Professional Documents
Culture Documents
Ict Sejarah Jurnal PDF
Ict Sejarah Jurnal PDF
Ict Sejarah Jurnal PDF
ABSTRACT
This study aims to evaluate the effectiveness of a Post Graduate Diploma in Primary
Teaching (DPLI-SR) program for history education in the Penang Teacher Education
Campus (IPG KPP). The evaluation was based on the CIPP model by Stufflebeam (1967).
The sample consists of 23 teacher trainees DPLI Nov 2011 intake. The evaluation proforma
evaluate such as DPLI-SR history, support programs such as PLBD, expertise of lecturers
and students interested teachers. While the assessment process focuses on aspects of
implementation-SR DPLI course, the implementation of School Based Experience (PBS) and
practicum. View product evaluation to student performance in teacher practicum evaluation,
the final student and teacher reflection on DPLI-SR program. The study found that 87
percent of teachers agreed that proforma for prospective teachers of history was
appropriate. 65.2 percent agreed DPLI programs increase self-confidence to teach history.
While 61 percent of students believe teachers can input their courses in applied in
classroom. The findings also indicate the course Introduction to the History achieved 100
percent grade A while for Traditional Malaysian History courses achieved grade A 95.6
percent compared with 4.4 percent achieved grade B. Applications for the course of
Pedagogy in Teaching History by 61.8 per cent obtained grade A compared with 38.2
percent got a grade B. by 30.4 percent in grade A and grade B 69.6 percent get to the
course History of Modern Malaysia. The study also showed that 100 percent of students
obtained a grade of A in the practicum. Score results show overall that the teacher trainee
mastered all the courses offered and can be applied in teaching and learning history in the
class room.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program Diploma
Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI- SR) dalam menyediakan guru-guru
pendidikan sejarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPG KPP).
Penilaian berpandukan kepada model CIPP oleh Stufflebeam (1967) iaitu konteks,
input, proses dan produk. Sampel kajian terdiri daripada 23 orang pelajar guru
DPLI-SR Ambilan Nov 2011. Penilaian input melihat dari aspek proforma DPLI-SR
sejarah, program sokongan seperti PLBD, kepakaran pensyarah dan minat pelajar
guru. Penilaian proses berfokus kepada aspek pelaksanaan kursus DPLI-SR,
pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan praktikum. Penilaian
produk melihat kepada prestasi pelajar guru dalam penilaian praktikum, markah
peperiksaan akhir dan refleksi pelajar guru terhadap program DPLI-SR. Kajian
mendapati 87 peratus pelajar guru bersetuju bahawa input daripada proforma sesuai
untuk bakal guru sejarah. Sebanyak 65.2 peratus pelajar guru mengakui program
DPLI meningkatkan keyakinan diri untuk mengajar sejarah. Manakala 61 peratus
pelajar guru yakin input semasa berkursus dapat diaplikasikan dalam P&P. Dapatan
214
kajian juga menunjukkan 100 peratus pelajar yang mengambil kursus Pengantar
Sejarah memperolehi gred A manakala untuk kursus Sejarah Malaysia Tradisional,
95.6 peratus pelajar memperolehi gred A dan 4.4 peratus memperolehi gred B. Bagi
kursus Aplikasi Pedagogi Dalam Pengajaran Sejarah sebanyak 61.8 peratus pelajar
memperolehi gred A berbanding 38.2 peratus mendapat gred B. Sebanyak 30.4
peratus pelajar mendapat gred A manakala 69.6 peratus mendapat gred B untuk
kursus Sejarah Malaysia Moden. Dapatan kajian juga menunujukkan 100 peratus
pelajar memperolehi gred A dalam praktikum. Dapatan kajian menunjukkan secara
keseluruhan semua pelajar guru dapat menguasai semua kursus yang ditawarkan
serta dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di bilik darjah
semasa penilaian praktikum dijalankan.
