ANYAMAN

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

ANYAMAN

DEFINISI
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan
untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan.

SEJARAH
Seni anyaman sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup
tradisional masyarakat di nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung
kediaman, hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di
mana-mana. Ini tidak menghairankan kerana tumbuh-tumbuhan tropika banyak yang
sesuai untuk dijadikan bahan anyaman. Keseluruhannya, kemahiran asas dalam seni
anyaman tidak banyak berbeza, cuma bergantung kepada jenis tumbuhan yang
dijadikan bahan anyaman.
Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar.
Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar.
Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah
dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang
awal digunakan untuk menghasilkan anyaman.
Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman
di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh,
Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain
yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor,
Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

LATAR BELAKANG
Anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari
sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini
boleh dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah
mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan
sehingga ke hari ini. Rumah yang berdinding dan beratapkan nipah tidak panas kerana
lapisan daun nipah yang tebal menebat pengaliran haba.
Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima pengaruh
luar. Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan
kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahanbahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya, kampung-kampung
dan kawasan di sekitar pasir pantai.
Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh,
pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan
lembut.

INFO
Jenis-jenis Anyaman
Antara tumbuh-tumbuhan yang paling banyak digunakan dalam seni anyaman ialah
buluh, mengkuang, rotan, ribu-ribu dan lidi. Perbezaan ciri tumbuh-tumbuhan ini
menghasilkan pelbagai bentuk dan barangan seni anyaman.

Jenis Anyaman

Bahan

Contoh hasil anyaman

Anyaman

Daun mengkuang

Tikar, tudung salji, bekas pakaian.

Mengkuang
Anyaman pandan Daun pandan duri
Anyaman Buluh

Tikar sembahyang, hiasan dinding,

Jenis-jenis buluh yang Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg.


sesuai

Anyaman Rotan

Rotan

yang

telah Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak

diproses
Anyaman Lidi

Lidi kelapa

Anyaman ribu-ribu Paku pakis ribu-ribu.

Lekar, bekas buah, bekas telor.


Tempat tembakau, bekas sirih terbus,
bakul, bekas seba guna dan lain-lain.

Contoh gambar

MODEL

PENGENALAN
Objek sebenar ialah pengalaman tampak bagi murid-murid. Murid-murid lebih
memahami sesuatu yang dilihat daripada sesuatu yang didengar. Sukar bagi guru
memasukkan objek sebenar yang bersaiz besar seperti kereta untuk ditunjjukkan
semasa sesi pengajaran. Oleh itu aktiviti membuat model dapat menggalakkan
pemahaman murid-murid sambil memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan
kreativiti.
DEFINISI MODEL

Model ialah aktiviti menghasilkan sesuatu mengikut bentuk sebenar tetapi skala

dan nisbahnya berbeza sama ada dibesarkan atau dikecilkan.


Contoh-contoh model yang sering dihasilkan ialah model rumah, model
kenderaan dan sebagainya.

ALAT DAN BAHAN MENGHASILKAN MODEL

Pelekat - Gam, dawai, skru, selotape.


Pemotong -Gunting, pisau.
Bahan binaan - Kadbod, kotak, bahan kutipan dan sebagainya.
CONTOH GAMBAR MODEL

Model rumah

model kereta

http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/2012/03/model.html
http://artisenivisual.blogspot.com/2012/04/anyaman.html
http://www.kraftangan.gov.my/main/content/72/?
page_name=Definisi_Kraf_72&menuid=102
http://pendidikan-senivisual.blogspot.com/2010/07/seni-anyaman-pengenalananyaman.html

You might also like