Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

2.

3 FORMAT KEJOHANAN
2.3.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga pada peringkat awal dan secara
kalah mati pada pusingan seterusnya
2.3.2 8 pasukan akan dipecahkan kepada 2 kumpulan
2.3.3 1 kumpulan terdiri daripada 4 pasukan. Perlawanan secara liga di setiap
kumpulan (setiap pasukan akan bermain 3 perlawanan di peringkat kumpulan)
2.3.4 Hanya juara dan naib juara kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir
2.3.5 Penentuan juara dan naib juara kumpulan adalah mengikut jumlah mata
keseluruhan di peringkat kumpulan. 3 mata akan diberikan sekiranya menang, 1
mata akan diberikan sekiranya seri manakala tiada mata yang akan diberikan
sekiranya gagal
2.3.6 Sekiranya mata sama, keputusan pemenang akan diberikan mengikut format
yang berikut:
a. Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira sebagai pemenang
b. Penentuan sepakan penalti akan dilaksanakan sekiranya terdapat keputusan seri
pada peringkat kalah mati (3 pemain sahaja)
2.3.7 Masa perlawanan ialah selama 15 minit iaitu 7 minit pada separuh masa
pertama dan 7 minit pada separuh masa kedua termasuk 1 minit masa rehat
2.4 KATEGORI PERTANDINGAN
2.4.1 Pertandingan ialah untuk kategori lelaki sahaja dan terbuka kepada pelajar
Tingkatan 2 Maktab Sultan Ismail
2.4.2 Tiada syarat umur pemain dikenakan
2.5 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
2.5.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain dan sekurangkurangnya 2 atau 3 orang pemain simpanan.
2.5.2 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili 1 pasukan sahaja.
2.5.3 Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan sahaja.
2.5.4 Penyertaan adalah terhad kepada 8 pasukan sahaja dan pasukan yang
menghantar borang penyertaan terawal akan dipilih menyertai pertandingan futsal
ini.

2.5.5 Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan mana-mana pasukan


sekiranya mendapati pasukan tersebut tidak mengikut undang-undang yang
ditetapkan
2.5.6 Keputusan pihak penganjur adalah muktamad
2.6 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
2.6.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh,masa dan tempat akan ditetapkan
oleh jawatankuasa pertandingan.
2.6.2 Semua pasukan hendaklah berada dan sedia untuk bermain di tempat
pertandingan 30 minit sebelum pertandingan dimulakan.
2.6.3 Tempoh masa menunggu adalah 15 minit sebelum daripada masa yang
ditetapkan dan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan dikira kalah.
Pasukan lawan akan mendapat kemenangan 2-0
2.6.4 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguh atau mengubah sesuatu
perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan
serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.
2.6.5 Semua pemain dibenarkan memakai pakaian sukan yang sesuai dan tidak
dibenarkan merokok di kawasan perlawanan
2.6.6 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam borang penyertaan sahaja
dibenarkan bermain
2.6.7 Setiap pasukan boleh membuat bantahan dengan menyertakan wang cagaran
bantahan sebanyak RM sahaja, tidak lewat selepas 30 minit selepas
permainan yang dibantah itu tamat.
2.6.8 Sekiranya bantahan dan rayuan itu benar dan diterima oleh jawatankuasa
pertandingan, maka wang cagaran tersebut akan dikembalikan semula dan satu
keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan bantahan dan
rayuan tersebut.
2.6.9 Wang cagaran akan hilang atau menjadi hak penganjur sekiranya bantahan
dan rayuan ditolak.
2.6.10 Syarat dan peraturan di atas boleh diubah. Keputusan yang dibuat adalah
muktamad

( UNDANG-UNDANG MENGIKUT FIFA )


1. Memulakan pertandingan
Permainan dimulakan dengan melambung duit syiling. Pihak yang kalah mestilah
berada di kawasannya sendiri
2. Bola masuk/bola keluar
Bola dikira masuk sekiranya berada di dalam kawasan permainan, kawasan
touchline dan kawasan garisan gol. Bola dikira keluar sekiranya berada di luar
kawasan tersebut.
3. Jaringan
Dikira apabila bola melepasi antara 2 tiang dan dibawah palang gol
4. Faul dan kelakuan kurang sopan-Tendangan bebas terus diberikan kepada pihak
lawan sekiranya sengaja melakukan kesalahan seperti yang berikut:a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
j.

Menyepak atau cubaan menyepak pihak lawan


Membentes pihak lawan
Menerpa serta melompat ke arah pihak lawan
Menyerang pihak lawan
Menyerang pihak lawan dari belakang
Menghadang pihak lawan dengan sengaja
Menolak pihak lawan
Menerpa bahu pihak lawan dengan sengaja
Tekel menggelungsur-sliding tackle yang membahayakan
Memegang bola(kecuali penjaga gol)

5. Kesalahan dilakukan dalam kawasan penalti tendangan bebas tak langsung


diberikan dari garisan 6 meter dari 8 jenis kesalahan iaitu :a.
b.
c.
d.

