Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 45

AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

Pendidikan diberikan kepada ahli masyarakat bagi menjamin kesejahteraan


kehidupan manusia dan sekolah merupakan institusi formal terpenting yang
banyak mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia.Bermula di
tahap kanak-kanak pertengahan, individu diberikan didikan formal di sekolah
dengan pelbagai nama.Tujuan utama kanak-kanak ditempatkan di institusi formal
ini ialah untuk memastikan perhubungan mental, fizikal dan spiritual kanak-kanak
berkembang
selaras
dengan
nilai
dan
norma
masyarakat
yang
dianggotainya.Persekitaran
sekolah
memainkan
peranan
penting
dalam
perkembangan personaliti kanak-kanak.Proses pembelajaran formal yang
berterusan bermula tahap pertengahan kanak-kanak hinggalah ke tahap akhir
remaja akan mempengaruhi nilai, pengukuhan kendiri, tahap pencapaian,bentuk
aspirasi dan lain-lain bentuk kemahiran sosial dan psikologi yang diperlukan
dalam kehidupan individu.Persekitaran sekolah juga boleh menimbulkan pelbagai
bentuk personaliti tidak sihat dikalangan kanak-kanak dan kumpulan remaja
apabila kewujudannya disalahgunakan.
OBJEKTIF
Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan
dalam menjalani kehidupan seharian.Meningkatkan keprihatinan dan komitmen
warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan, serta menghargai
kemudahan yang disediakan.Memupuk semangat bertanggungjawab serta
kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan
kebersihan
sekolah.Melaksanakan
aktiviti
amalan
kebersihan
sekolah.Mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat,
bersih, indah dan ceria.
KONSEP & RASIONAL
Program ini dilaksanakan selaras dengan konsep, hidup sihat di sekolah. la
bertujuan untuk mewujudkan alam sekitar sekolah yang selamat, bersih, indah
dan ceria. Alam sekitar sedemikian sudah tentu mewujudkan persekitaran yang
kondusif kepada proses pembelajaran. Konsep ini berteraskan kepada lima
komponen asas, bagi memastikan wujudnya suasana persekolahan yang sihat dan
selamat iaitu Polisi Kesihatan Sekolah,Persekitaran Sekolah yang Sihat dan
Selamat, Penglibatan Keluarga dan Komuniti, Kemahiran Kesihatan Diri dan
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.
PIAWAIAN YANG DIKEHENDAKI
Piawaian amalan kebersihan sekolah menetapkan bahawa sekolah bukan sahaja
perlu bersih malah mesti berfungsi dan selamat.Persekolahan yang sihat dan
selamat adalah salah satu nilai-nilai kesihatan yang perlu diserapkan ialah
kebersihan dan keselamatan makanan.Peranan yang dimainkan oleh pihak
pengendali makanan dan sekolah perlu ditingkatkan.Ciri-ciri kebersihan dan
keselamatan makanan hendaklah diserapkan di sekolah-sekolah, terutama di
kantin dan dapur asrama sekolah.Kegagalan mengamalkan kebersihan dan
keselamatan makanan, menyebabkan pencemaran oleh kuman, bahan kimia dan
bendasing dalam makanan.

Perkara-perkara asas yang diutamakan untuk memastikan makanan bersih dan


selamat ialah:
(a) Kebersihan bahan mentah.
(b) Pengendalian makanan yang bersih.
(c)
Kebersihan diri pengendali makanan.
(d) Keperluan kemudahan asas yang mencukupi
(e)
Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai.
(f)
Pengurusan dan penyelenggaraan premis yang sempurna.
(g) Penyediaan makanan yang betul.
Ciri-ciri Kebersihan Bahan Mentah
Bahan mentah mesti daripada sumber yang diketahui, bersih, segar dan tidak
rosak, dibasuh dengan air bersih sebelum dimasak dan perlu dibuat di tempat
yang bersih.Bagi makanan di dalam tin, tin tidak kemek dan tidak berkarat.Bilik
penyimpanan bahan mentah mesti bersih, teratur dan berasingan dari bahan
bukan makanan. Bahan mentah yang mudah rosak perlu disimpan dalam peti
sejuk.Pengambilan makanan dengan tangan perlu dielakkan bagi menjamin mutu
kebersihan makanan.Gunakan penyepit atau sudu/garpu untuk mengambil
makanan. Lindungi makanan dari lalat, tikus, habuk dan bahan beracun.Gunakan
kain yang bersih untuk mengelap pinggan mangkuk.Semasa menghidang, jangan
menyentuh makanan atau permukaan dalam pinggan mangkuk. Pastikan tidak
menggunakan bekas yang telah retak atau sumbing untuk menghidang
makanan.Simpan makanan di tempat yang sesuai, misalnya makanan yang mudah
rosak di dalam peti sejuk. Pastikan makanan mentah di simpan di tempat yang
sama untuk menghindarkan pencemaran silang.Pinggan mangkuk dan peralatan
lain mestilah dibersihkan setiap kali selepas digunakan. Bahan bukan makanan
hendaklah disimpan berasingan dari makanan.
Ciri-ciri Kebersihan Diri yang Baik
Membasuh tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan
sebelum menyedia atau menghidang makanan.Kuku pendek dan bersih. Mandi
dengan sabun sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan pastikan diri pengendali
bersih dan kemas. berpakaian bersih, memakai apron dan tudung kepala yang
bersih dengan betul.Jangan meludah, bercakap, bersin atau batuk ke arah
makanan, jangan menghisap rokok semasa menyediakan makanan dan jangan
mengorek hidung atau telinga ketika menyediakan makanan.Sistem pembuangan
sampah yang sempurna dan teratur. Tong sampah bertudung, bersih dan sampah
dibuang setiap hari atau mengikut jadual.Sistem pembuangan air limbah yang
berkesan dan sesuai serta tidak bertakung untuk mengelakkan bau busuk dan
pembiakan lalat.Tandas yang sempurna, mencukupi dan bersih perlu disediakan
di premis makanan serta kemudahan membasuh tangan yang mencukupi serta
lengkap dengan sabun, berus dan tuala bersih atau alat pengering tangan bagi
pelanggan dan pekerja.
Ciri-ciri Reka Bentuk Premis Makanan yang Sesuai
Mempunyai ruang yang cukup dan berasingan bagi penyediaan, mempamer dan
menyimpan makanan serta ruang untuk pelanggan yang selesa.Almari/rak
menyimpan makanan ditutup rapi supaya lalat dan lipas tidak dapat masuk.Lantai

mestilah mudah dicuci, tidak mudah rosak dan tidak menakung air. Siling dan
dinding mestilah bersih, mudah dicuci dan bercat terang.Tempat membasuh
peralatan sesuai dan mencukupi. Tempat penyediaan makanan mestilah dari jenis
yang mudah dicuci dan kalis air.Peti sejuk perlu disediakan untuk menyimpan
makanan yang mudah rosak dan berfungsi.Pencahayaan dan pengudaraan dalam
premis makanan hendaklah mencukupi.Peralatan yang digunakan hendaklah yang
bersesuaian dengan fungsinya dan sentiasa dibersihkan dan kerosakan segera
diperbaiki.Pihak pengurusan sentiasa mengawasi amalan kebersihan pekerjapekerjanya.Kerjasama yang rapat di antara pekerja dan pengurus penting untuk
memastikan amalan dan keperluan kebersihan dijamin.
Tanggungjawab Seorang Pengusaha Premis Makanan
Pastikan semua aspek kebersihan dipatuhi dan pekerja membuat pemeriksaan
kesihatan dan suntikan pencegah penyakit tifoid sebelum bertugas.Pekerja yang
sakit perlu mendapat rawatan perubatan dan tidak bekerja sehingga disahkan
sihat.Melatih pekerja tentang kesihatan dan kebersihan diri dari semasa ke
semasa.
Tanggungjawab Pekerja di Premis Makanan
Menjaga kesihatan dan kebersihan diri.Lapor kepada majikan apabila sakit dan
dapatkan rawatan segera.Elakkan dari perbuatan kotor (korek hidung/sentuh
makanan rosak dengan tangan kotor).Belajar dan amalkan tabiat yang baik bagi
tingkatkan kebersihan diri, amalan pengendalian makanan yang baik dan
kebersihan kawasan tempat kerja.
Pemeriksaan Kantin dan Dapur Asrama
Pemeriksaan sekurang-kurangnya 2 kali setahun dan pemeriksaan fizikal (ukuran
suhu memasak/suhu penyimpanan/suhu penyajian) diutamakan.
PENGURUSAN & PELAKSANAAN
1.Kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan
kerajaan serta ahli masyarakat lain bagi meningkatkan tahap kesihatan warga
sekolah adalah sangat penting.
2.Penglibatan masyarakat dalam pelbagai bentuk sama ada dengan memberi
sumbangan kewangan, tenaga kepakaran atau pun bahan-bahan yang boleh
digunakan oleh pihak sekolah dorongan dan sokongan moral kepada murid serta
menjadi role-model yang baik kepada anak-anak dan murid sekolah.
3.Penglibatan komuniti seharusnya berbentuk dua hala iaitu bukan sahaja
komuniti yang datang ke sekolah tetapi pihak sekolah juga melibatkan warga
mereka dalam aktiviti kemasyarakatan di sekitar sekolah.
4.Amalan Kesihatan :
(a)
Menubuhkan satu Jawatankuasa Kesihatan Sekolah yang dianggotai
oleh guru
dan ahli PIBG di setiap sekolah.

(b)
(c)
(d)

Menubuhkan Kelab Kesihatan di kalangan pelajar di setiap sekolah.


