Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

MEMO

Kepada :

Semua Pekerja, Ketua Jabatan & Pengurus

Dari

Pihak Pengurusan

Tarikh

20/02/2020

Tindakan Tatatertib Ke Atas Pekerja Yang Mengemukakan Sijil Cuti Sakit Palsu Atau
Meminda Sijil Cuti Sakit
Merujuk kepada perkara di atas, semua pekerja telah sedia maklum bahawa pekerja yang sakit dan
setelah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta, akan diberi Sijil Cuti Sakit bagi
tempoh tertentu. Sijil berkenaan boleh melayakkan pekerja mendapat kemudahan Cuti Sakit.
2.
Walaubagaimanapun, terdapat kecenderungan pekerja mengemukakan Sijil Cuti Sakit palsu
atau meminda Sijil Cuti Sakit. Sekiranya pekerja didapati mengemukakan Sijil Cuti Sakit Palsu atau
meminda Sijil Cuti Sakit berkenaan, tindakan berikut akan diambil:
Membuat laporan Polis sekiranya Sijil Cuti Sakit berkenaan diperoleh daripada sindiket
menjual Sijil Cuti Sakit.
Mengambil tindakan tataterib selepas siasatan dalaman dijalankan.
Jika pekerja didapati bersalah, hukuman berat akan dikenakan. Diantaranya adalah
ditamatkan perkhidmatan pekerjaan kerana berkelakuan tidak jujur atau tidak amanah serta
tidak bertanggungjawab dan melanggar kod etika kerja yang telah ditetapkan syarikat.
3.
Pihak syarikat memandang serius terhadap perkara ini. Justeru, semua pekerja dinasihatkan
agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat.
Sekiranya terdapat sebarang persoalan, sila berhubung dengan pihak Sumber Manusia untuk
keterangan lebih lanjut.
Sekian, terima kasih.

____________________
(Nama Pengarah 1)
Pengarah

______________________
(Nama Pengarah 2)
Pengarah

You might also like