Surat Cik Aimee

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Noor Shahira Binti Mohd Rozi

Unit PISMP Pendidikan Khas Jan 2013


IPG Kampus Perempuan Melayu,
Jalan Maktab Durian Daun,
75400, Melaka.

Encik Aimee Shahrin bin Jais,


Ketua Unit Disiplin dan Tatatertib,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Perempuan Melayu,
Jalan Maktab Durian Daun,
75400, Melaka

9 MAC 2015

Tuan,
Surat Tunjuk Sebab Tidak Menaiki Kenderaan IPG Ke Klinik
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2.
Untuk makluman pihak tuan, saya seperti nama di atas ingin menyatakan sebab tidak
menaiki kenderaan IPG ke klinik pada tarikh 3 Mac 2015 bersamaan dengan hari Isnin.
3..
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf di atas tindakan yang telah saya ambil ini.
Hal yang demikian adalah kerana berlaku salah faham di antara saya dan penyelia asrama.
Pada awalnya, saya difahamkan bahawa tiada pemandu bas yang dapat menghantar saya
ke klinik. Oleh sebab itu, saya telah menghubungi salah seorang staf IPG dan beliau
bersetuju untuk menghantar saya ke klinik.
4.
Walaubagaimanapun, saya mengakui kesalahan ini dan saya sewajarnya tidak terus
menghubungi pihak ketiga sebaliknya merujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar terlebih
dahulu. Bersama sama ini saya sertakan surat sakit untuk makluman pihak tuan. Saya
memohon maaf dan berharap penjelasan yang diberikan dapat menjelaskan sebab
berlakunya perkara sedemikian dan sebarang kekeliruan amat dikesali.
Kerjasama daripada pihak tuan amat saya harapkan dan saya dahului dengan ucapan
terima kasih.
Sekian terima kasih.
Yang Benar,

..................................
(NOOR SHAHIRA BINTI MOHD ROZI)
Unit PISMP Pendidikan Khas Jan 2013
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

You might also like