Me: Kualitipendidikanprasekolah-150107103727-Conversion-Gate01.doc 150107103727 Conversion Gate01

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 104

TAJUK 1 : KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

SINOPSIS
Unit ini mengandungi maklumat berkaitan dengan kualiti pendidik prasekolah yang
menjurus kepada kecekapan dalam pengurusan pusat prasekolah

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :
1. Mengenalpasti pengetahuan asas yang profesional dalam

pengurusan pusat

kanak-kanak serta melaksanakannya dalam pentadbiran sebagai seorang


pengurus.
2. Mengenalpasti proses guru sebagai model dan pembelajaran sepanjang hayat.
3. Mengintergrasikan kesedaran kendiri peribadi dan profesional dalam pengajaran
dan pembelajaran kanak-kanak.

KERANGKA TAJUK-TAJUK
Definisi
Pengetahuan Asas Guru yang Profesional

KUALITI
PENDIDIK
PRASEKOLAH

Guru Sebagai Model


Belajar Sepanjang Hayat
Kesedaran Kendiri Peribadi dan profesional

KONSEP KUALITI

Kualiti

adalah

keseluruhan

ciri-ciri

dan

sifat-sifat

sesuatu

poduk

atau

perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang tersurat atau tersirat. Antara
contoh ciri-ciri kualiti bagi produk ialah mudah diperolehi, tahan lama, bersih,
selamat, boleh diuji, boleh dikesan dan mudah diangkut.
Manakala kualiti dalam perkhidmatan pula mempunyai ciri-ciri kualiti bagi
sesuatu perkhidmatan

adalah seperti keselesaan, kesopanan, kecekapan,

keberkesanan, jujur, kebolehpercayaan, cepat, responsif dan keselamatan


(Hairuddin Mohd Ali etc. al, 1999)
Berdasarkan konsep kualiti sama ada dari aspek produk atau perkhidmatan
dapat kami rumuskan bahawa kualiti dalam pendidikan dapat disimpulkan
sebagai satu sistem pengembangan ilmu yang diberi penekanan kualiti dalam
melahirkan produk atau pelajar yang berkembang secara menyeluruh hasil
daripada perkhidmatan atau proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung yang disediakan oleh guru bagi memenuhi kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
DEFINISI KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH.
Dalam konteks pendidikan prasekolah pula, kualiti dalam pendidikan bukan
sahaja memberikan peluang kenak-kanak belajar malah memberi kanak-kanak
peluang untuk meneroka alam persekitaran mereka bagi mendapatkan
pengalaman berharga tanpa memikirkan risiko atau kebarangkalian berlakunya
kecederaan atau kemalangan. Jesteru, guru memainkan peranan dengan utama
dengan memastikan kanak-kanak berpeluang meneroka dengan menyediakan
sebuah premis belajar yang kondusif selaras dengan pernyat aan Juran (1995),
bahawa kualiti dalam pendidkan prasekolah bukan memberi tumpuan kepada
bagaimana persekitaran dirancang tetapi penubuhan prasekolah adalah sebuah

tempat yang bersedia mencabar kanak-kanak supaya merka berpeluang


memenuhi niat dan matlamat kehidupan mereka.
Pengetahuan asas guru yang profesional
Sebagai seorang guru prasekolah yang berprofesional ianya perlu memahami
perkara-perkara berikut:

Akta kanak-kanak 2001 (akta 611)


Akta 550
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Konsep Pendidikan prasekolah
Matlamat Pendidikan prasekolah
Objektif Pendidikan Prasekolah
Pendekatan Pengajaran dan pembelajaran Prasekolah
Teori Perkembangan kanak-kanak
Amalan yang Bersesuaian dengan perkembangan Kanak-kanak.

GURU SEBAGAI MODEL:

Dalam proses pendidikan, guru tidak hanya menjalankan fungsi alih ilmu
pengetahuan (transfer of knowledge) tetapi juga berfungsi untuk menanamkan
nilai (value) serta membangunkan karakter (Character Building) kanak-kanak
secara berterusan.
Menurut Ragbir Kour (2007) guru sebagai model harus membentuk murid-murid
untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi.
Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental.
Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan
sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik
dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai
dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai
murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan
diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam

akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru
berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui
amalan-amalannya di dalam bilik darjah.

BELAJAR SEPANJANG HAYAT

KESEDARAN KENDIRI PERIBADI DAN PROFESIONAL


(PERSONAL AND PROFESIONAL SELF-AWARENESS)
profesional yang reflektif
boleh menilai kekuatan kelemahan peribadi
boleh menerima pandangan /idea baru

TUGASAN:
Bincangkan dalam kumpulan sejauh manakah seorang guru prosekolah boleh meningkatkan
kesedaran kendiri peribadi dan profesionalnya dengan berdasarkan fakta-fakta berikut:

profesional yang reflektif


boleh menilai kekuatan kelemahan peribadi
boleh menerima pandangan /idea baru

TAJUK 2 : KECEKAPAN PENGURUSAN


SINOPSIS
Unit ini mengandungi maklumat berkaitan dengan kecekapan pengurusan yang
menjurus kepada pengurusan organisasi, kewangan, personel dan pengurusan
kemudahan.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :
1. Mengenalpasti pengurusan organisasi yang .
2. Mengenalpasti proses pemasaran dan kemahiran menjalin perhubungan awam
perkhidmatan makanan dengan berkesan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK
Pengurusan organisasi

Pengurusan kewangan
KECEKAPAN
PENGURUSAN
Pengurusan Personel

Pengurusan kemudahan

KECEKAPAN PENGURUSAN
DEFINISI PENGURUSAN
Satu proses aktiviti tadbirurus untuk merancang,mengorganisasi, memimpin dan
mengawal sumbersumber secara cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat
organisasi yang telah ditetapkan.
KONSEP PENGURUSAN
Organisasi
Manusia bekerja bersama dan menyelaraskan tindakan mereka bagi mencapai
matlamat mereka.
Matlamat
Sasaran yang ditetapkan untuk dicapai oleh organisasi pada masa hadapan.
Pengurusan
Proses menggunakan semua sumber organisasi bagi mencapai matlamat organisasi
dengan melakukan fungsifungsi pengurusan
Pengurusan Organisasi
1.Mengetahui dan menghayati pelbagai peraturan dan sistem dalam pengurusan pusat
pendidikan awal kanak-kanak.
2.Menjalankan pengurusan tadika berdasarkan garis panduan dan peraturan yang telah
ditetapkan.
3.Menyediakan kemudahan yang sewajarnya untuk pendidikan awal kanak-kanak.
.
CIRICIRI ORGANISASI
1.Mempunyai identiti tersendiri.
2.Mempunyai hierarki atau tingkat autoriti.
3.Mempunyai struktur organisasi atau pembahagian kerja.
4.Mempunyai peraturan, dasar, prosedur dan sistem hubungan bagi menjalankan
aktiviti.

PENGURUSAN KEWANGAN
Pengurusan
kewangan
merupakan
satu
daripada
pengurusan
yang
dipertanggungjawabkan kepada guru-guru Prasekolah untuk diurus dengan cekap dan
berakauntabiliti.
Kewangan
Kewangan adalah satu bahan pengantaraan dan ditukar ketika membeli sumber yang
diperlukan untuk membangun pusat pendidikan awal kanak-kanak. Untuk menukarkan
idea menjadi tindakan yang akhir yang terbina pusat pendidikan awal kanak-kanak,
beberapa jenis sumber perlu digabungkan dengan betul. Sumber adalah pasif sehingga
idea manusia dan tenaga manusia menggerakkannya dan digunakan untuk mencapai
matlamat mereka.
Empat kategori sumber yang diperlukan untuk membina sebuah pusat pendidikan
kanak-kanak, berdasarkan formula MESH.
a. M (material)
-

Untuk bahan yang digunakan di pusat tersebut.

b. E (equipment)
-

Untuk peralatan termasuklah alat mainan, dapur, pejabat, pengangkutan


dan hiasan.

c. S (space)
-

Untuk tempat (ruang) termasuklah bangunan, taman permainan dan


susunan hiasan. Termasuk juga insuran.

d. H (human)
-

Untuk tenaga manusia termasuklah pengetahuan, kemahiran dan


kebolehan semua untuk membentuk dan menyampaikan perkhidmatan.

Pengendalian pusat pendidikan awal kanak-kanak memerlukan pengagihan


kewangan yang bijaksana. Kealpaan dan pengagihan dan mengurus kewangan
yang ada akan mendatangkan masalah dan menjejaskan pelaksanaan
pembelajaran di pusat pendidikan ini. Oleh itu pengurusan kewangan yang baik
dan teratur hendaklah dirancang dan sentiasa dikemas kini.

Peruntukan kewangan
Bagi prasekolah Kementerian Pelajaran, peruntukan kewangan diperolehi melalui
beberapa sumber seperti berikut;
Pemberian Bantuan Per Kapita ( Per Capita Grant - PCG )
Peruntukan ini hendaklah dibelanjakan pada tahun semasa dan tidak melebihi 10%
daripada jumlah asal PCG yang diterima dalam tahun berkenaan yang dibenarkan
dibawa ke tahun hadapan. Peruntukan ini hendaklah diakaunkan ke dalam Buku Tunai
Kumpulan Wang Kerajaan.
Maksud Perbelanjaan Bantuan Per Kapita Prasekolah
a. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran.
b. Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah serta
penyelenggaraan komputer dan lain-lain peralatan bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran.
c. Pembelian buku rujukan, ensaiklopedia, perisian, video tape dan lain-lain yang
bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
d. Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan
kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan
atau hari persekolahan ( misalnya melawat Zoo pada hari persekolahan semasa
tema Haiwan Liar, melawat Muzium semasa tema Masyarakat, Negeri dan Negara,
melawat Taman Bunga semasa tema Bunga atau melawat ke dusun buah-buahan
semasa tema Buah-buahan )
e. Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.
Pemberian Bantuan Makanan Pelajar
Kadar bantuan makanan adalah sama di semua kelas prasekolah seluruh negara.
Peruntukan Makanan
Perancangan Tahunan Perbelanjaan Peruntukan Wang Makan
Perancangan ini hendaklah disediakan sebelum penggal persekolahan bermula tiaptiap tahun. Suatu perancangan perbelanjaan tahunan perlu disediakan bagi
membolehkan pihak pengurusan prasekolah mengetahui jumlah wang yang diperlukan
bagi bulan/penggal tertentu. Perancangan tahunan ini dapat dijadikan panduan kepada
pihak pengurusan prasekolah bagi mengeluarkan wang peruntukan terlebih dahulu
kepada guru prasekolah, bagi keperluan membeli bekalan makanan/minuman, untuk
bulan tertentu. Guru tidak perlu menggunakan wang peribadi terlebih dahulu untuk
perbelanjaan makan/minum murid-murid. Di prasekolah Kementerian Pelajaran, makan
minum murid-murid prasekolah hendaklah diuruskan dan disediakan oleh
guru/pengasuh kelas prasekolah yang bertugas. Pihak pengurusan prasekolah tidak

dibenarkan sama sekali menggunakan perkhidmatan kantin/koperasi sekolah dalam


pengurusan/penyediaan makan minum murid-murid prasekolah .
Penyata Kewangan Bulanan
Di prasekolah Kementerian Pelajaran, status penyata kewangan bagi catatan
penerimaan dan perbelanjaan wang peruntukan yang diterima oleh guru /pengasuh
daripada Guru Besar (sebagaimana perancangan tahunan), perlu disediakan oleh
guru/pengasuh secara kemaskini tiap-tiap bulan. Penyata ini perlu disemak dan
ditandatangani oleh Guru Besar pada akhir bulan dan dianggap sebagai dokumen
sokongan bagi pengurusan perbelanjaan wang peruntukan prasekolah. Ianya wajar
diteliti dan diperiksa oleh audit sekolah. Penyata kewangan ini perlu disediakan di
dalam suatu buku tunai khas.

Peruntukan Makanan
1.

Perancangan Peruntukan Makanan/Minuman

2.

Perancangan Menu Bulanan

3.

Anggaran Perbelanjaan
i. Bahan Basah
ii. Bahan Kering

4.

Tuntutan Perbelanjaan Bulanan

5.

Buku Tunai

6.

Fail Kewangan

- Pendapatan & Perbelanjaan

- Surat Tuntutan Perbelanjaan


- Baucer Bayaran (sertakan resit)

Perbelanjaan wang LPBT Kelas Prasekolah


Perbelanjaan wang LPBT di kelas Prasekolah adalah untuk tujuan seperti berikut;
1.
2.
3.
4.
5.

Bayaran bil telefon, air, eletrik, telegram, internet dan pembentungan.


Pembaikan kecil kelas.
Penyelengggaran perabot dan peralatan kelengkapan kelas termasuk komputer.
Perkhidmatan percetakan untuk bahan pengajaran dan pembelajaran.
Perkhidmatan pengiklanan (misalnya membuat banner bagi memaklumkan
kepada khalayak tentang pendaftaran dan kemasukan murid prasekolah pada

6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.

tahun berikutnya )
Pengangkutan barang-barang
Pembelian bahan bakar, bahan habis guna dan ubat ( misalnya kelas anda
kehabisan gas dan anda perlukannya segera maka tambang teksi untuk
mengambil gas boleh dituntut kepada sekolah )
Perbelanjaan bagi keraian yang melibatkan lawatan pihak luar atas urusan
rasmi.
Perolehan harta modal melebihi RM10,000 perlu mendapat kelulusan Ketua
PTJ, manakala pembelian komputer mesti mendapat kelulusan daripada
Jawatankuasa Maklumat Pengkomputeran Kementerian.
Bayaran yuran kursus bagi guru prasekolah.
Perbelanjaan untuk keceriaan / kesihatan murid dan keselamatan kelas.
Bayaran teksi bagi urusan kecemasan berdasarkan kelayakan tambang teksi.
Pengangkutan murid dan bayaran insuran untuk murid dan guru pengiring untuk
aktiviti sukan dan karnival prasekolah.

Panjar Wang Runcit (PWR)


Ia merupakan sejumlah wang yang membolehkan Pengurus Sekolah membuat
pembayaran kecil dengan segera dan perbelanjaan runcit tanpa
mempertanggungkannya terlebih dahulu kepada butiran perbelanjaan. Ia boleh juga
digunakan bagi memberi pendahuluan wang tunai segera kepada guru yang
memerlukan untuk membayar perbelanjaan aktiviti kelas.
Belian dengan bil tidak melebihi RM100.00 boleh dituntut menggunakan PWR.
Geran Pelancaran
Peruntukan ini diberi oleh Bahagian Pembangunan dan Perolehan Kementerian
Pelajaran kepada kelas prasekolah dan sekolah yang baru beroperasi. Ia bertujuan
membantu pengurusan sekolah bagi memulakan operasi pentadbiran kelas. Kadar
adalah ditentukan mengikut kategori sekolah mengikut garis panduan yang disediakan
oleh KPM. Bantuan ini akan diakaunkan ke dalam Buku Tunai Kumpulan Wang
Kerajaan di bawah lajur Pelbagai dengan menyelenggarakan Akaun Subsidiari.
Pengurus sekolah boleh menggunakan peruntukan ini untuk pembelian bahan yang
telah
disenaraikan
oleh
BPP,
KPM
semasa
peruntukan
diberi.
Untuk bacaan selanjutnya, rujuk Surat Pekeliling kewangan Bil. 5 Tahun 2002
Lampiran B perkara A dan Lampiran C Jadual 1dalam Buku Tatacara Pengurusan
Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah terbitan Bahagian Kewangan
Kementerian Pelajaran Malaysia Putrajaya Edisi Keempat - Tahun 2005.

PENGURUSAN PERSONEL

Menyediakan /menggaji pekerja yang berpotensi tinggi / berkelayakan

Mengekalkan pekerja yang cekap

Memantau keupayaan guru/pembantu

Rancangan perkembangan staf untuk membina bakat dan profesionalise pekerja

PENGURUSAN KEMUDAHAN

Bertanggung jawab menyediakan ruang pembelajaran

Penyediaan kemudahan, perabot dan peralatan

Merancangkan spesifikasi dan susun atur

Ruang selamat, selesa dan sesuai dengan prinsip perkembangan kanak-kanak.

