Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

MAKANAN TRADISI

KAUM MELAYU DI MALAYSIA

PENGENALAN M
1

Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang mempunyai


pelbagai budaya yang agak unik. Antaranya ialah budaya
makanan.Gabungan makanan bagi kaum Melayu, Cina dan
India berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada hidangan
Malaysia.Budaya makanan Melayu mempunyai keunikan yang
tersendiri. Bagi budaya makanan masyarakat Melayu, pelbagai
lauk-pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan sajian
nasi. Nasi merupakan makanan utama rakyat Malaysia dan
masyarakat
Melayu
secara
amnya.
Tidak dinafikan juga budaya makanan masyarakat Cina dab
India turut mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain
telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu.
Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi
antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya
Malaysia
yang
unik.

NASI LEMAK

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang


Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi.
Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan
menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya.
Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak
dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan
nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan
sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi
lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.

LEMANG

Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang


ramai. Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya.Semua orang
daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi
ini.Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak
1864.Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang
atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan
santan.Nasi didalam buluh dibakar dengan daun pisang.
Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara
memasak mengikut kaum asli yang berada di Malaysia.

TAPAI

Tapai ialah sejenis penganan yang dibuat daripada pulut.


Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya
tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan tapai ubi.
Tapai pulut rasanya lebih sedap kerana itulah tapai ubi tidak
dapat menandingi tapai pulut.Bahan-bahan untuk membuat
tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan
seperti pulut, ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini
hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan
dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun yang
disebut sebagai daun tapai. Tetapi pada zaman ini, daun tapai
semakin sukar didapati dan kebanyakan tapai dibungkus
dengan menggunakan daun pisang. Terdapat sedikit perbezaan
rasa antara tapai yang dibungkus dengan daun tapai dan tapai
yang
dibungkus
dengan
daun
pisang.
Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu
tempayan yang besar dan ditutup dengan kain. Setelah
diperam dan disimpan selama 3 hari, tapai itu akan masak dan
barulah boleh dimakan. Tapai yang telah masak mengeluarkan
air yang sangat manis. Air tapai ini boleh diminum dan juga
boleh dijadikan sebagai ubat tradisional.Orang tua zaman
dahulu juga mempunyai pantang larang apabila hendak
5

membuat tapai. Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu


tidak boleh memakan sirih atau mendekatkan dengan bendabenda yang berwarna merah. Jika pantang larang ini dilanggar,
tapai tersebut akan berwarna merah dan rasanya tidak sedap.
Seseorang itu juga tidak boleh memakan benda yang masam
ketika membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan tapai
menjadi masam.Tapai yang telah masak juga tidak boleh
disimpan lama, masanya adalah lebih kurang dalam 2 hari
sahaja dan kerana rasanya yang terlalu manis biasanya sesuai
dimakan pada waktu tengah hari sebagai pencuci mulut, dan
sekiranya mahu menambahkan lagi kesedapan tapai, tapai itu
boleh dicampurkan dengan santan kelapa dan dimasukkan
sedikit
ais.

RENDANG
6

Rendang adalah masakan yang berasal dari Padang, Salah


satu makanan khas dari budaya Minangkabau, dan sering di
sajikan pada acara-acara dan upacara untuk menghormati
tamu. Makanan yg satu ini juga populer di Malaysia dan
Singapura, rendang disiapkan secara tradisional oleh
masyarakat Melayu pada acara-acara pesta. Walaupun
kadang-kadang rendang digambarkan sebagai seperti kari, dan
nama yang kadang-kadang diterapkan untuk kari daging
hidangan di Malaysia, asli rendang tidak seperti kari.Rendang
dibuat dari daging sapi (atau kadang-kadang ayam, daging
domba, kerbau, bebek, atau sayuran seperti nangka atau
singkong) santan dan rempah-rempah di masak beberapa jam
dengan api kecil, memungkinkan agar daging bisa menyerap
bumbu2nya dan daging menjadi empuk. Memasak dengan
proses perubahan dari air ke goreng sebagai cair evaporates. .
Rempah-rempah yang dapat mencakup jahe, galangal, daun
kunyit, lemon grass dan cabai. Ada dua jenis rendang: kering
dan basah. Rendang kering dapat disimpan untuk 3-4 bulan,
Rendang
basah,
juga
dikenal
sebagai
kalio.

DODOL
7

Ia sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan


makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat
terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit.
Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak
semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi.
Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri
daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi
muda mahir dalam membuat
dodol pada masa kini .
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri
daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka
dan garam.Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut
hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar
atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang
sederhana besar. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan
kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di
bahagian bawahnya/kerak. Oleh itu, dodol hendaklah sentiasa
dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik. Dodol
yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih
8

kurang 4 jam kerana sekiranya kurang dari 4 jam, dodol yang


dimasak tidak sedap dimakan. Setelah 2 jam dodol tadi
dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat
sedikit. Dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan
gelembung-gelembung udara yang banyak.Seterusnya, dodol
hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak
terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan
diangkat.Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di
dalam periuk yang besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik
dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua,
berkilat dan pekat. Selepas itu, dodol tersebut bolehlah
dipotong dan dimakan. Kebiasaannya dodol akan dihidang
kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari
perayaan dan majlis kenduri.

OTAK-OTAK

Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan


nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di
jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu
Otak-otak
Terengganu
dan
Otak-otak
Johor.
Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun
nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan
dikenali sebagai spring roll. Kebiasaan otak-otak diperbuat
daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk
dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otakotak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah
perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih
enak
dimakan
ketika
masih
panas.

10

PENUTUP
Secara keseluruhan, dapat dirumuskan bahawa makanan
tradisi sesuatu kaum dapat membentuk perpaduan dalam
kalangan masyarakat majmuk di Melaka ini. Masyarakat dapat
mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal
antara tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan
India selain mengetahui keunikan yang ada pada setiap jenis
makanan tersebut di mana makanan tradisi ini pula mempunyai
keunikan yang tersendiri yang mampu menarik kaum lain untuk
merasa. Selain itu, berdasarkan kajian mengenai makanan
pelbagai bangsa ini turut menyumbang kepada tahap
pemahaman dan perpaduan kaum di Melaka melalui makanan.
Mereka lebih memahami dan mengetahui pelbagai variasi
makanan kaum di Melaka dengan melihat kajian kaji selidik.
Kesimpulan yang didapati dalam kajian ini mencerminkan
bahawa tahap perpaduan mengikut makanan setiap kaum
masih di tahap yang memuaskan. Oleh itu, makanan juga dapat
memainkan peranan dan semangat perpaduan di kalangan
kaum.

11

You might also like