Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

ISI KANDUNGAN

1.0
2.0

PENGENALAN
KAJIAN LITERATUR
2.1

Kajian Penggunaan Kalkulator Grafik dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Matematik Sekolah Menengah

2.2

Collecting Data Outdoors: Making Connections To The Real World

2.3

A Comparative Study on Statistic Competency Level Using TIMSS

3.0

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.0

STRATEGI PENGAJARAN DAN SUMBER PENGAJARAN STATISTIK

5.0

JUSTIFIKASI MEMILIH STRATEGI PBK DAN KONSTRUKTIVISME

1.0

Pengenalan
Statistik berasal daripada perkataan Latin iaitu statisticum collegium.Penggunaan

meluas statistik menyebabkan para cendakiwan dan pengkaji menghadapi kesukaran memberi
definisi tepat berkenaan terma statistik.Definisi mudah statistik ialah ringkasan data berbentuk
angka atau kuantitatif contohnya statistik penduduk Malaysia yang merangkumi data serta
keterangan mengenai jumlah penduduk, purata umur, distribusi, dan sebagainya. Secara spesifik,
statistik boleh didefinisikan sebagai suatu ilmu yang mempelajari cara mengumpul data,
mengolah data, menginterpretasi serta mentafsir data, dan membuat kesimpulan awal
berdasarkan hasil data terkumpul. Statistik atau juga disebut sebagai statistika didefinisi oleh
Anderson dan Bancrof melalui buku Statistical Theory in Research sebagai:
Statistics is the science art of the development and application of the most effective
methods of collecting, tabulating and interpreting quantitative data in such a manner that the
fallibility of conclusions and estimates may be assessed by means of inductive reasoning based
on mathematics of probability.(Statistik ialah ilmu dan seni perkembangan dan penerapan
langkah-langkah paling berkesan dalam mengumpul, menjadual, dan menginterpretasi data
kuantitatif untuk kemungkinan kesilapan melakukan kesim[ulan dan perkiraan dapat dilihat
melalui penaakulan induktif berdasarkan probabiliti matematik)
Terdapat dua jenis kategori utama statistik iaitu statistikdeskriptif (descriptive statistics)
dan statistik induktif (inferential statistics).Statistik deskriptif ialah kaedah yang digunakan
untuk mengumpul maklumat, menyusun, mempersembah data, dan mengolah data yang telah
dikumpul.Contoh kaedah itu ialah membina graf, carta, dan jadual serta melibatkan ukuran
perihalan seperti min, mod, dan median.Statistik inferens atau induktif pula ialah bahagian
penting statistic yang melibatkan kesimpulan dan keputusan berdasarkan data terkumpul yang
telah diolah dan ditafsir.Statistik inferens berguna dalam mewakili populasi yang besar
2

menggunakan sampel data yang diambil.Selain itu, statistik jenis ini juga menggunakan model
kajian yang dibentuk menggunakan persamaan matematik untuk menerangkan hubungan antara
dua atau lebih pemboleh ubah (variables). Penilaian hipotesis digunakan untuk menilai hubugan
pembolehubah melalui analisis data .
Satu elemen paling penting dalam statistik ialah data.Data ialah ukuran atau bilangan
mengenai sesuatu yang dikumpul daripada kajian. Pembentukan pemahaman yang baik
mengenai jenis-jenis data dan cara pengukuran data adalah sangat penting dan berguna kepada
pelajar kerana jenis data yang dianalisis akan menentukan jenis analisis statistik yang wajar atau
sesuai digunakan. Data boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu data kualitatif dan
kuantitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis dokumen
primer, atau lain-lain untuk mendapat data yang lengkap. Data jenis ini biasanya dikategorikan
kepada beberapa bahagian yang tidak sama nilainya contohnya warna mata (biru, hitam dan
koko). Pembolehubah bagi data kualitatif pada kebiasaannya diuukur menggunakan skala
nominal.Data kuantitatif pula data yang boleh diukur menggunakan proses pengukuran dan alat
serta kaedah pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Pembolehubah bagi data kuantitaif
diuukur menggunakan skala ordinal, nisbah dan interval.
Statistik ialah tajuk yang luas skopnya dan diajar secara berperingkat dari peringkat
menengah rendah sehingga ke peringkat menengah tinggi.Sukatan pelajaran bagi topik statistik II
memerlukan guru memastikan para pelajar mencapai objektif penting seperti yang dikehendaki
dan ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara objektif penting itu ialah:

Memahami konsep carta pai dan dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan carta pai
Faham konsep min, mod dan median dan berupaya menyelesaikan masalah berkaitan konsep
asas statistic tersebut
Menurut Shaharudin dan Saleh (2010), statistik merupakan satu tajuk yang seronok

dipelajari tetapi topic ini mempunyai kesukaran yang agak tinggi.Tajuk statistik memerlukan
pelajar menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif atau KBKK dalam melakukan
penyelesaian masalah statistik.Ini kerana pelajar bukan sahaja perlu menguasai konsep-konsep
asas statistik malahan pelajar perlu pandai melukis graf, memplot data, menganalisis data dan
sebagainya (Shaharudin dan Saleh, 2010).Oleh kerana itu, strategi yang berkesan dan efektif
3

perlu dilaksanakan oleh para guru dalam menarik perhatian pelajar untuk mempelajari topik
statistik.Objektif utama penulisan ini ialah untuk mengenal pasti serta menilai strategi-strategi
pengajaran sedia ada yang digunakan oleh guru dalam mengajar topic statistik dan membentuk
aktiviti P&P yang tersusun dan bersistematik serta memberikan cadangan-cadangan dan idea
baru dalam membantu para guru menyelesaikan masalah pelajar dalam mempelajari tajuk
statistik.
2.0

Kajian Literatur
Kajian literature digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas kaedah serta strategi

sedia ada yang sedang dan telah dilaksanakan oleh para guru sama ada di dalam negara mahupun
di luar Malaysia. Kajian literature ini memberi fokus utama kepada strategi mengajar yang
digunakan guru dalam pengajaran representasi dan penginterpretasi data kepada pelajar. Hasil
kajian literature terhadap 3 artikel utama adalah seperti berikut:
2.1

Kajian Penggunaan Kalkulator Grafik dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Matematik di Sekolah Menengah
Objektif utama kajian ialah untuk menunujukkan keberkesanan kalkulator grafik dalam

meningkatkan minat dan prestasi pelajar dalam Matematik secara keseluruhannya.Objektif


seterusnya ialah mengenal pasti tajuk bersesuaian untuk diintegrasikan dengan penggunaan
kalkulator grafik.Akhir sekali, pengkaji ingin menjelaskan kepentingan kalkulator grafik dan
masalah-masalah yang dihadapi guru dalam pelaksanaan kaedah ini di dalam kelas.Menurut
pengkaji, penggunaan kalkulator grafik telah diperkenalkan dan telah dilaksanakan di Institusi
Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah menengah di Malaysia.Penggunaan dan pelaksanaan
kaedah pembelajaran topik statistik menggunakan kalkulator grafik di negara kita masih baru dan
hijau berbanding negara maju terutamanya di Barat yang telah lama melalui proses P&P dalam
tajuk statistik menggunakan kaedah ini. Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan kalkulator
grafik masih berada pada tahap minimum walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia telah
melakukan

inisiatif

dengan

membekalkan

kalkulator

tersebut

di

sekolah-sekolah

terpilih.Beberapa pengkaji lain yang menjalankan kajian berkaitan penggunaan kalkulator grafik
dalam membantu pelajar mempelajari statistik telah mendapat hasil positif dan memberi
pendapat serta respons menggalakkan kepada kaedah kalkulator grafik. Antaranya ialah Noraini
4

