Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Kaedah ini membawa makna adat kebiasaan

dapat ditetapkan sebagai hukum atau adat


menentukan hukum. Ulama menetapkan
bahawa uruf dan adat kebiasaan itu
merupakan salah satu daripada sumber
hukum dalam keadaan ketiadaan nas.
Namun, jika uruf atau adat kebiasaan itu
bercanggah dengan nas, ia ditolak.
Contohnya: Adat jahiliyah yang
mengharuskan anak lelaki mewarisi atau
mengahwini bekas isteri bapanya atau ibu
tirinya.

Pengertian Adat
1. Iaitu apa yang menjadi amalan
kebiasaan orang ramai atau
segolongan di kalangan mereka.
2. Perkara yang diulang-ulang menurut
kebiasaan sesuatu golongan mengikut
cara tertentu dan diterima secara logik.
3. Menurut al-Jurjani, adat ialah sesuatu
perbuatan atau perkataan yang terus
menerus dilakukan oleh manusia. Apa
yang penting ia dapat diterima akal
manusia serta secara berulang-ulang.

Pengertian uruf
Perkara yang diterima dan disenangi menurut
perasaan manusia.
uruf ialah perkara yang tetap dalam diri
manusia dari segi akal dan diterima oleh tabiat
semula jadi yang sejahtera. Untuk itu, uruf ialah
perkara yang selaras dengan perasaan dan
tabiat akibat dilakukan secara berulang kali.
Menurut Abd al-Wahab Khallaf, uruf ialah
sesuatu yang telah diketahui oleh orang ramai
dan dilakukan oleh mereka, baik perkara yang
berupa perbuatan atau perkataan atau sesuatu
yang ditinggalkan.

Kesimpulannya, adat dan uruf ialah


apa yang dikenal oleh manusia dan
berlaku padanya samada berbentuk
perkataan atau perbuatan. Justeru,
menurut pengertian yang dijelaskan
oleh sesetengah ulama, tidak ada
perbezaan di antara uruf dengan
adat, ianya adalah perkara sama

Sebaliknya pula, sesetengah ulama lain


berpendapat bahawa ada perbezaan tertentu
di antara adat dengan uruf. Antara sudut
perbezaan adat dengan uruf ialah adat itu
lebih umum daripada uruf. Adat kadang kala
berlaku pada seseorang atau sesetengah
individu sahaja.
Contohnya: berhaid bagi wanita.
Sedangkan uruf berlaku untuk semua manusia
da tidak ada yang berlaku hanya pada
seseorang atau sesetengah individu khusus.
Lantaran itu, setiap uruf merupakan adat,
sebaliknya bukan semua adat dikira sebagai
uruf. Adat itu lebih umum berbanding uruf.

Syarat diterima adat dan


uruf
adat dan uruf mestilah
digunakan secara meluas
atau menyeluruh.
Hendaklah adat itu adalah umum di dalam semua
negara Islam
Adat tersebut tidak bertentangan dengan hukum
lain yang mempunyai hujah atau dalil nas.
Sekiranya ada pertentangan dengan dalil syarak,
terbatallah adat tersebut.
uruf dan adat merupakan suatu kepastian. Iaitu
perkara wajib dipakai menurut pandangan
masyarakat atau sekurang-kurangnya ia adalah
adat untuk sebahagian negara walaupun tidak
seluruh negara di dunia ini.

Pecahan kaedah
1)
)apa yang kukuh atau ditetapkan oleh adat
kebiasaan)
Contoh:
ujian terhadap kanak-kanak belum baligh dari sudut
kemampuannya menghulurkan dan menyerahkan
barang yang mana bapanya seorang peniaga. Ia
hendaklah diuji sekurang-kurangnya dua kali
sehinggalah perkara itu menjadi adat kebiasaan dan
dimenangkan kebiasaan daripada dugaan tehadap
kecerdikannya.

2)
(sesungguhnya adat yang diiktibar
apabila berlaku berterusan atau
kebiasaan dan lebih banyak berlakunya)
Contoh:
Seseorang melanggan majalah,
kebiasaannya langganan tersebut
dihantar ke rumah pelanggan. Untuk itu,
apabila berlaku akad langganan,
walaupun tanpa menyebut penghantaran,
majalah tersebut secara langsungnya
hendaklah dihantar. Jika tidak pelanggan
boleh menuntutnya.

3)
( Berlaku pertentangan di antara
uruf dengan syarak)
- Ia dapat dibahagikan kepada dua
bentuk, iaitu:
Adat didahulukan
Syarak didahulukan

Adat didahulukan
- Iaitu dalam hal keadaan dan perkara
yang tidak berkaitan dengan syarak
didahulukan adat kebiasaan.
- Contoh: seseorang bersumpah tidak
akan duduk di atas tikar. Ia tidak
dikira melanggar sumpahnya
sekiranya dia duduk di atas tanah,
walalupun Allah menyebut bumi
sebagai tikar atau hamparan. Firman
Allah:
Dan Allah telah menjadikan bumi bagi
kamu sebagai hamparan.

Syarak didahulukan
- Contoh: seseorang bersumpah tidak
puasa, ia tidak dikira melanggar
sumpahnya dengan semata-mata
menahan diri daripada makan.

4)

)semua perkara yang dibawa oleh
syarak bentuk mutlak, dan tiada
dasar yang menjelaskannya daripada
sudut syarak serta bahasa, ia
dikembalikan kepada uruf
kebiasaan).
- Contoh: berkaitan waktu dan tempoh
haid serta kadarnya.

5) , ,
)uruf dan kebiasaan yang berterusan dalam sesuatu
kawasan, apakah adat kebiasaan mereka itu berada
pada kedudukan syarat? Hal ini ada beberapa
keadaan.)
- Kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang terkenal
di kalangan masyarakat sebagai suatu adat
kebiasaan, ia mempunyai kekuatan hukum yang
sama dengan apabila hal itu juga dinyatakan sebagai
suatu syarat yang harus berlaku di antara mereka.
Adat tersebut mempunyai daya yang mengikat
mereka daripada bertindak, sebagaimana mengikat
dengan suatu syarat yang dibuat.

Contoh: jika berlaku adat kebiasaan,


seseorang berhutang akan
membayar lebih. Apakah ia dikira
berada pada kedudukan syarat,
sehingga menyebabkan haram
hukumnya? Masalah tersebut ada
dua pendapat: menurut pendapat
paling tepat, muamalah tersebut
tidak haram.

6)

)adat kebiasaan yang menerima pengertian
dan sudut-sudut lafaz ialah adat kebiasaan
yang berlaku masa lampau , bukannya
terkemudian)
- Kaedah tersebut dijelaskan dengan pengertian
apa yang diambil kira atau iktibar dalam uruf
dan adat itu ialah apa yang kebiasan terjadi
atau berterusan, bukannya yang kebelakang
atau terkemudian. Adat dan uruf yang
menjelma secara tiba-tiba dan sekejap tidak
diambil kira dalam hukum.

Contoh:
Seseorang pelancong membuat
pengakuan dengan nilai 10 ribu
secara mutlak dalam negara yang
mana nilai 10 ribu di negara tersebut
kurang berbanding dengan nilai mata
wang di negaranya. Berdasarkan
kaedah tersebut, pendapat lebih
tepat, ia seharusnya menerima nilai
mata wang yang kurang.

You might also like