TAJUK 3 : KECEKAPAN HUBUNGAN


SINOPSIS
Unit ini mengandungi maklumat berkaitan dengan kecekapan hubungan yang menjurus
kepada hubungan kemanusiaan dan kecekapan dalam pemasaran dan perhubungan
awam.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :
1. Mengenalpasti hubungan kemanusiaan yang bersesuaian dengan pengurusan
pusat kanak-kanak serta melaksanakannya dalam pentadbiran sebagai seorang
pengurus.
2.Mengenalpasti proses pemasaran dan kemahiran menjalin perhubungan awam
perkhidmatan makanan dengan berkesan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK
Hubungan Kemanusiaan
KECEKAPAN
HUBUNGAN
Pemasaran dan Perhubungan Awam

HUBUNGAN KEMANUSIAAN (HUMAN RELATIONS)


Hubungan Kemanusiaan, teori hubungan antara manusia, teori hubungan kerja
kemanusiaan, atau the human relation theory. Hubungan antara manusia dan
hubungan kemanusiaan kedua-duanya merupakan terjemahan dari istilah bahasa
inggris human relations. Hubungan antara manusia dengan hubungan kemanusiaan
sesungguhnya mempunyai pengertian yang tak sama. Hubungan antara manusia
merupakan antara personal yang bersifat lahiriah saja, kurang memperhatikan aspek
kejiwaan. Sehingga tidak memberikan kepuasan psikologis. Sesuatu hubungan
dikatakan mempunyai hubungan kemanusiaan, apabila hubungan tersebut dapat

memberikan kesedaran dan pengertian. Sehingga pihak lain (yang menerima informasi)
merasa puas.
Pengertian hubungan kemanusiaan dapat diklasifikasi kepada dua perkara. Pertama
hubungan kemanusiaan dalam persekitaran sekelilingnya dan yang keduanya ialah
hubungan kemanusiaan dalam persekitaran organisasi sendiri. Didalam persekitaran,
hubungan kemanusiaan dalam persekiataran sekelilingnya adalah hubungan antara
seseorang dengan orang lain yang terjadi dalam segala situasi dan dalam semua
bidang kegiatan atau kehidupan untuk mendapatkan kepuasan hati. Manakala dalam
hubungan kemanusiaan dengan organisasinya adalah hubungan antara seseorang
dengan orang lain dalam sesuatu organisasi, yang bertujuan memberikan kepuasan
kepada diri. Sehingga para pegawai mempunyai semangat kerja yang tinggi, kerjasama
yang tinggi serta disiplin yang tinggi.
Untuk hubungan antara-manusia adalah hubungan yang bersifat lahiriah. Sedang
hubungan kemanusiaan lebih bersifat psikologis.
Teori organisasi hubungan kemanusiaan merupakan dari suatu anggapan bahwa dalam
kenyataan sehari-hari organisasi merupakan hasil dari hubungan kemanusiaan (human
relation). Teori ini beranggapan bahwa organisasi dapat diurus dengan baik dan dapat
mencapai sasaran yang ditetapkan apabila didalam organisasi itu terdapat hubungan
antara peribadi yang serasi. Hubungan itu dapat berlangsung antara pimpinan dengan
pimpinan yang setingkat, antara pimpinan dengan bawahan, antara bawahan dengan
pimpinan, antara bawahan dengan bawahan.
Tujuan dilaksanakannya hubungan kemanusiaan adalah untuk mendapatkan :
1. Menjalin dan mengekalkan hubungan produktif.
2. Menjalin hubungan dengan pelbagai pihak.- jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan
NGO, pertubuhan-pertubuhan belia, dan komuniti dipersekitaran.
3. Menjalin hubungan dengan keluarga kanak-kanak, pekerja, wakil niaga.
4. Membina pasukan (team work) motivasi, kumpulan dinamik.
5. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan teknik-teknik menyelesaikan masalah.

Apabila didalam organisasi ada kepuasan psikologis pada diri para anggota, ada moral,
disiplin dan motivasi yang tinggi, maka organisasi itu akan dapat diurus dengan mudah
dan dapat berjalan dengan lancarr menuju sasaran yang ditetapkan.
Dari huraian diatas dapatlah diketahui bahawa hubungan kemanusiaan amat penting
di ketahui oleh seseorang individu kerana dengan mengujudkan hubungan
kemanusiaan akan dapat membina peribadi yang harmonis, iaitu hubungan yang
berdasarkan atas kerukunan, kekeluargaan, hormat-menghormati dan saling
menghargai. Hanya dalam suasana yang demikian organisasi dapat diurus dengan baik
dan dapat mencapai sasaran.

Disamping itu, dalam hubungan kemanusiaan juga dikemukakan cara-cara yang harus
ditempuh oleh setiap individu untuk meningkatkan kepuasan anggota-anggota di dalam
sesebuah organisasi. Untuk memberikan kepuasan kepada para anggota organisasi,
seseorang individu itu akan dapat menaruh perhatian terhadap pelbagai perkara yang
merangkumi taraf sosio-ekonomi dan budaya sesuatu masyarakat.
PEMASARAN DAN PERHUBUNGAN AWAM (MARKETING AND PUBLIC
RELATIONS)
Sebagai seorang guru prasekolah yang efektif ianya memerlukan strategi yang baik
untuk melakukan proses pemasaran prasekolahnya kepada khalayak umum agar pusat
prasekolahnya akan menjadi sebutan dan rebutan penduduk setempat untuk kanakkanak belajar. Pertama, mereka selalu mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai
cukup anggaran atau dana promosi yang tersedia terbatas. Dan kedua, bagaimana
agar promosi yang dilakukan boleh dilaksanakan dengan menggunakan kewangan
dana yang tersedia terbatas. Kedua perkara ini tidak salah. Namun ada bebarapa
langkah penting dalam proses pemasaran yang perlu dilakukan.
1) Tentukan target pemasaran:
Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk memasarkan adalah menetapkan target
pemasaran anda . Siapa yang menjadi sasaran untuk prasekolah anda.
Boleh saja misalnya anda mengarahkan pada beberapa kelompok target pemasaran
anda. Namun perlu diingat, setiap pemasaran yang berjaya harus berfokus kepada
target yang dituju. Dari sekelompok target pemasaran tersebut, temukan juga orangorang yang mempunyai hasrat lebih kepada prasekolahk anda. Sebab pada merekalah
anda boleh mempromosikan pemasaran anda dengan banyak.
2) Berikan penawaran
Langkah kedua pada proses pemasaran adalah penawaran. Pada target pemasaran
tersebut, sampaikan penawaran anda. Bukan sekedar penawaran biasa, tapi
penawaran yang menarik dan banyak memberi manafaatnya.
3) Media yang dipakai
Langkah ketiga dalam proses pemasaran adalah penggunaan media yang akan
digunakan untuk menyampaikan pesanan anda. Terdapat pelbagai media yang boleh
digunakan dalam menyampaikan pemasaran anda antaranya menggunakan:
Iklan

Kain rentang

Face book

Flyer

Radio dan telivisyen

Surat khabar

Ceramah

Dan sebagainya.

Berdasarkan Rajah di atas bincangkan Strategi Pemasaran untuk


mempromosikan prasekolah anda kepada masyarakat setempat

PERHUBUNGAN AWAM
Perhubungan awam ialah satu reputasi yang dijalinkan oleh pengamal perhubungan
awam untuk menunjukkan hubungan yang positif dengan publik dalaman yang terdiri
dari kumpulan atau individu yang mempunyai hubungan dengan organisasi samada
pembekal pengedar; pelanggan; pengguna; kerajaan; media; pelabur mahupun
masyarakat awam (Hamdan, 1988).
Heath (2001) mendefinisikan perhubungan awam sebagai satu sains sosial untuk
menganalisa dan meramal arah aliran; perunding nasihat kepada pihak majikan dan
bertindak melaksanakan program yang terancang dan berterusan untuk kepentingan
organisasi dan khalayak sasaran.
Pengamal perhubungan awam perlu bersaing dengan kemajuan teknologi terbaru
dalam komunikasi. Menurut White (1997), pengamal perhubungan awam hendaklah
sentiasa bekerja di dalam batas teknologi terbuka manakala pembangunan teknologi
dijadikan sebagai pemudah tugas mereka. Pengamal perhubungan awam juga perlu
menggunakan taktik dan alat dalam teknologi baru ini yang telah dipertingkatkan.
Antaranya seperti teknologi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Sistem Pesanan
Multimedia (MMS); Personal Digital Assistant (PDA); Blue tooth; forum melalui internet
seperti blog, membuat bantahan dalam web, forum komuniti internet dan Internet
Phones (I-Phones).
Untuk

itu

sebagai

guru

prasekolah

yang

bertanggungjawab

terhadap

prasekolahnya ia dengan sendirinya perlulah dapat:

Mengekalkan program pembelajaran yang menarik dan terkini yang banyak


menggunakan teknik, strategi dan pendekatan yang bersesuaian dengan
keadaan semasa yang lebih menjurus kepada perkembangan ICT.

Mengekalkan hubungan yang baik dengan keluarga yang berpotensi

pusat

Membekalkan dan menawarkan program pembelajaran yang berkualiti dan


kondusif kepada kanak-kanak.

Menyumbangkan kepada kesedaran komuniti tentang perlunya mengetahui


kepentingan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.

TOPIK 4 : PENGURUSAN KESIHATAN, KESELAMATAN DAN


MAKANAN
SINOPSIS
Unit ini mengandungi maklumat berkaitan pengurusan kesihatan, keselamatan dan
makanan yang sangat penting untuk guru prasekolah agar lebih memahami tanggung
jawab sebagai seorang pengurus perkhidmatan pemakanan di prasekolah.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :
1. Mengenalpasti bagaimana untuk menguruskan kesihatan Kanak-kanak.
2. Mengenalpasti bagaimana menguruskan keselamatan kanak-kanak.
3. Mengenalpasti bahan, peralatan, menu makanan yang bersesuaian
dengan kanak-kanak serta pengurusan untuk melaksanakan perkhidmatan
makanan dengan berkesan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Pengurusan Kesihatan

PENGURUSAN
KESIHATAN,
KESELAMATAN DAN
MAKANAN

Pengurusan Keselamatan

Pengurusan Makanan

PENGURUSAN KESIHATAN
Latihan Kesihatan
Topik ini menceritakan latihan kesihatan, keperluan asas untuk memastikan
penjagaan kesihatan kanak-kanak dan menyediakan satu polisi dan prosedur untuk
mencapai matlamat kesihatan.

ARAHAN :

Sekarang mari kita cuba memahami konsep kesihatan berdasarkan

WHO dan Hugh Hawes et.all,1997.


- Mengikut WHO kesihatan didefinisikan sebagai satu keadaan yang
sempurna dari segi fizikal, mental/emosi, rohani dan sosial.
- Kesihatan juga merupakan satu proses dinamik yang sentiasa berubah
serta boleh diperoleh melalui pemupukan ilmu pengetahuan, sikap,
amalan yang seimbang dan berterusan.
- Mengikut Hugh Hawes et.all, kesihatan merupakan keadaan kesejahteraan
fizikal, mental dan sosial bukan hanya sekadar bebas dari penyakit sahaja.
Sekiranya salah satu daripada unsur- unsur yang disebutkan mengalami
gangguan bermakna individu tersebut tidak sihat.
Setelah anda membaca definisi di atas cuba buat refleksi adakah anda
bersetuju dengan definisi tersebut. Jika tidak, sila berikan deifinisi yang lain.
Jika definisi baru dapat dihasilkan, tahniah diucapkan kepada anda.

Sekarang anda dikehendaki membaca artikel di bawah dan cuba

menjawab soalan-soalan yang disediakan.


Gaya hidup cergas berasaskan kehidupan seharian kepada kegiatan fizikal
yang aktif. Gaya hidup cergas berkait dengan nilai kesihatan yang positif dan
sebaliknya gaya hidup tidak aktif pula sentiasa dikaitkan dengan nilai
kesihatan yang negatif dan penyakit serta masalah kesihatan yang lain.
Gaya hidup bergantung kepada faktor usia, minat dan tahap kesihatan.
Kegiatan seperti berjoging, berkhemah, bersukan atau kembara akan dapat
memupuk kesihatan fizikal yang sihat dan cergas. Kesihatan fizikal yang
baik akan dapat menyumbang kearah pembentukan gaya hidup yang baik
kepada sesebuah masyarakat. Individu yang tidak aktif mengundang
pelbagai penyakit yang mengancam kehidupan mereka. Di samping
pemodenan yang tidak terkawal, menyebabkan timbulnya stres dan
pengambilan makanan yang tidak seimbang.
Gaya hidup sihat juga mempunyai hubungan yang kuat dengan kesihatan
sosial. Semasa individu bergerak secara aktif mereka akan bergaul dan
berinteraksi sesama ahli keluarga, rakan atau masyarakat. Gaya hidup
sihat dari segi sosial juga merujuk kepada individu yang terlibat di dalam
aktiviti persatuan, pertubuhan sukarela, badan beruniform dan sebagainya.
Aspek kesihatan mental dan emosi penting di dalam membentuk gaya hidup
sihat. Sekiranya seseorang itu dapat menghadapi situasi bosan dan risau
yang melanda diri, maka orang itu biasanya mempunyai kesihatan mental
dan emosi yang stabil. Sekiranya mengalami tekanan, kelesuan dan
keletihan, individu yang mempunyai kesihatan mental emosi yang sihat
berupaya menghadapi dan menguruskannya dengan berkesan. Pelbagai
cara boleh dilakukan untuk mengatasi tekanan, kelesuan dan kepenatan.
Antaranya adalah dengan tidur yang cukup, beriadah atau melakukan
aktiviti permainan ringan seperti catur.
Kesihatan yang sihat dari segi rohani meliputi perkara-perkara mengenai
hubungan individu dengan agama. Sekiranya individu mempunyai
kepercayaan agama dan mengamalkannya di dalam kehidupan dengan

penuh bertanggungjawab, maka individu itu sihat dari segi rohani. Individu
yang mempunyai pegangan agama yang kuat akan bertambah yakin
di dalam menjalani hidupnya. Bergaul dengan rakan-rakan secara sihat
dan mengelakkan daripada perbuatan mungkar yang merosakkan.
Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan
oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti
kemalangan, kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan
keselamatan, individu akan berasa takut, bimbang atau mudah terdedah
kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak.
Dalam teori Keperluan Maslow, beliau menggariskan bahawa salah satu
keperluan manusia ialah keperluan keselamatan. Tanpa keselamatan yang
terjamin, pendidikan tidak dijalankan secara berkesan kerana dihantui oleh
kebimbangan dan takut yang tidak menentu.
Oleh itu satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada
individu supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman,
kedamaian, perlindungan, bebas dari resah, bebas dari ketakutan di mana
semuanya merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan
menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada manusia.

Setelah anda membaca artikel yang disediakan ini cuba renung sejenak ..
Bagaimana gaya hidup anda sekarang ?
Adakah anda mengamalkan gaya hidup yang sihat ?
Kalau ya . Bagus .
Teruskan dengan menjawab soalan berikut :
1. Apakah yang anda faham mengenai kesihatan?
2. Pada pandangan anda apakah faktor yang membantu pembentukan gaya
Hidup yang sihat?
3. Apakah kepentingan penjagaan kesihatan bagi anda?

Tahniah! Anda telah dapat menyelesaikan unit ini dengan jayanya.


Selamat sejahtera. Jumpa lagi kita dalam unit keperluan asas untuk memastikan
penjagaan kesihatan kanak-kanak
Berhenti dan refleksi.
Reflek tentang pengajaran anda terhadap penjagaan kuku, rambut, badan, tangan, kaki
dan pakaian di dalam kelas.
Punca, gejala dan pencegahan penyakit-penyakit yang biasa menyerang kanak-kanak .
Cuba anda dapatkan gambar dan penerangan mengenai 4 jenis penyakit kulit daripada
laman web.
Jika anda telah dapat mencari bahan-bahan di atas, tahniah seterusnya sila jawab soalansoalan berikut :

1. Antara jenis penyakit yang anda telah perolehi,penyakit kulit manakah yang sering
menyerang kanak-kanak.
2. Bagaimana penyakit ini boleh menyerang kanak-kanak dan cara mengatasinya.
3. Benarkah penyakit kulit ini berlaku disebabkan kekurangan zat makanan dan kurang
penjagaan kesihatan diri.