Mengadakan Biro Kesihatan dalam PIBG setiap sekolah.
Mengamalkan Cara Hidup Sihat

POLISI KESIHATAN SEKOLAH


1.Satu penyataan jelas yang menentukan tindakan dan keperluan sumber bagi
mempromosikan kesihatan.
2.Sebagai piagam pelanggan bagi memberi panduan kepada warga sekolah dan
masyarakat luar.
3.Polisi yang dipilih hendaklah dipamerkan agar semua warga sekolah serta
pelawat tahu tentangnya.
4.Pihak sekolah hendaklah menjalankan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan
polisi yang dipilih.
5.Setiap polisi yang dilaksanakan
pengukuran keberkesanannya.

seharusnya

diikuti

dengan

indikator

6.Sekolah boleh memilih satu atau lebih polisi untuk dilaksanakan menurut
kemampuan mereka.
7.Polisi-polisi ini juga boleh bertukar-ganti mengikut tahap pencapaiannya.
PERSEKITARAN FIZIKAL SEKOLAH YANG SIHAT DAN SELAMAT
1.Keadaan sekolah yang mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa
bersih, ceria, selamat dan sihat.
2.Pihak sekolah seharusnya memastikan kemudahan asas/fizikal di sekolah
seperti bekalan air, elektrik, pili bomba, dewan, bilik darjah, tandas, asrama,
parit, padang, kantin dan lain-lain sentiasa dalam keadaan selamat, bersih,
berfungsi bagi kegunaan murid-murid sekolah.
3.Selain dari itu persekitaran sekolah juga seharusnya bebas dari risiko jangkitan
penyakit berjangkit seperti denggi dan lain-lain.
PERSEKITARAN SOSIAL SEKOLAH YANG SIHAT DAN SELAMAT
1.Persekitaran sekolah yang boleh membentuk sikap dan amalan ke arah
membina sahsiah warga sekolah yang murni dan dapat mengatasi cabaran.
2.Pihak sekolah seharusnya berusaha untuk menyediakan persekitaran yang lebih
kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan mengurangkan tekanan di
kalangan warga sekolah serta persekitaran sosial yang sihat untuk perkembangan
murid yang seimbang dari segi JERI.
3.Contohnya dengan menyediakan perkhidmatan kaunseling, mengadakan
program membina ketahanan mental, keyakinan diri, aktiviti mengurangkan
tekanan seperti PRS, rekreasi, punching bag, sudut pidato, papan conteng,

mengadakan kursus-kursus singkat seperti kursus kepimpinan, kem ibadat dan


lain-lain.
PENGLIBATAN KOMUNITI
1.Satu bentuk kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi kerajaan dan
NGO serta masyarakat lain bagi tingkatkan tahap kesihatan warga sekolah seperti
memberi sumbangan kewangan, tenaga kepakaran atau bahan yang boleh
digunakan oleh pihak sekolah.
2.Memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid serta menjadi rolemodel yang baik kepada anak-anak dan murid sekolah.
3.Penglibatan komuniti seharusnya berbentuk dua hala iaitu bukan sahaja
komuniti yang datang ke sekolah tetapi pihak sekolah juga melibatkan warga
mereka dalam aktiviti kemasyarakatan di sekitar sekolah.
KEMAHIRAN KESIHATAN DIRI
1.Satu usaha bagi membentuk sikap yang positif di kalangan warga sekolah ke
arah pengamalan cara hidup yang sihat di kalangan warga sekolah.
2.Dijalankan dalam bentuk pembelajaran dan pengajaran yang formal dan tidak
formal.
3.Penekanan kepada kepentingan pelajaran kesihatan dan jasmani serta
memupuk kesedaran penjagaan kesihatan di kalangan warga sekolah.
4.Murid diajar mengenai kebersihan diri dan dipupuk supaya bertanggungjawab
ke atas kebersihan diri sendiri.
5.Sekolah seharusnya memastikan supaya aktiviti penjagaan kebersihan mulut
diajar dan diamalkan.
6.Penekanan juga diberikan kepada aspek senaman dan kecerdasan, makan
secara sihat, pertolongan cemas, perkembangan mental, sosial serta anatomi dan
fisiologi tubuh badan.
PERANAN PENGETUA/GURU BESAR DAN PENTADBIR SEKOLAH
1.Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan amalan
kebersihan di sekolah.
2.Menubuhkan Jawatankuasa kebersihan dengan dianggotai oleh guru-guru,
agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, wakil masyarakat setempat dan juga
badan-badan bukan kerajaan.
3.Merancang aktiviti dan program dengan mengambil kira keperluan warga
sekolah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi serta keadaan
persekitaran yang selamat.
4.Pengalaman murid-murid dan guru-guru supaya dapat digabungkan untuk
menjalankan aktiviti dan program amalan kebersihan dengan berkesan.
5.Kemahiran kesihatan,kemahiran berfikir secara kritis dan bertanggungjawab
terhadap masyarakat.
6.Kesedaran murid-murid, pelajar pentingnya kemahiran kesihatan serta
mempunyai azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri.
7.Sumber-sumber yang sedia ada mengikut kemampuan sekolah.
8.Penglibatan badan bukan kerajaan.
PERANAN GURU

1.Memahami komponen-komponen.
2.Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti HPS yang
dirancang oleh Jawatankuasa.
3.Memberi cadangan aktiviti-aktiviti kebersihan yang boleh dilaksanakan kepada
jawatankuasa.
4.Menjadi contoh kepada murid-murid dan pelajar dalam mengamalkan Gaya
Hidup Sihat.
5.Menggalakkan murid-murid dan pelajar menyertai aktiviti atau program dengan
aktif.
6.Memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai program amalan kebersihan.
PERANAN MURID/PELAJAR
1.Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti/program BPS yang dirancang.
2.Bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri.
3.Menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai
aktiviti kesihatan dan program kebersihan yang dijalankan di sekolah
PERANAN IBU BAPA
1.Libatkan diri secara aktif dan sokong aktiviti/program HPS.
2.Beri bantuan kepakaran, kewangan, barangan dan sokongan moral.
3.Beri galakan kepada anak-anak untuk sertai aktiviti HPS.
PERKHIDMATAN DI SEKOLAH

1. Program-program tersebut adalah seperti berikut:


Pendidikan Kesihatan
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
Program Kesihatan Pergigian Sekolah
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Program Susu Sekolah
Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Sekolah (Program
3K)
Pendidikan Pencegahan AIDS Di Sekolah
Program Anti Denggi Di Sekolah
Program Sekolah Bebas Daripada Asap Rokok
Program PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja), dan sebagainya.
Program-program Adhoc berdasarkan masalah kesihatan semasa, seperti program
Anti Rubella, Program Pencegahan Taun dan sebagainya.
PENDIDIKAN KESIHATAN DI SEKOLAH

PK tidak lagi wujud sebagai satu mata pelajaran tersendiri. Ia telah


bersepadu dengan disiplin PJ dan dinamakan sebagai mata pelajaran PJK.
Walau bagaimanapun, nilai-nilai kesihatan dan beberapa aspek kesihatan
masih terdapat di dalam pelbagai mata pelajaran lain seperti Sains,
Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam dan sebagainya. Ini bermakna
nilai-nilai kesihatan telah diterapkan merentasi kurikulum yang sedia ada.
Di samping usaha-usaha formal, pendidikan tidak formal juga dilaksanakan

di sekolah-sekolah. Ini biasanya dilakukan melalui beberapa aktiviti seperti


kuiz, ceramah, pameran dan kempen. Selain usaha-usaha sekolah,
Jabatan Kesihatan juga sering menganjurkan pelbagai usaha pendidikan kesihatan
tidak formal seperti ceramah, kempen dan pameran.
PERKHIDMATAN KANTIN SEKOLAH

1.Bagi mengelakkan keracunan makanan, beberapa langkah yang boleh diambil


adalah seperti berikut:
Pastikan pekerja atau pengendali makanan sentiasa mengamalkan kebersihan diri
setiap masa sama ada semasa menyedia, memasak ataupun menghidang
makanan.
Pastikan alat-alat ataupun perkakas-perkakas yang digunakan, seperti pinggan
mangkuk sentiasa dalam keadaan bersih.
Pastikan bangunan dan semua kemudahan seperti tempat menyedia dan
menghidang makanan dalam keadaan bersih dan kemas.
Pastikan pekerja atau pengendali makanan mengamalkan amalan-amalan yang
baik seperti menjaga tubuh badan dan pakaian sentiasa dalam keadaan bersih
dan kemas
PERANAN SEKOLAH

1.Pihak sekolah juga diminta untuk:


Menggalakkan seboleh-bolehnya pengusaha/pengendali makanan memasak
makanan di dalam kawasan sekolah.
Memastikan makanan yang disediakan tidak dimasak terlalu awal sehingga
semalaman, terutama penyediaan makanan-makanan menggunakan santan.
Menubuhkan jawatankuasa khas di peringkat sekolah bagi menyelia dan
mengadakan pemeriksaan harian.
Mengadakan kempen kesedaran mengenai kebersihan makanan dan kebersihan
premis makanan.
Bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi usaha-usaha peningkatan dan
penggalakan kebersihan dan kesihatan.
1,Sekiranya sekolah mengesyaki pelajar-pelajar mengalami masalah keracunan
makanan, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh sekolah:
Laporkan dan bawa murid-murid yang disyaki ke klinik/ hospital yang
berhampiran.
Laporkan ke PPD/JPN.
Memaklumkan dan menghubungi ibu bapa murid-murid yang terlibat.
Menyediakan laporan awal tentang kejadian tersebut dan hantarkan satu salinan
ke JPN dan Kementerian Pendidikan.
Elakkan daripada membuat sebarang kenyataan akhbar.
PERKHIDMATAN PERGIGIAN

Perkhidmatan pergigian sekolah telah mula dilaksanakan pada tahun 1950'an dan
hanya ditumpukan
kepada murid-murid sekolah rendah sahaja dan itu pun hanya terbatas kepada
sekolah tertentu. Sebahagian besar perkhidmatan itu dikendalikan oleh jururawat
pergigian. Mereka dilatih untuk melaksanakan rawatan pergigian di bawah

penyeliaan doktor gigi seperti yang tertera dalam Akta Pergigian. Pencapaian
perkhidmatan pergigian tidak begitu menggalakkan sehingga pertengahan
1980'an kerana program tidak begitu teratur. Pada pertengahan 1980'an satu,
program pendekatan "Systematic and Comprehensive Incremental Care" telah
diperkenalkan untuk memperbaiki keadaan. Perkhidmatan semakin meluas
dengan bertambahnya permintaan oleh pihak berkuasa sekolah serta ibu bapa.
Seterusnya perkhidmatan pergigian sekolah diperluas untuk menampung muridmurid sekolah menengah. Kebanyakan rawatan untuk golongan ini dilaksanakan
oleh Pegawai Pergigian.

