Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Bab 6: Penggunaan Bahan-bahan 2-D dan 3-D

Penggunaan Bahan-bahan 2-D dan 3-D


Pengenalan:
Pelbagai jenis bahan 2 dan 3 dimensi (2D dan 3D) yang dapat membantu
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini adalah bahan
yang biasa digunakan sehingga kita tidak member perhatian kepada nilai
kepentingan bahan ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan
ini akan merangsang pelajar untuk menggunakan pelbagai deria pelajar dalam
pembelajaran mereka. Antara bahan tersebut termasuklah bahan bercetak, graf,
carta selain realia, model dan objek sebenar. Bahan realia dan model-model
merupakan bahan sebenar yang dibawa ke dalam bilik darjah. Proses pengajaran
dan pembelajaran dengan bantuan bahan 2D dan 3D melibatkan penggunaan
pelbagai deria pelajar.
Pengertian Bahan 2 Dimensi (2D)
Bahan-bahan 2D merujuk kepada bahan yang mempunyai 2D seperti lebar dan
panjang. Bahan ini adalah leper dan tidak direka bentuk untuk memberikan
kedalaman. Antara contoh bahan 2D termasuk gambar, bahan becetak dan poster
yang hanya mempunyai dua cirri, iaitu lebar dan panjang.
Jenis Bahan 2 Dimensi (2D)

1.
2.
3.
4.
5.

Dalam perkembangan teknologi dan bahan digital, banyak guru dan pendidik kurang
memberikan nilai kepada bahan pengajaran 2D yang ada kalanya percuma dan ada
pula yang murah. Ada antara bahan pengajaran ini boleh diperoleh dengan kos yang
rendah atau tanpa kos untuk digunakan dalam bilik darjah. Antara bahan 2D yang
dimaksudkan termasuk:
Bahan bercetak
Carta
Graf
Poster
Gambar dan Peta
Bahan Bercetak
Pembelajaran dalam bilik darjah sememangnya bermula dengan penggunaan bahan
bercetak sebagai bahan pengajaran guru. Sejak dahulu buku teks merupakan asas
dalam pengajaran bilik darjah yang merangkumi buku teks, buku rujukan, panduan
guru dan pelajar, lembaran kerja serta bahan-bahan bercetak yang disediakan oleh
guru. Apabila penggunaan surat khabar dalam pendidikan dilaksanakan, surat
khabar dan majalah kini digunakan sebagai bahan sokongan kepada guru dalam
bilik darjah.
Buku Teks