Cara cuci tangan yang betul (dipetik dari CDC Atlanta)

POLISI

DAN

PROSEDUR

MENCAPAI

MATLAMAT

KESIHATAN

Lebih kurang 26,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun meninggal dunia
setiap hari, dan tarikh sasaran untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium
(MDG) 4 yang bertujuan untuk menurunkan kadar kematian kanak-kanak
sebanyak dua pertiga di antara tahun 1990 dan 2015 semakin hampir, ketika ini
beberapa persoalan kritikal muncul: bagaimana momentum terhadap perjuangan
para ibu, bayi dan kanak-kanak boleh dikembalikan semula dan kemajuan dapat
dipercepatkan dalam masa empat tahun yang akan datang?
Menurut Wakil UNICEF Malaysia, En. Youssouf Oomar, kadar kematian kanakkanak secara umumnya telah dikenalpasti sebagai petunjuk terbaik bagi
kesejahteraan populasi kanak-kanak dan juga merupakan penilaian bagi
perkembangan keseluruhan sesebuah negara tersebut.
Isu ini bertindak sebagai barometer yang sensitif bagi perkembangan dan
kesejahteraan sesebuah negara tersebut serta menunjukkan bukti tentang
keutamaan dan juga nilai-nilai sesebuah negara tersebut. Pelaburan kesihatan
kanak-kanak dan ibu adalah merupakan kepentingan hak kemanusiaan dan ia
marupakan salah satu cara bagi sesebuah negara itu memastikan arah tujuannya
untuk mencapai masa hadapan yang lebih baik, kata En. Oomar.
Di Malaysia, kesihatan ibu dan anak-anak telah mengalami perkembangan yang
dramatik semenjak era selepas kemerdekaan, dengan peringkat yang telah
dikecapi pada hari ini adalah lebih kurang bersamaan dengan negara-negara yang
lebih maju:

Kadar kematian di bawah umur lima tahun (U5MR) telah menurun dari 57
peratus bagi 1,000 kelahiran hidup pada tahun 1970 dan 22 pada tahun
1990 kepada 12 pada tahun 2006.

Kadar kematian bayi (IMR) telah menurun dari 41 bagi 1,000 kelahiran hidup
pada tahun 1970 dan 16 pada tahun 1990 kepada 10 pada tahun 2006.

Nisbah kematian ibu (MMR) telah menurun sebanyak separuh di antara


tahun 1957 dan 1970 apabila ia telah menurun daripada 280 kepada 141
bagi setiap 100,000 kelahiran hidup. Menjelang tahun 1990an, MMR telah
menurun dan sehingga kini ia kekal lebih kurang 33 bagi 100,000 kelahiran
hidup (lebih kurang 160 kematian ibu dilaporkan setiap tahun)

Pengalaman Malaysia yang mengagumkan di dalam menurunkan kadar kematian


kanak-kanak dan ibu adalah merupakan hasil daripada gabungan pelbagai polisi,
strategi dan program yang telah menangani isu akses kepada perkhidmatanperkhidmatan melalui dimensi sosio-ekonomi, budaya, pendidikan, gender dan
kemiskinan.
Namun begitu, walaupun ianya telah mencapai tahap yang paling rendah, tren
terkini yang semakin serata masih menunjukkan perbezaan di antara kawasan
bandar dan pedalaman adalah semakin ketara. Punca utama kematian di Malaysia
pada hari ini bagi kanak-kanak di bawah umur satu tahun adalah kondisi keadaan*,
manakala septicaemia* (keracunan darah) dan pneumonia adalah merupakan
punca utama kematian kanak-kanak yang berumur di antara 1-5 tahun.
Bagi kadar kematian para ibu pula, petunjuk proksi telah menunjukkan paras yang
lebih tinggi di negeri Sabah, dan begitu juga di kalangan penduduk Orang Asli di
Semenanjung Malaysia. Pada masa yang sama, negara ini pada masa kini berada
di peringkat transisi epidemiologikal di mana penyakit yang tidak berjangkit dan
penyakit-penyakit kelamin seperti HIV semakin meningkat, terutama sekali di
kalangan wanita.
Berdasarkan pengajaran yang didapati daripada beberapa dekad yang lepas,
laporan UNICEF ini telah menunjukkan bagaimana pakar-pakar kesihatan ibu, bayi
dan kanak-kanak semakin bergerak ke arah satu set prinsip yang strategik untuk
kesihatan dan perjuangan kanak-kanak. Prinsip-prinsip ini akan menjadi pemangkin
yang diperlukan untuk mencapai MDG yang berkaitan dengan kesihatan,
termasuklah:

Mengenalpasti keperluan untuk perkongsian di dalam masyarakat bagi


menyokong keluarga di dalam memperbaiki amalan penjagaan mereka
terhadap kanak-kanak, terutama sekali di dalam negara-negara yang
mempunyai sistem kesihatan yang agak lemah.

Memberikan penjagaan yang berterusan kepada para ibu, bayi yang baru
dilahirkan dan kanak-kanak dengan memasukkan intervensi-intervensi di
punca utama di dalam kitaran kehidupan mereka.

Mengukuhkan sistem-sistem kesihatan dengan memberikan sokongan yang


kuat

kepada

negara-negara

yang

sedang

membangun

di

dalam

perancangan kebangsaan, rangka kerja polisi dan bajet untuk MDG yang
berkaitan dengan kesihatan.

Meningkatkan cara bekerja di peringkat negara dan antarabangsa dengan


fokus yang kukuh kepada penyelarasan, keharmonian dan hasil.

Peruntukan penjagaan kesihatan mestilah direka agar ianya bersesuaian dengan


had sumber manusia dan juga kewangan, konteks sosio-ekonomi, kapasiti yang
sedia ada di dalam sistem kesihatan sesebuah negara tersebut dan, akhir sekali,
kedesakan untuk mencapai hasil-hasil yang ingin didapati, tambah En. Oomar.
Dengan memeriksa strategi-strategi ini, ia boleh memberikan kita perspektif yang
penting terhadap situasi terkini dan membantu memberi panduan kepada kita cara
untuk maju ke hadapan di dalam memajukan perjuangan kanank-kanak.
Laporan UNICEF telah menerangkan impak tindakan yang mudah, serta kos
efektif, seperti penyususan susu badan sepenuhnya, imunisasi, kelambu yang telah
dirawat dengan racun serangga dan Vitamin A, kesemuanya telah membantu
menurunkan kadar kematian kanak-kanak beberapa tahun yang lepas. Analisis
laporan ini juga telah menunjukkan bahawa lebih banyak yang perlu dilakukan
untuk meningkatkan akses kepada rawatan dan kaedah-kaedah pencegahan, agar
kesan yang dibawa oleh pneumonia, diarrhea, malaria, malnutrisi yang teruk dan
HIV boleh ditangani dengan lebih baik.
Cabaran kita adalah untuk memastikan kanak-kanak mendapat akses kepada

penjagaan kesihatan yang berterusan, yang disokong oleh sistem kesihatan


kebangsaan yang kuat yang juga melibatkan masyarakat tempatan, En. Oomar
memberi penekanan.
Maklumat terbaru di dalam laporan Keadaan kanak-kanak sedunia 2008 ini telah
diambil melalui data kaji selidik data dari rumah ke rumah, beserta bahan dari
rakan-rakan utama, termasuklah Badan Kesihatan Sedunia dan Bank Dunia.

Pengurusan Keselamatan
Sinopsis
Topik ini membincangkan latihan kursus keselamatan, keperluan asas
keselamatan kanak-kanak dan latihan pertolongan cemas.
Pada akhir modul pelajar dapat ;
i. menyatakan jenis dan punca kemalangan di kalangan kanakkanak.
ii. menggunakan

prinsip-prinsip

dan

prosedur

pencegahan

kemalangan daripada berlaku.


iii. melakukan CPR semasa kecemasan.
Panduan Mengguna Modul:
Modul ini ialah pembelajaran arah kendiri. Sila baca dan fahami input
yang terdapat di bahagian ini dan cuba jawap soalan praujian untuk
menguji pengetahuan sedia ada anda. Selepas tamat modul ini anda
sepatutnya dapat pengetahuan baru tentang keselamatan dan
pencegahan kemalangan di kalangan kanak-kanak.

Praujian
1. Senaraikan faktor-faktor yang perlu diambil ketika anda
menyusun atur pusat pembelajaran serta bahan-bahan yang
diperlukan di TABIKA anda.
2. Sila nyatakan prosedur dalam pencegahan kemalangan.
3. Tahukah anda bagaimana CPR dilakukan?
Pengenalan
Pengetahuan pelajar mengenai keselamatan prasekolah adalah amat
penting untuk memastikan keselamatan kanak-kanak dan alam
persekitaran mereka.

Pelajar juga dapat mengambil tindakan

pencegahan kemalangan daripada menimpa kanak-kanak.

Definisi
Dalam konteks prasekolah, definisi keselamatan hanya dapat
diterangkan dari segi konsepnya.

Konsep keselamatan merujuk

kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau


kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan,
kecedaraan atau kematian. Tanpa amalan keselamatan kanak-kanak
akan merasa takut, bimbang dan mudah terdedah kepada sesuatu
yang memudaratkannya secara sedar atau tidak. Tanpa keselamatan
yang terjamin, pendidikan tidak dapat dijalankan secara berkesan
kerana kanak-kanak dihantui oleh kebimbangan dan ketakutan yang
tidak menentu.

Maslow ada menerangkan dalam teori hierakinya

mengenai keselamatan yang perlu dititik beratkan.

Kandungan
Modul ini menekankan keperluan keselamatan yang perlu diamalkan

supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan


dengan berkesan.
Dimensi keselamatan kanak-kanak di Prasekolah merangkumi
sifat psikologikal dan sifat fizikal.

Keselamataan psikologi merujuk

kepada tanggapan atau persepsi kanak-kanak tentang persekitaran


mereka. Keselamatan fizikal merujuk kepada bangunan, peralatan,
bahan permainan, perabot

yang boleh diperoleh di sekolah, di

padang permainan, di rumah dan persekitaran kanak-kanak.


Pelajar perlu mengetahui cara bagaimana mengurus objek,
tempat dan situasi yang membahayakan kanak-kanak. Prinsip
keselamatan harus diambil kira seperti berikut:
i.

Bahan Permainan besar dan berbucu bulat.

ii.

Soket elektrik tidak dapat dijangkau oleh kanak-kanak.

iii.

Pastikan lantai kelas tidak licin.

iv.

Ruang dapur adalah tempat larangan dan bukan laluan


bagi kanak-kanak.

v.

Di ruang luar kelas, longkang perlu bertutup, alat


permainan perlu dipastikan keselamatannya.

vi.

Kawasan perlu berpagar.

vii.

Latihan kecemasan perlu dibuat sekurang-kurangnya 2


kali setahun. Contohnya latihan kebakaran yang mana
prosedur-prosedur tertentu perlu diikuti :
a ) Pastikan satu kawasan lapang yang agak
jauh di luar bangunan untuk kanak-kanak
berkumpul.
b) Sediakan pelan arah laluan ke tempat tersebut.
c) Kanak-kanak dilatih mengikut laluan dan

bergerak secara tenang jika berlaku


kecemasan.
Pertolongan Cemas
Pertolongan cemas merupakan rawatan awal untuk mereka yang
cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan
oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa
yang malang apabila berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan.
Khidmat

diberikan

sebelum

tibanya

ambulans

membawakan

perbezaan yang ketara antara hidup dan mati atau pun

antara

penyembuhan keseluruhan anggota atau sebahagian daripadanya.


Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana
bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik atau pun doktor,
namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat
diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh.
Prinsip-prinsip pertolongan cemas perlu diketahui dan diamalkan oleh
pelajar sewaktu menghadapi saat-saat kecemasan:
i.

Menyelamatkan nyawa mangsa

ii.

Mengelakkan komplikasi atau keadaan

iii.

Jangan panik dan perlu bertenang.

iv.

Fikir;
Lakukan perkara yang sepatutnya dilakukan mengikut
tertibnya dengan logik.

v.

Jangan cuba untuk menjadi wira. Hubungi atau dapatkan


bantuan secepat mungkin.

vi.

Jika kita mengesyaki ada bahagian anggota yang patah,


jangan gerakkan mangsa tersebut.

Bantuan Awal Pernafasan (Cardio-Pulmonary Resuscitation)


Prosedur Bantuan Awal Pernafasan atau Cardio-Pulmonary

Resuscitation ( CPR )
Ia merupakan teknik menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu
kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah
tidak berdenyut. Ia merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan
penekanan dada di bahagian luar. Dengan bantuan awal pernafasan
memastikan, penyelamat boleh mengekalkan mangsa yang terhenti
jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba. Jika
CPR tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan
menurun dengan banyaknya selepas 5 minit pertama.
Prosedur dan kaedah CPR:
Tentukan kesedaran mangsa: Goncangkan bahu mangsa perlahanlahan dan tanya, Adakah anda O.K? Sementara itu dapatkan rakan
untuk hubungi bantuan (hubungi 999).
CPR Peringkat Awal

Saluran udara
o

Baringkan mangsa

Buka saluran udaranya (dongakkan kepala mangsa)

Tolak dagunya ke atas dengan menggunakan satu


tangan dan tolak dahi mangsa ke bawah dengan
menggunakan tangan yang satu lagi.

Pernafasan
o

Pastikan sama ada mangsa masih bernafas atau tidak;

Lihat pergerakan dada mangsa


Dengar bunyi pernafasan

Rapatkan pipi anda ke hidung mangsa untuk


mengesan sama ada mangsa masih bernafas atau
sebaliknya.

Jika mangsa masih bernafas dan tiada bukti-bukti


kecederaan berlaku;

Letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan;


mangsa dibaringkan secara mengiring. Letakan
tangan dan kaki mangsa ke hadapan untuk
menstabilkannya.

Jika mangsa tidak bernafas, pastikan mangsa dalam


keadaan terlentang;

Pastikan ruang pernafasan (mulut dan hidung)


tidak mengandungi benda asing. Benda asing
perlu dikeluarkan terlebih dulu sebelum CPR;

Picit

hidung

mangsa

sehingga

tertutup

sepenuhnya;

Lekapkan mulut anda ke mulut mangsa;

Berikan dua hembusan (1 hingga 2 saat bagi


setiap hembusan) ;

Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut ;

Lihat kenaikan dan penurunan dada untuk


memastikan pernafasan berlaku;

Tentukan denyutan nadi :

Letakkan satu atau dua jari pada saluran nadi

contoh

di

leher

belakang

telinga

atau

pergelangan tangan mangsa.

Rasai nadi untuk 5 -10 saat.

Jika terdapat denyutan nadi mangsa;

Lakukan bantuan pernafasan (mulut-ke-mulut)


sahaja;

Berikan lebih kurang 12 hembusan dalam seminit


(satu hembusan dalam setiap 5 saat).

Jika tiada denyutan nadi mangsa;

Mulakan dengan pernafasan (seperti di atas) dan


diselang seli dengan pekenanan dada.

Untuk penekanan dada kedua-dua belah tangan


perlu berada di bahagian ketiga di bawah
sternum (tulang tengah dada).

Tekan menggunakan kedua-dua belah tangan


(lurus dengan mengunci pergerakan siku) dan
berat badan ditujukan tegak ke bawah dengan
mengira secara ritma satu, dua, tiga.

Tekan sternum sebanyak 1 sehingga 2 inci pada


kadar 80 hingga 100 tekanan dalam seminit.

Proses di atas diulangi 4 kali kitaran dan


diperiksa denyutan nadi dan pernafasan.

* Untuk satu kitar CPR; setiap 15 tekanan, berikan 2 hembusan

(bantuan pernafasan).
Jika tiada denyutan nadi; teruskan CPR, bermula dengan tekanan
dada. Jika ada denyutan nadi tanpa pernafasan; berikan satu
pernafasan setiap 5 saat.

PASTIKAN RESUSITASI TIDAK DILAKUKAN KE ATAS KANAKKANAK YANG TERCEKIK

Pengurusan Makanan
Topik ini membincangkan latihan kursus dalam bidang pemakanan, memenuhi
keperluan pemakanan kanak-kanak dan program pemakanan berkaitan latar budaya
keluarga.
PENGENALAN
Peringkat awal kehidupan kanak-kanak adalah tahap yang kritikal bagi membentuk
konsep dan tingkah laku pemakanan yang sihat (Lee dan rakan-rakan dalam Swadener,
1994). Oleh itu amalan pengurusan perkhidmatan makanan untuk kanak-kanak
prasekolah sangat penting kerana kualiti pemakanan mempunyai kesan langsung ke
atas pertumbuhan, perkembangan serta kesihatan kanak-kanak pada masa depan.
Perancangan perkhidmatan makanan
Kanak-kanak perlu menerima makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang
kerana makanan yang tidak berkualiti menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Oleh
yang demikian, ibu bapa juga perlu terlibat secara langsung dalam program pemakanan
di prasekolah.