PENGENALAN
Transformasi pendidikan rendah dan menengah melalui PPPM 2013-2025 (KPM,
2012) membuktikan kerajaan peka dan prihatin dengan perkembangan sistem
pendidikan yang disediakan untuk rakyat. Sistem pendidikan yang berkesan
merupakan elemen yang penting bagi sesebuah negara yang merancang untuk
mencapai Negara maju. Menurut pandangan Plato, pendidikan merupakan suatu
proses membentuk individu yang berakhlak mulia. PPPM 2013-2025 (KPM, 2012)
berhasrat untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik dan
kokurikulum, malah untuk membentuk warga negara yang patriotik, berdaya kental
dan mampu menghadapi cabaran bersaing pada peringkat global. Bagi memastikan
rakyat Negara ini mampu berhadapan dengan cabaran persaingan global maka
kerajaan merangka dasar kurikulum sejarah sebagai satu subjek wajib kepada
semua peringkat pendidikan. Sejarah sebagai suatu subjek amat penting kerana
kesedaran, pemahaman dan penghayatan sejarah negara mampu memupuk
semangat patriotisme dan jati diri serta membentuk keperibadian bangsa Malaysia.
Subjek sejarah mampu membentuk pemikiran pelajar menjadi kritis melalui
kemahiran analisis rentetan sebab dan akibat sesuatu peristiwa, menyemai
pemikiran sejarah melalui kajian berasaskan data, penelitian, pemilihan, kritikan dan
pentafsiran semula peristiwa sejarah serta membolehkan pelajar membuat
kesimpulan untuk kebenaran. Kajian semula kurikulum sejarah telah mengambil kira
faktor-faktor yang boleh membentuk keperibadian pelajar yang seimbang. Justeru,
kerajaan akan mewajibkan pelajar mengambil dan lulus subjek Sejarah di peringkat
sekolah rendah dan menengah. Hasrat kerajaan menjadikan mata pelajaran Sejarah
sebagai subjek lulus mulai tahun 2013 di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
memperlihatkan kesungguhan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam
memartabatkan pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam sistem pendidikan negara ini.
Mata pelajaran Sejarah juga bermatlamat untuk memupuk perpaduan dalam
kalangan pelajar yang berbilang kaum. Dasar ini juga berhasrat untuk mengubah
persepsi masyarakat bahawa mata pelajaran Sejarah tidak mempunyai nilai
komersial atau sekadar mata pelajaran tambahan.
215
PERNYATAAN MASALAH
Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah pun mengumumkan
dasar terbaharu pendidikan negara, iaitu kelulusan mata pelajaran Sejarah sebagai
syarat untuk mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013. Keputusan
kerajaan mewajibkan semua pelajar lulus subjek Sejarah pada peperiksaan SPM
mulai 2013 menimbulkan kebimbangan sesetengah pihak (Berita Harian, 8 Jan
2011). Hasrat kerajaan menjadikan subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib
lulus adalah untuk memastikan subjek itu sebagai elemen asas pembinaan negara
bangsa di samping memupuk kecintaan dan nilai patriotisme dalam kalangan pelajar
dan rakyat negara ini (Ibrahim, 2006; Khoo Kay Kim, 2010; Siti Zainun, 1990).