Buku teks merupakan asas pengajaran dalam bilik darjah dari dahulu lagi. Walaupun
perkembangan elektronik telah menghasilkan pelbagai sumber media dan bahan
bercetak untuk manusia, buku teks masih tidak dapat digantikan dalam bidang
pendidikan. Buku teks memainkan peranan yang penting dala mengekalkan kualiti
dan keberkesanannya. Buku teks merupakan komponen bahan bacaan dan amat
penting dalam membekalkan kandungan. Buku teks ditulis berdasarkan kandungan
subjek dan hasil pembelajaran kurikulum kebangsaan.
Buku teks ditulis berdasarkan kebolehan dan pengalaman pelajar yang
merupakan sokongan kepada guru dan bukan mengongkong mereka. Buku teks
membekalkan satu asas yang kukuh untuk pembelajaran pelajar dan satu cara untuk
menambah maklumat dan pengetahuan. Di tempat yang kekurangan guru yang
pakar dan berpengalaman, buku teks menyediakan panduan berguna kepada guru
untuk mengikutinya. Setiap guru harus menentukan bagaimana dan setakat mana
satu teks akan digunakan.
Buku teks yang digunakan seharusnya dapat menggalakkan pelajar
menggunakan maklumat untuk kegunaan masing-masing, memperoleh
penyelesaian, menguji kaji, dan menyediakan peuang untuk pelajar menilai prestasi
mereka. Latihan sampingan harus menyokong proses pendidikan dan
menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam pembelajaran kendiri.
Bahan Bacaan Percuma
Bahan-bahan yang boleh diperoleh secara percuma dan murah amat berguna untuk
menokok tambah maklumat dalam kebanyakan subjek. Antara bahan ini termasuk
poster, brosur, risalah laporan, carta dan sebagainya. Kebaikannya ialah bahan
bercetak percuma dan murah ini membekalkan maklumat yang terkini dan tidak
dapat diperoleh daripada buku teks. Bahan-bahan sedemikian mempunyai
kepelbagaian dalam penggunaan. Pelajar boleh meneroka perkara-perkara yang
menarik minat mereka atau menggunakannya untuk pembelajaran kendiri.
Poster
Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang menggabungkan penggunaan
garisan-garisan, hurufan-hurufan dan warna-wama di dalam satu persembahan
visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster
digunakan sebagai satu daya penarik kepada satu peristiwa atau acara yang bakal
diadakan.
Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster
mempunyai bentuk yang dinamik dan berwarna-warna dapat menarik perhatian
serta boleh menyampaikan mesejnya dengan spotan. Walaupun demikian, guru
haruslah berwaspada kerana sesuatu poster itu boleh lapuk dek masa -- mesejnya
akan hilang sedikit demi sedikit kerana poster itu sudah menjadi satu bahan
'kebiasaan'! Oleh yang demikian, agar sebarang poster itu betul-betul berkesan,
guru mesti sentiasa menukarnya apabila peristiwa atau acara tersebut telah lama
berlalu. Begitu juga dengan carta atau grafik-grafik yang lainnya- usahlah jadikan
bahan-bahan tersebut sebagai perhiasan dinding semata-mata! Selepas bahan-

bahan im selesai dipergunakan, tanggalkan dan disimpan untuk kegunaan pada


masa lain pula.

1.
2.
3.
4.

Kelebihan Poster
Poster boleh digunakan dengan baik untuk beberapa situasi pengajaran dan
pembelajaran:
Sebagai perangsang untuk menarik minat murid kepada satu topik baru atau satu
kelas baru atau peristiwa sekolah tertentu.
Sebagai motivasi menggalakkan murid menghadiri aktiviti-aktiviti sekolah
perjumpaan GERKO, aktiviti Pusat Sumber Sekolah, Kempen Gerakan Membaca,
dan lain-lain.
Sebagai peringatan keselamatan di dalam makmal atau bengkel atau situasi-situasi
tertentu.
Sebagai promosi untuk memberi latihan atau membentuk amalan kesihatan yang
baik atau sikap yang murni.
Kartun
Kartun adalah format grafik yang amat terkenal yang boleh terdapat dalam pelbagai
bentuk bahan tercetak seperti akhbar, majalah dan buku. Kartun adalah lakaran
humor berbentuk universal, mempunyai kebolehan istimewa untuk menarik
perhatian orang ramai, dan kadang-kala boleh mempengaruhi tingkah laku dan
pandangan individu terhadap sesuatu perkara atau isu. Mesej yang hendak
disampaikan oleh kartun selalunya jelas dan tepat.
Memang tidak dapat dinafikan keajaiban watak-watak kartun seperti Mickey Mouse,
Garfield, Popeye atau Din Teksi dalam komunikasi kanak-kanak. Guru sepatutnya
menggunakan keajaiban tersebut sebagai salah satu pendekatan dalam
menyampaikan bahan pengajarannya. Kartun boleh digunakan sebagai satu sumber
penggerak di dalam situasi-situasi tertentu. Sebagai contoh, kartun Din Teksi atau
Keluarga Si Mamat boleh digunakan sebagai sumber perbincangan dalam mata
pelajaran Alam dan Manusia ataupun Bahasa.
Kartun mudah diperolehi-dari akhbar atau majalah ataupun boleh dilukis sendiri oleh
guru. Sebelum kartun dapat digunakan dengan sempurna, pemilihan kartun dari segi
penggunaan bahasa, sikap yang dipaparkan perlu diambil kira terlebih dahulu.
Kebanyakan kartun memang melucukan tetapi di sebalik kelucuan tersebut tersirat
berbagai-bagai mesej yang kurang sihat. Murid akan menjadi lebih seronok kalau
mereka digalakkan oleh guru untuk mencapai kartun-kartun mereka sendiri untuk
dimuatkan dalam bulletin kelas, poster, carta dan lain-lain. Kanak-kanak memang
meminati kartun dan mereka akan menjadi bangga dan seronok sekiranya mereka
senilri digunakan oleh guru sebagai salah satu bahan pengajaran dalam kelas.
Kelebihan Bahan Bercetak
1. Bahan cetak amat mudah diperoleh dalam pelbagai topic dan bentuk.
2. Kebanyakan bahan boleh digunakan dengan mudah dan tidak perlu banyak
penerangan.
3. Bahan ini boleh dialih dari satu tempat ke tempat yang lain.

