T2a4 Jurnal Reflektif

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

===============================================================

T2A4 JURNAL REFLEKTIF


HBEF 2803
PROFESSIONAL DEVELOPMENT
JANUARI 2015
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
===============================================================

===============================================================
NAMA: SITI ROZI BINTI DAUD
NOMBOR METRIK: 700430115084002
NO. KAD PENGENALAN: 700430115084
NO.TELEFON : 0127659268
ALAMAT E-MAIL: roziammar@yahoo.com
NAMA EOS: ENCIK FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM
PUSAT PEMBELAJARAN : PPT KUALA TERENGGANU
AMBILAN: SEMPTEMBER 2013
PENDAHULUAN

HBEF 2803-PROFESSIONAL DEVELOPMENT

Alhamdulillah dengan IzinNya saya diberi kesihatan, kemudahan dan kerjasama dari semua
pihak dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tidak dapat dinafikan,
kekuatan semangat dalam diri sendiri juga menjadi faktor kepada keberhasilan tugasan yang
diamanahkan ini. Bimbingan EOS, iaitu Encik Fadzly Fadzil Bin Abdul Rahim dalam ruangan
forum juga banyak membantu saya menyiapkan tugasan ini. Tidak ketinggalan juga rakan-rakan
seperjuangan yang sentiasa memberi pendapat di dalam ruangan forum EPIC secara atas talian
yang disediakan oleh pihak OUM amatlah membantu kejayaan menyiapkan tugasan dengan
sempurna.
Bermula pada bulan januari 2015, saya telah mendengar seminar yang berasaskan
Perkembangan Profesionalisme Keguruan yang terbahagi kepada dua pembentangan kertas
kerja, iaitu:

Kertas kerja 1

Pembentang

Pembangunan Profesionalisme Berterusan:


Kebertanggungjawab Inisiatif Kendiri
Dr. Nasaruddin Bin Basar
Ketua Penolong Pengarah, Sektor Peningkatan Ilmu Bahagian
Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Melalui hasil pembentangan kertas kerja 1, dapatlah saya rumuskan bahawa keberkesanan
program-program pembangunan berasaskan inisiatif kendiri adalah lebih hebat lagi daripada
diarahkan untuk melakukannya. Kecemerlangan kerjaya seseorang guru itu ialah hasil daripada
inisiatif kendiri. Hasil kupasan pembentangan terdiri daripada empat aspek.Antaranya ialah dari
segi

konsep

Pembangunan

Profesionalisme,

Pembangunan

Profesionalisme

Kendiri,

kebertanggungjawaban guru dan Laluan Kerjaya. Dalam konsep yang pertama, saya
melihat apakah gaya terkini dalam pembangunan profesionalisme keguruan. Kedua, saya melihat
bagaimanakah kaitannya dengan inisiatif kita sendiri. Di manakah peranan kita

sebagai

guru

dewasa ini dan apakah sumbangan yang boleh dilakukan dalam mewarnai profesional diri kita
sebagai seorang guru. Pada hari ini, kita tidak boleh lagi berfikiran secara vertical, di mana kita
hanya berpegang kepada satu fungsi atau ilmu yang kita ada sahaja. Contohnya, masih tidak
memadai jika kita hanya menguasai subjek bahasa sahaja untuk keperluan masa kini. Saya
berkesimpulan guru perlulah berkemahiran pelbagai, tidak tertumpu kepada satu-satu kemahiran
tertentu sahaja.
2

HBEF 2803-PROFESSIONAL DEVELOPMENT

Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan negara, sebagai guru yang berkredibiliti, saya sebagai
guru perlu mentransformasikan diri kearah yang lebih dinamik. Adalah satu bagi guru, kita perlu
membentuk kompetensi yang lebih mantap. Melalui keupayaan dan minat sesorang guru itu,
barulah dapat membangunkan diri dan kerjaya guru yang mampan dan berkualiti.
Seterusnya, potensi dalam laluan kerjaya guru juga ada dinyatakan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2015. Termaktub mengenai mentransformasikan Profesion keguruan
menjadi profesion pilihan. Melalui pembentangan kertas kerja 1 ini, satu perkara penting yang
begitu terkesan dihati ini ialah betapa profesion perguruan ini adalah sangat mulia dan hebat.
Pengorbanan seorang guru mampu membentuk generasi yang unggul di persada dunia
pendidikan.
Dapatlah saya membuat kesimpulan dari pembentangan kertas kerja 1 ini, bahawa tugas guru
bukanlah satu bebanan, namun sebaliknya ia merupakan kerjaya yang mulia dimana keberhasilan
generasi masa hadapan terletak di bahu para guru. Guru kini banyak cabarannya, hanya semangat
dan inisiatif

