Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

PENANG FREE SCHOOL

MODUL PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Analisis Penyata Kewangan
Perakaunan Tingkatan 6

Disediakan oleh :
Saleha binti Salleh

10 Januari 2009

PENGENALAN
Penyata kewangan sesebuah firma berguna kepada kumpulan
pengguna dan pihak-pihak yang berkepentingan untuk menilai prestasi
firma tersebut. Pengguna-pengguna penyata kewangan biasanya terdiri
daripada pihak dalaman dan luaran syarikat.
Pengguna Dalaman
Pihak dalaman mewakili pihak pengurusan yang menggunakan
penyata kewangan untuk membuat analisis dan perbandingan prestasi
setiap jabatan atau perbandingan dengan tahun-tahun sebelumnya. Ini
penting untuk tujuan perancangan dan pengawalan.
Kesatuan sekerja juga merupakan pengguna penyata kewangan
firma. Prestasi syarikat akan memberi petunjuk kepada persatuan sekerja
tentang kadar pembayaran gaji dan imbuhan adakah selari dengan
pencapaian syarikat bagi sesuatu tempoh masa. Maklumat ini akan
digunakan dalam proses perundingan atau tuntutan bayaran gaji.

Modul P&P Analisis Penyata Kewangan

Objektif :
1. memahami maksud analisis penyata kewangan.
2. mengenalpasti kepentingan analisis kewangan.
3. membezakan analisis perbandingan dengan analisis nisbah.
4. mengira nisbah-nisbah kecairan, keberuntungan dan nisbah mampu
bayar.
5. menginterpretasi hasil pengiraan nisbah.
6. mengenalpasti batasan atau limitasi analisis penyata kewangan.

Pengguna Luaran
Pihak luaran juga berminat untuk mendapatkan maklumat
kewangan sesebuah firma. Pihak-pihak seperti pemegang syer, pemegang
debentur, bakal pelabur, syarikat kewangan ,pemiutang mahupun pesaing
berminat untuk meneliti prestasi kewangan syarikat.
Pemegang syer pastinya memerlukan maklumat kewangan syarikat
untuk mengetahui keberuntungn syarikat dan peratus pembayaran
dividen atau perkembangan perniagaan.
Bagi pemegang-pemegang debentur pula ingin memastikan
kebolehan syarikat untuk membayar faedah dan kemampuan
syarikat membayar balik debentur.
Maklumat kewangan juga berguna kepada bakal-bakal pelabur yang
ingin membuat pelaburan baru untuk memilih syarikat yang boleh
memberi pulangan pelaburan yang tinggi.
2

Syarikat-syarikat kewangan dan syarikat kredit juga sentiasa


mengikuti perkembangan prestasi kewangan syarikat untuk menilai
kedudukan syarikat tersebut sama ada mampu membayar balik
pinjaman atau untuk meluluskan pinjaman baru.
Pemiutang-pemiutang juga berminat untuk melihat kecairan modal
kerja syarikat , adakah syarikat mampu bayar liabilitinya dalam
tempoh yang telah ditetapkan.
Begitu juga dengan pesaing-pesaing dalam industri yang sama akan
sentiasa menggunakan maklumat kewangan syarikat untuk
membuat perbandingan dengan prestasi mereka.

Matlamat penyata kewangan adalah untuk memberi gambaran sebenar


mengenai kedudukan kewangan sesebuah syarikat termasuklah
kedudukan kewangan semasa, prestasi masa lampau dan prospek masa
hadapan. Oleh kerana itulah, laporan penyata kewangan hendaklah
menuruti konvensyen pendedahan penuh (full disclosure) yang telah
ditetapkan dalam Financial Reporting Standards (FRS) oleh Malaysian
Accounting Standards Board (MASB). FRS telah menetapkan maklumatmaklumat minimum yang perlu dilaporkan dalam Penyata Tahunan
sesebuah syarikat.
Sumber utama maklumat yang digunakan untuk membuat analisis
termasuklah :
1. penyata pendapatan
2. kunci kira-kira
3. penyata aliran tunai
4. nota kepada penyata kewangan
5. kaedah perakaunan yang digunakan
6. keputusan-keputusan kewangan yang telah dibuat
7. laporan juruaudit
8. data kewangan untuk tahun sebelumnya untuk perbandingan