Program keceriaan sekolah - syarahan

( untuk ceramah, syarahan, ucapan, hafallah pantun sebagai pembuka bicara


dan penutup bicara)
Sungguh rendah pohon cemara,
Bergayut kera di balik pohonan;
Lafaz Bismilah pembuka bicara,
Salam sejahtera saya ucapkan.
Selamat pagi dan salam sejahtera saya lafazkan kepada Yang
dipertua Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan BM, Tuan haji Muhammad bin Ali, barisan penolong-penolong
kanan , guru-guru, rakan pelajar sekalian, serta tuan-tuan dan puan-puan.
Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini
untuk merakamkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi saya
peluang untuk menyampaikan syarahan sempena sambutan Hari Alam
Sekitar. Sempena hari yang mulia ini, izinkanlah saya untuk memperkatakan
maksud yang tersirat dalam program 3K, yaini keceriaan, keselamatan, dan
kebersihan. Keceriaan jitu ditakrifkan sebagai amalan kudsi yang dilakukan
oleh sekumpulan individu yang beretika secara konsisten di institusi
pendidikan. Program ini semakin pudar dalam kalanga pelajar kerana
kurangnya kesedaran permuafakatan dalam usaha untuk mewujudkan sekolah
yang ceria dan harmoni. Sampailah masa untuk menopang dagu dan
merenungi kepentingan program ini dalam gawang minda, apakah
kemaslahatan program ini kepada warga sekolah? Apakah usaha-usaha paling
pragmatik untuk menceriakan sekolah? Tepuklah dada tanya selera.

Sidang dewan yang saya hormati,


Dari segi pandangan dan persepsi masyarakat, aktiviti rewang untuk
membersihkan persekitaran kawasan sekolah merupakan wadah yang
mendatangkan dampak kepada setiap individu. Hal ini memanglah wajar
kerana amalan ini dapat mewujudkan sekolah yang ceria, sekali gus dapat
menjanakan sahsiah diri ampuh dalam kalangan anak didik. Amalan ini
wajarlah dijadikan iktibar oleh semua warga sekolah kerana sekolah akan
dijauhi pembiakan wabak penyakit dan tempat pembiakan vektor penyakit
juga akan dibersihkan sama sekali. Kerjasama sesama warga sekolah bagai
antan dengan lesung akan memudahkan kerja yang rumit, di samping
menyemarakkan nilai murni dan amalan mahmudah dalam lubuk kalbu setiap
warga sekolah. Alangkah baiknya sekiranya aktiviti bergotong-royong tetap
digalakkan setiap bulan mengikut kelas yang berbeza ataupun sebagai
hukuman amal kepada pelajar yang bermasalah disiplin. Sudah terang lagi
bersuluh bahawa hanya dengan usaha bagai bukit sama didaki, lurah sama
dituruni akan mewujudkan sekolah yang harmoni dan ceria.
Warga sekolah juga mesti berpegang pada slogan 'sekolahku, syurgaku'
agar menyuntik semangat cinta akan sekolah dalam atma setiap warga
sekolah. Sukakan guru kerana ilmunya, sukakan gaharu kerana harumnya.
Pembangunan fizikal sesebuah sekolah mestilah seiring dengan
pembangunan persekitaran yang menghijau. Sebagai analoginya, sekolah
dalam taman merupakan idaman setiap manusia supaya alam kita terus
dipelihara dan dilestarikan dengan pokok yang menghijau. Menurut kajian
dan tinjauan dalam Laporan Alam Sekitar, pencemaran akan melunturkan
minat seseorang pelajar untuk belajar dengan selesa.
Setakat ini sahaja yang dapat saya sampaikan pada pagi ini. Sebelum saya
mengundurkan diri dari pentas ini, terimalah serangkap pantun daripada
saya:
Burung kelicap terbang sekawan,
Terbang segera dari pohon baiduri,
Salah dan silap harap dimaafkan,
Izinkan saya untuk bermohon diri.Sekian, terima kasih.
Posted by Cikgu Phong From SMK Jalan Damai, Bukit Mertajam at 10:48 PM

AMALAN KEBERSIHAN MAKANAN DALAM KALANGAN PENGENDALIPENGENDALI


KANTIN DI SEKOLAH ZON SKUDAI Mohd Rizal B. Mohd Said & Nor Aini Binti Mohd
Noor Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia ABSTRAK: Kajian ini dijalankan
bertujuan untuk mengenal pasti amalan kebersihan diri, kebersihan premis dan
tempat-tempat penyediaan makanan serta kebersihan dan keselamatan peralatanperalatan memasak dan menghidang oleh pengendalipengendali kantin sekolah di
Zon Skudai, Johor Bahru. Seramai 32 orang pengendali makanan dipilih sebagai
responden kajian ini. Penyelidik menggunakan 2 instrumen iaitu soal selidik dan
pemerhatian. Kajian ini dijalankan dengan mengedarkan satu set soal selidik kepada
responden dan protokol borang pemerhatian digunakan oleh penyelidik semasa
pemerhatian dijalankan . Analisis dibuat berdasarkan peratusan dan min. Data
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences
( SPSS ) 15.0 For Windows. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan
dalam kalangan pengendali-pengendali kantin terhadap amalan kebersihan
makanan adalah tinggi. Ini dapat dilihat semasa mengendalikan makanan,
pengendalipengendali kantin mengamalkan kebersihan makanan yang telah
ditetapkan. ABSTRACT: This research is conducted in order to seek and identify the
level of knowledge in selfhygiene, the cleanliness of premise, the food preparation
area and the cleanliness of cooking and serving utensils by the canteen handlers in
Skudai Zone School, Johor Bahru. 32 food handlers were selected to participate in
the study. The researcher used two instruments, which is questionnaires and
observation. A set of questionnaire was distributed to respondents and observation
checklist has been utilized by the researcher. The descriptive analyses used are
average and mean. The data collected were analyzed using Statistical Package for
Social Science (SPSS) 15.0 For Windows. The finding of this study showed that the
knowledge level for the school canteen handlers towards the food hygiene practice
is high. It can be highlighted when they are practicing food hygiene and safety
according to the procedure in handling food. Katakunci: Statistical Package For
Social Sciences ( SPSS ) PENGENALAN Perkhidmatan makanan sekolah iaitu kantin
merupakan tempat utama di mana pelajar-pelajar memperolehi makanan pada sesi
persekolahan. Dengan itu, pihak sekolah tidak boleh mengabaikan kebersihan dan
keselamatan kantin. Sebagaimana tumpuan diberikan kepada kelas dengan
pengajaran dan pembelajarannya, tumpuan juga harus diberikan kepada kantinnya.
Ini kerana kantin bukan sekadar tempat makan, tetapi sebagai tempat di mana
pelanggan harus mendapat apa yang dihajati dan berpuas hati dengan adanya
makanan yang bersih, selamat, berkhasiat, segar dan mengenyangkan (Panduan
Pengurusan Kantin Sekolah, 2004). Oleh itu, perkhidmatan makanan di sekolah
perlu menyediakan makanan yang selamat, sesuai dan berkhasiat (Neill, 1980).
Pernyataan ini disokong oleh Cleland et al (2004), menyatakan bahawa makanan
yang dijual di kantin sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan
pelajar mendapat makanan yang seimbang, berkhasiat, bersih serta selamat.
Jeannies (2002), juga mengatakan bahawa kebersihan dan keselamatan makanan
merupakan perkara penting dalam menyediakan makanan yang sesuai, selamat
dan berkhasiat kepada pelajar sekolah. Pernyataan Masalah Kebersihan adalah

perkara yang sangat mustahak dalam penyediaan dan penyajian makanan, namun
sejauh mana perkara ini diberi perhatian oleh penyedia atau penyaji makanan.
Walaupun semua sekolah telah dibekalkan dengan Buku Garis Panduan Pengurusan
Kantin Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 2004, namun begitu keracunan
makanan seringkali berlaku akibat daripada kecuaian pengendalipengendali kantin
semasa penyediaan makanan. Lantaran itu, kajian yang bakal dijalankan adalah
diharapkan dapat mengenal pasti amalan kebersihan makanan dalam kalangan
pengendalipengendali kantin terhadap aspek kebersihan makanan dan perkaraperkara yang dilakukan yang dilakukan semasa penyediaan makanan di 32 buah
kantin sekolah Zon Skudai, Johor. Aspek-aspek yang diperhatikan adalah aspek yang
boleh menjejaskan kualiti atau keadaan makanan. Objektif Kajian 1. Untuk
mengenal pasti pengetahuan yang dimiliki oleh pengendali-pengendali kantin di
Sekolah Zon Skudai dalam amalan kebersihan makanan. 2. Untuk mengenal pasti
kebersihan diri pengendali-pengendali kantin di Sekolah Zon Skudai semasa
penyediaan makanan. 3. Untuk mengenal pasti kebersihan premis atau tempat
penyediaan makanan yang digunakan oleh pengendali-pengendali kantin di Sekolah
Zon Skudai. 4. Untuk mengenal pasti kebersihan peralatan memasak dan
menghidang makanan yang digunakan oleh pengendali-pengendali kantin di
Sekolah Zon Skudai. Kepentingan Kajian Penyelidikan berharap agar hasil kajian
yang akan dijalankan ini dapat memberi manfaat kepada pihakpihak yang
berkenaan. Antara kepentingan kajian ini adalah:- i. Pengendali Kantin.
Menimbulkan kesedaran kepada pengendali-pengendali kantin di Sekolah Zon
Skudai akan kepentingan penjagaan kebersihan semasa penyediaan makanan
supaya dapat menjamin kebersihan dan keselamatan makanan yang dihidang
kepada pengguna. ii. Pihak Sekolah. Menyediakan maklumat-maklumat terperinci
dan terkini agar dapat digunakan oleh pihak sekolah dalam merangka program
untuk memastikan kebersihan yang perlu diaplikasikan oleh para pengendali kantin.
iii. Pelajar Maklumat yang diperolehi daripada kajian dapat memberi pengetahuan
kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan amalan kebersihan makanan semasa
penyediaan makanan. Selain itu, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar
berhubung kebersihan dan keselamatan makanan yang dipilih. METODOLOGI
Populasi dan Sampel Kajian Populasi kajian adalah pengendali-pengendali kantin di
Sekolah Zon Skudai. Mereka terdiri 12 orang pengendali kantin SMK, 16 orang
pengendali kantin SK, 3 orang pengendali kantin SJK(C) dan seorang pengendali
kantin SJK(T). Jadual 1 di bawah menunjukkan jumlah populasi untuk kajian ini.
Jadual 1 Taburan saiz populasi Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Johor (2008).
Sampel adalah sebahagian daripada populasi tanpa mengambil kira sama ada ia
dapat menjadi populasi ataupun sebaliknya (Azizi et al, 2007). Penyelidik
menggunakan kaedah persampelan tidak rawak jenis purposif atau persampelan
bertujuan. Ini adalah kerana jumlah populasi adalah kecil, maka semua jumlah
populasi digunakan dalam kajian ini sebagai sampel. Selain itu, kaedah
persampelan ini digunakan bagi mendapatkan data dan maklumat yang
dikehendaki dalam menjawab keempat-empat persoalan kajian mengenai amalan
kebersihan makanan dari aspek pengetahuan pengendali kantin, kebersihan diri