Objektif Program Amalan Pemakanan Berkhasiat kanak-kanak adalah


mempromosi hidup gaya sihat untuk kanak-kanak prasekolah. Di samping memenuhi
keperluan sosial, menjadi tanggung jawab pihak pengurusan prasekolah untuk
memastikan perancangan

perkhidmatan makanan dilaksanakan dengan kesedaran

dan komitmen yang tinggi baik dalam pemesanan kelengkapan pembelian makanan
mahu pun yang dipertanggungjawabkan untuk memasak di dapur dan menyediakan
kemudahan.

Di era moden ini kanak-kanak harus didedahkan dengan kelengkapan dan


penyediaan makanan pelbagai cita rasa seperti makanan bercorak tradisional,
kontinental, barat serta makanan ringan yang berkhasiat. Kepekaan ibu bapa perlu
dalam aspek penyediaan makanan di prasekolah.
Sebagai guru yang mengurus prasekolah anda perlu mempunyai
pengetahuan dalam aspek pemakanan. Terdapat 5 komponen utama yang perlu
dikenal pasti dan dikuasai :
1. Pengetahuan diet
2. Pengetahuan berkenaan vegetarian
3. Pengetahuan keperluan air
4. Pengetahuan keperluan susu
5. Pengetahuan berkenaan keracunan makanan
Seterusnya, anda serta kakitangan yang terlibat dalam mengurus dan
merancang makanan seharusnya arif tentang membuat penilaian bagi kanak-kanak
sihat. Antara beberapa perkara penting yang perlu dititik beratkan dalam perancangan
perkhidmatan makanan adalah :

Merancang menu yang seimbang yang memiliki nutrien yang baik.

Membeli makanan.

Membuat penyeliaan pada makanan yang ditempah dan masukkannya dalam


inventori.

Mengawasi keperluan dapur.

Mengekalkan kepuasan yang tinggi iaitu pengurusan, penyediaan makanan


dan tempat membuang sampah.

Mengawal perbelanjaan dan membuat laporan kepada pengurusan.

Menghargai keperluan dan perbezaan budaya dalam pemakanan setiap


kanak-kanak.

Mengetahui keperluan dan cara komunikasi yang sesuai berkenaan


pemakanan kanak-kanak.

Menyediakan pemeriksaan kesihatan bagi pengendali makanan.

Menyimpan rekod pemakanan kanak-kanak.

Menyediakan rekod dan kapasiti pemakanan.

Membina kerjasama dan persefahaman antara guru, ibu bapa dan pihak
pengurusan.

TAJUK 5 : PENGURUSAN PELAKSANAAN PROGRAM PRASEKOLAH


SINOPSIS
Unit ini mengandungi maklumat berkaitan pelaksanaan program pendidikan yang
sangat penting untuk guru prasekolah agar lebih memahami tanggung jawab sebagai
seorang pengurus perkhidmatan pendidikan prasekolah.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :
1. Mengenalpasti bagaimana untuk melaksanakan program pendidikan prasekolah.
2. Memahami penglibatan keluarga dan menghargai pelbagai gaya parenting.
3. Mengenalpasti program penilaian yang digunakan untuk mencapai objektif.

KERANGKA TAJUK-TAJUK
Pelaksanaan program pendidikan
PENGURUSAN
PELAKSANAAN
PROGRAM
PRASEKOLAH

Sokongan keluarga

Program Penilaian

PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN


Topik ini membincangkan pelaksanaan program pendidikan dari perspektif yang luas,
kemahiran memilih dan melaksanakan pelbagai model kurikulum, memberi sokongan
kepada sesuatu program. Strategi penilaian yang sesuai dan program inklusif untuk
murid berkeperluan khas dan peka dengan isu berkaitan.

Terdapat banyak model-model prasekolah

yang boleh dipertimbangkan untuk

pendidikan awal kanak-kanak. Model-model pengajaran dan pembelajaran

adalah

merujuk kepada komponen-komponen yang terdapat di dalam kurikulum pendidikan


awal kanak-kanak. Ia mengandungi objektif model , peranan guru, dalam setiap model ,
perancangan aktiviti dalam model , perancangan ruang pembelajaran dan pengajaran,
peralatan, bahan dan lain-lain lagi yang terlibat dalam setiap model. Terdapat lima
model pendidikan awal kanak-kanak yang akan dibincangkan dalam modul ini iaitu:
1.

Model Kurikulum Berorientasikan Kognitif (Cognitive Oriented Curriculum)

2.

Model Pengajaran Terus (Direct Instruction)

3.

Model Bank Street

4.

Model Montessori

5.

Model Konstruktivis
1. Apakah model yang anda gunakan semasa mengajar kanak-kanak
diprasekolah?
2. Adakah anda puas hati dengan model yang anda gunakan?

MODEL KURIKULUM BERORIENTASIKAN KOGNITIF (COGNITIVE ORIENTED


CURRICULUM)
Model ini diasaskan oleh David Weikart (1979) dan rakan-rakannya di High Scope
Institute, Ypsilanti, Michigan. Model ini pada asalnya dikenali sebagai Perry Preschool.
Ia berasaskan teori perkembangan Piaget yang menekankan perkembangan kognitif
kanak-kanak dari segi cara kanak-kanak mengatur dan menginterpretasikan hubungan
antara objek-objek dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam persekitaran mereka.
Susun atur bilik darjah yang menggunakan model Cognitively Oriented Curriculum ini
biasanya mempunyai kawasan terbuka sebagai pusat untuk perjumpaan-perjumpaan
kumpulan dan permainan dan ada kawasan kerja (sudut kerja-sudut seni, sudut
bongkah, sudut senyap dan lain-lain. Ia mempunyai rutin harian. Unsur-unsur rutin
harian adalah seperti jadual 1 dan 2.

Kurikulum Berorientasi Kognitif mempunyai lapan konsep seperti berikut:

Pembelajaran aktif

Pembelajaran yang aktif adalah berdasarkan inisiatif kanak-kanak itu sendiri . Ini
melibatkan seluruh deria kanak-kanak,manipulasi,kombinasi material,hubungan antara
mereka dan aktiviti pilihan sendiri serta menggunakan peralatan dan perkakasan.

Penggunaan bahasa

Penggunaan bahasa adalah galakan kepada kanak-kanak supaya bercakap antara


satu sama lain berkenaan pengalaman yang bermakna ,menyatakan perasaan dan
bermain dengan bahasa

Keterlibatan pengalaman dan idea

Keterlibatan pengalaman dan idea adalah mengenali objek-objek melalui deria


aksi,bunyi ,main peranan , melukis dan mewarna

Klasifikasi

Klasfikasi adalah memahami persamaan dan perbezaan antara objek objek.


Kanak-kanak

membuat

penyiasatan

dan menerangkan sifat

benda-benda

tersebut,padanan, bercakap berkenaan benda yang yang melibatkan semua atau


separuh.

Seriasi

Seriasi adalah kebolehan menyusun objek objek mengikut demensi dan dapat
membuat perbandingan.

Konsep nombor

Konsep nombor adalah asas metematik untuk memahami dan dan membina
pengalaman yang konkrit supaya boleh membeza nombor ,mengira dan padanan
satu dengan satu

Hubungan ruang

Hubungan ruang adalah mengumpulkan dan mengasingkan ,menyususn semula,

membentuk semula objek.menerangkan objek berlainan perspektif,kedudukan


objek dan persekitaran dan membincangkan peristiwa masa depan

. masa

Masa adalah konsep yang melibatkan yang memahami unit masa mengikut
peristiwa . Pengalaman mengajar kanak-kanak memahami bila nak mula dan bila
hendak berhenti ,kelajuan,gangguan, dan perubahan musim,membincangkan masa
akan datang ,masa yang lepas dan susunan peristiwa.

MODEL PENGAJARAN TERUS (DIRECT INSTRUCTION MODEL)


Model ini berorientasikan akademik. Diasaskan oleh Carl Bereither

dan Siegfried

Engelman (1966). Dalam model ini programnya diasaskan kepada idea bahawa
kesediaan pembelajaran dalam diri kanak-kanak adalah satu amalan yang tidak sesuai
dengan pendidikan kanak-kanak terutamanya di kalangan kanak-kanak yang kurang
beruntung.
Program ini menekankan pengajaran kanak-kanak dalam tiga bidang, iaitu ;

Bacaan

Bahasa

Aritmetik

dan matlamatnya ialah untuk menyediakan pengajaran untuk kanak-kanak kemahiran


yang sangat khusus. Dalam bacaan, kanak-kanak perlu melihat simbol yang ditulis
(huruf-huruf) dan kemudian dengan cepat menyebut bunyi-bunyi tersebut dalam satu
siri huruf-huruf dari kiri ke kanan, matlamatnya ialah menyusun huruf-huruf untuk

dijadikan perkataan-perkataan. Dalam bahasa, kanak-kanak akan menjawab soalansoalan ini apa dia? berhubung dengan gambar-gambar objek-objek dan simbolsimbol.
Dalam

aritmetik

kanak-kanak diajar mengira ke hadapan dan

mengira dalam kumpulan. Mereka di ajar


operasi tambah,tolak, dan menjawab
dinyatakan

ke belakang

dan

mengenai fungsi simbol-simbol seperti

soalan-soalan mengenai nombor-nombor dan

menggunakan simbol. Kanak-kanak diajar menggunakan perkataan-

perkataan yang berlawanan dan konsep-konsep yang berkaitan seperti jika, istilah
tidak dan atau dalam membuat pernyataan yang dedaktif. Contohnya, apa jadi jika
hujan tidak turun.
Kanak-kanak dibahagikan

ke dalam kumpulan untuk pengajaran. Saiz

kumpulan

adalah pelbagai daripada 3 ke 8 orang dan dibahagikan mengikut kebolehan. Dalam


satu bilik darjah di sekolah rendah yang mempunyai kanak-kanak seramai 25 orang
,secara

idealnya, perlu ada seorang

mengendalikan
satunya

dan 2 orang pembantu

program tersebut . Kanak-kanak menghadiri

mengambil masa 20 minit bagi

pengajaran

guru

kanak-kanak

duduk

dalam

3 kelas yang setiap

setiap mata pelajaran. Semasa


separa

untuk

bulatan di sekeling

sesi

guru yang

mengikut arahan khusus yang disediakan dalam buku catatan.Ciri-ciri program yang
tersebut adalah seperti berikut:

Pembelajaran yang pantas dan serentak

Penekanan yang kuat ke atas tindak tanduk balas verbal secara menyeluruh
daripada kanak-kanak biasanya serentak

Perancangan unit pengajaran pengajaran yang teliti dengan maklum balas


yang berterusan

Bekerja kuat ketika sesi pembelajaran adalah diperlukan dengan hanya sedikit
toleransi bagi tingkah laku yang lain.

Pengamal model ini hendaklah menjadikan kanak-kanak memberi tindak balas yang
betul terhadap kehadiran rangsangan yang betul. Dengan itu akan berlaku peneguhan
positif. Soalan disusun dengan berhati-hati untuk membantu tindak balas yang betul.
Tindak balas yang betul akan diberi peneguhan seperti pujian dan hadiah. Tindak balas
yang salah tidak diterima dan penyoalan akan diteruskan sehingga jawapan yang betul
akan diperolehi. Kanak-kanak akan diberi ganjaran kerana memberi perhatian dan
bertindak balas. Contohnya tepukan, hadiah, pujian diberi apabila kanak-kanak berjaya
menjawab soalan. Dalam

Modul Pengajaran Terus bahan-bahan permainan hanya

sedikit dan adalah perlu untuk meminimumkan gangguan persekitaran.

MODEL BANK STREET


Model

Bank

Street

diimplimentasikan oleh

dibina

untuk

Head

Start

dan

Follow

Through

yang

Elizabeth Gilkenson dan rakan-rakan. Berikut adalah

penerangan model Bank Street

Fokus model ini adalah terhadap membina keyakinan, daya cipta, daya tindak
balas dan hasil yang ditunjukkan. Daripada matlamat-matlamat umum ini,
banyak objektif-objektif khusus disediakan. Pendekatan ini menggambarkan
falsafah yang telah dibina lebih dari setengah abad yang lalu di Kolej Ilmu
Pendidikan Bank Street di Bandar New York.

Pendekatan ini dikenali juga sebagai interaksi perkembangan. Perkembangan


merujuk kepada kurikulum yang mempunyai ciri-ciri tersendiri berhubung dengan
tahap perkembangan kanak-kanak. Interaksi merujuk kepada kanak-kanak
belajar dengan lebih baik melalui interaksi dengan rakan-rakan sebaya dan
orang dewasa dalam persekitaran yang dirancang supaya kaya dengan
penglibatan dan pelbagai.

Pendekatan ini memerlukan guru untuk menilai perkembangan kanak-kanak


secara berterusan dan menyediakan pilihan-pilihan aktiviti sejajar dengan

penilaian. Kurikulum memerlukan guru supaya membuat keputusan berkenaan


pengalaman-pengalaman individu yang diperlukan oleh kanak-kanak yang perlu.
Sistem penilaian yang terperinci telah dibina untuk tujuan ini.

Model

Bank Street perlukan persekitaran pembelajaran yang membolehkan

kanak-kanak memilih aktiviti-aktiviti dari pelbagai aktiviti, termasuk pengalaman


deria dan motor yang banyak. Bahan-bahan seperti blok-blok permainan, baju
anak-anak patung, barang-barang mainan pasir, binatang-binatang peliharaan,
buku, permainan dan alat-alat mengira disediakan. Bahan-bahan yang dibuat
oleh guru dan kanak-kanak menjadi bahan dan alat tambahan untuk memenuhi
keperluan.
Semua bidang kurikulum diintegrasikan melalui pembinaan tema atau unit-unit
contohnya, biji, membina rumah, pembantu komuniti. Kriteria yang digunakan
oleh guru-guru . Ciri-ciri Bank Street adalah seperti berikut:

Sesuatu aktiviti yang diminati oleh kanak-kanak.

Sumber pengajaran dan pembelajaran adalah pelbagai

peralatan membantu untuk membina aktiviti dan perbincangan.

Aktiviti bersesuaian dengan kanak-kanak dan boleh difahami oleh mereka.

membantu dalam perkembangan pembelajaran konsep kanak-kanak

Ia bersesuaian dengan umur kanak-kanak.

Ia ada potensi untuk pembelajaran kendiri kanak-kanak.

Apabila tema telah dipilih guru akan membuat keputusan apakah konsep yang boleh
dibina menggunakan tema tersebut. Sesuatu aktiviti itu perlu secara tidak langsung
boleh membawa kepada beberapa jenis hasil pembelajaran yang terlibat. Misalnya
projek kumpulan membuat jem nanas akan melibatkan pengiraan, mengukur,
menimbang, memerhati, membaca dan menulis dalam berbagai-bagai kumpulan kecil
yang terlibat.

Motivasi diberikan melalui kegembiraan yang lahir dari aktiviti itu sendiri. Ganjaran
ekstrinsik tidak digunakan secara sistematik untuk mempengaruhi pembelajaran,
pemilihan aktiviti atau tingkah laku kanak-kanak. Guru mendapat kerjasama dari kanakkanak dengan cara mengambil berat, memberi perhatian dan sokongan yang tekal
kepada kanak-kanak. Hubungan guru murid adalah merupakan kunci pelaksanaan
program ini.

Jadual harian distrukturkan dengan teliti supaya wujud satu siri penglibatan
seimbang. Walau bagaimanapun, ia mempunyai darjah keluwesan yang tinggi
guru mungkin akan mengambil jadual untuk mengambil kesempatan dari
peluang-peluang yang tidak diduga. Kanak-kanak biasanya bekerja secara
sendiri atau dalam kumpulan kecil orang dewasa ada boleh ada membantu atau
tidak perlu ada.

Banyak aktiviti berjalan secara serentak (simultaneous ). Perjumpaanperjumpaan untuk seluruh kumpulan diadakan sekiranya ada aktiviti yang
memerlukan setiap aktiviti mengambil bahagian. Aktiviti membaca dan menulis
adalah antara aktiviti yang menggembirakan kanak-kanak dalam bilik darjah.
Kanak-kanak menulis buku mereka sendiri dan mereka membaca buku yang
ditulis oleh kanak-kanak lain.

Guru membaca untuk murid-murid mereka setiap hari. Contoh pengajaran


membaca secara individu menyediakan banyak buku-buku bergambar dan
bahan bacaan yang mudah. Kanak-kanak mengumpulkan perkataan dari bacaan
menggunakan cerita-cerita, label, cerita, permainan.

MODEL MONTESSORI
Nama Montessori tidak asing dalam program pendidikan awal kanak-kanak.
1. Apakah keistimewaan Program Model Montessori?
2. Apakah perbezaan antara Model Montessori dengan Model Bank Street?

