Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

DEKOLONISASI DI

INDIA

PENGENALAN

PENENTANGAN MAHATMA GANDHI

Pada tahun 1920-an, muncul seorang tokoh


berwibawa di India iaitu Mahatma Gandhi.
Bermula tahun 1920 hingga 1939, Mahatma
Gandhi memimpin Kongres Kebangsaan
India (INC). Beliau menekankan prinsip
swadesi, satyagraha dan ahimsa.

INC mendapat sokongan dari segenap lapisan


masyarakat India sehingga menjadi sebuah parti yang
kuat. Atasan desakkan orang India, kerajaan British
telah menggubal Akta Majlis India dan Akta
Montague-Chelmsford bagi mempersiapkan orang
India ke arah berkerajaan sendiri. Walau
bagaimanapun usaha ini gagal memenangi hati orang
India.
Tindakan British memonopoli pengeluaran garam
sehingga menyebabkan harga garam melambung tinggi
menambahkan kemarahan orang India. Sebagai tanda
protes, Mahatma Gandhi telah memimpin Perarakan
Garam @ Perarakan Dandi.

British bertindak balas dengan


mengharamkan INC dan pemimpin utama INC
termasuk Mahatma Gandhi dipenjarakan.
Mahatma Gandhi melancarkan mogok lapar di
penjara ekoran tidak berpuas hati dengan
tindakan British iaitu;

British akhirnya mengalah kepada Mahatma Gandhi dengan


membentuk Pakatan Poona iaitu mengagihkan 148 kerusi
kepada kelas bawahan. Pada tahun 1935, British
memperkenalkan Akta Kerajaan India yang antara lainnya
memberikan peluang pilihan raya kepada penduduk India.
Walau bagaimanapun, orang India masih tidak berpuas hati
kerana Gabenor Jeneral dan Gabenor Wilayah [pegawai British]
masih berkuasa penuh.
Pada tahun 1937, INC menang besar dalam Pilihan Raya Umum
India. Kekalahan Liga Islam menyebabkan pemimpinanya iaitu
Muhamad Ali Jinnah menuduh INC hanya memperjuangkan
kepentingan orang Hindu dan meminggirkan orang Islam.
Muhamad Ali Jinnah kemudian bertindak menyeru penduduk
Islam di Sind, Bengal dan Punjab bersatu di bawah Liga Islam.
Tindakan ini merupakan titik tolak bermulanya idea penubuhan
negara Pakistan.

Pergeseran antara orang Hindu dengan orang Muslim


menyebabkan Gabenor Jeneral India iaitu Lord Louis
Mountbatten mengajak pemimpin INC dan Liga Islam
berunding.Hasil rundingan memutuskan bahawa India
mesti dibahagikan kepada 2 [India dan pembentukan
negara baru iaitu Pakistan]bagi mengelakkan
pertelingkahan berterusan. Usaha pemisahan ini telah
mengorbankan
ribuan
nyawa.
Pada bulan Ogos 1947, British memberikan
kemerdekaan kepada kedua-dua negara. Muhamad Ali
Jinnah kemudiannya dilantik sebagai Gabenor Jeneral
Pakistan yang pertama. Jawaharlal Nehru pula dilantik
sebagai Perdana Menteri India yang pertama.

KESIMPULAN

Peranan besar yang disumbangkan oleh


Mahatma Gandhi melalui INC telah membuka
jalan kepada kemerdekaan India. Dasarantikekerasan yang diamalkan oleh Mahatma
Gandhi menjadikan British tidak mempunyai
alasan kukuh untuk menolak perjuangan
kemerdekaan orang India. Usaha dekolonisasi
di India juga menyaksikan berlakunya
perpecahan
dalam
kalangan
pejuang
kemerdekaan sehingga membawa kepada
terbentuknya negara Pakistan.

You might also like