Tempoh dua tahun mendatang ini merupakan era transisi kepada pelbagai pihak
termasuklah Institut Pendidikan Guru (IPG) kerana bertanggungjawab untuk
menyediakan guru-guru sejarah sekolah rendah selaras dengan sistem penilaian
baharu itu. Namun mampukah subjek sejarah ini mencapai aspirasi negara dan
bolehkah matlamat kerajaan tercapai melalui subjek tersebut sedangkan terdapat
banyak isu yang berlingkaran pada subjek sejarah ini. Laporan Nazir Sekolah
mendapati subjek sejarah kurang diminati oleh pelajar kerana beranggapan subjek
ini sangat membosankan dan terlalu sukar untuk difahami. Laporan mutu jawapan
pelajar yang diterbitkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam SPM
antara tahun 2008 dan 2009 merumuskan punca kelemahan dalam menjawab
soalan sejarah kerana kelemahan pelajar dalam penguasaan fakta dan kefahaman
konsep, pengolahan isi dan jawapan ringkas dengan isi yang ringkas di samping
kurang kemahiran berbincang dan berfikir (Bahari Md Shah, 2011). Menurut Brown
(1980), menguasai kurikulum sejarah bukanlah merupakan perkara yang sukar
tetapi kelemahan sebenar terletak pada cara penyampaiannya. Keberkesanan
penyampaian subjek ini bergantung kepada kreativiti guru yang menyampaikannya
khususnya dengan melibatkan pelajar dalam kemahiran menilai, merumus,
mentaksir dan menghurai dalam aktiviti P&P (Bahari Md Shah, 2011). Strategi P&P
melibatkan pelajar melalui experiential learning/pengalaman/PLBD serta aplikasi
ICT perlu diperluaskan oleh guru. Justeru kejayaan P&P sejarah bergantung kepada
keupayaaan, sikap, minat, kebolehan, kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki
oleh seseorang guru. Guru harus memantapkan diri dengan ilmu dan disiplin sejarah
yang diperolehi sama ada di Insitusi pengajian tinggi atau IPG bagi memastikan
subjek sejarah dapat disampaikan secara berkesan. Justeru, adalah penting untuk
IPG melakukan transformasi pada proses dan sistem P&P, input dan konteks agar
dapat menghasilkan produk (pelajar guru) yang berkualiti seperti yang diharapkan
supaya meningkatkan perasaaan tidak puas hati dan keyakinan mana-mana pihak
apabila subjek Sejarah menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.
KAJIAN LITERATUR
Pendidik atau guru mestilah seorang yang berilmu dan kompeten, mendalam
pengetahuan pedagogi dan psikologi serta berkeyakinan untuk mengamalkannya.
Guru yang ingin dilahirkan mesti bercirikan multidisciplinary with specialism. Rozinah
et.al (2006) menyatakan bahawa pembelajaran akan lebih seronok, berkesan dan
lebih bermakna kepada pelajar jika guru berwibawa dan berketrampilan. Charles
(2009) menjelaskan kewibawaan yang efektif jika guru berpengetahuan dan
berkeahlian dalam bidangnya dan dilaksanakan dalam suasana kasih sayang dan
216
1.
2.
Proses kedua dalam model CIPP ialah penilaian input. Menurut Stufflebeam
(2007) Penilaian input membantu menetapkan satu projek untuk dikenal pasti dan
menangani keperluannya. Persoalannya ialah bagaimana ia perlu dilakukan?
mengenal pasti reka bentuk prosedur dan strategi pendidikan yang paling sesuai
serta mencapai hasil yang diharapkan. Oleh yang demikian pendekatan utama ialah
218
mengenal pasti dan menilai keupayaan semasa sistem yang berjalan serta
mencadangkan strategi alternatif yang sesuai. Menurut pandangan Eko Putro
Widoyoko (2009), penilaian input membantu mengatur keputusan, menentukan
sumber-sumber yang ada, alternatif apa yang diambil, strategi untuk mencapai
tujuan dan prosedur kerja untuk mencapai tujuannya. Manakala Warr, Bird dan
Rackham (1970) pula menjelaskan penilaian input iaitu meninjau penggunaan
sumber yang digunakan untuk program pelaksanaan sesuatu program latihan.
3.
4.
Penilaian produk menegenal pasti dan menilai hasil program untuk menentukan
sama ada ia Berjaya atau tidak. Tujuan penilaian produk untuk mengukur, mentafsir
dan menilai hasil dapatan dengan jujur. Penilaian produk juga untuk melihat
keperluan pengisian telah dipenuhi atau perlu penambahbaikan (Stufflebeam &
Shinkfield, 2007). Sax (1980) menjelaskan penilaian produk to allow to project
director (or teacher) to make decision of program. Penilaian produk dapat memberi
maklumat kepada para pendidik atau pentadbiran untuk membuat keputusan
keberkesanan program yang dilaksanakan. Farida Yusuf (2000) pula menerangkan
penilaian produk untuk membantu membuat keputusan terhadap hasil yang telah
dicapai maupun perancangan jangka panjang. Oleh yang demikian dapatlah kita
simpulkan penilaian produk dapat melihat keberhasilan sesuatu program samada
mencapai matlamat utamanya atau sebaliknya. Pada peringkat ini, penilai dapat
memberi cadangan ataupun saranan untuk membuat penambahbaikan.