Modul P&P Analisis Penyata Kewangan

KAEDAH ANALISIS PENYATA KEWANGAN


Dua kaedah yang biasa digunakan untuk menganalisis penyata kewangan
ialah Analisis Perbandingan dan Analisis Nisbah.
ANALISIS PERBANDINGAN
Analisis perbandingan dibuat berdasarkan kepada 3 asas iaitu :
1. Asas Intera Syarikat
data-data dalam syarikat itu sendiri
dibandingkan dengan item-item yang serupa tetapi dalam tahun
yang berlainan.
2. Asas Antara Syarikat
item-item dibandingkan antara satu
syarikat dengan syarikat yang lain dalam tahun yang sama sama

Dua jenis analisis perbandingan adalah secara menegak dan secara


melintang.
Analisis menegak menganalisis komponen atau item dalam penyata
pendapatan dan kunci kira-kira menggunakan peratusan yang relatif.
Bermaksud , setiap item dibandingkan dengan satu item asas dalam
penyata pendapatan contohnya jualan bersih dan dalam kunci kira-kira
item dibandingkan dengan jumlah aset bersih.
Analisis melintang (analisis arah aliran) pula membuat perbandingan
data-data laporan kewangan dengan menggunakan satu tahun tertentu
sebagai tahun asas perbandingan. Contohnya, peratus pulangan atas
jualan tahun 2002 dan tahun 2003 dibandingkan dengan peratus tahun
2001 yang dijadikan tahun asas perbandingan.
ANALISIS NISBAH
Analisis nisbah digunakan untuk menunjukkan hubungan antara satu
kuantiti dengan kuantiti yang lain. Hubungan ditunjukkan dalam bentuk
peratus, kadar atau nisbah. Analisis nisbah boleh dibahagikan kepada :
1. Nisbah Kecairan
2. Nisbah Keberuntungan
3. Nisbah Mampu Bayar

Modul P&P Analisis Penyata Kewangan

ada syarikat itu merupakan syarikat subsidari dalam satu syarikat


induk atau syarikat yang sama industrinya tetapi secara individu.
3. Asas Purata Industri - perbandingan dibuat dengan purata industri
di mana syarikat itu beroperasi. Contoh Syarikat A (syarikat
barangan elektrik) dibanding dengan angka industri dari pelbagai
syarikat pengeluar barangan elektrik.

Nisbah Kecairan
Nisbah kecairan mengukur kemampuan jangka pendek sesebuah syarikat
untuk membayar hutang atau obligasi-obligasi mereka yang sudah cukup
tempoh dan untuk memenuhi keperluan tunai yang tidak dijangka. 5 jenis
nisbah yang digunakan dalam analisi nisbah kecairan adalah :
1. Nisbah Cepat
nisbah cepat menunjukkan hubungan antara tunai, sekuriti
boleh pasar dan penghutang bersih dengan liabiliti semasa.
ia menunjukkan kemampuan syarikat untuk membayar hutang jangka
pendeknya dengan cepat atau serta merta.
Formula :
Nisbah Cepat = Tunai + Sekuriti Boleh Pasar +
Penghutang Bersih
-------------------------------------------------

2. Nisbah Semasa
nisbah semasa menunjukkan hubungan antara aset semasa
dengan liabiliti semasa.
juga disebut nisbah modal kerja.
ia digunakan untuk menilai kecairan syarikat atau kemampuan syarikat
untuk membayar hutang jangka pendek.
Nisbah semasa yang tinggi menunjukkan kemampuan syarikat
membayar hutang jangka pendeknya dalam tempoh kurang
daripada 12 bulan.
Formula :
Aset

