagai pelajar yang mempunyai jati diri,
pemikiran strategik, kreatif dengan kekuatan daya tahan, daya saing dan daya juang
berlandaskan nilai-nilai murni sebagai asas kepada budaya keusahawanan.

Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai pencapaian aktiviti pembangunan


Kurikulum Asas dan Terbitan bagi MRSM untuk menjamin Piawai Kualiti Pendidikan
menengah memenuhi aspirasi kerajaan Malaysia sebagai hak kecemerlangan pendidikan
di
Malaysia.

Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai keberkesanan aktiviti kokurikulum


(asas dan terbitan) dengan tujuan membina modal insan yang cergas dari segi mental
dan
fizikal
bagi
menghadapi
cabaran
globalisasi.

Merancang, melaksanakan dan memilih pelajar bumiputera yang berpencapaian


sederhana, berpendapatan rendah, berpotensi, berbakat, dan berminat untuk
meneruskan pengajian menengah di MRSM bagi memenuhi syarat kemasukan ke IPT.

Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai keberkesanan aktiviti


pembangunan sahsiah pelajar dalam bidang-bidang strategik dengan tujuan membantu
pelajar
yang
mempunyai
sahsiah
terpuji.

Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai keberkesanan aktiviti


keusahawanan bagi memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar pada
peringkat
awal.

Merancang, memantau dan menilai kemudahan dan khidmat pengurusan pendidikan


bagi memperkasakan sistem pendidikan MRSM berdasarkan piawai kualiti pendidikan
MARA.

Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai pencapaian pembangunan


profesion perguruan di MRSM supaya guru-guru MRSM mencapai tahap profesionalisme
yang
cemerlang.

Merancang,
melaksanakan
memperkemaskan
dan

dan
memantau
penyelidikan
di
MRSM
bagi
mengantarabangsakan
sistem
MRSM.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara.

You might also like