pengendali kantin, kebersihan premis atau tempat penyediaan makanan dan


kebersihan peralatan memasak dan menghidang yang digunakan. Sampel kajian
terdiri daripada semua pengendali kantin di Sekolah Zon Skudai. Sampel adalah
seramai 32 orang pengendali kantin di Sekolah Zon Skudai iaitu semua populasi
digunakan. Instrumen Kajian Dalam kajian kaedah campuran atau gabungan ini,
penyelidik menggunakan borang soal selidik dan borang pemerhatian sebagai
instrumen kajian. Soal Selidik Tuckman (1988), instrumen yang kerap digunakan
dalam kajian kuantitatif ialan soal selidik kerana melalui instrumen kajian ini,
kerjasama daripada sampel mudah diperolehi dan menjimatkan masa. Kaedah ini
paling sesuai untuk mendapatkan maklumat kerana segala arahan dan soalan yang
diberikan dalam soal selidik adalah piawai dan serupa kepada semua responden
yang dikaji (Ian Brace, 2004). Dengan ini, penyelidik yakin bahawa data-data yang
diperolehi adalah lebih tepat. Soal selidik ini dibahagikan kepada dua Bahagian A
dan Bahagian B. Bahagian A adalah berkenaan dengan latar belakang responden.
Manakala Bahagian B adalah berkaitan dengan persoalan kajian. Dalam membina
soal selidik bahagian B, penyelidik merujuk contoh senarai semak daripada
beberapa sumber laman web iaitu www.thurrock.gov.uk/food dan
http://www.reigate-banstead.gov.uk. Namun begitu, kandungan soal selidik telah
diubahsuai agar dapat menjawab persoalan kajian yang telah ditetapkan. Bahagian
A : Latar belakang responden Bahagian A mengandungi 4 item di mana ianya
menyentuh mengenai demografi responden iaitu jantina, pengalaman
mengendalikan perniagaan makanan, sama ada pernah mendapatkan suntikan
tifiod dan sama ada pernah mengikuti kursus pengendalian makanan. Bahagian B :
Persoalan Kajian Bahagian B terdiri daripada 40 item yang diklasifikasikan kepada 4
persoalan kajian bagi mendapatkan maklumat dan mengetahui dengan lebih
mendalam mengenai amalan kebersihan makanan dalam kalangan pengendalipengendali kantin di Sekolah Zon Skudai. Kajian menggunakan
pembolehubahpembolehubah seperti dalam Jadual 2. Jadual 2 Pembolehubahpembolehubah yang digunakan dalam kajian Tujuan kajian ini dijalankan adalah
untuk mengenal pasti amalan kebersihan makanan dalam kalangan pengendalipengendali kantin di Sekolah Zon Skudai. Faktor-faktor tersebut adalah merangkumi
aspek pengetahuan pengendali kantin, kebersihan diri, kebersihan premis, tempat
penyediaan makanan dan kebersihan peralatan memasak dan menghidang.
Pemerhatian Pemerhatian merupakan satu daripada kaedah mengukur pemboleh
ubah penyelidikan (Marohaini Yusoff, 2001). Dalam kajian ini penyelidik
menggunakan kaedah pemerhatian ikut serta untuk mendapatkan maklumat
responden. Melalui pemerhatian, penyelidik mengamati tingkah laku responden
berdasarkan pembolehubah-pembolehubah yang dikenal pasti. Penyelidik
menggunakan kaedah pemerhatian untuk mengkaji perkembangan tingkah laku
responden. Lagipun bersandarkan rasional kelebihan teknik pemerhatian yang
digariskan oleh Ely et al 1998 (dalam kajian Marohaini, 2001), orang luar seperti
penyelidik akan dapat memerhatikan perkara yang biasanya dianggap rutin oleh
peserta kajian yang merupakan orang yang terlibat. Dalam membina borang
pemerhatian, penyelidik merujuk contoh borang pemerhatian yang didapati

daripada Buku Garis Panduan Kantin Sekolah (KPM, 2004). Namun begitu,
kandungan senarai semak telah diubahsuai agar dapat menjawab persoalan kajian
yang telah ditetapkan. Kajian Rintis Kajian rintis yang dijalankan adalah bertujuan
untuk mengenal pasti kesukaran-kesukaran item seperti salah faham terhadap
soalan oleh responden, arahan yang tidak jelas dan masalah-masalah lain yang
berkaitan (Stanley & Sedlack, 1992). Saiz sampel kajian rintis tidak perlu besar
tetapi memadai untuk memenuhi tujuan perbincangan awal yang berkesan tentang
ujian iaitu sekitar enam hingga kesepuluh orang (Mohd Najib, 1999). Oleh itu, kajian
rintis ini telah dijalankan ke atas pengendali-pengendali kantin di 10 buah sekolah
dalam Daerah Kulai, Johor. Dapatan yang diperolehi dari kajian ini dapat
menentukan kesahan dan kebolehpercayaan item. Statistical Package For Sosial
Science (SPSS) versi 15.0 telah digunakan untuk penganalisisan kajian rintis.
Prosedur Kajian Rajah 1 Carta Aliran Prosedur Menjalankan Kajian PERBINCANGAN
Di bahagian ini, penyelidik akan membincangkan dapatan kajian berdasarkan
kepada analisis terhadap empat persoalan kajian yang berkaitan dengan beberapa
pembolehubah yang mempengaruhi amalan kebersihan makanan dalam kalangan
pengendali-pengendali kantin. Dapatan kajian bagi persoalan kajian yang pertama
berkenaan dengan pengetahuan pengendali kantin menunjukkan bahawa
pengendali-pengendali kantin di 32 buah kantin sekolah Zon Skudai mempunyai
pengetahuan yang tinggi dalam amalan kebersihan makanan. Dapatan ini
bertepatan dengan penyataan Jamal (1993), di mana tahap pengetahuan yang
mencukupi mengenai kebersihan makanan perlu ada bagi individu yang merancang
untuk menceburi bidang pengendalian makanan. Selain daripada itu, hasil daripada
pemerhatian juga mendapati pengendali-pengendali kantin mempunyai
pengetahuan yang tinggi dalam amalan kebersihan makanan. Pengetahuan yang
tinggi dalam kalangan pengendali-pengendali kantin adalah kerana sebahagian
besar responden telah mengikuti kursus penyediaan makanan sebanyak dua hingga
lima kali dalam tempoh dua tahun. Ini adalah berdasarkan demografi, di mana
melalui latihan penyediaan makanan pengendali dapat meningkatkan pengetahuan
mengenai amalan kebersihan dan keselamatan makanan (Bas et al, 2006). Di
samping itu, pengetahuan pengendalian makanan adalah amat penting dalam
menjamin mutu dan kebersihan makanan (Meftahuddin & Osman, 1996).
Berdasarkan dapatan kajian, responden perlu menyediakan makanan yang bersih,
bermutu, berkhasiat serta selamat untuk dimakan. Dapatan ini selari dengan hasil
dapatan pemerhatian, di mana majoriti pengendali kantin didapati menggunakan
bahan yang segar, bersih dan bermutu semasa penyediaan makanan. Bagi
menjamin kesegaran dan mutu bahan-bahan tersebut, responden akan
mendapatkan bekalan bahan mentah pada setiap hari. Ini menunjukkan responden
mempunyai pengetahuan bahawa penggunaan bahan yang segar, bersih dan
bermutu mampu mengelakkan berlakunya pencemaran makanan. Jamal (1998) juga
berpendapat, bahawa pengendali kantin atau pengusaha makanan yang kurang
pengetahuan biasanya kurang yakin dan tidak memikirkan kesan daripada tindakan
dan amalan buruk. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa ilmu pengetahuan tentang
kebersihan makanan adalah merupakan faktor penting dalam meningkatkan