-------------3. Pusing Ganti Inventori


Nisbah ini mengukur secara puratanya berapa kali inventori
dijual dalam satu tempoh tertentu (biasanya 12 bulan satu
tempoh perakaunan)
Nisbah pusing ganti yang tinggi menunjukkan kekerapan
syarikat membeli inventori baru dan ini bermakna jualan
adalah baik.
Ini juga menunjukkan kecukupan inventori dan kecekapan
pengurusannya. Jika jumlah inventori yang disimpan adalah
kecil, pengurusan dianggap baik.
Formula :
Pusing Ganti Inventori (Stok) =

Modul P&P Analisis Penyata Kewangan

Nisbah Semasa =
Semasa

Kos Jualan
--------------------Stok Purata

** Stok purata = stok awal + stok akhir


2

4. Pusing Ganti Akaun Belum Terima


Nisbah ini mengukur berapa kali secara puratanya
penghutang boleh dikutip dalam satu-satu tempoh.
Menunjukkan cepatnya aset semasa ditukarkan kepada tunai.
Ini juga menunjukkan kecekapan syarikat dalam aktiviti
pemberian kredit dan pengutipan hutang.
Semakin tinggi nisbah pusing ganti Akaun Belum Terima maka
semakin
cekap
syarikat
dalam
mengendalikan
penghutangnya.
Formula :
5

Pusing Ganti Akaun


Jualan Bersih
Jualan tunai
Belum
Terima
=
---------------------------------------------------------5. Purata Tempoh Kutipan
menunjukkan purata bilangan hari untuk mengutip hutang.
Tujuannya untuk menilai keberkesanan polisi kredit dan polisi
pengutipan yang diamalkan oleh syarikat.
Formula :
365 hari
-------------------------------

--------------

Pusing Ganti Akaun


Polisi pengutipan dianggap berkesan jika purata tempoh
kutipan sama atau hampir sama panjang masanya yang
dibenarkan dalam syarat jualan kredit.

Contoh :
Syarikat Menara Persada Berhad
Penyata Pendapatan Berbanding bagi tahun berakhir 31 Disember

Jualan (bersih)
Tolak : Kos Jualan
Untung Kasar
Belanja-belanja operasi
Belanja faedah
Belanja cukai pendapatan
(28%)
Jumlah Perbelanjaan
Pendapatan Bersih

2004 (RM)
592 500
(370 500)
222 000
165 000
11 250
12 810

2003 (RM)
579 750
(342 000)
237 750
180 750
16275
11 403

189 060
32 940

2208 428
29 322

Modul P&P Analisis Penyata Kewangan

Purata Tempoh Kutipan =

Syarikat Menara Persada Berhad


Kunci Kira-kira Berbanding bagi tahun berakhir 31 Disember

Aset Semasa
Tunai
Sekuriti Boleh Pasar
Akaun Belum Terima (Bersih)
Inventori
Belanja Terdahulu
Jumlah Aset Semasa
Aset Tetap
Loji dan Peralatan

2004 (RM)

2003 (RM)

15
15
59
157
3
250

113
18
55
152
3
243

000
750
250
500
000
500

120 000

500
750
500
250
750
750

105 750

Liabiliti Semasa
Akaun Belum Bayar
Nota Belum Bayar
Jumlah Liabiliti Semasa
Liabiliti Jangka Panjang
Bon Belum Bayar
Jumlah Liabiliti
Ekuiti Pemegang Saham
Saham Keutamaan
Saham Biasa, nilai tara RM1.50
sesyer
Modal berbayar tambahan
Pendapatan tertahan
Jumlah Ekuiti Pemegang
Saham
Jumlah Liabiliti dan Ekuiti