4. Secara bandingan, bahan bercetak lebih murah dari segi penghasilan atau
pembelian. Ada yang boleh diperoleh dengan percuma.
Kelemahan Bahan Bercetak
1. Bahan bercetak ditulis dengan sasaran pembaca tertentu. Maka ada kalanya
pelajar tidak dapat memahami kandungan kerana terlalu sukar untuk mereka.
2. Ada guru yang menyuruh pelajar manghafal bahan, terutamanya fakta dan
definisi. Maka,
amalan penggunaan bahan bercetak telah dianggap sebagai bahan hafalan.
3. Ada kalanya terlalu banyak perbendaharaan kata dalam satu petikan. Ini akan
menyebabkan
beban kognitif terhadap pelajar.
4. Bahan bercetak tidak bersifat interaktif dan merupakan persembahan maklumat
secara satu
hala.
Walau bagaimanapun, bahan bercetak paling sesuai dalam menyampaikan
maklumat. Pelajar sentiasa diperlukan untuk membaca tugasan bertulis, ujian, dan
lembaran kerja buatan guru. Tambahan pula, pelajar menggunakan bahan bercetak
untuk menambah maklumat yang tidak diperleh daripada buku teks.
Carta
Carta pada amnya merupakan kumpulan gambarajah yang menunjukkan sesuatu
konsep atau idea yang kompleks secara lisan dan bertulis. Carta selalunya
mempunyai satu sifat utama, iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun aliran
perubahan sesuatu. Menurut Smaldino et al. (2005), carta sentiasa dipamerkan
dalam buku teks dalam bentuk carta aliran dan jadual. Ia juga dicetak sebagai carta
dinding dalam bentuk carta organisasi, carta kasifikasi, dan garisan masa digunakan
untuk tontonan semua daam kelas atau secara berkumpulan.
Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna di dalam bilik darjah, guru
haruslah pastikan bahawa carta tersebut ada tujuan pengajaran yang jelas.
Maklumat yang ingin disampaikan harus minimum dan bermakna serta tidak terlalu
padat sehingga mengelirukan pemahaman pelajar. Secara amnya, carta patut
memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan
mesejnya melalui visualnya.
Jenis-Jenis Carta
Jenis-jenis carta termasuk carta organisasi, carta klasifikasi, carta garisan masa,
jadual-jadual, carta aliran.
Carta Organlsasi yang menunjukkan hubungan atau rantaian pentadbiran ataupun
pemerintahan di dalam suatu organisasi, kumpulan dan sebagainya.
Carta klasifikasi menyerupai carta organisasi dan lebih kerap digunakan untuk
mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahan-bahan tertentu, peristiwa, sepsis
dan taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya.