Stufflebeam (2007) menggariskan konteks, Input, Proses dan Produk (CIPP)
penilaian model adalah disyorkan sebagai rangka kerja secara sistematik
membimbing
konsep,
reka
bentuk,
pelaksanaan
dan
penilaian
projek-projek perkhidmatan-pembelajaran dan memberi maklum balas serta maklum
balas keberkesanan sesuatu program atau projek untuk penambahbaikan yang
berterusan. Model yang dibangunkan sejak tahun 1960-an adalah bertujuan untuk
menyediakan pembaharuan dan penambahbaikan terhadap sekolah-sekolah di
kawasan bandar di Amerika Syarikat. Model penilaian CIPP dikonfigurasi
219
TUJUAN KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan
program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) yang
mengikuti program latihan perguruan lepasan ijazah sebagai persediaan untuk
melahirkan guru-guru pendidikan sejarah peringkat sekolah rendah di Institut
Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPG KPP) mulai 2012. Pelajar-pelajar guru
220
yang terlibat terdiri daripada guru-guru sandaran tidak terlatih yang mempunyai
pengalaman mengajar di sekolah-sekolah sejak tahun 2008 dan diambil mengikuti
program ini melalui program ambilan khas KPM. Fokus kajian adalah untuk
menjawab persoalan-persoalan yang berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program
Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) dalam menyediakan
guru-guru pendidikan sejarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPG
KPP). Menurut Abdul Raof Dalip (1991) latihan mengajar merupakan penilaian yang
sangat penting dalam proses membina program pendidikan perguruan.
Praktikum/Latihan mengajar dilihat sebagai kemuncak kepada latihan perguruan
dalam proses menyediakan pelajar guru untuk mempraktikkan ilmu yang telah
diterima semasa di bilik-bilik kuliah dan mengintegrasikan ilmu atau melakukan
rawatan yang tepat dalam dunia realiti bersama murid-murid (sampel) sebagai
persediaan menjadikan dirinya pendidik yang bertauliah dan berkesan.
Adalah diharapkan hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai penilaian untuk
menguji keberkesanan pelaksanaan program DPLI-Sejarah yang mula
diperkenalkan secara 3 semester di Institiut Pendidikan Guru mulai ambilan 2012.
Selain itu, kajian ini juga adalah untuk menilai kebolehan pelajar guru yang bukan
pengkhususan sejarah dapat menguasai kemahiran dan pedagogi sejarah sebelum
menjadi guru terlatih.
221
BATASAN KAJIAN
Kajian ini terbatas kepada 23 pelajar guru DPLI-Sejarah yang dijalankan di IPG
Kampus Pulau Pinang. Oleh yang demikian dapatan kajian tidak boleh
menggambarkan pengetahuan sejarah pada keseluruhan pelajar guru DPLI-SR
Sejarah yang terdapat di 27 kampus IPG di seluruh Malaysia. Namun demikian, hasil
kajian ini boleh memberi gambaran sejauh mana program DPLI 3 semester yang
julung kali diperkenalkan untuk penambahbaikan dalam sistem latihan guru di IPG
telah dilaksanakan seperti yang dirancang.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan kualitatif untuk menilai
keberkesanan pelaksanaan program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah
Rendah (DPLI- SR) untuk guru-guru pendidikan sejarah di Institut Pendidikan Guru
Kampus Pulau Pinang (IPG KPP) selama 3 semester. Kajian ini dijalankan
berdasarkan kepada model (CIPP) Stufflebeam (1967) untuk melihat bagaimana
program yang dirancang untuk DPLI-SR menepati Standard Pembelajaran yang
telah ditentukan mengikut proforma IPGM. Tujuan utama model CIPP adalah untuk
membantu pentadbir dalam membuat penilaian terhadap keberhasilan dalam
sesuatu program.
