Kami Guru Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji


Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Tunai tetap kami tunaikan

Yang Berhormat Penghulu Encik. Rozaini Bin Abu


Bakar,
Yang Berhormat Penyelia SJKC Puan Chow Hui Teng,
Yang Berusaha Encik Sharizal Bin Shaid,
Yang Berusaha Puan Leong Li Yoon
Guru Besar SJKC Pin Min Bidor Stesen,
Yang Berusaha Pengacara majlis,
Tetamu-tetamu kehormat,wakil ahli-ahli PIBG, Guruguru, Ibu bapa-ibu bapa, Tuan-tuan, puan-puan dan
seterusnya para pelajar yang saya hormati sekalian.
Selamat pagi dan salam sejahtera,
Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
Tema Hari Guru pada tahun ini bukan sahaja
kedengaran indah tetapi juga mencerminkan guru
sebagai agen perubahan yang sangat penting dalam
masyarakat. Apa yang menjadi ukuran, bukannya
kekayaan harta, kemewahan hidup, tetapi kemenjadian
pelajar yang menjadi penilaian.
Pencapaian dan kecemerlangan seluruh hidup
pelajar yang menjadi tumpuan. Kemurnian hati pelajar,
tingkah laku yang sopan dan segala aspek yang
berkaitan dengan pelajar adalah fokus utama para guru.

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya, demikianlah


perbandingan yang mengaitkan didikan dan ajaran para
guru untuk melahirkan para pelajar yang berpotensi,
berbakat dan cemerlang.
Saya selaku timbalan lembaga pengelola sekolah
ini ingin merakamkan ucapan terima kasih dan
penghargaan kepada para guru, bersempena dengan
sambutan Hari Guru pada tahun 2015. Sungguh
bertepatan sekali tema pada tahun ini,
Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.
Sebagai wakil ibu, bapa dan penjaga pelajar, kami
amat menyedari kegigihan para guru untuk
menyerlahkan lagi kemampuan para pelajar. Para guru
berperanan serta bertanggungjawab untuk
mengembangkan minat para pelajar dalam bidang
masing-masing. Sebagai guru, besar sungguh peranan
para guru. Para guru jugalah yang amat menyedari
kesungguhan para pelajar dalam merealisasikan impian
masing-masing. Pelajar merupakan tunjang negara
pada masa hadapan. Para pelajar juga mesti
menanamkan azam untuk mencapai kecemerlangan.
Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam
menentukan arah pembangunan pada masa akan
datang. Dengan tujuan membangunkan potensi muridmurid secara menyeluruh. Namun demikian masih
banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi
masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi
mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu
menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti
serta mempunyai perkembangan sahsiah yang

seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani, intelek dan


sosial.
Pn. Guru Besar dan para guru yang dihormati,
di kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan
kepada para guru di sekolah yang terus berusaha
dengan gigih dan cemerlang demi tanggunggjawab
dan amanah yang sangat besar serta bermakna
kepada masyarakat dan Negara.
Akhir kata saya ingin merakamkan ucapan
Selamat Hari Guru kepada semua guru di SJKC Pin Min
Bidor Stesen. Terima kasih daripada kami para ibu
bapa , penjaga pelajar. Teruskan usaha murni dan
disanjung tinggi guru-guru dalam bidang pendidikan.
Selamat Hari Guru kepada semua guru
Sekian, terima kasih.

You might also like