Idris (2004) yang berpendapat bahawa banyak kajian yang dijalankan telah membuktikan
keberkesanan kalkulator grafik dalam membantu pelajar dalam memahami konsep matematik
dan juga menarik minat mereka terhadap subjek tersebut.Tambahan lagi, penggunaan teknologi
juga turut memberikan kesan positif kepada interaksi pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas selain meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik amnya.
Tiga soal selidik digunakan untuk menilai pengaruh kalkulator grafik dalam P&P kepada
pelajar iaitu:
1. Minat pelajar terhadap topic Statistik
2. Pandangan pelajar terhadap Matematik
3. Minat pelajar terhadap bab-bab yang dipelajari dalam Tingkatan 4
Hasil kajian menunjukkan selepas kalkulator grafik didedahkan kepada pelajar, didapati
kesemua 27 orang pelajar yang juga responden pengkaji mengatakan mereka mula meminati
topic Statistik menggunakan soalan yang sama yang diajukan semula kepada mereka. Ini
membuktikan bahawa penggunaan kalkulator grafik mampu mengubah minat pelajar. Sekali gus,
pelaksanaan kalkulator grafik adalah tindakan yang tepat oleh KPM dalam membantu guru
menaikkan minat pelajar kepada topik sukar seperti Statistik. Bagi soalan seterusnya, sebelum
penggunaan kalkulator grafik, majoriti pelajar berpendapat subjek Matematik ialah sukar dan
kurang seronok mempelajarinya.Namun begitu, pendapat itu berubah secara drastik kepada 27
orang pelajar yang berpendapat subjek Matematik adalah subjek yang menyeronokkan.Minat
dalam Matematik yang terhasil daripada penggunaan kalkulator grafik menghasilkan
keseronokan dalam mempelajari subjek tersebut.Ini dibuktikan dengan soalan seterusnya yang
menyoal kecenderungan pelajar dalam subtopik matematik.Hasil sebelum dan selepas
menunjukkan perbezaan ketara kerana selepas menggunakan kalkulator grafik, pelajar
meletakkan topik Statistik sebagai subjek paling disukai. Apabila minat, keseronokan serta sikap
suka dengan subjek Matematik timbul, maka kesan positif akan terhasil seperti pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih efektif dan mudah serta lancar. Pelajar juga akan bermotivasi dengan
berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik dalam memperolehi keputusan
cemerlang bukan sahaja dalam topik Statistik malahan kesemua topik terutamanya yang
melibatkan penggunaan kalkulator grafik.

Walaubagaimanapun, pengkaji berpendapat terdapat beberapa masalah yang dihadapi


dalam melaksanakan kalkulator grafik dalam silibus Statistik. Antara masalah itu ialah:
1. Majoriti pelajar sekolah menengah tidak mempunyai kalkulator grafik kerana harga
kalkulator tersebut agak tinggi
2. Peruntukan waktu kelas yang kurang mencukupi untuk menghabiskan silibus dan
mengajar teknik serta langkah-langkah menggunakan kalkulator grafik
3. Pelajar mempunyai tahap pemikiran serta minat yang berbeza. Segelintir pelajar
menyokong penggunaan kalkulator grafik kerana dapat menjimatkan masa dan lengkap
dengan visual dan jawapan. Manakala, segelintir pelajar berpendapat kaedah ini hanya
membuang masa dan melambatkan.
Selepas perbincangan secara mendalam, penggunaan kalkulator grafik mendatangkan
banyak kebaikan berbanding keburukan kepada pelajar dan guru.Kajian ini disokong oleh
Bernhard (2000) yang menegaskan bahawa kalkulator grafik boleh digunakan sebagai alat yang
berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran matematik.
2.2