Pelajar boleh melihat dengan jelas jika guru menunjukkan carta klasifikasi. Kaedah
pengajaran berpusatkan guru dan berpusatkan pelajar boleh digunakan.
Garisan masa (timelines) menggambarkan perhubungan secara kronologi antara
peristiwa. Ia boleh menunjukkan peristiwa bersejarah seperti dalam contoh
penaklukan Melaka mengikut kronologi masa reka cipta jeni pengangkutan dan
sebagainya. Garisan masa ini amat berguna utuk merumuskan satu siri peristiwa
dalam bentuk yang mudah.
Carta jadual/ tabular biasanya mengandungi data dalam bentuk nombor, peratus
ataupun masa. Carta ini memberikan maklumat ringkas mengenai jadual seperti
pelepasan dan ketibaan penerbangan, kereta api ataupun import/ export barangan.
Jenis jadual ini memberikan maklumat yang lengkap adan mudah tentang masa/
peratus yang dipersembahkan dalam kolum.
Bil

Dari

Ke

1
2

Kuala Lumpur
Kuala Lumpur

3
4

Kuala Lumpur
Kuala Lumpur

Pulau Pinang
Kuala
Terengganu
Kota Bharu
Johor Bahru

Masa
Berlepa
s
13.40
16.00

Masa
Ketibaan

20.20
22.30

21.10
23.20

catatan

16.30
16.50

Carta aliran merupakan carta proses yang menggambarkan satu sekuen, prosedur
atau aliran sesuatu proses (Smaldino, 2005). Carta ini menunjukkan bagaimana
sesuatu saktiviti atau prosedur berhubung kait antara satu sama lain.
Graf
Graf adalah gambaran visual mengenai satu set nilai data yang dapat memberi
penerangan boleh-tampak mengenai hubungan dan perubahan-perubahan yang
berlaku pada set data itu. Graf adalah satu persembahan visual yang menarik dan
berguna dalam pengajaran-pembelajaran.
Terdapat empat jenis graf yang biasa digunakan. Pemilihan jenis graf untuk
dipergunakan di dalam bilik darjah bergantung kepada 2 faktor penting:
i. kadar kesukaran fakta atau data yang hendak disampaikan,
ii. tahap fahaman atau penerimaan anak murid.
Penggunaan graf menjadi amat efektif, guru patutlah memilih jenis yang sesuai
dengan keperluan faktor-faktor di atas.
Jenis-Jenis Graf
i.
Graf Bar atau Batang,
ii.
Graf Gambar atau Pictograf,
iii.
Graf Bulat atau Pie,
iv.
Graf Garisan.