Permainan yang bahaya


Menghalang dengan sengaja
Menyerang/menerpa penjaga gol dalam kawasan penalti
Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar dari tendangan
ke dalam dari rakan sepasukannya
e. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar ke belakang
kepadanya
f. Penjaga gol mengawal bola dengan mana-mana anggota badannya lebih dari
4 saat
g. Penjaga gol menahan bola yang dihantar ke belakang dengan mana-mana
bahagian anggota badannya sebelum bola itu melepasi garisan tengah atau
disentuh oleh pemain lawan
6. Pemain boleh diberi amaran dengan melayangkan kad kuning lawan diberi
tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan dari garisan 6 meter jika
berlaku di garisan penalti.

a. Pemain gantian memasuki gelanggang dari tempat salah atau pemain yang
diganti belum betul-betul meninggalkan gelanggang
b. Seseorang pemain sentiasa melanggar peraturan permainan
c. Seseorang pemain tidak putuh dengan keputusan pengadil
d. Berkelakuan tidak sopan atau kurang ajar
7. Pemain akan dibuang padang serta dilayangkan kad merah sekiranya melakukan
kesalahan berikut :a.
b.
c.
d.
e.

Kesalahan pemain yang berat


Berkelakuan gans
Kesalahan menggunakan bahasa tercemar
Kesalahan atas kesalahan 2 (dilayangkan 2 kad kuning)
Bertindak menghalang peluang jaringan gol lawan dengan niat tidak
profesional
f. Menghalang peluang jaringan pihak lawan di dalam kawasan penalti dengan
sengaja
8. Peraturan buang padang
a. Seseorang pemain yang dibuang padang akan dikeluarkan terus sehinggakan
tidak dibenarkan duduk di bangku simpanan
b. Pasukan di mana pemainnya dibuang padang boleh diganti selepas 2 minit
permainan berjalan atau selepas pihak lawan menjaringkan gol yang mana
terdahulu
c. Hantaran 2 minit akan dikira dan ditentukan oleh penjaga masa atau
penolong pengadil sekiranya penjaga masa tidak digunakan
d. Pemain gantian tidak boleh terus menggantikannya sehingga permainan
diberhentikan serta mendapat kebenaran pengadil
9. Tendangan bebas
a. Jenis : tendangan bebas terus
b. Dinding wall- sekurang-kurangnya 5 meter daripada jarak bola yang akan
disepak
c. Hak masa tendangan mesti diambil daripada jangka masa 4 saat
10. Tendangan penalti
a. Diambil dari titik penalti di tengah-tengah garisan 6 meter
b. Semua pemain mesti berada di luar kawasan penalti sekurangnya 5 meter
dari titik penalti
c. Penendang tidak boleh memainkan bola pada kali kedua hanya setelah
disentuh oleh pemain yang lain
11. Tendangan ke dalam
a. Digunakan untuk menggantikan balingan ke dalam
b. Bola diletak di atas garisan touchline sebelum menyepak

c.
d.
e.

f.
g.

Sebelah kaki pemain mesti berada di luar atau di atas touchline kalau
tidak tendangan ke dalam diberikan kepada pihak lawan
Tendangan ke dalam mesti diambil dalam masa 4saat kalau
tidak,tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan pihak lawan
Penendang tidak boleh memainkan bola kali kedua sebelum bola itu
disentuh atau dimainkan oleh pemain pihak lain-kalau tidak pasukan
lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat
kesalahan
Pemain-pemain lawan mestilah berada 5 meter jauh dari tempat sepakan
diambil
Tidak dibenarkan menjaringkan gol terus dari tendangan ke dalam

12. Membebaskan kawasan gol


a. Dilakukan menggantikan tendangan gol
b. Dari lawan kawasan penalti,penjaga gol akan membaling bola untuk
meneruskan permainan
13. Tendangan sudut
a. Bola diletakkan di bucu dua garisan gol dan garisan tepi. Jika bola itu
salah letak, tendangan sudut akan diambil alih oleh pihak lain
b. Mesti diambil dalam 4saat. Jika gagal bererti pihak lawan akan diberikan
tendangan bebas tak langsung dari tempat sudut tersebut
c. Penendang sudut tidak boleh memainkan bola pada kali kedua. Jika
tidak,pihak lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari
tempat kesalahan dibuat
d. Pemain mestilah berada 5 meter jauh dari tempat pandangan sudut
dibuat
e. Gol boleh dijaringkan dari tendangan sudut
14. Tendangan penalti
a. Pengadil utama akan menentukan gawang gol yang akan digunakan
b. Undian dengan cara lambungan syiling digunakan
c. 5 tendangan akan diambil oleh 5 orang pemain yang dipilih dari setiap
pasukan. Ketua pasukan akan mengumumkan pemain yang dipilih
kepada pengadil utama sebelum penalti dijalankan
d. Jika penalti terikat selepas 5 tendangan, tendangan tambahan akan
diambil melalui sudden death kepada pemain-pemain yang belum
melakukan tendangan penalti
e. Pemain yang dibuang padang semasa permainan tidak boleh
mengambil bahagian
f. Mana-mana pemain boleh mengambil tempat penjaga gol jika perlu
g. Semasa tendangan penalti dilakukan, semua pemain mesti berada di
separuh gelanggang yang tidak digunakan
15. tiada permintaan time out dan offside

16. Tiada hak bilangan penggantian pemain semasa perlawanan berlangsung


17. Pemain yang telah keluar boleh masuk semula ke dalam gelanggang
18. Penggunaan bola saiz 4 yang mempunyai layunan 30% lebih rendah

You might also like