Collecting Data Outdoors: Making Connections to the Real World


Artikel yang ditulis oleh Carole G. Basile menerangkan proses pengumpulan data dalam

kalangan pelajar diusia muda dengan objektif untuk memberi mereka pendedahan kepada dunia
sebenar melalui topik statistik. Pengumpulan data ialah proses di mana kanak-kanak melakukan
perhubungan diantara konsep matematik terhadap pelbagai aspek di dunia sebenar. Semasa
proses mengumpul data, kanak-kanak tersebut akan melihat corak serta membangunkan skil
yang akan membantu mereka dalam membuat kesimpulan melalui maklumat yang dikumpul
serta dilihat sepanjang proses tersebut. Selain itu, kanak-kanak juga dapat menyedari
kepentingan serta perkaitan nombor, saiz, bentuk dan corak dalam hidup mereka.Pembelajaran di
dalam kelas yang berkesan dapat membantu murid meningkatkan kemampuan mengumpul data
di masa hadapan.Keterbukaan guru untuk berkongsi pendapat serta membiarkan pelajar
mengutarakan persoalan berkaitan pengumpulan data dapat membentuk pemikiran yang efektif.
Ini disokong oleh NCTM (1992) yang menyatakan pelajar yang terlibat dalam menyoal soalan
serta mengumpul data akan mempunyai kelebihan dalam menghasilkan data yang berguna. Bagi

penyusunan data terkumpul pula, terdapat dua persoalan utama yang perlu diikut untuk
menghasilkan data yang baik iaitu:
1. Adakah kita terfikir untuk menyusun data sebelum atau selepas data dikumpul?
2. Susunan data yang manakah dapat membantu menjawab soalan kajian dengan
berkesan?
Data boleh disusun mengikut kategori sebelum atau selepas data dikumpul.Penyusunan
data dapat membantu kita memperoleh kemampuan untuk mengklasifikasikan maklumat
mengikut kepentingan dan tujuan data dikumpul. Terdapat data yang tidak dikategorikan terlebih
dahulu juga berguna untuk pengkaji agar selepas proses pengumpulan data berakhir, kesemua
data tersebut dapat disusun dan diolah mengikut kehendak serta hala tuju kajian walaupun
mengambil masa yang lebih berbanding kaedah kategori. Seterusnya, penyampaian data juga
perlu diajar kepada pelajar semenjak mereka berusia muda kerana pendedahan seperti ini dapat
membangunkan pemikiran mereka terhadap kebaikan matematik. Penyampaian data melalui
luahan idea, pendapat dan persoalan murid menggunakan kertas atau alat bantu yang lain akan
menambahkan lagi keberkesanan pendedahan kepada pengalaman sebelumnya. Akhir sekali
berkenaan dengan pertanyaan soalan sama ada daripada pihak guru mahupun pelajar sepanjang
proses pengumpulan data, penyusunan data, penyampaian data adalah amat penting untuk
meningkatkan keberkesanan proses-proses terbabit. Persoalan-persoalan yang dilontarkan murid
dapat menjawab segala persepsi mereka terhadap dunia serta berfikir tentang kepentingan
memahami matematik.Soalan yang disoal oleh guru dapat membantu perkembangan idea muridmurid dan menjana pemahaman matematik yang lebih jelas. Faedah soalan-soalan guru kepada
muridnya tersebut ialah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Membentuk soalan kajian


Fikir tentang menyusun mengikut ciri-ciri penting
Berfikir tentang mengklasifikasi semula
Menyampaikan data
Menerangkan serta menjelaskan data
Mengklarifikasikan idea tentang dunia semulajadi
Selain itu, data-data yang telah dikumpul perlu disimpan walaupun tidak digunakan untuk

tujuan semasa kerana data tersebut mungkin berguna untuk masa depan dan juga pelajar dapat
membezakan hasil terkini dengan hasil terdahulu menggunakan data yang telah dikumpul
7