Graf Bar atau Batang


Data-data ditukar menjadi blok atau batang atau bar yang mempunyai nilai-nilai
tertentu. Selalunya graf ini dilukis menegak, dimana skala memenunjukkan
perubahan kuantiti.
Untuk pastikan tidak ada kekeliruan mesej berlaku, adalah baik jika ketebalan atau
lebar blok yang dibuat itu dilukis dengan menggunakan sukatan unit yang serupa.
Graf bar adalah mudah untuk dibaca dan amat sesuai untuk murid tahap rendah.
Graf Gambar atau Pictograf
Untuk graf ini pula, data-data ditukarkan menjadi gambar atau symbol ringkas yang
membawa nilai-nilai tertentu. Graf jenis ini kelihatan menarik walaupun nilai-nilai
yang dipaparkan tidak begitu tepat. Untuk pastikan tidak berlaku sebarang
kekeliruan, adalah baik kalau guru dapat menulis unit nilai setiap gambar atau
simbol yang digunakan itu dengan jelas dan nyata.
Graf Bulat atau Pie
Satu bulatan dilukis dan bulatan itu dibahagikan kepada beberapa segmen. Setiap
segmen merupakan sebahagian ataupun peratus daripada nilai utama satu set data.
Graf ienis ini adalah mudah untuk diterjemahkan jika data atau nilai utamanya boleh
difaham oleh anak murid.
Graf garisan
Ini ialah bentuk graf yang paling tepat dan paling kompleks. Graf garisan ditulis
berpandukan kepada dua paksi bersudut tepat. Setiap paksi membawa skala-skala
masing-masing. Titik-titik ditandakan mengikut kordinat pada satu set nilai data-data.
Kemudian titik-titik tadi disambungkan dengan garis lurus ataupun garis lengkung.
Graf garisan dapat menunjukkan perubahan atau perkembangan unit-unit data
dalam 2 dimensi - bagaimana 2 atau lebih unit data berubah atau berkembang
mengikut jangka masa tertentu.
Gambar dan Peta
Gambar
Gambar merupakan bahan visual 2D yang paling kerap digunakan selain
bahan bercetak. Gambar merupakan perwakilan visual manusia, tempat-tempat atau
benda-benda. Gambar boleh diperoleh daripada majalah, surat khabar, poster,
poskad dan kalender. Gambar membantu guru menerangkan sesuatu yang mungkin
sukar untuk dihuraikan dengan perkataan, seperti pepatah Inggeris yang berbunyi a
picture is worth a thousand words. Mamandangkan gambar merupakan suatu
universal language which is self explanatory, ia dapat menyampaikan maklumat
tanpa bantuan perkataan. Gambar dapat membantu pelajar yang lemah utuk
memahami sesuatu walaupun manghadapi masalah perbendaharaan kata semasa
membaca.
Gambar yang diperoleh daripada pebagai sumber adalah murah dan mudah
diperoleh. Gambar harus digunakan dengan baik untuk membawa pembelajaran
yang bermakna kepada pelajar. Guru harus memilih, mengkatalog dan memfailkan
gambar secara teratur sebelum ia mempunyai niai dalam pengajaran.

Guru boleh mengguakan gambar utuk memulakan sesuatu topic atau unit;
semasa penerangan dalam peringkat perkembangan atau pada penutup pelajaran.
Semasa menggunakan gambar, pastikan gambar adalah besar dan boleh dilihat
oleh semua pelajar dalam bilik darjah. Guru perlu menarik perhatian pelajar kepada
gambar supaya pelajar dapat mentafsir dan memahami mesej yang terdapat dalam
gambar.
Guru juga perlu memberikan peluang pelajar membincang serta mengesan
perkara-perkara penting dalam gambar. Dalam hal ini, guru bertindak sebagai
pemudah cara dala perbincangan untuk menarik minat pelajar kepada
perkembangan idea baharu serta cirri ingin tahu pelajar terhadap perbincangan.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

1.
2.
3.
4.
5.

Beberapa soalan perlu dikemukakan semasa memilih gambar sebagai bahan


pengajaran.
Adakah gambar autentik?
Adakah gambar menunjukkan situasi sebenar?
Adakah gambar itu mudah untuk difahami?
Adakah gambar ingin menunjukkan terlalu banyak aspek?
Adakah gambar baik secara teknikal- fokus betu dan jelas?
Adakah gambar itu dapat menarik minat dan perhatian pelajar?
Adakah gambar besar dan jelas?
Adakah gambar relevan untuk topik yang diajar?
Kelebihan Menggunakan Gambar dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Antara kelebihan menggunakan gambar dalam pengajaran dan pembelajaran
termasuklah:
Gambar adalah murah dan mudah diperoleh.
Perincian visual gambar memudahkan permahaman topik-topik dalam mata
pelajaran yang mungkin sukar difahami.
Gambar dapat membantu dalam mengelakkan salah tanggapan serta berupaya
untuk membetulkannya.
Gambar memberikan rangsangan kepada sesiapa untuk melanjutkan kajian,
bacaan tambahan, dan penyelidikan. Gambar sebagai bukti visual merupakan alat
yang amat berkesan dalam hal ini.
Gambar dapat memfokuskan tumpuan pelajar dan memperkembang penghakiman
kritis.

