Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Sekapur Sireh

Kegagalan calon-calon STPM menjawab soalan kajian kes dengan baik, telah mendorong kami
guru-guru pengajian perniagaan Daerah Segamat, Kluang dan Pontian untuk menyediakan lebih
banyak contoh-contoh soalan kajian kes. Soalan kajian kes merangkumi 30% dari markah
keseluruhan bagi setiap penggal peperiksaan dan kegagalan menjawab soalan ini akan memberi
kesan kepada prestasi keseluruhan keputusan pengajian perniagaan. Atas rasa kesedaran ini,
maka kami telah berusaha untuk mengumpulkan bahan-bahan dari pelbagai sumber untuk
mendapatkan laporan berita yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh
pelbagai syarikat ternama. Laporan berita ini kami olah semula untuk disesuaikan dengan
keperluan penyediaan soalan kajian kes .
Adalah menjadi harapan kami, dengan penerbitan Modul Item Kajian Kes Pengajian Perniagaan
ini, dapat membantu calon-calon STPM dalam persediaan menghadapi peperiksaan Penggal 1,
Penggal 2 dan Penggal 3 khusus bagi menjawab soalan kajian kes. Modul ini sesuai digunakan
sebagai latih tubi kepada calon-calon STPM bagi membiasakan mereka dengan soalan sebenar
dalam peperiksaan STPM yang akan mereka hadapi. Disamping itu Modul ini juga menyediakan
skema jawapan bagi setiap soalan kajian kes sebagai panduan dan contoh kepada pelajar
bagaimana untuk menjawab soalan kajian kes.
Semoga usaha yang tidak seberapa ini dapat membantu meningkatkan peratus kelulusan subjek
Pengajian Perniagaan dalam peperiksaan STPM khususnya bagi daerah Segamat, Kluang dan
Pontian dan negeri Johor amnya.

You might also like