Maria Montessori telah membina secara beransur-ansur membuka kelas untuk kanakkanak di Amerika dan akhirnya

program ini telah berkembang. Model

Montessori

adalah berasaskan kepada idea-idea yang memberikan perhatian yang mendalam


mengenai bagaimana kanak-kanak membesar. Ada yang berpegang secara rigid
kepada teknik asal sementara yang lain pula telah membuat pengubahsuaian
pendekatan untuk diadaptasikan dalam konteks sosial semasa. Adalah menarik untuk
diberikan perhatian bahawa Model Montessori mencipta programnya untuk memenuhi
keperluan untuk menyediakan kanak-kanak dan untuk membantu mereka mempelajari
kemahiran hidup yang penting. Model Montessori hari ini kebanyakan dihadiri oleh
kanak-kanak dari keluarga mewah.
Persekitaran Kelas Montessori
Dalam bilik darjah Model Montessori kita boleh melihat susun atur wujud. Bahan-bahan
dan alat yang bersesuaian dengan saiz kanak-kanak disusun dengan teratur dan jelas
di atas rak-rak yang mudah dicapai oleh kanak-kanak. Terdapat sudut-sudut yang
berbeza, setiap satunya mempunyai keunikan tersendiri untuk menggalakkan sesuatu
kemahiran tugasan itu dikuasai dalam sudut tersebut. Berikut adalah sudut-sudut yang
dicadangkan :

Sudut Matematik

Sudut Bahasa

Sudut Sains

Sudut Kreatif

Sudut Bacaan

Sudut Komputer

Sudut Melukis

Sudut Pondok-pondok

Sudut Zoo

Sudut Berkebun

Persekitaran juga disusun atur untuk menyuburkan daya estetika kanak-kanak. Bungabunga, tumbuh-tumbuhan, alat-alat perabot dan susunan yang teratur disepadukan
dengan falsafah Montessori.
Kanak-kanak
Kita dapati kanak-kanak dari kumpulan umur yang berbeza terlibat dengan aktiviti
individu, sebab intipati Model Montessori ialah bersifat pendidikan individu. Kanakkanak akan memulakan aktiviti dan bebas untuk melakukan apa-apa sahaja projek
yang dipilih, menentukan ruang kerja untuk aktiviti yang dipilih sama ada di atas tikar,
lantai atau atas meja. Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri secara bebas atau
bekerja berdua-dua dalam satu masa. Kanak-kanak yang lebih muda boleh belajar
bagaimana cara untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang khusus dengan
cara memerhati atau meniru rakan-rakan sekelas lain yang lebih tua/matang. Model
Montessori direka bentuk menjadi sekuen 3 tahun untuk berumur dari 3 6 tahun.
Guru
Kawalan orang dewasa adalah sedikit tetapi perlu cekap. Penglibatan guru adalah tidak
menonjol dan senyap. Guru hanya memerhati dari jauh atau membuat demonstrasi
kepada kanak-kanak bagaimana untuk menggunakan peralatan yang baru. Guru tidak
memberikan peneguhan atau pujian kepada kerja kanak-kanak kerana aktiviti adalah
berbentuk ganjaran kendiri iaitu motivasi secara intrinsik. Guru-guru yang menjalankan
Model Montessori, belajar mengenai kaedah dan kurikulum melalui kursus intensif.
Berikut adalah contoh kursus intensif untuk guru prasekolah.

Membuat Rancangan Aktiviti Harian

Penyediaan Bahan Bantu Mengajar

Strategi Pengajaran & Pembelajaran Bilik Darjah Berpusatkan Kanak-kanak

Penggunaan komputer dalam Pengajaran & Pembelajaran

Penyediaan menu makanan seimbang

Menguruskan tingkah laku kanak-kanak

Bahan-bahan
Bahan-bahan mempunyai ciri-ciri yang istimewa. Bahan yang digunakan oleh Model
Montessori adalah didaktik (contohnya bahan sebenar yang digunakan dalam
kehidupan keluarga iaitu garpu, pisau, pinggan kaca di mana penggunaan adalah di
bawah pengawasan orang dewasa)

setiap reka bentuk adalah untuk tajuk yang

khusus. Ia adalah berbentuk pembentukan diri sendiri dengan itu kanak-kanak


mendapat maklumat bahan yang segera daripada bahan selepas pembetulan tugasan
diselesaikan.
Bahan-bahan adalah berbeza dari mudah kepada kompleks, dengan itu kanak-kanak
adalah tercabar dengan cara membina konsep secara progresif dari mudah kepada
lebih susah. Bahan dibina dengan teliti dan menarik, biasanya dibuat dari bahan-bahan
yang sebenar. (contoh : sikat dan cermin, kosmetik, jangka suhu, stetoskop)
Kurikulum
Bahan yang berbeza disesuaikan dalam setiap bidang kurikulum yang berbeza. Apabila
kanak-kanak mula-mula memasuki Model Montessori mereka diperkenalkan kepada
komponen kehidupan harian, di mana aktiviti-aktiviti amali ditekankan. Aktivitinya adalah
berfokuskan kepada pengurusan diri, dan kemahiran-kemahiran mengurus persekitaran
seperti membutangkan baju, menyikat rambut, menyiram pokok, mengelap tingkap dan
menyapu.
Berikut adalah aktiviti dalam Model Montessori ;

Menjelajah dan meneroka tentang persekitaran kehidupan harian

Mengenali binatang,tumbuh-tumbuhan peliharaan melalui

Penyediaan peralatan dan bahan pengajaran yang disusun di dalam rak

Bahan yang berbeza tetapi disesuaikan kepada tiga bidang yang berbeza.
Kanakkanak diperkenalkan komponan kehidupan harian di mana aktiviti amali
yang kepada penjagaan diri contohnya kemahiran menjaga diri seperti menyikat
rambut membasuh tingkap dan membersih bilik darjah.

Set aktiviti dan bahan yang kedua adalah berkaitan dengan deria, membentuk
kanak-kanak membina, menyusun, meluaskan dan menghalusi persepsi deria
lihat, dengar, sentuh, bau dan rasa.

Untuk membina diskriminasi visual kanak-kanak boleh menyusun tone warna


dari gelap ke terang dan mencampur warna

Melibatkan konseptual atau bahan akademik contohnya membantu membina


asas menulis,membaca dan matematik

Aktiviti konseptual adalah konkrit dan melibatkan kanak-kanak secara aktif dan
menggunakan pelbagai sensori

MODEL KONSTRUKTIVIS
Model Konstruktivitis ini adalah berasaskan kepada teori pembelajaran Piaget. Model
konstruktivitis ini dikenali juga sebagai Model Interaktionis ini dikenali juga sebagai
Model Instruktionis (Brewer, 2001) Contoh-contoh program yang menggunakan model
Konstruktivitis adalah seperti berikut :

Program High/ Scope yang dibina oleh David Weikart.

Sekolah untuk Permainan Konstruktif dibina oleh George Forman.


Berikut terdapat beberapa perkara yang dipersetujui oleh program-program
instruktivis di atas di samping terdapat juga beberapa perbezaan
pendapat yang dipersetujui adalah seperti :

Semua bersetuju bahawa objektif asas boleh dibentuk dari hasil kerja-kerja
Piaget untuk menggalakkan perubahan dalam pemikiran operational dan sebab
akibat kanak-kanak. ( Contohnya biji benih apabila ditanam dan disiram dengan
air akhirnya akan bercambah )

Semua menekankan kepentingan asas dan tindak balas kanak-kanak dalam


pembelajaran dan perkembangan. ( Contohnya makan tidak membasuh tangan
maka viros akan menyebabkan penyakit )

Semuanya mengambil idea daripada tradisi perkembangan kanak-kanak bahawa


bahan-bahan, peralatan-peralatan dan aktiviti menggalakkan kanak-kanak untuk
menjadi aktif. ( Kerja kanak-kanak bermain )

Dalam pengajaran dan pembelajaran kita tidak hanya menggunakan teori Piaget
sahaja terdapat had yang tertentu dalam penggunaan teori tersebut. Contohnya
Operasi konkrit dari segi isi padu cecair adalah sama walaupun ia dimasukkan
ke dalam bekas yang berbeza bentuk )

Bagaimana Kanak-kanak Belajar.


Piaget menyatakan pembelajaran adalah sebagai satu proses yang berasaskan kepada
motivasi intrinsik. Beliau juga menerangkan bahawa berfikir sebagai pembinaan melalui
tahap-tahap di mana pelajar menjadi bertambah berupaya berfikir dalam keadaan
abstrak dan bentuk logik. Menurut Piaget, pengetahuan diperoleh secara berbeza-beza
bergantung kepada tahap perkembangan individu dan jenis pengetahuan yang akan
diperoleh. Berdasarkan Piaget Pengetahuan adalah melaui pengalaman seperti
berikut :

mengenai ciri-ciri fizikal yang wujud pada objektif diperoleh hanya melalui
pengalaman bersama objek tersebut. Contohnya kanak-kanak mempelajari
konsep segi empat sama dengan cara meneroka objek-objek berbentuk segi
empat dengan itu ia akan dapat menentukan ciri-ciri tersebut.

Kanak-kanak mempelajari pengetahuan sosial daripada rakan-rakan yang lebih


matang dalam kumpulan sosial mereka. Bahasa dan adat resam sosial
masyarakat boleh dipindahkan daripada seseorang kepada ahli yang lain.
Bahasa dan adat resam tidak boleh dipelajari melalui penerokaan sebab ia tidak
berkait dengan objek sebenar.

Pembelajaran logik matematik memerlukan tindak balas terhadap objek-objek


diikuti oleh membina pemikiran mental. Menyusun objek-objek mengikut seriasi
daripada pendek kepada panjang memerlukan pemikiran mengenai hubungan
antara objek-objek. Nombor, seriasi dan klasifikasi adalah termasuk dalam
pembelajaran logik matematik.

Asas Pendekatan Program Perkembangan adalah meliputi menggalakkan


manipulasi objek yang aktif, merangsang motivasi intrinsik, menggalakkan
proses asimilasi kanak-kanak, akomodasi dan menggalakkan interaksi dengan
orang lain.

Kanak-kanak dalam program ini dikehendaki belajar melalui memanipulasi


objektif yang aktif dan dibantu oleh guru untuk membuat refleksi ke atas
tindakan-tindakan mereka. Sebagai contoh, seorang guru akan memilih untuk
mengasingkan objek-objek yang tenggelam dengan yang timbul melalui
permainan

air manipulasi bahan. Kanak-kanak boleh mencatatkan hasil

percubaan mereka.

Motivasi intrinsik adalah sangat penting untuk pembelajaran dalam program


perkembangan. Ia adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan
bahan-bahan dan aktiviti yang boleh menarik minat kanak-kanak.

Pakar-pakar perkembangan percaya bahawa kanak-kanak mahu belajar, malah


mereka sentiasa belajar. Kanak-kanak hendaklah membina kefahaman mereka
sendiri, kanak-kanak menerima sangat sedikit daripada pengajaran kumpulan.

Kanak-kanak dibantu untuk membina pengetahuan mereka oleh guru dengan


menggalakkan mereka membuat refleksi mengenai manipulasi objek-objek yang
telah mereka lakukan. Guru adalah merupakan orang yang paling kerap
berhubung dengan kanak-kanak dalam kumpulan kecil atau individu.

Seorang guru developmentalist selalu merasakan kanak-kanak tidak perlu


diberikan kesemua jawapan kepada persoalan yang timbul semasa pengalaman
pembelajaran. Mereka percaya soalan yang belum terjawab dalam pemikiran
kanak-kanak itu penting.

Komponen lain yang penting ialah belajar melalui interaksi dengan orang lain.
Kanak-kanak sangat digalakkan bertukar-tukar pendapat dengan orang lain dan
main peranan pelbagai situasi dan buat refleksi terhadap peranan dan interaksi
tersebut.

Orang dewasa perlu membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah mereka


sendiri dan mencari penyelesaian yang boleh diterima tanpa memberi tahu
mereka jawapan yang betul.

Kurikulum atau pengalaman pembelajaran adalah dipilih untuk mengikuti minat


kanak-kanak atau mendedahkan kanak-kanak itu kepada bidang baru supaya
minat mereka dapat ditingkatkan.

Proses mencari maklumat, menganalisis data, dan mencari penyelesaian adalah


dikira lebih penting daripada mempelajari fakta. Walaupun demikian, penekanan
terhadap proses tidak bermaksud aspek isi kandungan diketepikan.

Kanak-kanak boleh belajar lebih banyak fakta dan konsep, tetapi mereka
selalunya embeded dalam konteks yang lebih bermakna.

Sebagai contoh, kanak-kanak yang belajar mengenai pokok akan memerhati


dan meneliti

pokok itu

selalu untuk melihat perubahannya sepanjang

masa.Mereka akan belajar mengenal pasti dan mengklasifikasikan daun-daun


pokok dan mungkin terlibat membuat uji kaji untuk mengenal pasti fungsi daun.
Kanak-kanak ini juga akan memeriksa lingkaran batang pokok, membuat
rumusan atas pemerhatian tersebut. Mereka akan mencari buku-buku berkaitan
dengan pokok tersebut di pusat sumber.

Dengan kata lain pengalaman kurikulum akan berfokus terhadap pembelajaran


kanak-kanak, bagaimana mencari, menganalisis dan menilai informasi, dalam
masa yang sama fakta-fakta akan dikenal pasti (presented) sepanjang proses
tersebut.

MATLAMAT PROGRAM INTERAKTIONIST


Hampir ke semua matlamat program perkembangan adalah untuk merangsang
keseluruhan aspek perkembangan kanak-kanak. Iaitu perkembangan fizikal, sosial,
emosi dan kognitif. Penekanan terhadap perkembangan bahasa dalam proses
pembelajaran juga penting. Program adalah bertujuan untuk menyeimbangkan semua
aspek perkembangan dan tiada yang diabaikan. Matlamat untuk menggalakkan kanakkanak terlibat secara aktif dalam pembelajaran adalah juga penting.
Dalam jangka pendek, program interaktionist juga berusaha untuk membantu kanakkanak mencapai matlamat sosio emosi. (Day and Parker, 1977). Berikut adalah
matlamat sosio emosi program Interationist:

Merasa selamat (secure) dalam situasi hubungan tanpa paksaan dengan orang
dewasa.

Menghormati perasaan dan hak orang lain.

Menjadi kurang kebergantungan, peka dan ingin tahu, menggunakan inisiatif


dalam mengejar ingin tahu tersebut, mempunyai keyakinan terhadap kebolehan
menyelesaikan masalah sendiri dan meluahkan apa yang terdapat di
pemikirannya.

Program ini akan dapat menggalakkan pencapaian objektif kognitif seperti berikut:

Mencetus idea-idea, masalah dan persoalan-persoalan yang menarik.

Membuat perkaitan dan mengenal pasti kesamaan dan perbezaan.

Sekolah Untuk Permainan Konstruktif


Dalam program Forman ( di bawah Program Konstruktivis ) matlamat adalah untuk
membantu kanak-kanak mengembangkan kognitif mereka melalui aktiviti yang dipilih
khusus untuk membantu mereka dengan idea transformasi, hubungan fungsi dan
mengubah perspektif. Dalam proses menilai aktiviti kurikulum tersebut, soalan-soalan
berikut perlu ditanya.

Adakah aktiviti tersebut digemari kanak-kanak.

Bolehkah kanak-kanak dari kebolehan yang berbeza mengikuti aktiviti secara


educational.

Apakah konsep Piagetian yang dapat dikaitkan dengan aktiviti ini.

Bolehkah kanak-kanak meneroka aktiviti ini secara berdikari.

Apakah konflik kognitif yang dapat dikaitkan hasil dari usaha kanak-kanak
tersebut dalam menyelesaikan aktiviti itu.

Program High / Scope


Program High/Scope (Wirkert
kepada

beberapa

konsep

di bawah program
iaitu

pembelajaran

Program Konstruktivis) berfokus


aktif,

menggunakan

bahasa,

menggambarkan pengalaman dan idea-idea, klasifikasi, konsep nombor, seriasi,


hubungan ruang dan masa. Pengalaman ini dipilih kerana ia penting untuk
pembangunan pemikiran dan sangat praktikal sebagai satu program untuk kanakkanak.
Mendidik Kanak-kanak.

Matlamat program Siegel ( Siegel, di bawah

Program Kontruktivis ) merupakan

perkembangan kompeten persembahan Siegel (representational competence). Siegel


menerangkan tiga prinsip sebagai panduan dalam memilih bahan-bahan dan aktivitiaktiviti dalam programnya.

Kanak-kanak memahami dunia mereka melalui penglibatan dengan persekitaran


(Children Understand their worl through representations of

it ).