kesedaran serta keyakinan berkenaan bahaya yang boleh menyebabkan


pencemaran dan kerosakan makanan. Secara tidak langsung, pengendali kantin
akan mempraktikkan amalan kebersihan dalam penyediaan makanan. Manakala,
makanan yang telah dimasak perlu di simpan di tempat berbeza daripada bahan
mentah menunjukkan bahawa responden mengetahui bahawa pengasingan
tersebut boleh mengelakkan berlakunya pencemaran makanan. Ini dapat dibuktikan
apabila sebanyak 97 peratus pengendali kantin yang telah mengikuti latihan
penyediaan makanan mengetahui bahawa penyimpanan bahan mentah dengan
bahan makanan yang telah dimasak perlu diasingkan untuk mengelakkan
berlakunya perpindahan bakteria (Walker, Pritchard & Forsythe, 2003). Selain
daripada itu, majoriti responden juga menyedari dan mengetahui bahawa makanan
yang sudah dimasak perlu diletakkan pada paras lebih 45 cm dari lantai bagi
mengelakkan berlakunya perpindahan bakteria atau kuman dari lantai kepada
makanan yang telah siap dimasak. Ini kerana lantai merupakan penghubung laluan
kuman dari kawasan kotor ke kawasan bersih dan akan menyebabkan kerosakan
pada makanan (Jamal, 1993). Oleh itu, jelaslah di sini ilmu pengetahuan tentang
kebersihan adalah merupakan faktor penting dalam meningkatkan kesedaran serta
keyakinan berkenaan bahaya yang boleh menyebabkan pencemaran dan kerosakan
makanan. Persoalan kajian yang kedua dalam kajian ini adalah mengenai amalan
kebersihan diri pengendali kantin. Analisis data yang diperolehi telah memberikan
gambaran positif terhadap amalan kebersihan diri responden dan berada pada
tahap tinggi. Ini menunjukkan pengendali kantin mengamalkan kebersihan diri
semasa mereka bertugas. John B. Knigth & Lendal (1989), menyatakan bahawa
orang yang mengendalikan makanan perlu memegang nilai kebersihan diri yang
tinggi supaya tidak mengotorkan makanan. Tambahan pula, kebersihan diri
merupakan perkara penting dalam penyediaan makanan. Lantaran itu, hasil
daripada pemerhatian juga menunjukkan majoriti responden mengamalkan
kebersihan diri seperti menjaga kebersihan tangan, kebersihan rambut, tidak
berpenyakit dan tidak meludah semasa penyediaan dan penyajian makanan.
Kebersihan diri meliputi pelbagai aspek penjagaan yang boleh dikategorikan kepada
beberapa bahagian seperti rambut, kulit, tangan, telinga, hidung, mulut dan juga
pakaian (Zaharah, 1983). Hasil dapatan tersebut, menunjukkan mereka sedar
bahawa potensi pengendali kantin untuk mencemar makanan boleh berlaku pada
semua bahagian tubuh manusia dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Justeru
itu, tangan yang bersih amat penting kerana ia dapat menjamin kebersihan semasa
menyediakan makanan. Manakala rambut yang kemas dan bersih boleh
menghindarkan kuman atau kutu rambut membiak di atas kepala. Shazmawati
(2007), pula menyatakan bahawa orang yang berpenyakit seharusnya dilarang
mengendalikan makanan. Oleh itu, berdasarkan demografi, majoriti responden telah
mendapatkan suntikan pelalian tifiod tiga kali setahun bagi menjamin kebersihan
dan kesihatan diri. Ini menunjukkan responden mengetahui akan kepentingan
suntikan tersebut boleh mengelak risiko jangkitan bakteria yang biasanya menular
melalui makanan atau minuman tercemar. Berdasarkan dapatan kajian, majoriti
responden mencuci tangan dengan sabun dan air yang bersih selepas

menggunakan tandas bagi menjaga kebersihan tangan supaya dapat mengelakkan


berlakunya pencemaran. Hasil daripada pemerhatian juga mendapati majoriti
responden menjaga kebersihan tangan. Ini dapat dilihat apabila selepas memegang
bahan mentah, respoden akan mencuci tangan mereka dengan sabun dan air yang
bersih bagi memastikan tangan mereka bebas daripada sebarang kekotoran. Bagi
mereka, tangan merupakan agen paling mudah untuk menyebarkan bakteria
kepada makanan di mana tangan biasanya menyentuh dan boleh mencemarkan
permukaan kerja, dulang, periuk belanga dan set pinggan mangkuk yang
kemudiannya memindahkan bakteria kepada makanan. Oleh itu, tangan perlu dicuci
dengan sempurna dengan menggunakan air panas dan sabun cecair. Kebiasaannya,
tangan kita akan mengumpul kotoran dan habuk, termasuk kuman (bakteria dan
virus), yis dan kulat (Kempen Hidup Sihat, 2002). Selain daripada itu, responden
juga menyedari bahawa amalan merokok semasa memasak, menghidang makanan
boleh menyebabkan pencemaran makanan berlaku. Oleh itu, pengendali kantin
tidak merokok semasa penyediaan makanan. Amalan merokok oleh pengendali
kantin semasa bertugas akan mengakibatkan bakteria berpindah daripada mulut
kepada tangan dan pelanggan akan mendapat bau yang tidak menyenangkan yang
berpunca daripada pernafasan pengendali makanan (Sergio & Peter, 1990).
Manakala keperluan menukar apron selepas membuat kerja-kerja penyediaan
makanan seperti membersihkan daging dan ikan juga menunjukkan responden
kurang prihatin. Dapatan kajian menunjukkan sebahagian besar responden
menyatakan tidak perlu menukar apron selepas selesai kerjakerja penyediaan
makanan. Berdasarkan pemerhatian pula, masih terdapat responden yang terus
memakai apron tersebut walaupun terdapat kesan kotoran. Bahagian yang kotor ini
akan tersentuh pada meja makanan siap dan akan menyebabkan pencemaran
makanan berlaku. Oleh itu, pengendali kantin perlu menukar apron selepas selesai
kerja-kerja penyediaan kerana biasanya kekotoran akan melekat pada apron di
bahagian perut yang penuh dengan kekotoran dari bahan mentah (Jamal, 1998).
Dapatan kajian menunjukkan responden mengamalkan aspek kebersihan dengan
menjaga kebersihan premis atau tempat penyediaan makanan sepanjang masa
bertugas. Aspek ini berada pada tahap tinggi. Manakala, hasil daripada pemerhatian
juga menunjukkan aspek ini berada di tahap yang tinggi. Ini menunjukkan
pengendali kantin sedar bahawa premis makanan atau tempat penyediaan
makanan mempunyai potensi yang boleh menyebabkan penyakit yang berkaitan
dengan makanan. Kebersihan bangunan memberi maksud seluruh bangunan dan
kawasan sekitarnya termasuklah lantai, longkang, dinding dan syiling perlu
dibersihkan manakala tempat makan juga perlu sentiasa bersih, teratur dan
selamat (Salleh et al, 2004). Lantaran itu, majoriti responden bersetuju bahawa
mereka membuang sampah basah dan sampah kering secara bersaingan dan
menjauhkan binatang daripada kawasan penyediaan makanan bagi menjaga
kebersihan premis atau tempat penyediaan makanan. Ini kerana tempat
penyediaan makanan merupakan tempat yang memerlukan kepada tahap
kebersihan yang berpanjangan. Kawasan pengendalian makanan yang bersih dan
selamat boleh mengelakkan pencemaran makanan dari mikroorganisma yang boleh

menyebabkan penyakitpenyakit yang berkaitan dengan makanan. Justeru itu,


responden bersetuju bahawa sampah basah perlu dibuang secara berasingan
daripada sampah kering bagi mengelakkan berlakunya pencemaran makanan.
Dapatan ini disokong oleh Aishah (2003), bahawa sampah basah merupakan tempat
yang sesuai bagi pembiakan lalat dan tikus. Bagi mengelakkan berlakunya
pencemaran, sampah basah perlu dibungkus di dalam beg plastik dan disimpan di
dalam tong sampah yang bertutup dan bersih untuk diangkut oleh pihak Majlis
Perbandaran. Selain daripada itu, melalui pemerhatian mendapati kantin sekolah
tidak mempunyai dinding atau pagar yang dapat menghindarkan haiwan daripada
berkeliaran dalam kawasan kantin. Namun begitu, dapatan kajian mendapati
responden dapat menjauhkan binatang seperti kucing daripada kawasan
penyediaan makanan walaupun kantin sekolah tidak mempunyai dinding atau
pagar. Ini menunjukkan responden menyedari bahawa binatang seperti kucing yang
memasuki kawasan penyediaan makanan boleh menyebabkan berlakunya
pencemaran makanan. Dapatan ini selari dengan dapatan Dudley (1988), bahawa
haiwan merupakan pembawa bakteria dan boleh menyebabkan pencemaran
makanan. Tambahan pula, binatang tidak dibenarkan berada di dalam premis
makanan (Jurnal Pengguna Malaysia, 2002). Manakala lantai yang basah tidak
selamat bagi laluan pengendali makanan kerana permukaan yang licin akan
menyebabkan kemalangan. Lantaran itu, dapatan kajian mendapati responden
bersetuju bahawa lantai di premis jualan perlu sentiasa kering bagi mengelakkan
kemalangan. Melalui pemerhatian pula, didapati lantai di premis atau tempat
penyediaan makanan adalah bersih dan kering. Ini menunjukkan amalan kebersihan
premis atau tempat penyediaan makanan diamalkan dan responden mengambil
berat tentang aspek ini bagi memastikan tiada sebarang pencemaran atau
kemalangan berlaku semasa proses penyediaan dan penyajian makanan dilakukan.
Jonathan (1995), menyatakan bahawa lantai yang dibersihkan perlu dibersihkan
dengan cara yang betul dan sempurna. Pernyataan ini disokong oleh Betty (1993),
menyatakan bahawa lantai yang basah tidak selamat bagi laluan pengendali
makanan kerana permukaannya yang licin akan menyebabkan kemalangan. Alexis
Sover (1858), berpendapat kebersihan merupakan roh bagi sesebuah dapur. Ini
membawa maksud bahawa selain menjaga kebersihan diri, kebersihan tempat
bekerja seperti dapur, meja tempat penyediaan makanan dan sinki perlu diberi
perhatian. Ini kerana jika sesebuah kantin berbau atau kotor, pelanggan akan
menganggap bahawa kantin tersebut tidak bersih. Dapatan kajian menunjukkan
responden akan memastikan kebersihan dapur dilakukan secara berterusan, di
mana ia dijalankan sebelum, semasa dan selepas operasi perniagaan makanan.
Pembersihan dapur secara rutin dan berterusan adalah perkara yang perlu dijaga
supaya dapat mengelakkan pencemaran bakteria terhadap makanan yang
disediakan. Namun demikian, dapatan kajian juga mendapati sebahagian besar
responden tidak memasang lampu ultra ungu dengan kejutan elektrik dengan
tujuan untuk membunuh lalat. Manakala sistem kawalan lalat, tikus dan lipas juga
tidak dipasang bagi mengelakkan binatang-binatang perosak daripada memasuki
tempat penyediaan makanan. Ini kerana responden menganggap premis makanan