serta sokongan dari semua pihak sahaja yang mampu meraih kejayaan demi

kejayaan. Tegasnya, seorang guru berperanan menghidupkan generasi kita untuk bersaing
di persada dunia sebaris dengan negara-negara maju yang lain.

Kertas kerja 2
Pembentang

:
:

Motivasi Pelajar
Tuan Haji Ibrahim Bin Sakimin
Ketua Penolong Pengarah, Sektor Standard dan Verifikasi
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Melalui pembentangan kertas kerja 2 yang bertajuk Motivasi Pelajar, telah membawa impak
yang besar kepada saya khususnya dan kepada semua guru secara umumnya. Di sini saya
menyedari betapa besar sumbangan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk kebaikan guru-guru terutamanya guru yang menjalani Program Pensiswazahan guru.
Tanpa disedari, saya telah menerima sejambak budi yang rasanya tidak termampu untuk saya
membalasnya. Namun sebagai seorang pendidik yang telah terasuh dengan sikap

HBEF 2803-PROFESSIONAL DEVELOPMENT

kebertanggungjawaban, sudah semestinyalah saya tidak mensia-siakan segala peluang yang


diberi.
Setelah mendengar dengan teliti, saya merasakan pembentang membentangkan dengan begitu
berkesan sekali sehingga tertanam satu azam dalam diri saya untuk menjadi guru yang
berdedikasi, bertanggungjawab, berinovasi dan mampu menghadapi pelbagai cabaran dalam
kepesatan dunia global ini. Saya juga sebagai guru merasa kerdil di atas usaha yang dilakukan
oleh KPM di bawah Program Pensiswazahan Guru untuk menambahkan pendapatan guru
disamping menjaga kebajikan guru dengan sewajarnya.
Pembentang mengungkapkan dengan yakin hala tuju seseorang guru setelah berjaya
mengenggam segulung ijazah, dan apakah sumbangan guru terhadap dunia pendidikan sekarang.
Saya menyedari bahawa guru perlu dilengkapi dengan longgokan ilmu, yang mana semakin
banyak ilmu di dada, semakin guru berkualiti dan mempunyai tanggapan yang tinggi di mata
masyarakat.
Hanya guru yang berkualiti, berketerampilan, berkewibawaan, berkelayakan, berminat,
beriltizam dan berjiwa pendidik mampu mengharungi cita-cita untuk menjadi guru yang sebenarbenar guru. Maka, kejayaan dan kelestarian guru dalam kerjayanya, haruslah berasaskan kepada
kesediaan diri sendiri. Pada pendapat saya, peningkatan kualiti dalam diri guru dengan merebut
peluang melanjutkan pelajaran turut memberi nafas baru kepada dunia pendidikan di alaf 21 ini.
Akhir kata, dapatlah saya rumuskan pembentangan ini dengan sikap guru itu sendiri. Jangan ada
ruang untuk berputus asa dan menyesal menjadi sebagai guru. Perubahan dunia pendidikan
memerlukan guru sentiasa berusaha dengan tekun untuk menambah ilmu. Ilmu yang diperolehi
sentiasa mengalir kepada anak bangsa yang akan meneraju negara kita Malaysia nan tercinta
pada masa akan datang. Beruntunglah saya dan rakan-rakan yang dianugerahkan oleh Allah
untuk menjadi pendidik. Semailah dan bajailah kerjaya kita sebagai pendidik yang berbakti pada
nusa, agama dan bangsa. Selagi hayat dikandung badan, budi diberi tanpa rasa jemu.

You might also like