Majalah Maskulin - Lelaki Mesti Faham Wanita

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MAJALAHMASKULIN

LelakiMestiFahamWanita
Oleh:Dr.Hj.TengkuAsmadibinTengkuMohamad
drasmadi@maptraining.com.my
Apabila bercakap tentang lelaki maka ramai wanita akan
mengatakan bahawa orang lelaki ini egonya tinggi. Susah nak
minta maaf, tidak mahu mengalah, dia sahaja yang betul, susah nak
ditegur, tidak boleh diajak berbincang, tidak faham hati wanita dan
pelbagai lagi definisi lelaki di mata wanita. Sebagai seorang lelaki,
saya akui memang ada benarnya apa yang dikatakan itu tetapi
dalam masa yang sama orang perempuan juga perlu tahu bahawa
ego itulah yang membuatkan seseorang itu mempunyai sifat lelaki
yang tulin lagi maskulin, ahem!. Cuma mungkin kalau keterlaluan
maka sifat ego itu boleh membawa kemusnahan dan kemudaratan
kepada sebuah perhubungan. Apa juga sifat yang ada pada lelaki,
perlu dipakai secara sederhana dan tidak berlebihan.
Sebenarnya, bukan susah sangat memenangi hati wanita. Orang
perempuan ni mereka cuma perlukan seorang lelaki yang tahu
menghormati dan menghargai dirinya. Mereka mahu kita lafazkan
penghargaan itu selalu dan sesekali berikannya kejutan dengan
memberikan hadiah-hadiah. Mungkin tidak mahal tetapi istimewa.
Malah sekuntum bunga sudah cukup besar nilainya di hati seorang
wanita. Hmm.. cakap memang mudah tetapi kesibukan lelaki sering
membataskan dirinya melakukan perkara sebegitu.
Orang perempuan juga mahu seorang lelaki yang dia rasakan
selamat apabila berada di sisinya. Maknanya, dia mahukan lelaki
yang sentiada ambil tahu, ambil berat, bertanya khabar dan mampu
menjaga keperluan zahir dan batinnya. Orang perempuan juga
mahukan seorang lelaki yang boleh menjadi temannya. Tempat
untuknya bercerita dan berbicara agar hati tidak terasa sunyi. Yang
terakhir,
orang
perempuan
mahu
lelaki
yang
boleh
membimbingnya.
Tanyalah pada mana-mana wanita, lelaki
bagaimana yang mahu dipilihnya sebagai suami, pasti salah satu
cirinya ialah lelaki yang beriman dan yang boleh membimbingnya.
Apabila apa yang dimahukan oleh seorang wanita itu tidak
diperolehi maka mereka mula meluahkannya sama ada melalui
kata-kata atau bantahan emosi.
Mulalah mereka membebel,
mengkritik, merajuk, meragam, merengek dan bermacam lagi.
Orang lelaki pula mula naik rimas. Malah apabila perangai sebegini
berlaku secara kerap atau keterlaluan ada yang mula naik
menyampah. Ketika ini komunikasi berkesan sukar diwujudkan.
Ramai suami apabila isterinya bertindak sebegini akan mengambil
langkah mudah seperti membatukan diri, mentulikan telinga atau
marah isterinya kembali. Inilah yang wanita katakan sebagai ego
itu tadi. Sebenarnya apa yang berlaku ialah suami tidak faham

isteri dan isteri juga tidak faham suaminya.