Pengkaji hanya memfokuskan kepada tiga komponen sahaja daripada empat
mengikut model penilaian CIPP oleh Stufflebeam (1967) iaitu dari aspek penilaian
input, penilaian proses dan penilaian produk. Komponen input dalam kajian ini terdiri
daripada proforma kursus DPLI- Sejarah, kemudahan prasarana IPG dan kepakaran
pensyarah dalam bidang berkaitan. Komponen proses pula terdiri daripada bahan
kuliah dan tutorial, program Pengalaman Berasaskan Sekolah, program sokongan
Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) dan Praktikum selama 12 minggu. Manakala
komponen produk merangkumi analisis keputusan peperiksaan akhir semester,
penilaian praktikum dan refleksi pelajar guru.
222
Analisis Data
INPUT
I.
Proforma
Kursus
a. Objektif
Kursus
b. Kandungan
kursus
c. Kaedah
penyampaian
II.
III.
PRODUK
PROSES
I.
Kuliahdan
tutorial
II.
Program
PBS
III.
Program
sokongan
PLBD
IV.
Kemudahan
prasaranaIPG
Kepakaran
Pensyarah
Praktikum
12minggu
I.
Keputusan
Peperiksaan
Akhir
Semester
II.
Penilaian
Praktikum
III.
Refleksi
PelajarGuru
DAPATAN KAJIAN
Jadual 1: Analisis Peperiksaan Dan Praktikum Program DPLI Institut
Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Ambilan Dis. 2011
Bil
Kursus
Pengantar Sejarah
Sejarah Malaysia
Tradisional
Aplikasi Pedagogi
Dalam Pengjaran
Sejarah
Sejarah Malaysia Moden
4
5
PRAKTIKUM
(12 minggu)
Kod
A+
A-
B+
B-
Jumlah
SJN
2103
SJC
2103
SJM
2203
2
(8.7%)
2
(8.7%)
0
18
(78.3%)
14
(60.8%)
3
(13.0%)
3
(13.0%)
6
(26.0%)
11
(47.8%)
1
(4.4%)
5
(21.8%)
4
(17.4%)
23
(100%)
23
(100%)
23
(100%)
SJC
2203
EDA
2306
2
(8.7%)
11
(47.8%)
5
(21.7%)
2
(8.7%)
11
(47.8%)
0
4
(17.4%)
0
1
(4.4%)
0
10
(43.5%)
23
(100%)
23
(100%)
Analisis pencapaian pelajar dalam kursus yang diikuti mendapati pelajar yang
mengikuti kursus Pengantar Sejarah memperolehi 100 peratus gred A manakala
kursus Sejarah Malaysia Tradisional, seramai 95.6 peratus pelajar memperolehi
223
gred A dan 4.4 peratus sahaja memperolehi gred B. Bagi kursus Aplikasi Pedagogi
Dalam Pengajaran Sejarah sebanyak 61.8 peratus pelajar memperolehi gred A dan
38.2 peratus mendapat gred B. Sebanyak 30.4 peratus pelajar mendapat gred A
manakala 69.6 peratus mendapat gred B untuk kursus Sejarah Malaysia Moden.
Dapatan kajian juga menunujukkan 100 peratus pelajar memperolehi gred A dalam
Praktikum (Latihan Mengajar).
Bi
l
1
2
3
4
5
6
Carta 1: Refleksi Pelajar Guru DPLI- SR IPG KPP Terhadap Program Sejarah
Perkara
skor
Peratus
Menambah ilmu Pengetahuan Sejarah
Dapat diaplikasikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Kursus yang ditawarkan sangat membantu sebagai pendidik sejarah
Kursus yang ditawarkan sangat membantu dalam praktikum
Menambah keyakinan diri sebagai bakal guru sejarah
Mendapat bimbingan yang baik daripada pensyarah
8
14
20
9
15
10
34.8
61.0
87.0
39.0
65.2
43.4
Analisis melalui temu bual dan refleksi melibatkan semua pelajar mendapati 87
peratus pelajar guru bersetuju bahawa input daripada proforma sangat membantu
untuk bakal guru sejarah. Sebanyak 65.2 peratus pelajar guru mengakui program
DPLI-SR dapat meningkatkan keyakinan diri untuk mengajar sejarah. Manakala 61
peratus pelajar guru yakin input semasa berkursus dapat diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebanyak 43.4 peratus pelajar DPLISR bersetuju bahawa mereka telah mendapat bimbingan yang baik semasa
menjalani praktikum dan 34.8 peratus pula menyatakan kursus ini telah
meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam disiplin sejarah.
