Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Institut Pendidikan Guru, Kampus Perlis

Inovasi Pedagogi yang Dihasilkan Sendiri


Nama Inovasi:
Answering Steps
Penerangan dan Perincian tentang Inovasi:
Soalan berbentuk penyelesaian masalah bukan rutin meminta murid untuk
mengaplikasi pengetahuan mereka dalam operasi matematik dalam kehidupan
seharian. Soalan-soalan seperti ini berbentuk cerita di mana murid diminta untuk
menganalisis isi penting bagi soalan tersebut sebelum mula melaksanakan jalan
pengiraan bagi menjawab soalan tersebut. Namun melalui pemerhatian saya,
saya menyedari bahawa murid sukar untuk mengenalpasti isi kehendak soalan
jenis penyelesaian masalah dan mereka juga mengalami kesukaran dalam
menentukan operasi yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Bukan itu sahaja, guru kurang menggalakkan murid untuk menyemak semula
jawapan mereka. Hal ini menyebabkan murid tidak dapat mengenalpasti
kecuaian yang telah dilakukan oleh mereka dan seterusnya memberikan
jawapan akhir yang salah.
Melalui penggunaan lembaran kerja Answering Steps, saya menggunakan
langkah-langkah yang ada pada Model Polya bagi membantu murid untuk
mengenalpasti isi-isi penting dalam soalan yang berbentuk cerita sebelum
melaksanakan proses penyelesaian masalah. Langkah-langkah yang terlibat
dalam Answering Steps ialah;
1. Maklumat
Nombor yang terlibat dalam proses pengiraan jawapan.
2. Kehendak soalan
Perkara yang harus diselesaikan dalam soalan. Murid diminta untuk
mengasingkan

kehendak

soalan

dari

keseluruhan

cerita

bagi

memudahkan mereka untuk mengenalpasti apa yang perlu dilakukan oleh


mereka.
3. Operasi yang terlibat
Murid diminta untuk mengenalpasti operasi yang diperlukan untuk
menjawab soalan. Bagi soalan berbentuk cerita, nama sebenar bagi
operasi yang terlibat ditukar kepada pelbagai perkataan lain yang
membawa maksud yang sama.
4. Penyelesaian masalah
Murid mula melaksanakan jalan pengiraan setalah berjaya mengenalpasti
isi penting dalam soalan.
5. Semak semula
Menggunakan strategi pengiraan yang berbeza, murid diminta untuk
menyemak semula jawapan mereka bagi mengelak daripada melakukan
kecuaian.
Melalui penggunaan lembaran kerja Answering Steps, saya dapat
menggalakkan murid untuk memahami soalan dengan menyeluruh sebelum
mula melaksanakan jalan pengiraan. Selain itu, penambahan langkah semak
semula menggalakkan murid untuk lakukan pengiraan sekali lagi bagi menyemak
semula jawapan yang diberikan oleh mereka. Hal ini meminimakan kecuaian
murid dan dapat membantu dalam pemupukan nilai ketelitian dalam diri murid.

Penilaian Keberkesanan Inovasi:


Setelah melakukan semakan lembaran kerja murid-murid, saya dapt lihat
bahawa murid terdorong untuk mengisi ruang langkah yang telah disediakan.
Seterusnya melalui pemerhatian yang dibuat di dalam kelas ketika murid
menyelesaikan lembaran kerja tersebut, saya dapat lihat bahawa terdapat murid
yang dapat mengenalpasti isi penting soalan tanpa bimbingan saya sebelum
melaksanakan langkah penyelesaian masalah. Murid dilihat peka terhadap
pembendaharaan kata yang telah digunakan bagi menggantikan operasi yang

terlibat. Pengenalan kepada langkah semak semula juga dapat mengelakkan


murid daripada melakukan kecuaian dalam jalan pengiraan.

You might also like