Malah kalau sudah
sepuluh tahun berkahwin sekalipun kita belum kenal sepenuhnya
pasangan kita itu.
Disebabkan majalah ini adalah untuk lelaki maka adalah lebih sesuai
dibincangkan bagaimana seorang lelaki boleh memahami hati
seorang wanita lalu memecah keegoannya dan menjadi lelaki
idaman Malaya. Fuhh.. hebat.
Berikut adalah beberapa perkara yang lelaki perlu faham:
1) Wanita bisingnya cuma sekejap sahaja. Kalau degil sekali pun
seperti kerak nasi sahaja. Apabila kena air lembutlah. Oleh
itu jadilah air baginya. Pujuk dia dan peluk dia (pada isteri
sahaja). Tidak perlu jelaskan apa-apa sebab alasan rasional
tidak mempunyai sebarang makna ketika dia sedang marah.
2) Wanita kebanyakkannya sangat setia.
Kalau dia sudah
sayang seorang lelaki maka itulah orangnya sampai akhir
hayat. Bukan tiada yang tidak jujur tetapi bilangan yang setia
pada cinta itu lebih ramai lagi. Oleh itu, balaslah kesetiaan si
dia itu dengan memberikannya kasih sayang yang
sepenuhnya.
3) Wanita apabila merajuk sebenarnya mahukan perhatian.
Bergaduh dan bertengkar dengannya kerana dia merajuk
hanyalah buang masa dan tenaga. Biarkannya seketika dan
cari cara manjakan dia, selesailah tu.
4) Wanita seorang yang tidak mudah lupa. Walau pun hari ini
dia kata yang dia sudah maafkan kita namun yakinlah dia
tidak mudah lupa. Apabila ada isu lagi nanti, isu-isu lain yang
sebelum ini semuanya diungkit dan disebutnya semula.
Banyak perkara yang disebut itu nanti kita orang lelaki pun
dah lupa. Tetapi wanita tidak lupa. Cerita sepuluh tahun
yang lalu pun mungkin masih lagi boleh diceritakannya
kepada kita. Oleh itu, usah terlalu fikirkan atau layan sangat
kerenahnya. Fokus kepada isu dan usah cepat melatah.
Sebab wanita kebiasaannya akan cepat sejuk.
5) Wanita hatinya sangat tabah dan jiwanya amat kuat. Kalau
wanitalah yang berpoligami mungkin sudah ramai lelaki
bunuh diri atau berperang. Tapi kerana lelaki yang boleh
berpoligami maka wanita boleh mengharungi semua itu.
Seorang wanita boleh hidup tanpa lelaki dan membesarkan
anak-anaknya apabila berpisah dengan suami tetapi seorang
lelaki belum tentu boleh hidup tanpa isteri dan menguruskan
anak-anaknya dengan baik sebagai bapa tunggal.

6) Wanita apabila diberikan kasih sayang sanggup melakukan


apa sahaja untuk lelaki apatah lagi kalau lelaki itu suaminya.
Wanita sanggup berkorban untuk suaminya. Seorang isteri
boleh bekerja di bawah suaminya dan membantunya dalam
perniagaan meski pun tidak dibayar gaji.
Asal sahaja dia
tahu suaminya sayangkan dia, itu sudah cukup baginya.
Bukanlah bermakna kita lelaki boleh ambil kesempatan atas
sikap mulianya ini cuma kita perlu tahu bahawa wanita boleh
sampai sebegitu tahap pengorbananya. Oleh itu hormatilah
dirinya dan letaklah nilai wanita di tempat yang tinggi.
7) Wanita cemburunya sangat tinggi oleh itu perlu kendalikan
rasa cemburunya itu dengan berhati-hati dan bijaksana.
Jelaskan padanya dengan baik dan dia boleh memahaminya.
Kadang-kadang wanita tidak percaya lelaki sebab lelaki itu
ada sejarahnya. Oleh itu sebagai lelaki, kitalah yang perlu
buktikan yang kita boleh dipercayai bukan menagih dan
memaksa seorang wanita untuk mempercayai kita.
8) Bagi wanita seks bukan segala-galanya. Bukan bermakna ia
tidak penting baginya cuma ada lebih banyak lagi perkara
yang lebih penting selain itu.
Oleh itu usah sesekali cuba
mendekati wanita untuk mengambil kesempatan atasnya.
Tapi itulah yang berlaku. Di laman-laman sosial ramai lelaki
yang nampak terdesak dengan mendekati wanita dengan
menawarkan seks atau menghamburkan kata-kata berbaur
lucah.
Betapa rendah dan murahnya nilai lelaki yang
sebegitu.

You might also like