Limitasi Penggunaan Gambar dalam Pengajaran dan Pembelajaran


1. Saiz dan jarak dalam gambar mungkin mengubah rupa bentuknya.
2. Kurangnya warna dalam sesetengah gambar boleh mengehadkan ketepatan
tafsiran.
3. Ada kala pelajar menghadapi masalah mentafsir dan memahami gambar.
4. Kurang berkesan jika gambar tidak diberikan kepada setiap pelajar atau tidak
diprojeksikan dengan baik untuk seluruh kelas.
Panduan Penggunaan Gambar
1. Untuk alat Bantu mengajar , gunakan gambar yang besar agar dapat dilihat dengan
jelas oleh semua murid dalam kelas.

2. Semasa digunakan, letak gambar di atas alas atau pemegang atau kaki atau
diletakkan diatas papan kapur, supaya gambar berkedudukan tegap.
3. Hadkan jumlah gambar yang bakal digunakan pada satu-satu masa.
4. Gunakan satu gambar pada satu-satu ketika agar perhatian murid tidak terganggu
kerana terlalu banyak visual.
5. Cuba tarik perhatian murid dengan memberi soalan-soalan yang bersangkutan
dengan gambar yang dipamerkan.
Peta
Peta merujuk kepada perwakilan abstrak tempat sebenar di mana manusia tinggal.
Peta terdiri daripada simbol visual, garisan, dan warna yang mungkin tidak ada
kaitan atau persamaan dengan bahan-bahan sebenar yang diwakili.
Membaca dan mentafsir peta perlu diajar kerana simbol-simbol tidak
bermakna kepada pelajar sehingga mereka diajar tentang simbol-simbol peta yang
mewakili benda-benda sebenar. Setelah memahami konsep ini, barulah pelajar
dapat mentafsir simbol-simbol untuk menjadi sesuatu yang bermakna.
Penggunaan warna dalam peta juga menunjukkan dengan jelas pelbagai
perbandingan dan klasifikasi. Sebagai contoh, warna yang berbeza untuk tanah
tinggi dengan tanah pamah, pelbagai jenis tumbuhan, dan tanah dengan laut.
Peta dinding mempunyai beberapa kelebihan walaupun agar sukar untuk
memprojeksikan ke atas satu peta dinding. Dengan beberapa projeksi peta, banyak
kesukaran dapat diatasi dengan setiap peta menunjukkan pelbagai ciri bentuk, arah,
jarak, dan kawasan daripada bahagian bumi.
Peta dinding yang mempunyai nilai yang tinggi harus tidak padat dengan
maklumat dan hanya menekankan beberapa maklumat serta memfokus kepada ciri/
aspek-aspek penting sahaja.
Bahan Tiga Dimensi (3D)
Bahan 3D merujuk kepada bahan yang mempunyai panjang, lebar dan ketinggian.
Bahan 3D mendeskripsi sesuatu imej sebagai mempunyai persepsi kedalaman.
Objek 3D terdiri daripada pelbagai bentuk seperti kuboid, kon, kiub, sfera , modelmodel, diorama, dan realia.
Bahan 3D dibina dan digunakan untuk membantu pelajar memahami dunia
kini dan dahulu. Bahan ini memberikan pelbagai jenis pengetahuan berbanding
dengan bahan-bahan bertulis atau lisan. Objek 3D boleh menyokong bahan lain
seperti buku teks dan menyumbang kepada pengalaman konkrit selain memberikan
rangsangan untuk kreativiti dan ekspresi.
Bahan 3D digunakan untuk mengajar pelbagai kurikulum dalam bilik darjah
selain di tempat bersejarah, di mana koleksi artifak dan objek 3D member pelajar
peluang untuk meneliti, membaca serta belajar daripada bahan yang direka cipta
oleh manusia. Antara 3D yang akan dibncangkan termasuk reali, model, diorama,