Gambaran kecekapan dibina secara bersekuen (Representational competence


develops in an orderly sequence ) contohnya duduk ,berdiri dan berlari.

Gambaran kecekapan dibina berdasarkan

tindak balas interaksi fizikal

dan

persekitaran sosial yang bersesuaian. (Representational competence develops


fully only in response to interactions with appropriate physical and social
environment (Eva, 1997)

Walaupun penekanan dan matlamat ketiga-tiga program ini tidak serupa tetapi
berkisar tentang perkembangan pemikiran kanak-kanak dan keupayaan memberi
sebab musabab (reasoning) dan kebolehan kanak-kanak mempamerkan
pengalaman dengan cara bermakna.

Setiap program tersebut bergantung kepada penglibatan kanak-kanak secara


aktif dengan bahan-bahan dan pembimbing guru yang kemudiannya membantu
kanak-kanak membuat refleksi terhadap pengalaman mereka Contohnya,
bermain

dengan blokblok, memberi peluang kanak-kanak mengembangkan

konsep matematik seperti jarak dan persamaannya.

Beberapa aktiviti lain memberi peluang kepada kanak-kanak menggunakan


kemahiran perkembangan mereka dalam bahasa (literasi).

Banyak aktiviti dan pengalaman dipilih bagi membantu kanak-kanak berfikir mengenai
penyelesaian sosial dan kognitif. Hubung kait kesemua aspek perkembangan adalah
sangat penting bagi mengembangkan whole child isi kandungan bagi sains, sosial,
matematik, seni, kesihatan dan keselamatan semuanya disepadukan ke dalam bentuk
tema mengikut minat kanak-kanak. Bahasa diajar melalui aktiviti membaca dan
menulis. Ahli interactionalist mengharapkan kemahiran bahasa diajar sebaik-baiknya
dalam konteks kemahiran yang digunakan.
STRATEGI PENILAIAN
Bagi prasekolah penilaian dijalankan secara informal dan berterusan. Penilaian secara
kendiri mengenai perkembangan dan lain-lain. Kebolehan ataupun keupayaan kanakkanak prasekolah sering disalah tafsir sebagai pencapaian. Kesilapan ini menimbulkan
implikasi yang besar kerana ia dikaitkan dengan keseluruhan pelaksanaan program
prasekolah baik dari segi pembelajaran kanak-kanak mahupun pengajaran guru.
Penilaian yang sebaik-baiknya dilaksanakan ke atas kanak-kanak, khasnya kanakkanak yang berada di peringkat prasekolah adalah secara kendiri dan berterusan. Kita
perlu lebih menghargai perkembangan kemahiran kanak-kanak dalam ketiga-tiga
domain iaitu : *Afektif *Psikomotor *Kognitif Domain-domain tersebut dipamerkan
melalui penaksiran autentik seperti rekod anekdot, rekod berterusan, senarai semak,
rekod pensampelan masa dan peristiwa serta penaksiran portfolio. Penaksiran autentik
yang dilaksanakan secara berterusan mampu menilai sejauh mana keupayaan ataupun
kemahiran yang sudah dikuasai ataupun sebaliknya oleh kanak-kanak

PROGRAM INKLUSIF UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS


Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada
tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu program.
Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di
dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa.
BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF

Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa


1.Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa.
2.Senarai nama murid dikekalkan dalam daftar kelas khas.
3.Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru Pendidikan
Khas sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau
tingkahlaku.
4.Pelajar Pendidikan Khas yang berkeupayaan dalam akademik.
Pendidikan Separa Inklusif (Integrasi)
1.Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.
2.Waktu selebihnya mengikuti program di kelas biasa.
3.Senarai nama murid pada daftar Program Pendidikan Khas.
4.Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.
-Ujian mata pelajaran adalah sama dengan murid biasa.
MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF
1. Model A-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian
kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran.
2. Model B-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat
nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas
3. Model C-Penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas khas/Bilik Resos/Pusat
Sumber Pendidikan Khas.
4. Model D- Penempatan di sekolah khas(Base School)dan kelas Satellite di sekolah
biasa.(Octopus Model).
5. Model E -Penempatan sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Khas.
6. Model F-Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.
KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF
1. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan.
2. Pelajar khas dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal.
3. Menjadi platform kepada pelajar normal untuk mencurahkan bakti kepada pelajar

khas dengan bertindak sebagai rakan pembimbing .


4. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru.
5. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah.
6. Memungkinkan pelajar khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat
setempat.
7. Menyediakan lebih peluang kepada pelajar khas untuk berdikari dan memperolehi
peluang pekerjaan.
8. Pelajar khas yang diinklusifkan menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan
dalam semua aspek seperti tingkahlaku,komunikasi dan pencapaian akademik.
9. Gandingan dan kerjasama guru-guru mata pelajaran dan guru khas membantu
melonjakkan mutu pencapaian pelajar khas.
KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF
1. Pelajar khas mendapat kurang perhatian dan tumpuan.
2. Guru sukar memberikan tumpuan.
3. Berlakunya penglabelan
4. Sikap sesetengah guru biasa yang merasakan terbeban dengan adanya pelajar khas
dalam kelas.
5. Pelajar normal turut terasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi
kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
6. Pelajar khas yang terlibat menunjukkan kebosanan dan letih semasa belajar kerana
penat menghadiri pengajaran dan pembelajaran yang banyak.

Pendidikan Inklusif
Secara umumnya, istilah inklusif
bermaksud menintergrasikan pelajar-pelajar
keperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati
segala kemudahan belajar dengan keadaan normal seperti pelajar-pelajar biasa, tanpa
mengira status (Naim, 1997).
Pendidikan inklusif terbahagi kepada dua jenis iaitu, pendidikan inklusif separuh masa,
di mana pelajar-pelajar hanya dimasukkan kekelas biasa bagi beberapa mata pelajaran
sahaja.Manakala pendidikan inklusif sepenuh masa, iaitu program pelajar-pelajar
dimasukkan ke kelas biasa untuk mengikuti pembelajaran biasa bagi semua mata
pelajaran (Naim, 1997).
Mengikut Bariah (1995), terdapat empat objektif pendidikan inklusif seperti:
meningkatkan keseadaran kanak-kanak normal terhadap kanak-kanak berkeperluan
khas bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat.

memberi peluang kepada kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri dengan rakan
sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka
memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak khas yang setanding
dengan kanak-kanak normal untuk meningkatkan konsep diri mereka
untuk mengelak daripada berlakunya diskrminasi dalam pendidikan dan kemudahan
yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan.

Mengikut Deschenes et al.(1994) menggariskan sembilan jenis penyesuaian dalam


strategi pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam pelaksanaan program
pendidikan inklusif iaitu :
Saiz menyesuaikan jumlah perkara/pelajaran yang pelajar sepatutnya
belajar/capai
Masa menyesuiakan masa bagi setiap pengajaran ataupun ujian
Tahap sokongan menyesuaikan bantuan secara individu kepada pelajar yang
memerlukannya
Input- menyesuaikan cara pengajaran dengan tahap pencapaian/keupayaan
seseorang pelajar supaya mereka lebih memahami apa yang diajar
Penglibatan menyesuaikan cara pengajaran dan pembelajaran supaya semua
pelajar terlibat di dalamnya.
Kurikulum menyesuaikan kurikulum berdasarkan mata pelajaran gaya
pembelajaran dan minat pelajar untuk menbantu setiap pelajar mencapai matlamat
masing-masing
PEKA DENGAN ISU BERKAITAN
Sebagai guru prasekolah, anda dikehendaki peka dengan isu-isu semasa yang
berkaitan. Cuba anda fikir dan nyatakan apakah isu-isu semasa yang berkaitan dengan
pendidikan prasekolah?
SOKONGAN KELUARGA
Topik ini membincangkan perkhidmatan yang boleh diberikan kepada kanak-kanak dan
keluarga, pemahaman penglibatan keluarga dan menghargai pelbagai gaya parenting.
Begitu juga mengenai komunikasi terbuka dan membina perkongsian pintar dengan
keluarga.
Penglibatan ibu bapa merupakan proses dimana ibu bapa dapat berhubung dengan
kakitangan sekolah atau pusat prasekolah yang bertanggungjawab memberi
perkhidmatan kepada kanak-kanak untuk memberi pendidikan, melibatkan kanak-kanak
dalam aktiviti yang dibentuk dan bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa memainkan
peranan dalam pendidikan anak masing-masing.
Menurut Swick penglibatan ibu bapa dalam tiga proses :
Pemuafakatan (partnership) antara keluarga dan profesional (pihak guru) dan
pembantu (para profesional) dalam komuniti.

Proses yang berkembang dan dibina melalui satu jangka masa yang
dirancang dan memerlukan kerjasama setiap ahli.
Satu proses di mana ibu bapa dan guru berkerjasama, belajar dan melibatkan
diri dalam membuat keputusan bersama

JENIS IBU BAPA


Ibu bapa boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut tahap penglibatan mereka
dengan aktiviti prasekolah. Dalam konteks ini Vandergrift dan Greene (1992) telah
mengenalpasti empat jenis ibu bapa seperti di dalam jadual di bawah:
+ Menyokong anak (contohnya
sentiasa memberi galakkan kepada

- Tidak menyokong anak ( contohnya


tidak mengambil tahu tentang anak).

mereka)
+ Penglibatan aktif (contohnya selalu

+ Penglibatan aktif (contohnya hanya

membantu anak menyelesaikan

melibatkan diri dalam aktiviti

kerja rumah)

prasekolah jika ada ganjaran )

+ Menyokong anak (contohnya


sentiasa memelihara kesejahteraan
anak)
- Penglibatan tidak aktif ( contohnya

- Tidak menyokong anak ( contohnya


mendera anak )
- Penglibatan tidak aktif (contohnya

jarang melibatkan diri dengan aktiviti

tiada komunikasi dengan pihak

prasekolah)

prasekolah).

PERANAN IBU BAPA


Ibu bapa seharusnya berperanan sebagai rakan kongsi dengan pihak sekolah dalam
mendidik anakanak mereka. Penglibatan ibu bapa secara sukarela bukan sahaja akan
menjimatkan kos pengurusan sesebuah prasekolah bahkan akan meningkatkan
keberkesanan dalam memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak. Namun begitu
sebaikbaiknya skop penglibatan mereka hendaklah dihadkan kepada bidangbidang

tertentu supaya semakin ramai ibubapa boleh menyumbangkan pengetahuan,


kemahiran, kepakaran dan tenaga mereka dalam bidangbidang tertentu. Peranan ibu
bapa boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
A.

Peranan yang ada hubungan dengan aspek akademik seperti :

Menjalankan tugas tugas sebagai pembantu guru

Membuat peralatan, mengatur sudut sudut pembelajaran dan menguruskan


aktiviti.

B.

Menjaga beberapa orang kanak kanak pada masa-masa tertentu

Peranan yang tidak ada hubungan dengan aspek akademik seperti:

Melakukan tugas-tugas perkeranian

Merancang dan menentukan hari untuk membantu dan


membaikpulih tabika

Membantu sesama sendiri misalnya menjemput dan menghantar anak-anak


atau menjaga anak-anak kecil yang lain.

Keibubapaan (parental) ialah seseorang yang memberikan kanak-kanak dengan


penjagaan asas, arahan, sokongan, perlindungan dan bimbingan. Keibubapaan dapat
didefinisikan sebagai pasangan yang berkahwin, single, heterosexual, gay, lesbian,
sepupu, ibu saudara, datuk dan nenek, abang, kakak dan lain-lain lagi. Manakala
menurut LPPKN ibu bapa ialah yang terdiridaripada sepasang suami isteri yang
dihubungkan dengan ikatan perkahwinana yang sah dari segi agama,adat resam dan
undang-undang. Scott 1983 menyatakan didikan ibu bapa membantu membentuk
konsep kendiri yang positif. Gaya didikan ibu bapa akan memberi kesan adan pengaruh
kepadaperkembangan mentaliti, sifat, minat, kecenderunganserta sikap anak-anak.
Terdapat dua dimensi gaya asuhankeibubapaan menurut Baumrind iaituresponsiveness
dan demandingness.
Baumrind mengklasifikasikan gaya asuhan keibubapaan kpd 3 iaitu:
Autoritarian
Permissive

Autoritatif
Authoritarian
Merupakan gaya asuhan yang berbentuk mengarah, dan menghukum.
Menetapkan suatu peraturan tanpa ada tolak ansur
Lemah dalam komunikasi. Tidak membenarkan anak-anak bersuara dalam memberi
pendapat
Tiada kebebasan. Anak-anak terasa terkongkong kerana peraturan yang agak rigid.
Kesan gaya autoritarian

Anak menjadi pasif

Mempunyai konsep kendiri k ang rendah

Lemah dalam komunikasi

Tidak kreatif

Anak tidak gembira

Tidak peramah

Moody

Permissive Indulgent

Kawalan yg sedikit ke atas kanak-kanak dan tiada kawalan langsung

Memberikan terlalu banyak autonomi kepada kanak-kanak

Percaya kanak-kanak perlu mempunyai banyak kebebasan dan tidak boleh


dikawal oleh org dewasa.

Permissive Indifferent/Neglect

Melepaskan tanggungjawab dan mendakwa saya tidak peduli dengan apa yang
kamu lakukan

Dipanggil juga sebagai uninvolved atau tidak terlibat.

Meluangkan masa yang minima dalam memberikan perhatian dan bersosialisasi


dengan kanak-kanak

Kesan Gaya Permissive


Permissive Indulgent

Menentang dan tidak patuh patuh kepada orang yang lebih dewasa

Kurang kawalan diri

Agresif

Cepat marah tetapi mudah riang kembali

Mempengaruhi pencapaian akademik

Permissiveindifferent/Neglect

Ikut kata hati

Tanpa tujuan atau kurang aktiviti berasaskan matlamat

Risiko terlibat dengan delinkuen

AUTORITATIF
Bentuk gaya asuhan di mana anak-anak bebas untuk melakukan sesuatu tindakan
tetapi masih dalam pengawalan dan pengawasan daripada ibu bapa
Ciri-Ciri:

Menekankan kepada aspek perbincangan serta memberi dan menerima


pandangan yang diutarakan oleh ahli keluarga.

Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan persetujuan bersama

Memberi galakan serta menghormati kepentingan anak-anak.

Tidak terlalu bergantung kepada peraturan.

Mesra dan tegas

Kesan Gaya Autoritatif

1.Kecekapan Sosial

Mempunyai ketinggian dan kecekapan dlm perhubungan sosial.

Anak-anak boleh berdikari dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Contoh: Peramah, mudah mesra.


2. Pembangunan Psikososial

Kehidupan yang sentiasa bahagia dan gembira

Mempunyai kestabilan emosi yg baik dan keyakinan diri yang tinggi.

Sedar batasan tingkahlaku yg perlu dipatuhi

3.Akademik

Memperolehi kecemerlangan dlm bidangakedemik.

Berinisiatif untuk melakukan sesuatu.

4. Masalah Tingkahlaku

Kecenderungan untuk melibatkan diri dalam aktiviti delinkuen adalah kurang.

5. Motivasi

Mempunyai gaya motivasi yg tinggi kerana ibu bapa sentiasa memberi dorongan
dan sokongan samada berbentuk implisit dan ekstrisik.

Wujud perkembangan intelektual dalam diri anak-anak.

KOMUNIKASI TERBUKA DAN MEMBINA PERKONGSIAN PINTAR


Guru prasekolah atau tabika perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan ibu
bapa. Guru perlu mendengar secara aktif bukan sahaja untuk memahami perkataan
yang dilafazkan tetapi apa yang lebih penting ialah memahami perasaan dan menerima

latar belakang kehidupan mereka.

Guru hendaklah memahami masalah dan minat

mereka untuk mewujudkan hubungan mesra yang ikhlas dan saling mempercayai
dengan keluarga kanak kanak supaya guru boleh berfungsi sebagai perantara yang
berkesan di antara kanak kanak tadika dengan masyarakat. Perkara perkara yang
perlu dilakukan oleh guru untuk menjalin hubungan yang positif

dengan ibu bapa

termasuklah

Guru terlebih dahulu mestilah memperoleh maklumat yang lengkap


mengenai ibu bapa kanak kanak

Maklumat lengkap mengenai penglibatan ibu bapa hendaklah


diberikan kepada ibu bapa ketika mereka mendaftarkan anak
anak mereka untuk menyertai tadika

Sekiranya ibu bapa bersetuju untuk menghantar anak mereka ke


tadika maka guru haruslah mengadakan pertemuan untuk
membincangkan falsafah, matlamat serta

pengajaran dan

pembelajaran di tadika

Maklumkan kepada ibu bapa tentang kemajuan anak mereka dari semasa
ke semasa

Libatkan ibu bapa dalam majlis majlis sosial tadika dan penulisan
berita tadika jika ada supaya mereka juga merupakan sebahagian

PROGRAM PENILAIAN

Topik ini mengenalpasti objektif sesebuah tadika dan bagaimana untuk mencapainya
serta mengubahsuai amalan untuk memastikan objektif lebih berkesan dan menambah
objektif baru yang lebih baik untuk penambahbaikan pusat prasekolah.

