Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Kata Hubung

1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan

perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a) kata hubung gabungan,
(b) kata hubung pancangan,
(c) kata hubung berpasangan.
3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta
penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Hubung Gabungan / Pancangan
Contoh
Ayat Contoh
agar
Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
apabila
Mukanya pucat apabila disoal.
atau
Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa
Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
dan
Leela dan Siu Lan berjiran.
hingga
Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
Jika
Saya berpayung jika hujan.
Jikalau
Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecuali
Semua murid Nadir kecuali Gopal.
kerana
Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu
Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil
Zalifah bernyanyi sambil menari.
serta
Zahid serta abangnya menonton wayang.
semenjak Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.
supaya
Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai.
walaupun Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.
tetapi
Badannya besar tetapi penakut.

Penanda Wacana
Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi
mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis
ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda
wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak
mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti
berikut:

Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di
samping
Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu,
akhirnya
Penyataan semula : iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan
Contoh : contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata,
sebagai
Rumusan : rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai
penyimpul kata
Tempat : berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan
Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan,
lambat-laun, akhirnya
Sebab dan kesan : oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu
Bandingan : seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan
Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu,
bertentangan dengan
Pengesahan : sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah,
sememangnya

Set Perkataan

kasut sukan

tiang gol

pemukul
hoki

bola

topi
keselamatan

jam tangan

pad kaki

air minuman

pelindung
muka

sarung
tangan

Nama :

Kelas :

Tarikh :

Bina satu cerita pendek berdasarkan turutan gambar bersiri yang ditunjukkan di bawah.

______________________________________________________________________

You might also like