KESIMPULAN
Kajian mendapati semua pelajar menguasai kursus-kursus (input) yang disediakan
berdasarkan prestasi pada subjek mereka (produk). Ini bermakna input yang
diberikan oleh pensyarah berdasarkan kursus-kursus yang ditetapkan telah
memastikan pelajar menguasai kandungan kursus dengan berkesan. Pelajar juga
yakin bahawa Praktikum/latihan mengajar mereka turut dipengaruhi oleh input
pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi semasa kuliah. Kajian juga mendapati
pelajar berjaya menguasai kemahiran praktikum (prestasi produk) kerana terdapat
penguasaan ilmu dan keyakinan diri untuk mengajar sejarah ekoran bimbingan yang
baik yang diterima (input) oleh mereka semasa Praktikum dan berdasarkan
keputusan (produk) Praktikum pelajar. Kajian ini sejajar dengan dapatan oleh Abdul
Raof Dalip (1991), Noor Azlan dan Lim Wee Mei (2011) dan Norizah (2007). Secara
keseluruhannya, kajian ini mendapati kesemua konstruk yang diukur menunjukkan
pelajar guru dapat menguasai semua kursus yang ditawarkan serta dapat
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah semasa di bilik darjah
dan ketika menjalani sesi praktikum selama 12 minggu. Kajian ini menggunakan
model CIPP oleh Stufflebeam (1967) iaitu dari aspek penilaian input, penilaian
proses dan penilaian produk sahaja berdasarkan sumber kewangan, kekangan
masa dan tenaga yang dihadapi oleh penyelidik. Oleh yang demikian adalah
224
diharapkan agar satu kajian yang lebih menyeluruh dengan menggunakan ke empatempat konstruk iaitu konteks, input, proses dan produk serta mengambil kira semua
IPGK yang menawarkan kursus DPLI-SR sejarah untuk melihat sejauhmana
keberkesanan pelaksanaan program ini.
RUJUKAN
Abdul Rahim Abdul Rashid. (1999). Pendidikan Sejarah, falsafah, teori dan amalan.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & distributions sdn. Bhd
Eko Putro Widoyoko (2009). Evoluasi Program Pembelajaran : Panduan Praktis
Bagi Pendidik dan calon Pendidik.Yogyakarta: Pustaka Pelajar
Hamid Hasan (2009). Evaluasi Kurikulum, cetakan kedua.
Bandung: Remaja Rosdakrya.
Godwin, D. & Perkins, M. (1998). Teaching Language & Literacy in The Early Years.
London: David Fulton Publishers.
Knight, P. (1995). Teaching as exposure: the case of history in key stage 2. British
Education Research Journal, 17: 2, 129-140.
Stufflebeam, D. L, (1967). The Use and Abuse of Evaluation in Title III.
Theory Into Practice 6. 126 - 133
Stufflebeam, D. L, (1971). The Relevance of CIPP Evaluation Model for Educational
Accountablity. Journal of Research and Development in Education 5(1): 19:25
Stufflebeam, D. L, & Shinkfield. A.J(1985). TSystematic Evaluation: a selfinstructional guide to theory and practice. Boston: Nijhoff Publishing.
Sufean Hussin (1996). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Suharsimi Arikunto dan Cepi Safrudin. (2009). Evaluasi Program Pendidikan:
Pedoman Teoritis Praktis Bagi Mahasiswa dan Praktisi
Pendidikan.Jakarta: Bumi Aksara
Zaenal Arifin, (2009). Evaluasi Pembelajaran: Prinsip, Teknik dan Prosedur.
Bandung: Remaja Rosdakarya
225