tersebut. Oleh itu, pendedahan murid di usia yang muda kepada pengalaman sebenar tentang
pengumpulan data dengan membawa mereka keluar kelas digabungkan dengan pembelajaran
dalam kelas dapat memastikan para pelajar menyedari kepentingan apa yang mereka pelajari di
kedua-dua situasi.
2.3 A Comparative Study on Statistics Competency Level using TIMSS Data: Are We
Doing Enough?
Kajian ini dijalankan oleh Foo Kien-Kheng dan Noraini Idris untuk menentukan sama
ada kurikulum statistik semasa di Malaysia telah menghasilkan pelajar yang dapat menyaingi
atau sekurang-kurangnya menyamai taraf pelajar di negara maju dan membangun. Menggunakan
Trends in International Mathematics and Science Study atau TIMSS, pengkaji mendapat hasil
bahawa Malaysia berada di tahap pertengahan bersama dengan pelajar dari negara seperti
Amerika Syarikat, Australia dan Rusia tetapi berada di belakang negara jiran kita iaitu
Singapura. Silibus statistik untuk Malaysia dan Singapura adalah hamper serupa namun terdapat
kemungkinan pelaksanaan strategi P&P yang kurang berkesan sehigga menyebabkan ramai
pelajar berpendapat bahawa topik statistik adalah sukar dan mengelirukan.
Hasil daripada laporan TIMSS mendapati Malaysia perlu lebih memberi perhatian
terhadap pengajaran statistic yang menjadi subjek kurang digemari oleh para pelajar.Beberapa
faktor yang memberi kesan kepada keberkesanan pembelajaran statistik ialah keberkesanan
kaedah pengajaran yang digunakan oleh para guru.Turut dikesan ialah kebanyakan guru kurang
berpengalaman serta bukan ahli mahir yang benar-benar faham tentang statistik namun terpaksa
mengajar topik berkenaan atas kehendak silibus. Selain iu, berlaku miskonsepsi atau salah faham
serta kurangnya kefahaman pelajar juga perlu diteliti supaya strategi yang efektif dapat dibentuk
dan dilaksanakan. Dengan mencari punca atau akar permasalahan, barulah penggunaan teknologi
dan alat bantu mengajar lain lebih memberi impak. Oleh itu, Roseth, Garfield dan Ben-Zvi
(2008) memberi cadangan untuk melaksanakan pengajaran secara kolaborasi dan kooperatif
untuk menukar arah serta haluan daripada kaedah pengajaran tradisional kepada pengajaran
berorientasikan pelajar. Dengan cara melibatkan pelajar dalam kerja projek, makmal,
penyelesaian masalah secara berkumpulan dan aktiviti perbincangan dapat membantu mereka
membangunkan pemikiran serta menjadikan mereka lebih berdikari dan aktif.

3.0

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Objektif : 4.2) Memahami dan menggunakan konsep mod, median, min untuk selesaikan
masalah.
Kaedah : Pembelajaran Berbantukan Komputer dan Konstruktivisme

Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah


Langkah 1
1. Tunjukcara kepada murid dengan menggunakan perisian komputer untuk mencari min,
mod dan median.
2. Slaid cara mencari min, mod dan median.
Langkah 2
Guru menerangkan kepada pelajar langkah-langkah menentukan mod, min dan median.
Langkah 3 Aktiviti Kumpulan
1. Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan dan dibekalkan dengan soalan tugasan.
2. Setiap ahli berbincang, merekod dan mengkategorikan data-data mengikut cirri-ciri yang
sesuai.
3. Secara kumpulan, memasukkan data bagi aktiviti ke dalam MS-Excel dengan
menghasilkan carta @ graf yang di pilih oleh kumpulan masing-masing.
4. Kumpulan mempersembahkan carta @ graf yang di buat.
5. Pelajar berbincang untuk mengenalpasti maklumat min, median dan mod seperti
pengajaran yang lepas.

4.0

Strategi Pengajaran dan Sumber Pengajaran Statistik


Selepas perbincangan dan pemerhatian teliti melaui kajian-kajian literature di atas,

beberapa strategi perlu diambil dan diketengahkan agar masalah-masalah yang sedia ada dapat
diselesaikan

atau

dikurangkan

impaknya

terhadap
9

para

pelajar

dalam

mempelajari

Statistik.Strategi yang pertama ialah mewajibkan penggunaan kalkulator grafik dalam