mereka tidak memerlukan sistem kawalan binatang perosak. Sekiranya pengendali


makanan tidak menjalankan langkah-langkah pengawalan lalat, kuman yang dibawa
oleh lalat yang hinggap atau berjalan di atas makanan akan menyebabkan
makanan tercemar (Jamal, 1998). Oleh itu, pengendali-pengendali kantin perlu
memasang lampu ultra ungu dan sistem kawalan lalat, tikus lipas bagi memastikan
premis atau tempat penyediaan makanan bebas daripada lalat atau haiwan
perosak. Aspek keempat menyentuh mengenai kebersihan peralatan memasak dan
menghidang makanan yang digunakan dalam penyediaan makanan. Hasil dapatan
bagi persoalan kajian ini adalah berada pada tahap tinggi. Ini menjelaskan lagi
betapa pentingnya kebersihan dalam penggunaan segala peralatan semasa
penyediaan makanan di kantin sekolah. Hasil dapatan kajian menunjukkan majoriti
responden mengakui bahawa penggunaan penyepit, sudu, garfu atau sarung
tangan perlu digunakan untuk memegang makanan yang telah dimasak. Ini kerana,
pencemaran juga boleh terjadi sekiranya pengendali makanan menggunakan
tangan untuk menyajikan makanan tanpa menggunakan alat yang dikhaskan untuk
memegang makanan Rozita (2000). Pada masa yang sama, hasil daripada
pemerhatian juga mendapati responden hanya menggunakan peralatan yang tidak
berkarat dan masih elok keadaannya ketika proses penyediaan dan penyajian
makanan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran silang. Dapatan ini disokong
oleh Richardson (1984), yang menyarankan penggunaan peralatan yang diperbuat
daripada besi keluli kalis karat adalah baik kerana ianya mudah dibersihkan. Di
samping itu juga, responden akan memastikan sudu dan garfu dibilas dengan air
panas selepas dicuci bagi memastikan kebersihan peralatan tersebut. Selain
daripada itu, responden juga menyedari bahawa mereka perlu membasuh alat-alat
dapur yang digunakan dengan menggunakan sabun dan air yang bersih bagi
memastikan kebersihan peralatan tersebut. Justeru, kebersihan peralatan perlu
dititik beratkan dari segi pembersihan dan penjagaannya (Jamal, 1998). Jika ia
diabaikan boleh menjadikan tempat pembiakan dan penyebaran bakteria. Oleh itu,
peralatan dapur perlu dibersihkan dengan air bersih, disabun dan dicuci dengan
bahan pencuci yang sesuai dan disimpan ditempat yang sesuai supaya tidak
dicemari apabila digunakan, Nancy Scanlon (1993). Manakala peralatan untuk
memotong bahan mentah tidak boleh digunakan untuk memotong bahan makanan
yang telah dimasak. Penggunaan papan pemotong untuk memotong daging
mentah, kemudian digunakan untuk memotong sayursayuran tanpa dibasuh
terlebih dahulu sabun dan dibilas dengan air yang bersih seringkali terdedah
kepada pembiakan kuman (Barbara, 2006). Pernyataan ini selari dengan dapatan
kajian, di mana majoriti responden bersetuju bahawa papan pemotong untuk
memotong bahan mentah dan makanan yang telah dimasak boleh digunakan
setelah dibasuh terlebih dahulu. Dengan itu, jelaslah bahawa pengendali kantin
menitik beratkan penggunaan peralatan yang bersih. Ini kerana adalah menjadi
tanggungjawab pengendali untuk menggunakan peralatan yang berbeza untuk
makanan mentah dan juga makanan yang telah dimasak (Diane, 2006).
Penggunaan peralatan yang berbeza boleh menggelakkan pertumbuhan bakteria
dengan menggunakan sekali sahaja peralatan memasak dan kemudian dibasuh

dengan sempurna. Hasil kajian juga mendapati masih ada segelintir responden
yang tidak prihatin bahawa pinggan mangkuk yang telah dibasuh perlu dilap
terlebih dahulu sebelum digunakan. Ini kerana tanpa disedari peralatan atau
pinggan mangkuk tersebut mungkin dicemari oleh bakteria. Dapatan ini disokong
oleh Aishah (2003), bahawa peralatan seperti sudu, garfu, pinggan mangkuk atau
gelas hendaklah dibasuh terlebih dahulu dan dilap kering sebelum digunakan
walaupun alat-alat itu tidak digunakan kerana pendedahan alat-alat terhadap udara
tidak menjamin kebersihannya. Manakala, pinggan mangkuk yang sompek
merupakan tempat yang sesuai untuk kuman bersembunyi (Aishah, 2003). Oleh itu,
alat-alat yang sedemikian hendaklah dimusnahkan dan tidak boleh digunakan.
Abbey & Mcdonald (1979), juga melarang keras penggunaan alat-alat dapur yang
tersepih. Namun begitu, melalui pemerhatian, didapati lebih daripada separuh
responden tidak prihatin dengan perkara ini dan masih menggunakan pinggan
mangkuk yang sompek atau retak untuk menghidang makanan walaupun telah
mengetahui dan mendapat pendedahan semasa kursus pengendalian makanan
yang telah diikuti. RUMUSAN Secara keseluruhan dapat dikatakan bahawa
pengetahuan pengendali kantin, aspek kebersihan diri, kebersihan premis atau
tempat penyediaan makanan serta kebersihan peralatan memasak dan
menghidang juga berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan pengendalipengendali kantin di 32 buah kantin sekolah di Zon Skudai mempunyai
pengetahuan yang tinggi dalam amalan kebersihan makanan. Mereka juga
mempraktikkan amalan kebersihan diri, menjaga kebersihan premis atau tempat
penyediaan makanan dan menjaga kebersihan peralatan memasak dan
menghidang. Namun begitu, amalan kebersihan makanan masih terdapat beberapa
kekurangan. Justeru, amalan kebersihan makanan perlu dititik beratkan oleh
pengendalipengendali kantin bagi memastikan makanan yang disediakan terjamin
kebersihan dan keselamatannya. RUJUKAN Abbey, P.M & Mc Donald, G (1979).O
Level Cookery. London: Methuen Educational. Pg 212-216. Aishah Hamzah (2003).
Teknologi dan Perkhidmatan Katering. KL: Dewan Bahasa dan Pustaka. Alexis Sover
(1985). Advanced Practical Cookery. London: Holder & Stouhton. Andrioli Sergio,
Douglas and Peter (1990). Profesional Food Service. London: Heineman Profesional
Publishing. Pp16-20. Awang Haji Azis bin Haji Nayan (2008).Menjana Kesihatan Kita.
Portal Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Azanza, J.A. (1995). Food Safety
Knowledge and Practices of Consumer in the U.S.A. Journal of Consumer Studies and
Home Economic, 19. pp 199-134 Azhar (2008).Sanitation for Food Service
Workers. Majalah Inspektor Kesihatan. Azizi Yahya et al (2007). Menguasai
Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Barbara (2006). Food Safety: Avoiding Food Poisoning. Chatham Journal Weekly. Bas
Murat, Ersun Azmi Safak, Kivanc Gkhan (2006).The evaluation of food hygiene
knowledge, attitudes, and practices of food handlers' in food businesses in Turkey.
Oxford: ROYAUMEUNI. Che Rejuna Che Lah (2000). Satu Tinjauan ke atas Amalan
Kebersihan di Kalangan Pengusaha Kedai Makan di Pentadbiran Majlis Daerah Kota
Bahru. UTM: Kertas Projek Sarjana Muda Fakulti Pendidik. Chmelynski, C.C (2005).
Opportunities in Food Service Careers. Washington D.C: McGraw-Hill Profesional.

Pp2-12 CH Tang dan UW Fong (2004).A Survey of Food Hygiene Knowledge and
Attitudes among Chinese Food Handlers in Fong Song Tong District. Asia Pac J Public
Health. Clayton, D.A, Griffith, C.J, Peters AC. & Price, P (2002). Food Handlers' Beliefs
and Self-Reported Practices. International Journal of Environmental Health Research,
volume 12. Cleland et al (2004). What are grade 5 and 6 children buying from
school canteens and what do parents and teachers think about it. Nutrition &
Dietetics: The Journal of the Dieticians Association of Australia. Cruickshank, J.G.
(1990). Food handlers and food poisoning: Training Programmers are best. British
Medical Journal 300, pp. 207208. Diane, C (2006). Food Poisoning. London: Edward
Arnold. Dudley, S.R. (1988).Mastering Catering Science.London:Macmillan Education
Ltd. FOMCA (2007). Menangani Keracunan Makanan Di Sekolah. Gay, L.R (1996).
Education Research: Competencies for Analysis an Apllication. Ed. New Jersey:
Prentice Hall, Inc. Hansen, A.C (1995). Hygiene a Complete Course for Food
Handlers. Great Britain: Holder & Stoughton Educational. Haysom. W & Sharp A.K.
(2005). Bacterial Contamination of Domestic Kitchens Over a 24 hour Period.
British Food Journal. Howens, M., McEwen, S., Griffith, M., & Harris, L. (1996). Food
handler certification by home study: Measuring changes in knowledge and behavior.
Dairy, Food, and Environmental Sanitation

KESELAMATAN DI KAWASAN SEKOLAH


PENGENALAN
Keselamatan adalah satu keadaan yang selamat, sejahtera, aman dan terlindung daripada sebarang masalah fizikal,
sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang boleh melibatkan
kerosakan atau kejadian yang tidak diingini berlaku. Keselamatan di sekolah lebih kepada pencegahan berlakunya
sebarang kes kecederaan dan kemalangan di semua tempat dalam lingkungan kawasan sekolah seperti di stor sukan,
kantin, dewan, bilik komputer, bilik darjah, asrama, bilik mandi, tandas, padang dan dapur.

Bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini terjadi maka langkah-langkah pencegahan perlu
dirancang, disusun dan dilaksanakan dengan terperinci demi kebaikan bersama semua warga sekolah. Oleh itu, satu
proses prosedur keselamatan mengenai tatacara penggunaan sesuatu empat perlu disebarkan dan disampaikan dalam
bentuk risalah atau poster. Tatacara ini termasuklah dari segi penggunaan secara am, tatacara penggunaan murid dan
tatacara penggunaan guru. Dengan adanya prosedur ini, pihak pentadbiran dan semua warga sekolah akan
mempunyai komitmen dalam memberi kesedaran terhadap aspek keselamatan untuk melahirkan iklim sekolah yang
kondusif bagi membantu perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

1.0

PROSEDUR KESELAMATAN KAWASAN SEKOLAH


Prosedur keselamatan adalah proses yang digunakan sebagai panduan seseorang individu atau kumpulan individu
dalam mencegah atau mengelakkan sesuatu kemalangan yang boleh mengundang bahaya dari segi fizikal, emosi,
mental dan sosial berlaku. Di sini akan dibincangkan tatacara penggunaan am, tatacara penggunaan murid dan
tatacara penggunaan guru bagi empat tempat di kawasan sekolah iaitu stor sukan, kantin, dewan sekolah dan bilik
komputer.

Tatacara penggunaan boleh didefinisikan sebagai satu prosedur kepada langkah-langkah keselamatan yang perlu
diambil oleh semua warga sekolah bagi memastikan persekitaran sesebuah tempat memberi keselesaan dan
keselamatan untuk menjalankan sebarang aktiviti tanpa gangguan daripada sebarang kecelakaan, kemalangan dan
kecederaan. Oleh itu, bagi mewujudkan warga sekolah yang bahagia, sihat mental dan emosi, tatacara penggunaan
tempat perlu dijadikan panduan untuk menjadikan pengurusan prosedur keselamatan berjalan dengan lancar.

2.0

STOR SUKAN

Stor sukan merupakan sebuah tempat yang digunakan untuk menyimpan pelbagai peralatan sukan supaya ianya
selamat dan tidak mudah rosak. Ini bagi mengelakkan pihak sekolah terpaksa membelanjakan ribuan ringgit bagi
menggantikan kerosakan peralatan tersebut. Maka perlu diwujudkan tatacara penggunaan stor sukan bagi melicinkan
pengurusan dan keselamatan murid.

2.1

TATACARA PENGGUNAAN AM

2.1.1

Rekod Keluar Masuk

Perlu mempunyai rekod inventori, rekod keluar dan rekod masuk bagi semua peralatan yang digunakan agar
mengetahui bila dan siapa yang menggunakannya serta mengetahui siapa yang memberi kebenaran tentang
penggunaan peralatan tersebut. Ini bagi mengelakkan kecurian peralatan berlaku.

2.1.2

Peralatan Disimpan Di Tempat Khas

Alat-alat sukan hendaklah diletakkan di tempat khas yang mudah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Penyelenggaraan
Stor Sukan yang bertugas. Di samping itu,
pengeluaran dan pemulangan kembali peralatan.

tempat-tempat tersebut perlu dilabelkan bagi melicinkan urusan

2.1.3

Peralatan Berbahaya Perlu Perhatian

Peralatan berbahaya seperti lembing, peluru, tukul besi dan cakera mestilah disimpan, dijaga dan diawasi
penggunaanya. Pengeluaran peralatan ini adalah terkawal dan perlukan pengawasan daripada guru yang bertugas.

2.1.4

Kelulusan Piawai Dan Pengikhtirafan

Semua peralatan sukan mesti mempunyai kelulusan piawai dan pengikhtirafan daripada undang-undang persatuan
sukan. Ini bagi mengelakkan pengeluaran peralatan yang tidak berkualiti.

2.1.5

Dilupuskan Mengikut Prosedur

Peralatan yang sudah tidak selamat digunakan hendaklah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan. Ini penting
bagi

mengelakkan

kesesakan

2.2

TATACARA PENGGUNAAN MURID

2.2.1

Kebenaran Memasuki Stor Sukan

peralatan

berlaku

dalam

stor

sukan.

Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru dalam pelbagai urusan. Hanya individu tertentu
sahaja yang boleh memasuki stor sukan atas urusan pengeluaran dan pengembalian peralatan tersebut.

2.2.2

Laporan Kerosakan

Murid perlu melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada peralatan yang digunakan bagi
mengelakkan sebarang kemalangan berlaku apabila aktiviti sedang dijalankan.

2.2.3

Pengembalian Peralatan Sukan

Semua peralatan sukan yang telah digunakan haruslah dikembalikan dalam keadaan yang selamat dan bersih di
samping memastikan jumlah yang dikembalikan adalah sama dengan jumlah peralatan yang telah dikeluarkan.

2.3

TATACARA PENGGUNAAN GURU

2.3.1

Merekodkan Penggunaan Peralatan Sukan

Guru harus menyediakan buku rekod bagi memudahkan kerja merekodkan semua peralatan sukan yang digunakan.

2.3.2

Tugas Guru Sebagai Pengendali Stor Sukan

Guru bertanggungjawab mengeluarkan dan memeriksa peralatan agar dalam keadaan


yang baik sebelum sesuatu aktiviti atau acara sukan bermula. Di samping itu, guru
juga akan menyimpan dan memastikan peralatan yang dikembalikan dalam keadaan
seperti sedia kala serta bersih.

2.3.3

Mengawasi Penggunaan Peralatan Yang Berbahaya

Guru sentiasa mengawasi dengan rapi penggunaan alatan yang mempunyai ciri-ciri bahaya. Selain itu, guru
bertanggungjawab memastikan peralatan sukan tersebut dalam keadaan yang terbaik untuk digunakan. Ini bagi
mengelakkan sebarang kemalangan dan kecederaan berlaku.

2.3.4

Laporan Kerosakan Dan Kehilangan Peralatan

Guru harus membuat laporan tentang kerosakan dan kehilangan serta peralatan yang perlu diperbaiki. Laporan ini
penting bagi mengetahui status peralatan sama ada boleh digunakan atau dilupuskan.

2.3.5

Guru Berkelayakan

Pentadbir sekolah memastikan pelantikan guru penasihat yang berkelayakan dan bertauliah dalam mengendalikan
peralatan sukan. Ini bagi memastikan urusan sukan berjalan dengan lancar dan tidak berlaku kekeliruan dalam
pengendalian tatacara penggunaan stor sukan.

3.0

KANTIN

Kantin merupakan premis yang penting kepada warga sekolah bagi mendapatkan keperluan makanan semasa berada di
sekolah. Kantin juga adalah sebuah tempat yang sentiasa menjadi tumpuan murid-murid sewaktu rehat bagi
mendapatkan makanan dan minuman yang diingini untuk mengalas perut yang lapar. Andai pengurusan prosedur
keselamatan di kantin diabaikan dan tidak diaplikasi dengan penuh disiplin kemungkinan banyak risiko yang akan
berlaku. Oleh itu, tatacara harus disediakan sebagai panduan penggunaan kantin kepada semua warga sekolah.

3.1

TATACARA PENGGUNAAN AM

3.1.1

Kebenaran Masa Berada Di Kawasan Kantin Sekolah

Murid perlu mematuhi peraturan kantin dan hanya dibenarkan berada di kantin pada waktu rehat iaitu pada pukul
1000 hingga 1020 sahaja. Namun bagi staf sekolah, waktu berada di kantin tidak terbatas asalkan tidak menganggu
jadual bertugas masing-masing.

3.1.2

Kebersihan Kantin Sekolah

Semua pengguna mesti mengutamakan kebersihan dengan memastikan kawasan kantin sekolah dijaga dengan bersih
dan bebas dari sampah sarap. Selain daripada itu, kantin sekolah juga perlu bebas daripada LILATI ( lipas, lalat dan
tikus ).

3.1.3

Keselamatan Di Kantin Sekolah

Murid tidak dibenarkan bermain-main dan berlari-lari di dalam kantin terutamanya apabila keadaan lantai yang licin
terutamanya selepas hujan turun.
3.1.4

Makanan Terlarang

Pengusaha kantin dilarang menjual sebarang makanan TIDAK HALAL dan murid bukan Islam juga dilarang
membawa dan makan sebarang makanan TIDAK HALAL di dalam kantin.

3.1.5

Laporan Kemalangan Dan Pergaduhan

Pengawas atau guru yang bertugas hendaklah dimaklumkan apabila terjadi sebarang kemalangan dan pergaduhan
berlaku di dalam kantin.

3.2

TATACARA PENGGUNAAN MURID

3.2.1

Beratur Sewaktu Membeli Makanan

Murid-murid sentiasa beratur, berkelakuan sopan santun dan mengikut giliran sewaktu hendak membeli makanan.
Dilarang sama sekali berebut-rebut dan bertolakan sesama sendiri sewaktu membeli makanan, mendapatkan tempat
duduk dan balik ke kelas masing-masing.

3.2.2

Kebersihan Menjadi Keutamaan

Sentiasa menjaga kebersihan tempat makan ( meja ) dalam keadaan bersih.


Cuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas makan di tempat yang disediakan.
Dilarang membuang sampah di merata tempat.
Membuang bungkusan dan sisa makanan ke dalam tong sampah yang telah disediakan.

3.3.3

Larangan Sewaktu Berada Di Dalam Kantin

Dilarang makan dan minum sambil berjalan atau berdiri.


Dilarang membawa makanan dan minuman keluar dari kantin.

Jangan meludah di kawasan kantin.


Jangan bergaduh sewaktu membeli makanan dan minuman.
Jangan membuat bising dan bercakap-cakap sewaktu sedang menikmati hidangan makanan.

3.3

TATACARA PENGGUNAAN GURU

3.3.1

Pengawasan Tingkah Laku Murid

Guru perlu mengawas tingkah laku murid semasa beratur dan bergerak sewaktu membeli makanan dan minuman. Ini
bagi mendidik murid-murid berdisiplin tinggi dan menjadikan urusan pembelian makanan dan minuman berjalan
dengan selesa.