370 500

349 500

57 750
30 000
87 750

48 000
22 500
70 500

105 000
192 750

105 000
175 500

30 000
97 500

30 000
97 500

26 250
24 000
177 750

26 250
20 250
174 000

370 500

349 500

Maklumat tambahan :
dalam tahun 2004, Syarikat Menara Persada Berhad telah
mengisytihardan membayar dividen tunai ke atas saham
keutamaan sebanyak RM1 200. Dividen saham keutamaan
tahun 2003 adalah RM1 100.
Pemegang saham biasa pula menerima dividen tunai
sebanyak RM9 000 bagi tahun 2004 dan RM8 000 bagi tahun
2003.
Pada 31 Disember 2003, harga pasaran saham biasa ialah
RM10.50 sesaham dan pada 31 Disember 2004 ialah
RM12.00 sesaham.
a) Nisbah Cepat
2004

2003

b) Nisbah Semasa
2004

2003

Modul P&P Analisis Penyata Kewangan

Jumlah Aset

2003

** andaian inventori awal 2003 RM149 000

d) Pusing Ganti Akaun Belum Terima


2004
2003

Modul P&P Analisis Penyata Kewangan

c) Pusing Ganti Inventori


2004

** andaian : jualan tunai tahun 2004 =RM222 500, tahun 2003 =RM250 000 dan ABT awal tahun 2003 = RM53 000

e) Purata Tempoh Kutipan


2004

2003

Margin Untung

Pendapatan Bersih
------------------------------

Modul P&P Analisis Penyata Kewangan

Nisbah Keberuntungan
Nisbah keberuntungan digunakan untuk mengukur hasil atau keupayaan
operasi sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu. Nisbah yang berkaitan
dengan keberuntungan adalah :
1. Margin Untung
digunakan untuk mengukur peratusan setiap ringgit hasil
bersih daripada jualan bersih bagi suatu tempoh.
Formula :
x

100
2. Pusing Ganti Aset
digunakan untuk mengukur keberkesanan / keefisienan
perniagaan menggunakan asetnya untuk menjana jualan.
Formula :
Pusing Ganti Aset

Jualan Bersih
------------------------Aset Purata

3. Pulangan Atas Aset


mengukur keberuntungan syarikat secara keseluruhan.
Formula :
Pulangan Atas Aset

Pendapatan Bersih
--------------------------

-- x 100
9

Pulangan atas Ekuiti


Pemegang
------------------------------

=
Pendapatan Bersih
Saham
Biasa
x 100
Purata Ekuiti

5. Perolehan Sesaham
mengukur amaun pendapatan bersih yang diperoleh oleh
syarikat bagi setiap saham biasa yang diterbitkan.
Formula :
Perolehan Sesaham

Pendapatan Bersih
--------------------------

-----------

Modul P&P Analisis Penyata Kewangan

4. Pulangan Atas Ekuiti Pemegang Saham


mengukur keberuntungan pemegang saham biasa.
ia menunjukkan amaun pulangan yang diperoleh bagi setiap
ringgit yang dilaburkan oleh pemilik atau pemegang saham
biasa
Formula :

6. Nisbah Harga Perolehan


mengukur harga pasaran setiap saham biasa berbanding
dengan perolehan sesaham syarikat.
ini menggambarkan penilaian pelabur terhadap perolehan
syarikat pada masa akan datang.
Formula :
Nisbah Harga Perolehan
Saham biasa

Harga Pasaran
-----------------------

7. Nisbah Bayar Keluar (Kadar Hasil Dividen)


mengukur peratusan perolehan syarikat yang diagihkan dalam
bentuk dividen tunai.
syarikat yang mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi
akan mencatatkan nisbah bayar keluar yang rendah kerana
10