pembelajaran Statistik kepada semua pelajar yang terlibat.Dengan kepesatan teknologi terkini,
harga untuk seunit kalkulator semakin murah berbanding 4 tahun yang lalu dan ibu bapa pada
zaman sekarang berlumba-lumba untuk menjadikan anak mereka pelajar yang terbaik.Oleh itu,
penguatkuasaan oleh kerajaan dan pelaksanaan tindakan oleh guru-guru dalam memaksimumkan
penggunaan kalkulator grafik dapat memudahkan strategi ini dicapai.Kalkulator grafik telah
terbukti berupaya menarik minat pelajar dan memudahkan kerja mereka serta menimbulkan
keseronokan terhadap subjek matematik secara menyeluruh. Pihak sekolah perlu tegas dalam
melaksanakan strategi ini dengan memasukkan yuran kalkulator grafik dalam yuran sekolah
sekali gus mewajibkan pelajar membeli kalkulator tersebut. Subsidi dan pembelian secara pukal
daripada pihak pembuat kalkulator grafik seperti Casio dapat mengurangkan harga seunit dengan
margin yang sangat besar sekali gus menguntungkan kesemua pihak terutamanya pelajar yang
akan mendapat faedah dengan penggunaaan kalkulator grafik tersebut.
Strategi kedua yang boleh dilaksanakan ialah meletakkan seorang ahli statistik di setiap
sekolah sebagai guru tetap yang hanya fokus kepada pengajaran topic statistik dari peringkat
menengah rendah sehingga menengah tinggi.Ahli statistik yang telah belajar selok-belok perihal
statistik dapat mengatasi masalah miskonsepsi pelajar terhadap statistik.Selain itu, mereka juga
lebih terdedah dengan kaedah-kaedah serta langkah-langkah yang lebih mudah dalam
mempelajari statistik yang dapat dijelmakan kepada para pelajar secara langsung.Pengkhususan
seperti inilah yang diperlukan dalam menarik minat pelajar belajar topic sukar seperti
statistik.Kos permulaan untuk melantik ahli statistik mungkin agak tinggi namun itu hanya untuk
jangka masa pendek namun keuntungan dan keberkesanan yang semu pihak idamkan adalah
matlamat jangka panjang yang perlu dicapai serta dimulakan secepat mungkin oleh pihak yang
terlibat.Penglibatan ahli statistik juga dapat mengurangkan beban guru Matematik yang terpaksa
berhempas pulas mengajar pelajar dalam topik statistik walaupun hanya mempunyai asas serta
sedikit pengetahuan tentang topik tersebut. Oleh kerana itu, dengan ilmu, pengalaman,
pendedahan dan minat yang mendalam terhadap statistik, ahli statistik ini berupaya membantu
pelajar mengubah persepsi mereka terhadap tajuk tersebut sekali gus meningkatkan prestasi
pelajar terutamanya untuk tajuk statistik.
Selain daripada stategi pengajaran, 2 sumber pengajaran juga amat diperlukan sebagai
pengukuhan kepada strategi-strategi tersebut.Pendedahan pelajar kepada perisian seperti
Microsoft Excel adalah amat membantu mereka dalam meningkatkan pengetahuan dan minat
10

kepada tajuk statistik.Oleh kerana kebanyakan pelajar Malaysia datang dari generasi celik IT,
penggunaan alat teknologi sepert komputer dan perisian Excel dapat memudahkan mereka
mengenal pasti konsep dan langkah-langkah dalam menyelesaikan masalah statistik dengan lebih
cepat dan tepat.Lebih-lebih lagi, mereka dapat mengaplikasikan kebolehan menggunakan Excel
sebagai kelebihan di masa hadapan terutamanya untuk merebut peluang pekerjaan.Sumber kedua
ialah dengan menggabungkan penggunaan buku teks dan pendedahan luar kelas dengan
mengadakan aktiviti luar seperti melakukan tugasan yang memerlukan mereka melakukan soal
selidik, mengumpul data, menyusun data dan menganalisis data yang dapat membuka mata dan
minda mereka kepada asas statistik.Ini dapat memberikan mereka ilmu yang berganda kerana
mereka bukan sahaja berpengatahuan dalam menyelesaikan masalah matematik menggunakan
statistik malah mereka tahu bagaimana untuk mengenal pasti asal-usul permasalahan dan
pembentukan masalah tersebut dengan terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti luar.
Kesimpulannya, strategi yang ampuh perlu diambil bagi membantu meningkatkan
keberkesanan P&P dalam topik Statistik di Malaysia dan menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh guru dan pelajar dalam mempelajari topic tersebut.Dengan kerjasama erat pihak kerajaan,
pihak sekolah, NGO, guru-guru, ibu bapa dan pelajar sendiri, peningkatan pencapaian murid
dalam topik yang dianggap sukar ini dapat dicapai.

