Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

http://myfoodtech.blogspot.com/2010/08/makanan-dan-pemakanan.

html

Apakah yang anda faham tentang definisi makanan dan pemakanan?


Makanan ialah suatu bahan yang boleh dimakan yang berbentuk pepejal dan cair. Makanan terdiri dalam
pelbagai bentuk, tekstur, rupa, rasa, warna dan bau yang berlainan. Makanan juga ialah gabungan
pelbagai rasa iaitu pahit, masin, manis, pedas dan masam. Tekstur makanan bermaksud kelembutan,
kelicinan, kekerasan, kegaringan dan kekasaran suatu makanan. Terdapat makanan savouri dan
makanan manis. Makanan merupakan keperluan asas atau primer setiap manusia. Fungsinya ialah
memenuhi keperluan fizikal, fisiologi, psikologi dan sosial. Kuantiti dan kualiti makanan mempengaruhi
tahap kesihatan individu. Contoh pengambilan makanan yang tidak mempunyai gizi seimbang iaitu
kurang berkualiti boleh memudaratkan kesihatan dan pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak
boleh menyebabkan masalah kegemukan dan obesiti. Makanan yang mempengaruhi keperluan makanan
adalah faktor geografi, agama, budaya dan sosial. Pemilihan makanan dipengaruhi oleh faktor umur,
jantina,aktiviti seharian, pekerjaan, saiz badan, iklim dan tahap kesihatan.
Pemakanan ialah perkataan yang berasal dari perkataan Latin yang bermaksud memberi makan mkanan
yang berkhasiat. Pemakanan bermaksud mempelajari tentang makanan iaitu pelbagai jenis makanan,
kandungannya dan peranan atau fungsinya terhadap tubuh manusia. Pengetahuan tentang pemakanan
sangat penting dalam membuat pilihan, apa yang boleh diperolehi dan apa yang boleh diterima oleh
badan kita. Pilihan makanan yang betul, baik dan sesuai akan menjamin kesihatan badan. Makanan yang
betul bermaksud diet seimbang yang mengandungi semua jenis nutrient yang diperlukan oleh tubuh
manusia.

rujukan:
tugasan 1 pelajar kursus makanan dan teknologi (SHF 3303)
(tajuk: pemakanan dan diet seimbang)

You might also like