Pantun Empat Kerat

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PANTUN EMPAT KERAT (MUAFAKAT)

MAKSUD
RANGKAP 1:
Kesungguhan bersama-sama menghadapi susah dan senang akan membawa
kejayaan.
RANGKAP 2:
Manusia akan bersatu padu apabila bermuafakat.
RANGKAP 3:
Sikap bekerjasama dan bergotong-royong perlu menjadi amalan bagi menjamin
kebahagiaan hidup.
RANGKAP 4:
Negara akan damai dan kehidupan rakyat akan aman sejahtera sekiranya nilai
bermuafakat diberikan keutamaan.
RANGKAP 5:
Persefahaman akan berkekalan dalam kalangan anggota masyarakat sekiranya
mereka berpegang pada sikap saling mempercayai.
RANGKAP 6:
Perpaduan akan dapat diperkukuh andainya sikap tolak ansur dan hormatmenghormati diamalkan
TEMA
Tema pantun ini ialah amalan bermuafakat dan kerjasama dalam masyarakat akan
membawa kesejahteraan.
PERSOALAN
(a) Pentingnya bersama-sama dalam keadaan susah mahupun senang.
(b) Kepentingan kesepakatan hidup bersama.
(c) Sikap saling mempercayai dalam mengekalkan kesepakatan.
(d) Pentingnya mempraktikkan amalan gotong-royong.
(e) Sikap bertolak ansur dan hormat-menghormati mengukuhkan perpaduan.
BENTUK
(a) Bentuknya terikat.

(b) Pantun ini terdiri daripada enam rangkap.


(c) Pantun ini berisi empat baris serangkap.
(d) Pantun ini ada pembayang (baris pertama dan kedua) dan ada maksud (baris
ketiga dan keempat).
(e) Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebaris.
(f) Setiap baris pantun ini terdiri daripada sembilan hingga lima belas suku kata
sebaris.
(g) Rima akhir pantun ini ialah abab
UNSUR BUNYI
Asonansi Usaha bersama membawa bahagia (pengulangan vokal a)
Aliterasi Indah sungguh warna pelangi (pengulangan konsonan n)
GAYA BAHASA
(a) Anafora Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
(b) Repetisi Hidup muafakat hidup bahagia.
(c) Imej alam pelangi, senja, lurah, buah salak, paya, kangkung, beras, sawah
padi ,bunga melati
(d) Peribahasa-Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
(e) Responsi Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
NILAI
(a) Muafakat
Contoh: kesepakatan dalam kalangan masyarakat membawa kepada kehidupan
yang sejahtera.
(b) Bekerjasama
Contoh: sikap sentiasa bekerjasama memudahkan pekerjaan yang kita lakukan
bersama.
(c) Bertolak ansur

Contoh: rakyat yang mengamalkan sikap bertolak ansur akan menjamin kedamaian
seebuah negara.
(d) Saling mempercayai
Contoh: persefahaman yang berkekalan akan wujud sekiranya masyarakat saling
mempercayai antara satu sama lain.
(e) Hormat-menghormati
Contoh: Masyarakat yang berbilang kaum sentiasa diseru agar saling
menghormati akan kesejahteraan bersama akan wujud dan berkekalan.
(f) Perpaduan
Contoh: Semua ahli masyarakat haruslah bersatu hati demi mengekalkan
keharmonian hidup bermasyarkat.
PENGAJARAN
(a) Kita hendaklah bersama-sama menghadapi saat semasa susah ataupun semasa
senang.
(b) Anggota masyarakat hendaklah mengutamakan permuafakatan.
(c) Kita perlulah mengutamakan sikap bergotong-royong demi kepentingan
bersama.
(d) Kita perlulah saling mempercayai antara satu sama lain.
(e) Kita hendaklah bersikap toleransi agar perpaduan dapat diperkukuh.
(f) Kita hendaklah mengamalkan sikap hormat-menghormati demi kesejahteraan
hidup bersama.

You might also like