dan ciptaan tiruan yang dapat membantu pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah.
Realia
Bahan realia ialah bahan-bahan yang sebenar. Contoh bahan realia adalah seperti
daun dan haiwan kecil yang berada di persekitaran.Reali digunakan secara meluas
dalam bilik darjah dan amat bernilai dalam merangsangkan persekitaran pengajaran
dan pembelajaran aktif. Dengan mempersembahkan maklumat melalui pelbagai
media, realia membantu pembelajaran sesuatu mata pelajaran dengan lebih mudah
dan untuk membina an associative bridge between the classroom and the world.
Realia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis seperti berikut:
(a) Realia Asli
Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing tanah,
belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup)
seperti mesin, jentera dan lain-lain.
(b) Realia Awet
Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan didalam bendalir kimia.
Contoh, ikan dan serangga.
(c) Spesimen
Ini merupakan sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hiduphidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau cirri-ciri yang lazimnya terdapat
pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya specimen didapati sebagai bentuk bahan
awetan. Contohnya Kutu Daun dan udang. Selain itu, bahan-bahan hidup seperti
daun bolh digunakan sebagai spesimen untuk menunjukan sifat-sifat am suatu
kumpulan tumbuhan.
Model
Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat
daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah.
Beberapa pecahan jenis model:
(a) Model Berskala
Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar
dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih kecil denganberpandukan kepada
skala pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat
menyerupai benda yang asal.Contohnya keretapi dan kapal terbang.
(b) Model Olok-olok
Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda
yang sebenarnya, untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda
asal itu. Biasanya model olok-olok ini dibuat lebih besar daripada keadaan asal
tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukkan
keadaan asal yang sebenarnya.

Contoh: model enjin keretapi dan neraca.


(c) Model Keratan Rentas
Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu pada
satu benda, untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut.
Keratan selalunya digunakan dengan lebih meluas dalam matapelajaran Sains,
Contoh keratan rentas daun atau kuli manusia.
Diorama
Diorama bermaksud paparan tiga dimensi yang menunjukkan pemandangan tempat
asal kejadian.
Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi
supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi
pemandangan asal. Kebanyakan diorama dapat dilihat di dalam muzium yang
mempamerkan pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam.
Guru boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik
darjah seperti matapelajaran Kajian Tempatan, Sains dan sebagainya.
Diorama boleh dihasilkan dengan mudah, Murid boleh digalakkan membuat
projek dengan menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan
polisterin dan bahan-bahan buangan lain.
Akuarium dan Terrarium
Akuarium ialah tempat untuk memelihara hidupan dalam air sementara Terrarium
pula ialah tempat untuk memelihara hidupan kecil atas tanah.
Akuarium
Akuarium boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca ataupun
balang-balang plastik. Ikan tropika boleh dipelihara di dalam akuarium tersebut.
Terrarium
Terrarium boleh digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan kecil seperti
mengkarung, kurakura kecil, katak dan reptilia-reptilia kecil yang tidak berbahaya.
Kotak-kotak kecil bertutup boleh digunakan sebagai terrarium.
Boneka atau Patung
Boneka boleh digunakan sebagai alat Bantu mengajar yang berkesan terutama
untuk pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral. Beberapa jenis boneka boleh
dihasikan untuk kegunaan guru termasuklah
(a) Boneka sarung Tangan
(b) Boneka Lidi
(c) Wayang Kulit
(d) Boneka Bertali
(e) Topeng

Boneka sarung tangan


Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa
menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan
gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.
Boneka Lidi
Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang
diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal
digerakkan semasa menggunakannya, boneka di julang pada lidi utama dan lidi-lidi
yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota bandan boneka tersebut.
Wayang Kulit
Rupa bentuk Boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di
potong keluar.Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan
boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang
satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan baying-bayang boneka tersebut akan
kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota
boneka. Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP
sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.
Boneka Bertali
Boneka Bertali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti
papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada
bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu
ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.
Topeng
Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mach.
Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran
Bahasa atau Pendidikan Moral

You might also like