Permainan Chapteh

You might also like

Download as docx or pdf
Download as docx or pdf
You are on page 1of 4
KERTAS KERJA KARNIVAL PERTANDINGAN TRADISIONAL, iP 2 INSTITUT PENDIDIKAN GURU TEMENGGUNG IBRAHIM JOHOR ( CHAPTEH) NAMA PELAJAR_ : 1) SHAMSUL ANUAR B MUHAMMAD 2) ZAHARI B AHMAD 3) SUFIAN B KAMAL 1.0 RASIONAL Program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan, Penganjuran karnival permainan tradisional merupakan aktiviti wajib yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk guru-guru pelatin semester 8 Program Pensiswazahan guru kelas sains 2 ambilan Februari 2012. Antara rasional pertandingan permainan ialah: 1.1Dapat memberikan pendedahan, pengetahuan dan pengalaman mengenai perancangan, persediaan dan pengelolaan sesuatu pertandingan 1.2Memupuk nilai kerjasama, tolong-menolong, toleransi, perpaduan dan kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa 1.3 Sebagai satu altematif ke arah melahirkan insan guru yang mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial serta mampu menjana jiwa guru yang matang dan sedia menghadapi cabaran pada masa hadapan 1.4 Dapat membantu usaha untuk menyemai kembali rasa cinta terhadap permainan tradisional yang menjadi warisan budaya di kalangan seluruh masyarakat malaysia sejak sekian lamanya 2.0 OBJEKTIF Dalam penganjuran program yang sebegini juga mempunyai objektifnya yang tersendiri. Objektif inilah yang ingin diketengahkan dalam penganjuran karnival ini Antara objektifnya adalah seperti berikut 2.1Mempelajari serta meningkatkan kemahiran pengurusan serta pentadbiran untuk penganjuran acara ataupun pertandingan 2.2Memberikan pendedahan serta pengalaman kepada guru-guru pelatih untuk mengendalikan sebarang aktiviti ketika berada di sekolah nanti 2.3Memupuk dan mengeratkan perpaduan melalui permainan tradisional yang dilaksanakan 2.4 Menggalakkan penglibatan secara aktit guru-guru pelatih dalam menyertai aktiviti yang dijalankan 3.0 MAKLUMAT PROGRAM 3.1Tarikh : 27 Ogos 2015 3.2Tempat : Sk Datuk Ismail Saadon 3.3Masa 4.0 PERATURAN PERMAINAN 1. Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan kaki atau dengan lutut sahaja. Tidak dibenarkan jatuh, jika jatuh ianya dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Giliran juga dikira mati sekiranya bola jatuh ke tanah 2. Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti, masa yang diperuntukan untuk setiap seorang ialah seminit dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan sebelum bola terjatuh 3. Setiap kumpulan akan diwakili oleh 4 orang pemain (atau yang bersesuaian) dan setiap seorang akan mempunyai satu giliran untuk menimbang sebelum bulu ayam terjatuh. Setelah selesai semua menimbang, mata atau jumlah timbangan akan dikira dan yang mengumpul mata paling banyak akan dikira juara 5.0 BORANG PEMARKAHAN KUMPULAN: [NAMA JUMLAH 1. 2. 3. 4. JUMLAH KESELURUHAN 6.0 PENUTUP Secara keseluruhannya, program ini diharap akan dapat memberi manfaat kepada guru-guru pelatih dan dapat membantu dalam menghadapi cabaran-cabaran yang kian mencabar pada masa akan datang, Semoga harapan kita untuk melahirkan para guru pelatih yang berketrampilan dan seimbang dari aspek fizikal dan mental akan dapat direalisasikan selaras dengan matlamat yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara

You might also like