Sejauhmanakah anda dapat mengenal pasti keberkesanan program


prasekolah dan nyatakan ciri-ciri yang boleh menjadi penanda aras
kepada kelas prosekolah anda?

TAJUK 6 : KEPIMPINAN DAN PERWATAKAN


SINOPSIS

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan kepimpinan, akauntabiliti dan watak guru
prasekolah.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :
1. Mengenalpasti bagaimana untuk menjadi seorang pengurus yang berkesan..
2. Menyedari akauntabiliti sebagai guru prasekolah.
3. Menunjukkan ciri-ciri perwatakan sebagai guru prasekolah.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Kepimpinan

KEPIMPINAN DAN
PERWATAKAN

Akauntabiliti sebagai guru prasekolah

Watak guru prasekolah

KEPIMPINAN

Topik ini membincangkan mengenai bagaimana untuk menjadi pengurus yang


berkesan, mempunyai visi dan misi yang jelas, menggunakan semua sumber untuk
mencapai visi dan memotivasikan diri, pekerja dan kanak-kanak untuk mencapai visi.
Memimpin

adalah

proses

mengarah

dan

mempengaruhi

orang

lain

dengan

menggunakan bakat, maklumat dan kemahiran berinteraksi. Pengurus tadika yg


berkesan dan cekap perlu memanipulasikan gaya kepimpinan yang efektif, bersesuaian
dgn personalitinya. Guru Tadika perlu mempunyai visi dan misi yang jelas. Guru Tadika
perlu motivasi diri, pekerja dan kanak-kanak untuk mencapai visi.
Guru prasekolah berfungsi sebagai pengurus yang berkesan. Guru prasekolah mesti
mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi
warganegara yang patriotik.Ini penting kerana untuk melahirkan dan menyuburkan
potensi diri secara menyeluruh sifat peribadi, perwatakan sangat penting untuk
perkembangan murid pada tahap awal. Ini kerana murid prasekolah adalah ibarat kain
putih yang akan di warnakan pada kain tersebut dan seterusnya menghasilkan warnawarna yang cantik atau tidak cantik. Oleh itu, perkembangan secara menyeluruh sangat
penting untuk membentuk kanak-kanak yang berkeperibadian yang tinggi.
CUBA FIKIR

mamamApakah visi dan misi anda sebagai guru prasekolah? Apakah sumber
yang anda gunakan untuk mencapai visi dan misi anda? Bagaimanakah
anda mahu meningkatkan motivasi diri anda, pekerja anda dan
kanak-kanak supaya dapat mencapai visi anda?
AKAUNTABILITI SEBAGAI GURU PRASEKOLAH

AKAUNTIBILITI SEBAGAI GURU PRASEKOLAH

Topik ini membincangkan dari segi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku murid dan
ibu bapa/penjaga.
Akauntabiliti

di

huraikan

sebagai

bertangungjawab

kepada

seseorang

atau

bertangunggjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji, konsep akauntabiliti
adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasanmengenai sesuatu
tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapandan
penjelasan tersebut. Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan
untuk memberikan justifikasi dan menerima kebertanggungjawaban terhadap sesuatu
keputusanyang telah diambil.
Akauntabiliti Keguruan.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan
oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan
tanggungjawab

guru

terhadap

profesionalisme

keguruan.

Akauntabiliti

atau

tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru


terhadap pelajar, diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion
keguruan amnya.
Akauntabiliti guru prasekolah terhadap bidang pekerjaan
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah
termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah
mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal
lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajarpelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial
dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di
bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya
guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan
mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik
dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas

harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana
seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian
perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci, dipandang
serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.
Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata
pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata
pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang
dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini dilakukan
dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapa
iobjektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang
betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.
Akauntabiliti sebagai guru prasekolah terhadap sekolah
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu guru juga bertangungjawab
terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli
dalam sebuah sekolah, guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan
kemajuan sekolah.Dalam hal ini selain tugas mengajar, guru juga hendaklah
menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha
peperiksaan, setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di
lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

CUBA FIKIR

Apakah Akauntabiliti anda sebagai guru prasekolah


terhadap tingkah laku murid?

Akauntibiliti sebagai guru prasekolah terhadap ibu bapa/penjaga

Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita
dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.
Guru hendaklah memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat
berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai
rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan
masyarakat.Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di
kalangan guru danibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku
baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu
sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar,
masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga
hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat
membimbing

mereka

menjadi

warganegara

yang

setia, bertanggungjawab,

menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di
samping

itu

guru

hendaklah

menghormati

masyarakat

di

tempat

guru

tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga
perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta
mengamalkan tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat

WATAK GURU PRASEKOLAH

Topik ini membincangkan ciri-ciri guru prasekolah berkesan serta peribadi yang
menjejaskan imej guru prasekolah dan menyatakan ciri-ciri penyayang guru prasekolah.
CIRI-CIRI GURU PRASEKOLAH YANG BERKESAN

Mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat.

Mempunyai badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik.

Mempunyai kecerdasan otak yang lebih tinggi daripada kebanyakkan orang.

Bersikap profesional.

Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

Kaya ilmu.

Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

Bermoral teguh

Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran

Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid

Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai


pendidik unggul pada setiap masa.

Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.

Berupaya melahirkan 'prasekolah berwatak' supaya pelajar mempunyai


kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.

Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri


(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri
dengan situasi tertentu).

Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat


profesionnya.

Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah


bahagi.

Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

CUBA FIKIR

NYATAKAN KEPERIBADIAN YANG MENJEJASKAN IMEJ


GURU PRASEKOLAH

Konsep Penyayang Dalam Pendidikan Prasekolah


Penyayang bermaksud orang yang kasih akan orang lain, pengasih, pencinta dan
bersifat belas kasihan.

Amalan Budaya Penyayang

Mesra bila berhubung dengan kanak-kanak.

Kasih sayang dan persefahaman menjadi pemusatan dalam pendidikan (Peter


Kline).

Jangan membuat anggapan yang salah terhadap keupayaan kanak-kanakmereka adalah individu yang unik.

Menarik minat kanak-kanak.

Merangsang kanak-kanak belajar.

Elak kebosanan- contohnya aktiviti terlalu lama / kerap berulang

Apa yang hendak ditunjukkan mudah dan jelas supaya kanak-kanak tidak keliru

Bersedia untuk menukar aktiviti- kanak-kanak mempunyai pemusatan yang


pendek.

Baiki satu kesalahan sahaja pada satusatu masa untuk mengelakkan


kekeliruan.

Kanak-kanak suka membuat sesuatu dan melihat hasil kerjanya. Puji usaha dan
hasilnya.

Menggunakan beberapa cara untuk kanak-kanak mencapai suatu kemahiran.

Gunakan berbagai jenis alat/ bahan/ media untuk meneguhkan kemahiran.

Gunakan gambar/ perbuatan yang menggelikan hati kanak-kanak (unsur


seronok).

Galakkan kanak-kanak mencuba dan beri bantuan hanya jika diperlukan.

Adakan pilihan dalam kadar yang terhad. Proses memilih merangsang kanakkanak untuk memilih dan membuat keputusan.

Jangan mulakan konsep baru sebelum kanak-kanak memahami konsep yang


diajar sebelumnya (contohnya untuk belajar tambah kanak-kanak telah
mengenal nombor).

Bagaimana mewujudkan amalan budaya penyayang di prasekolah:


1. Pengurusan dan pengelolala kelas-eg melalui rutin, kedudukan kerusi meja
2. Peranan guru prasekolah
3. Persekitaran fizikal kelas
4. Persekitaran sosial
4. Hubungan dengan ibu bapa dan komuniti
Persekitaran Sosial

Menyokong perkembangan

Konsep kendiri yang positif

Diterima oleh rakan dan guru

Mempunyai persepsi bahawa dia boleh mencapai sesuatau

Berpeluang menikmati kejayaan dalam tugas

Guru menunjukkan penghargaan, kasih sayang dan sabar melayan

Kanak-kanak rasa dihargai dan diterima

Kanak-kanak dibantu melihat dari perspektif orang lain

TAJUK 7 :KOD ETIKA GURU PRASEKOLAH


SINOPSIS
Unit ini mengandungi maklumat berkaitan dengan Kod Etika Guru Prasekolah yang
menerangkan Tentang Konsep, Etika Guru Malaysia Dan Standard Guru Malaysia.
Disamping itu unit ini ada memperihalkan tentang tanggungjawab sebagai seorang
guru prasekolah yang berkualiti dan kreatif dalam mengurusakan prasekolahnya.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :
i. Mengenalpasti Etika Guru Malaysia, Akujanji Perkhidmatan Awam Dan
Standard Guru Malaysia.
ii. Mengenalpasti dan mengapikasikan pelbagai kemahiran dan pengetahuan
pelbagai tanggungjawab sebagai seorang guru prasekolah yang ber wibawa.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Konsep
KOD ETIKA
GURU
PRASEKOLAH
Tanggungjawab Guru Prasekolah

DEFINISI ETIKA:
Ahli sosiologi terkenal, Raymond Baumhart (1968) bertanya beberapa ahli perniagaan,
Apakah makna etika bagi anda? Antara jawapan yang diberi ialah:

Etika berasal daripada perkataan Greek ethos yang bermakna watak atau adat
resam. Adat resam masyarakat membentuk watak manusia. Kini istilah etika dikaitkan
dengan kemoralan dimana individu dalam sesuatu masyarakat bertindak tertakluk
kepada budi pekerti moral yang dipersetujui (Keith Goree, 1966). Memang sukar
menentukan maksud etika.
Berikut ialah beberapa definisi etika:

Kamus Dewan Bahasa & Pustaka (1995) mentakrif etika sebagai nilai-nilai
yang menjadi pegangan seseorang atau sesuatu kumpulan.

Institut Integriti Malaysia (2007) mendefinisikan etika sebagai himpunan nilai


dan moral ang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan
profesion.

Kamus Oxford (1994) mendefinisi etika sebagai prinsip moral.


Mackie (1977) mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan
nilai baik dan buruk sesuatu tindakan.

Velasquez, Andre, Shanks, dan Meyer (1987) mentaktif etika sebagai standard
salah danbetul yang harus dilakukan manusia untuk memastikan keadilan.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) mentakrif etika sebagai satu set peraturan
tingkah laku yang meletakkan apa yang harus dibuat dan jangan dibuat.

Dalam Islam, etika ialah tingkah laku baik yang dituntut al-Quran dan Hadith,
Etika merupakan salah satu bidang falsafah yang mengkaji tentang betul dan
salah dalam kehidupan seharian manusia. Etika adalah penting, kerana ia
menentukan tindak-tanduk manusia. Tanpa berpegang kepada suatu kod etika,
segala usaha manusia akan gagal.

ETIKA GURU MALAYSIA


Maksud Etika Profesional
Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan
disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang
berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion
dalam masyarakat.
Skop Etika Profesional
1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benarbenar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.
2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam
keseluruhan hidupnya.

3. Etika PerguruanBermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap
masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

KEPENTINGAN ETIKA GURU MALAYSIA


Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod
etika dianggap penting kerana:
1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion
perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru
terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas
tentang tanggungjawab mereka.
3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan
etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat
dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod
etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara
hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab
guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan
dan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi.
Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam
menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan

perhubungan atnara ahli dalam organisasi

NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika
Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.
Nilai-nilai itu adalah:
o Amanah
o Benar
o Bijaksana
o Bersyukur
o Dedikasi
o Ikhlas
o Penyayang

AKU JANJI PERKHIDMATAN AWAM


Lampiran A
Rujukan:

SURAT AKU JANJI


Saya, , No. Kad Pengenalan ..
beralamat di dengan
sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta peraturan dan arahan lain yang
dikeluar dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatan saya dengan
Kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan 4, PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bahawa saya:
(i)

akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan;

(ii)

akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah
dan bertanggungjawab;

(iii)

tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya;

(iv)

tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi
bercanggah dengan tugas awam saya;

(v)

tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa
saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi sehingga
menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam;

(vi)

tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri;

(vii)

tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan dan mencemarkan nama
perkhidmatan awam;

(viii)

tidak akan membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau
memajukan tuntutan saya atau pegawai lain berhubung dengan perkhidmatan awam; dan

(ix)

tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar
perintah.

Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh
dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993.

(Tandatangan Pegawai)

..
(Jawatan Pegawai)
Di Hadapan:
.
(Tandatangan Ketua Jabatan)

(Nama dan No. Kad Pengenalan Ketua Jabatan)


.
(Tarikh)

..
(Cap Rasmi Jabatan)

STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)


Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut
dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan
perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen
ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan
institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru
berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan
penambahbaikan berterusan

Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:

Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan,


pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran
yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional
dengan berkesan,

Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas
dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber
pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses
latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi,

KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan


guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi
institusi latihan perguruan diwujudkan, dan

Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras


dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria
dan standard am pendidikan tinggi.

Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:

mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran,

mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh


agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru
yang ditetapkan tercapai.

Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan
pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran
semasa dunia pendidikan.
PENGERTIAN STANDARD GURU MALAYSIA
Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai
oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan
oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan).

Asas Penentuan Standard Dan Keperluan

Perincian Standard dan Keperluan adalah berasaskan kepada aspek yang berikut:
Misi Nasional
Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan
nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama seperti yang berikut:
meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi,

meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk


minda kelas pertama,

menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara


membina dan produktif,

meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup, dan

mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)


"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)
"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin."
TATASUSILA PROFESION KEGURUAN
Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion,
semua guru di Malaysia tertakluk kepada Tatasusila Profesion Keguruan yang
disediakan dalam bentuk ikrar seperti berikut:
"Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke
arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab
dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha kami ke arah kebenaran
dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akan demokrasi,
kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukunegara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami
kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang terkumpul sejak zaman
berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk
mencapai kemajuan sepenuhnya maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut
sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf
kesusilaan yang setinggi-tingginya"; (i) tanggungjawab terhadap pelajar, (ii)
tanggungjawab terhadap ibu bapa (iii) tanggungjawab terhadap negara dan (iv)
tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.
ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati
berdasarkan enam prinsip iaitu niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah
kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta
menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.
Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan
standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa negara
maju.

Standard Guru Malaysia mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu
Standard (S) dan Keperluan (K). Sila rujuk Rajah 1.

Standard merangkumi tiga aspek berikut:


STANDARD 1: AMALAN NILAI PROFESIONALISME KEGURUAN
Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan
berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.
STANDARD 2: PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN
Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang
subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada
seseorang guru.
STANDARD 3: KEMAHIRAN PEMBELAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang
patut dikuasai oleh seseorang guru.
KEPERLUAN
Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran
dan pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut
menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut:

KEPERLUAN 1: KELAYAKAN DAN PROSEDUR PENGAMBILAN CALON


PROGRAM LATIHAN PERGURUAN
Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon
program latihan perguruan.
KEPERLUAN 2: LATIHAN, PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran
dan penilaian.
KEPERLUAN 3: KOLABORASI
Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan
perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara,
badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan
perguruan.
KEPERLUAN 4: INFRASTRUKTUR DAN INFOSTRUKTUR
Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan
komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.
KEPERLUAN 5: JAMINAN KUALITI
Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar,
strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan
sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.
Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin
program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif,
inovatif, dan berketerampilan.

