Ditulis Oleh Azmi Bin Haji Isa

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Ditulis oleh Azmi bin Haji Isa

Khamis, 20 Disember 2007

PENGENALAN
NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua
aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi
pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi
masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga
sekolah.
MATLAMAT
Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar.
OBJEKTIF
- Menjadikan murid banyak membaca.
- Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi
menyemai tabiat membaca.

TIGA ELEMEN NILAM


1. Rekod Membaca
Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM.
2. Pengesahan Pembacaan
Guru Kelas mengesahkan rekod bacaan pelajar.
3. Pengiktirafan
Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.

MODEL

PENCAPAIAN TAHAP NILAM


1. Tahap Jauhari
2. Tahap Rakan Pembaca
PENGIKTIRAFAN
Tahunan
Buku Rekod Kemajuan
Kad Kumulatif
Keseluruhan
Selepas 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah
Sijil Berhenti Sekolah
Surat Akuan Sekolah
Murid yang berjaya menamatkan program NILAM berkeistimewaan untuk pemilihan
ke Sekolah Kawalan, Sekolah Berasrama Penuh, Kelas
Ekspres, Penajaan Biasiswa
dan Institut Pengajian Tinggi.
CADANGAN AKTIVITI NILAM
1. Program Iqra'
2. Membaca Bersama
3. Ceramah Buku
4. Pertandingan Bercerita

5. Khemah Membaca
6. Pameran Buku
7. Teater Membaca
Masa yang disarankan untuk Program NILAM
1. Dimasukkan dalam jadual waktu, satu waktu dalam pengajaran bahasa.
2. Masa Khas - contoh 10 minit sebelum waktu sekolah bermula dan waktu
rehat.
3. Waktu untuk aktiviti perpustakaan.
4. Menggunakan waktu senggang untuk membaca.

SUMBER BAHAN BACAAN


1. Perpustakaan Sekolah
2. Perpustakaan Awam
3. Perpustakaan Keluarga
4. Sudut Bacaan di Masjid
5. Perpustakaan FELDA
6. Perpustakaan KEMAS

You might also like