3.3.2

Memastikan Makanan Dan Minuman Yang Dijual Menepati Piawai

Guru perlu memastikan makanan dan minuman yang disediakan dan dijual oleh pihak kantin adalah tidak melanggar
peraturan-peraturan makanan 1985 dan menepati piawai kebersihan dan keselamatan kantin sekolah yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

3.3.3

Kebersihan Dan Keselamatan Kantin

Guru perlu memastikan kebersihan dan keselamatan di dalam kantin telah memenuhi piawai Kementerian Kesihatan
Malaysia.
Guru memastikan makanan yang dijual sentiasa bersih, bermutu, berkhasiat dan selamat untuk dimakan.
Guru memastikan semua kemudahan kantin seperti tempat menyediakan, mempamerkan atau menghidangkan
makanan hendaklah sentiasa dijaga dalam keadaan bersih dan kemas.

Memastikan tiada staf yang akan merokok di dalam kantin sekolah.

4.0

DEWAN SEKOLAH

Dewan sekolah adalah sebuah tempat yang luas dan dapat menempatkan jumlah murid yang ramai pada satu-satu masa
bagi tujuan perhimpunan, mengadakan sesuatu majlis seperti majlis penyampaian sijil dan hadiah serta majlis
sambutan perayaan serta boleh juga digunakan untuk latihan atau pertandingan permainan seperti ping pong dan
badminton. Bagi mengelakkan kemalangan atau kecederaan berlaku, tatacara dalam dewan perlu digubal sebagai
panduan manual kegunaan murid, guru dan warga sekolah.

4.1

TATACARA PENGGUNAAN AM

4.1.1

Ciri-ciri Keselamatan Di Dewan Sekolah

Penyediaan alat pemadam api yang sesuai dan loceng kecemasan hendaklah sentiasa diselenggara setiap masa secara
berkala. Ini penting untuk memastikan peralatan tersebut dalam keadaan yang baik semasa hendak digunakan.
4.1.2

Permainan Yang Dilarang Dijalankan Di Dewan Sekolah

Permainan-permainan seperti hoki, bola sepak, bola tampar dan sepak takraw tidak dibenarkan diadakan dalam
dewan sekolah disebabkan faktor ruang yang tidak mengizinkan penggunaannya.

4.1.3

Kebersihan Di Dewan Sekolah

Kebersihan adalah tanggungjawab semua.


Sentiasa memastikan dewan sekolah dalam keadaan yang bersih daripada sebarang sampah sarap.

Jangan meludah merata-rata tempat.

4.1.4

Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah

Menyediakan buku catatan penggunaan dewan untuk sesuatu aktiviti.

4.2

TATACARA PENGGUNAAN MURID

4.2.1

Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah

Murid-murid tidak dibenarkan berada di dewan pada waktu malam sama ada untuk latihan tarian, nyanyian atau
permainan badminton dan ping pong kecuali dengan pengawasan dan kebenaran seorang guru.

4.2.2

Kebersihan Dewan Sekolah

Dilarang membuang sampah sarap di merata tempat.


Buang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan.
Jangan meludah sebarangan di kawasan dewan sekolah.

4.2.3

Laporan Kerosakan

Murid-murid hendaklah melaporkan kepada guru andai ada sebarang kerosakan yang berlaku pada kelengkapan
dewan.

4.2.4

Pemindahan Dan Pengeluaran Kelengkapan Dalam Dewan Sekolah

Murid-murid dilarang memindahkan dan mengeluarkan mana-mana kelengkapan dan barang yang berada dalam
dewan tanpa kebenaran pihak yang bertanggungjawab.

4.2.5

Sentiasa Mematuhi Semua Peraturan Dalam Dewan Sekolah

Jangan berlari dan membuat bising sewaktu perhimpunan diadakan.


Sentiasa berbaris dan tidak berebut-rebut apabila masuk atau keluar dari dewan selepas sesuatu aktiviti dijalankan.
Tidak menconteng dinding dan permukaan peralatan yang terdapat di dalam dewan.
Tidak merosakkan peralatan dengan sengaja.

4.3

TATACARA PENGGUNAAN GURU

4.3.1

Merekod Aktiviti Yang Dijalankan

Guru perlu merekod masa dan aktiviti yang dijalankan di dalam dewan sekolah di dalam buku catatan yang telah
disediakan.

4.3.2

Peka Dan Bertanggungjawab Dengan Kemudahan Yang Ada Dalam Dewan

Guru harus memastikan keadaan fizikal dewan sekolah selamat digunakan untuk aktiviti yang telah dirancang.
Guru harus memastikan ciri-ciri keselamatan diutamakan sebelum aktiviti dijalankan.
Guru harus memastikan kipas dan lampu hendaklah dipadam selepas aktiviti dijalankan.

4.3.3

Tugas Pengawasan Keselamatan Murid

Setiap aktiviti yang dijalankan perlu sentiasa diawasi oleh guru bagi memastikan keselamatan murid terjamin
sepanjang aktiviti dijalankan.

5.0

BILIK KOMPUTER

Bilik komputer merupakan sebuah bilik yang menyimpan banyak perkakas yang berasaskan elektrik seperti komputer,
pelbagai suis, penyambung wayar, soket dan pelbagai wayar. Ciri-ciri keselamatan amat ditekankan bagi
memastikan tiada kemalangan yang tidak diingini akan berlaku. Beberapa tatacara penggunaan bilik komputer telah
dilaksanakan dari sudut secara am, murid dan guru bagi mempertingkatkan disiplin pengguna apabila berada di
dalam bilik komputer.

5.1

TATACARA PENGGUNAAN AM

5.1.1

Keselamatan Bilik Komputer

Memastikan semua tingkap dan pintu bilik komputer hendaklah dipasang dengan jeriji bagi mengelakkan sebarang
kecurian dan pencerobohan berlaku.

5.1.2

Keselamatan Peralatan Dan Perisian

Sebarang peralatan dan perisian tidak dibenarkan dibawa masuk dan keluar kecuali dibenarkan oleh guru. Ini bagi
mengelakkan agar sistem komputer terlindung daripada virus-virus pada masa kini.

5.1.3

Merekodkan Penggunaan Bilik Komputer

Buku catatan hendaklah disediakan bagi memastikan semua aktiviti dan tempoh masa yang digunakan dalam bilik
komputer direkod. Ini bagi memudahkan membuat sebarang laporan andai terdapat sesuatu kejadian idak diingini.

5.2

TATACARA PENGGUNAAN MURID

5.2.1

Kebenaran Menggunakan Bilik Komputer

Semua murid dibenarkan masuk ke bilik komputer dengan kebenaran dan pengawasan guru.

5.2.2

Benda-benda Yang Dilarang Dibawa Masuk Ke Dalam Bilik Komputer

Semua beg hendaklah ditinggalkan atau diletakkan di rak yang berada di luar bilik komputer.
Semua jenis makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik komputer.
Objek tajam juga dilarang dibawa masuk.
Kasut dan selipar hendaklah ditanggalkan sebelum masuk ke dalam bilik komputer.

5.2.3

Mencatat Kehadiran

Semua murid perlu mencatatkan kehadiran mereka di dalam buku caatan yang telah disediakan di setiap meja
komputer.

5.2.4

Laporan Yang Perlu Dibuat

Murid perlu melaporkan sebarang kerosakan dan bau yang asing kepada guru bagi tindakan selanjutnya.
Jika berlaku sebarang masalah kepada sistem komputer hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru.

5.2.5

Kebersihan Dan Keceriaan Bilik Komputer

Murid-murid hendaklah memastikan bilik komputer dalam keadaan kemas dan bersih setiap masa.
Murid memastikan tidak membuang sampah sarap di merata tempat dan tidak menconteng dinding bilik komputer
bagi memelihara keceriaan dalam bilik tersebut.

5.2.6

Perlu Minta Kebenaran

Murid perlu memberitahu dan meminta kebenaran apabila hendak megakses internet.
Murid harus memberitahu guru jika ingin menanggalkan sebarang sambungan pada sistem komputer bagi
mengelakkan renjatan elektrik atau litar pintas berlaku.

5.3

TATACARA PENGGUNAAN GURU

5.3.1

Persediaan Sebelum Memulakan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Guru perlu memastikan semua murid telah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sebelum memulakan pelajaran.

Guru menyediakan satu prosedur yang mudah dalam memulakan sistem komputer agar semua murid dapat
menerimanya dengan senang dikuasai.

5.3.2

Laporan Kerosakan

Setiap kerosakan yang terdapat pada peralatan, guru haruslah merekod dan membuat laporan untuk tindakan yang
selanjutnya.

5.3.3

Kerja-kerja Penyelenggaraan

Guru memastikan kerja-kerja peyelenggaraan dan baik pulih seharusnya dilakukan dari masa ke semasa bagi
memastikan sistem komputer berada dalam keadaan yang terbaik diguna setiap masa.

PENUTUP
Keselamatan adalah sangat penting walau di mana sahaja kita berada sama ada di darat, udara dan laut. Salah satu tempat
yang memerlukan perhatian penuh dalam isu keselamatan adalah sekolah. Sekolah adalah salah satu tempat di mana
terdapat ramai generasi yang perlu diselamatkan daripada pelbagai ancaman bahaya. Ini kerana sekolah akan
melahirkan manusia yang berguna dan berkualiti untuk memajukan dan membangunkan negara kita pada masa akan
datang. Oleh itu, tatacara penggunaan sesuatu tempat perlu disebarkan bagi memberi peluang kepada semua warga
sekolah memahami peraturan yang perlu diikuti bagi mengelakkan sebarang kecelakaan dan kemalangan berlaku.
Jadi, pelbagai cara yang boleh digunakan dalam menyebarkan tatacara penggunaan sesuatu tempat seperti melalui
risalah, poster, media cetak dan juga media elektrik. Melalui medium ini akan memberi satu panduan untuk
kegunaan murid, guru dan secara am dalam membantu mengelakkan kemalangan dan kecelakaan berlaku di
kawasan sekolah.

Dicatat oleh Hamden Bakar di 8:04 PTG

You might also like