Guru (digambarkan oleh huruf G) yang dihasratkan oleh Malaysia mempunyai


kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan (Standard
1), pengetahuan dan kefahaman (Standard 2) serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran (Standard 3). Ketiga-tiga standard tersebut digambarkan oleh tiga
lingkaran kecil yang bertindan; membawa maksud ketiga-tiga aspek kompetensi yang
dikuasai oleh guru adalah saling berkait dan bersepadu.
Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan Keperluan utama
yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong dan
membantu guru mencapai Standard. Keperluan yang dimaksudkan ialah kelayakan
masuk dan prosedur pengambilan calon program latihan perguruan (Keperluan 1),
latihan, pentaksiran dan penilaian program perguruan (Keperluan 2), kolaborasi
(Keperluan 3), infrastruktur dan infostruktur (Keperluan 4), dan jaminan kualiti
(Keperluan 5).
Lingkaran besar yang memagari Keperluan menggambarkan asas penentuan Standard
dan Keperluan iaitu Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah
Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja Kementerian
Pelajaran Malaysia,
Glob di tengah-tengah lingkaran Standard merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia
yang dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kelas pertama, iaitu
menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki
semangat patriotisme yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa

STANDARD 1: AMALAN NILAI PROFESIONALISME KEGURUAN


Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut
Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum
sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan
Tonggak Dua Belas. Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu:
S1.1 DOMAIN DIRI
Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut
dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada
profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.
Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah,
ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan,
daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan
intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.
S1.2 DOMAIN PROFESION
Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru
dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang
ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan,
integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.
S1.3 DOMAIN SOSIAL
Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat.
Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran
sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.

STANDARD 2: PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN


Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan
profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta
menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut:
S2.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

S2.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan
keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.
S2.3 Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.
S2.4 Kandungan Ilmu Pendidikan
S2.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam
pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.
S2.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
S2.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk
menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran.
S2.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.
STANDARD 3: KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan
dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum.
Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut:
S3.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan,
pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid.
S3.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir,
kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah
cara dan kemahiran mentaksir dan menilai.
S3.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian
murid.
S3.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan
kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna
dan berkesan.
Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan dengan
mengambil kira dasar kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan arahan
pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa. Lima keperluan penting latihan

perguruan telah dikenalpasti bagi memastikan guru mencapai tahap kompetensi yang
diharapkan iaitu:
KEPERLUAN 1: KELAYAKAN MASUK DAN PROSEDUR KEMASUKAN
PROGRAM LATIHAN PERGURUAN
Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja ditawarkan mengikuti program
latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mematuhi syarat dan
prosedur berikut:
K1.1 Mengiklankan permohonan
K1.2 Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak untuk menduduki
ujian kelayakan
K1.3 Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang ditetapkan
untuk menghadiri temu duga
K1.4 Melaksanakan sesi temu duga calon guru
K1.5 Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya
K1.6 Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran
K1.7 Menandatangani perjanjian latihan perguruan
KEPERLUAN 2: LATIHAN, PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihan perguruan, agensi
dan institusi latihan perguruan patut menyediakan perkara berikut:
K2.1 Kurikulum latihan
K2.2 Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi
K2.3 Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan pengalaman
di sekolah
K2.4 Sumber pengajaran dan pembelajaran
K2.5 Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan penilaian yang
sedang berkuatkuasa
KEPERLUAN 3: KOLABORASI
Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan
patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti yang berikut:
K3.1 Sekolah
K3.2 Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara
K3.3 Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan
permainan

KEPERLUAN 4: INFRASTRUKTUR DAN INFOSTRUKTUR


Bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bermakna
dan menyeronokkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan
prasarana dan sumber yang lengkap dan terkini seperti yang berikut:
K4.1 Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi memenuhi
keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta kebajikan
pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang sedang berkuatkuasa.
K4.2 Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk menyokong aktiviti
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran.
KEPERLUAN 5: JAMINAN KUALITI
Mekanisme jaminan kualiti merupakan aspek penting bagi memastikan latihan
perguruan yang dilaksanakan kekal bermutu tinggi. Pemantauan, penilaian, dan
pelaporan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut bagi menjamin kualiti latihan
perguruan:
K5.1 Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard
K5.2 Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan
K5.3 Penandaarasan latihan perguruan
K5.4 Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

TANGGUNGJAWAB GURU PRASEKOLAH


1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada
jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.

4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid


mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan
atau persendirian.
5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.
6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira
bangsa dan agama atau kepercayaan.
7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk
tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.
8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid
tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat
asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.
9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan
membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani,
intelek, daya cipta dan lain-lain.
10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri
murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.
11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh
membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid,
masyarakat atau negara.

13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya
mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.
14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.
15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role
model' kepada muridnya.
16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran
atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti
sekolah melainkan bayaran yang disahkan.
17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.
18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian
terhadap muridnya.
19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli
masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.
20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan)
untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.
22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan
namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan


dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:o Niat yang betul
o Perlakuan yang baik
o Pengerak ke arah kebaikan
o Memperkotakan apa yang dikatakan
o Berdisiplin dan beradab
o Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

TANGGUNGJAWAB KEGURUAN.

ETIKA TERHADAP KANAK-KANAK


guru mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang
baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas
harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana
seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian
perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di
ETIKA TERHADAP SEKOLAH/ PEKERJA DAN RAKAN SEJAWAT

, guru juga bertangungjawab lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.
ETIKA TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita
dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.
Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat
berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai
rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-

TAJUK 8 : ISU-ISU SEMASAerhadap amanah yang di berikan.


SINOPSIS
Unit ini mengandungi maklumat berkaitan dengan isu-isu semasa tentang
perkembangan prasekolah pada masa kini.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :
1. Mengenalpasti pengetahuan asas yang profesional dalam pengurusan pusat
kanak-kanak serta melaksanakannya dalam pentadbiran sebagai seorang
pengurus.
2. Mengenalpasti proses guru sebagai model dan pembelajaran sepanjang hayat.
3. Mengintergrasikan kesedaran kendiri peribadi dan profesional dalam pengajaran
dan pembelajaran kanak-kanak.

KERANGKA TAJUK-TAJUK
Perkembangan prasekolah
Latihan

ISU-ISU SEMASA

Pemuafakatan
Kebajikan
Kemahiran komunikasi
Masyarakat

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH
Topik ini membincangkan kepentingan prasekolah, perluasan kelas prasekolah,
kelayakan, umur dan peluang kanak-kanak masuk prasekolah dan prasekolah
berkualiti.
Ibu bapa masa kini semakin mengambil berat tentang pendidikan prasekolah. Saban
tahun semakin ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka dalam lingkungan 4
hingga 6 tahun ke kelas prasekolah samada prasekolah kerajaan mahupun swasta. Di
kawasan luar bandar terutamanya, kesedaran tentang peri pentingnya pendidikan
prasekolah dalam kalangan ibu bapa semakin meningkat.

Pendidikan prasekolah merupakan asas bagi pendidikan anak anda. Perkembangan


keterampilan dan pengetahuan ( kecerdasan dan sikap) anak anda pada peringkat
prasekolah akan memberi kesan yang dramatik terhadap pembelajaran anak anda
ketika memasuki sekolah formal dan membawa kepada kejayaan dalam hidup mereka.
Alasan lain untuk mengambil berat tentang pendidikan prasekolah adalah bahawa
dengan memberikan pendedahan awal dan menggalakkan anak belajar di prasekolah
dan memupuk nilai keyakinan diri dalam diri mereka. Di samping itu juga anak akan
memperoleh kepercayaan diri melalui pelbagai aktiviti bermain sambil belajar yang
pasti menyeronokkan mereka. Pendidikan prasekolah umpama batu loncatan atau
platform yang memberikan asas yang kukuh kepada kanak-kanak prasekolah dan
momentum pembelajaran yang mereka terima di peringkat prasekolah ini akan
membantu

membuat

anak

bersemangat

belajar

seumur

hidup

mereka.

Akhirnya, pendidikan prasekolah sangat penting kerana dapat memberikan anak anda
kelebihan dalam dunia yang kompetitif dan iklim pendidikan. Bagi anak-anak yang tidak
menerima asas-asas pembelajaran selama usia prasekolah, mereka akan mula diajar

tentang abjad, nombor, bentuk dan warna ketika mereka mula memasuki pendidikan
formal mereka (darjah 1). Kanak-kanak ini akan berada di belakang kanak-kanak yang
sudah mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas ini . Kita tidak mahu kanak-kanak
ini berada di kelas tetapi tertinggal jauh daripada kanak-kanak yang sudah
mendapatkan pendidikan prasekolah. Ibu bapa atau penjaga harus mengambil berat
tentang pendidikan prasekolah kerana pembelajaran prasekolah merupakan asas yang
amat penting sebelum kanak-kanak ini memulakan pendidikan formal. Tidak boleh
dinafikan lagi bahawa pendidikan prasekolah boleh meningkatkan keyakinan diri kanakkanak dan memberikan mereka kemahiran yang mereka perlukan dari semua aspek
rohani dan jasmani.
Bagi sekolah yang belum mempunyai kelas prasekolah, guru yang bertanggungjawab
perlu

membuat

beberapa

persediaan

sebelum

menubuhkan

sesebuah

kelas

prasekolah. Perkara pertama yang perlu diambil perhatian ialah menyediakan pelan
lantai yang bersesuaian. Pelan lantai merupakan asas dalam menubuhkan kelas
prasekolah dan ianya amat penting bagi memudahkan proses selanjutnya. Dalam
penyediaan pelan lantai ini, guru prasekolah perlu mengambil kira beberapa faktor
seperti keluasan kelas, peralatan yang akan diletakkan didalam kelas, kesesuaian
peralatan , jumlah dan saiz perabot dan jumlah murid. Semua aspek-aspek ini perlu
dititikberatkan bagi menjamin keselesaan murid prasekolah dan juga memudahkan
tugas guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Penyediaan pelan lantai
prasekolah yang baik harus mempunyai beberapa bahagian penting yang terasing iaitu
bahagian dalam kelas yang merangkumi ruang pembelajaran, ruang dapur,ruang
makan, bilik air, ruang rehat bagi kes kecemasan dan stor. Pelan lantai luar kelas
prasekolah juga perlu di sediakan bagi reka letak alatan permainan untuk taman
permainan kanak-kanak. Masalah utama dalam penyediaan pelan lantai ini ialah saiz
kelas prasekolah yang selalunya tidak begitu luas dan menyukarkan guru untuk
merancang susun atur peralatan dan perabut. Namun begitu guru harus menggunakan
kreativiti tersendiri dalam menghasilkan pelan lantai dan dekorasi yang terbaik untuk
keselesaan murid dan menepati kehendak komponen-komponen pembelajaran.

LATIHAN
Topik ini membincangkan kelayakan dan latihan guru, keseragaman latihan dan naik
taraf profesion guru prasekolah.

Cuba bincang bersama rakan mengenai kelayakan


dan latihan guru, keseragaman latihan dan naik
taraf profesion guru prasekolah

PEMUAFAKATAN
Topik ini membincangkan sikap dan budaya komuniti, dasar penglibatan keluarga di
prasekolah dan keyakinan keluarga terhadap prasekolah.

Cuba fikir adakah di prasekolah anda, ibu bapa melibatkan diri di dalam program
prasekolah. Bagaimanakah bentuk penglibatan tersebut ?

Kebaikan penglibatan keluarga kepada Ibu Bapa


Apabila ibu bapa melibatkan diri di tadika mereka akan mendapat faedahfaedah yang berikut:

Mereka dapat melihat tingkah laku kanak-kanak di sekolah.

Mereka berpeluang mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi


masalah tingkah-laku kanak-kanak.

Mereka dapat memahami apa yang sudah, sedang dan akan diajar
kepada anak mereka selama berada di sekolah.

Mereka lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh


kanak-kanak.

Mereka

boleh

menyambung

aktiviti

susulan

ataupun

aktiviti

ransangan.

Mereka dapat bersoal jawab dan berkongsi masalah dengan guru.

Mereka dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.

KEBAJIKAN
Topik ini membincangkan sumber-sumber bahan, pembantu pengurusan murid,
persatuan dan ibu bapa yang bekerja.

BAGAIMANAKAH ANDA MEMELIHARA HUBUNGAN BAIK


ANDA DENGAN PENYUMBANG SUMBER-SUMBER BAHAN,
PEMBANTU PENGURUSAN MURID, PERSATUAN DAN IBU BAPA
YANG BEKERJA?

KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Topik ini membincangkan komunikasi terhadap kanak-kanak, ibu bapa dan pembantu
pengurusan murid serta masyarakat
KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN

Komunikasi bersama ibu bapa dan masyarakat


Guru prasekolah atau tabika perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan ibu
bapa. Guru perlu mendengar secara aktif bukan sahaja untuk memahami perkataan
yang dilafazkan tetapi apa yang lebih penting ialah memahami perasaan dan menerima
latar belakang kehidupan mereka.

Guru hendaklah memahami masalah dan minat

mereka untuk mewujudkan hubungan mesra yang ikhlas dan saling mempercayai
dengan keluarga kanak kanak supaya guru boleh berfungsi sebagai perantara yang
berkesan diantara kanak kanak tadika dengan masyarakat. Perkara perkara yang
perlu dilakukan oleh guru untuk menjalin hubungan yang positif

dengan ibu bapa

termasuklah

Guru terlebih dahulu mestilah memperoleh maklumat yang lengkap


mengenai ibu bapa kanak kanak.

Maklumat lengkap mengenai penglibatan ibu bapa hendaklah


diberikan kepada ibu bapa ketika mereka mendaftarkan anak
anak mereka untuk menyertai tadika.

Sekiranya ibu bapa bersetuju untuk menghantar anak mereka ke


tadika maka guru haruslah mengadakan pertemuan untuk
membincangkan falsafah, matlamat serta
pengajaran dan pembelajaran di tadika

Maklumkan ibu bapa tentang kemajuan anak mereka dari semasa


ke semasa.

Libatkan ibu bapa dalam majlis majlis sosial tadika dan penulisan
berita tadika jika ada supaya mereka merasa mereka merupakan
sebahagian daripada tadika.

Guru hendaklah bertegur sapa dengan ibu bapa yang menghantar dan
mengambil anak mereka. Selain itu peti cadangan dan papan
kenyataan boleh disediakan untuk menggalakkan komunikasi yang

berkesan antara prasekolah dengan ibu bapa.

Guru harus bersedia dan berkemampuan untuk mengendalikan


kerisauan ibu bapa tentang anak mereka.

Adakan pertemuan dengan ibu bapa pada permulaan dan akhir


penggal untuk membincangkan isu isu berkaitan dengan anak mereka.

Guru bertanggungjawab untuk mengekalkan perhubungan/komunikasi yang berkesan


dengan ibubapa secara terbuka. Komunikasi tersebut terdiri daripada dua kategori iaitu:
1. Komunikasi tentang program
2. Komunikasi tentang induvidu kanak-kanak
Ada pelbagai cara untuk mengubungi ibu bapa:

Maklumkan ibu bapa kemajuan anak mereka dari masa kesemasa melalui
Berita Tadika /newsletter. Selain itu guru juga boleh menggunakan kaedah
berkomikasi yang lain seperti penggunaan telefon atau e mel atau melalui
perbincangan bersemuka dalam aktiviti tertentu yang melibatkan ibu bapa
seperti berkelah, lawatan ke sekolah serta perjumpaan guru dengan ibu
bapa.

Libatkan ibu bapa dalam majlis-majlis sosial yang dianjurkan oleh prasekolah
dan penulisan Buletin Tadika agar mereka merasa mereka merupakan
sebahagian daripada tadika.

Pada awal penggal tadika dibuka berikan maklumat tentang penglibatan


mereka. Guru perlu bertanya kepada ibu bapa tentang anak mereka, jenis
program yang mereka inginkan dan falsafah tadika di mana guru itu berada.

Adakan perbincangan dengan ibu bapa tentang program di tadika.

Guru juga perlu bertegur sapa apabila ibu bapa melawat tadika, menghantar
dan menjemput anak mereka. Adakan peti atau kotak cadangan dan papan
kenyataan untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi antara guru
dengan ibubapa.

Guru juga boleh melawat rumah ibu bapa untuk mendapat maklumat yang
lengkap berkenaan dengan kanak-kanak.

Komunikasi moden seperti penggunaan telefon, E-mail, dan sistem pesanan


ringkas boleh digunakan untuk menghubungi ibu bapa.

Surat atau nota juga boleh digunakan oleh guru bagi menyampaikan
maklumat-maklumat terkini kepada ibu bapa.

Halangan-halangan komunikasi ibu bapa dengan guru

Ibu bapa kesuntukan masa dan merasa letih selepas bertungkus-lumus di


pejabat atau tempat kerja.

Kekurangan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi terkini.

Kurangnya interaksi mesra antara ibu bapa dengan guru.

Ada ibu bapa merasa rendah diri kerana wujud perbezaan status sosio
ekonomi, kelulusan akademik dan budaya antara

mereka berbanding

dengan ibu bapa yang lain.

Halangan berkomunikasi contohnya penggunaan bahasa yang berbeza.

CUBA BINCANGKAN BENTUK KOMUNIKASI ANDA


SEBAGAI GURU PRASEKOLAH BERSAMA KANAK-KANAK
DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

You might also like