5.0

JUSTIFIKASI MEMILIH STRATEGI PBK DAN KONSTRUKTIVISME

Penggunaan perisian berkomputer yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
telah merubah corak dan sistem pendidikan yang telah diamalkan di Malaysia. Menyedari
tentang kemampuan perisian
yang mempunyai elemen elemen multimedia seperti pemaparan grafik, warna yang
jelas, dapat menghasilkan sistem audio yang berkesan dan berkualiti sudah pasti sedikit
sebanyak dapat membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan berbentuk konstruktivisme mengandaikan guru dan pelajar bekerjasama

11

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Reid
(1994) di University of York
menunjukkan bahawa penggunaan pakej Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK)
dalam pengajaran dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam pelajaran mereka. Antara sebab
saya memilih starategi pengajaran berbantukan komputer ialah
a) Dengan menggunakan komputer dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran statistic.
b) Dapat membina konsep matematik dengan lebih jelas dan berkesan.
c) Penggunaan komputer dan perisian yang sesuai dengan sesuatu konsep matematik dapat
menukarkan kelas menjadi lebih aktif kerana secara tidak langsung dapat meningkatkan
motivasi guru dan murid.

Rujukan
Anderson, R., & Bancroft, T. (1952). Statistical theory in research (1st ed.). New York:
McGraw-Hill.
12

Azizan, M., & Hasan, H. (n.d.).Kajian Penggunaan Kalkulator Grafik Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan. Simposium Kebangsaan Sains
Matematik Ke-XIII.
Basile, C. (1999). Collecting Data Outdoors: Making Connections to the Real World. Teaching
Children Mathematics, 6(1), 8--12.
Kien-Kheng, F., & Idris, N. (2010). A Comparative Study on Statistics Competency Level Using
TIMSS Data: Are We Doing Enough?. Journal Of Mathematics Education, 3(2), 126--138.
Kutzler, B. (2000). The Algebraic Calculator as a Pedagogical Tool for Teaching Mathematics.
Website http://www.kutzler.com
Md Salleh, S., & Misman, H. (2010).Keberkesanan PBK Bertajuk Statistik (II) Yang Disediakan
Oleh KPM Bagi Pelajar-Pelajar Tingkatan Tiga Di Dua Buah Sekolah Daerah Kota Tinggi,
Johor. Keberkesanan PBK Bertajuk Statistik (II) Yang Disediakan Oleh KPM Bagi PelajarPelajar Tingkatan Tiga Di Dua Buah Sekolah Daerah Kota Tinggi, Johor, 1--10.
National Council of Teachers of Mathematics (NCTM).(1992). Curriculum and Evaluation
Standards for School Mathematics.Addenda Series, Grades K-6. Reston, Va: NCTM.
Roseth, C.J., Garfield, J.B., & Ben-Zvi, D. (2008).Collaboration in Learning and Teaching
Statistics.Journal of Statistics Education, 16(1).
http://be.wvu.edu/divmim/mgmt/blakely/homepage/Mktg325/Kinds%20of%20Statistics%20and
%20Types%20of%20Data.pdf
http://deitaz.blogspot.com/2010/08/kajian-kualitatif-kuantitatif-dan.html
http://statistikcba103.blogspot.com/2010/01/bab-1-pengenalan-terhadap-statistik.html
http://www.scribd.com/doc/173859496/Tugasan-1-Asas-Pengurusan-Data
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2008_8198_2f0bf2c295ac4aa3a796
e9ab347e7be3.pdf

13

You might also like