Nisbah bayar keluar

Dividen tunai
------------------------Pendapatan Bersih

Nisbah Mampu Bayar


Nisbah mampu bayar mengukur kemampuan dan keupayaan sesebuah perniagaan
untuk meneruskan operasinya dalam jangka masa panjang. Nisbah yang berkaitan
dengan keberuntungan adalah :
1. Nisbah Hutang Atas Jumlah Aset
digunakan untuk mengukur peratusan jumlah aset yang
diperoleh melalui pembiayaan pemiutang.
Formula :
Nisbah Hutang Atas Jumlah Aset
Liabiliti

Modul P&P Analisis Penyata Kewangan

sebahagian besar daripada pendapatan bersih syarikat akan


dilaburkan semula.
Formula :

Jumlah
----------

2. Bilangan Perolehan Faedah (Nisbah Liputan Faedah)


mengukur kemampuan syarikat untuk memenuhi keperluan
pembayaran faedah apabila pembiayaan seperti pinjaman
mencapai tempoh matang.
semakin tinggi bilangan perolehan faedah, semakin kukuh
kedudukan syarikat.
Formula :
Bilangan perolehan faedah
Belanja Faedah

= Pendapatan Sebelum Cukai dan


---------------------------------------

11

3. Nisbah Hutang Atas Ekuiti


mengukur peratusan jumlah ekuiti yang dibiayai oleh hutang.
semakin rendah nisbah hutang atas ekuiti , semakin tinggi
kemampuan syarikat membayar semula kepada pemegang
saham.
Formula :
Nisbah Hutang Atas Ekuiti

Jumlah Liabiliti
---------------------

x 100

LIMITASI ANALISIS PENYATA KEWANGAN


Walaupun analisis penyata kewangan banyak memberi menfaat kepada
pihak-pihak berkepentingan sama ada luaran atau dalaman, analisis ini
juga mempunyai beberapa kekangan atau kelemahan. Antaranya :
1. apabila perbandingan dibuat antara satu firma dengan satu firma
yang lain, pastinya setiap firma mempunyai perbezaan dari segi
penggunaan
pelbagai
kaedah
untuk
menilai
serta
mempersembahkan item-item dalam penyata kewangan. Misalnya
untuk penilaian inventori, ada syarikat menggunakan kaedah MDKD
dan ada yang menggunakan kaedah MKKD menyebabkan nilai
inventori akhir tidak dapat dbandingkan dengan tepat.

Modul P&P Analisis Penyata Kewangan

2. data penyata kewangan yang digunakan sebagai asas pengiraan


dinyatakan pada nilai kos sejarah dan bukannya pada nilai semasa.
Ini bermakna keputusan yang akan dibuat untuk tindakan pada
masa akan datang adalah berdasarkan kepada prestasi lepas.
3. penyata kewangan mengandungi banyak data yang diperoleh
melalui anggaran contohnya peruntukan hutang ragu dan susutnilai.
Ini mengakibatkan pengiraan menjadi tidak tepat.
4. bagi syarikat yang mempunyai pelbagai subsidiari pastinya setiap
subsidiari menjalankan perniagaan yang berbeza dengan syarikat
lain. Oleh itu nisbah seperti pusing ganti inventori adalah tidak
selaras.

12

5. masalah kemanusiaan juga membataskan pemilihan nilai-nilai untuk


dianalisis dan penilaian dalam membuat keputusan pastinya tidak
sama.

7. firma yang berlainan akan mempunyai pola pemilikan aset yang


berbeza walaupun dalam industri yang sama, contohnya syarikat
yang menyewa bangunan dan memiliki bangunan sendiri. Nilai aset
juga mungkin tidak dapat dibandingkan sekiranya sebuah syarikat
itu telah membuat penilaian semula aset pada tahun tersebut tetapi
syarikat yang dibandingkan belum membuat penilaian semula
asetnya pada tahun yang sama.

Modul P&P Analisis Penyata Kewangan

6. kesan perubahan harga juga memberi kesan ke atas penilaian


analisis.

13

You might also like