24.pengurusan Haji Di Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Pengurusan Haji Di Malaysia

Oleh: Muhammad Loqman Hafizi bin Hassan

Sejarah penubuhan Lembaga Tabung Haji


- Pada bulan November 1962, Perbadanan Wang Simpanan
Bakal-bakal Haji telah ditubuhkan.
- Mula beroperasi pada 30 September 1963.
- Wujud hasil penerimaan kertas kerja Yang Mulia Prof. Diraja
Ungku Aziz pada tahun 1959
- Hasil gabungan badan ini dengan pejabat urusan hal ehwal
haji di Pulau Pinang, lahir Lembaga Urusan dan Tabung Haji
pada tahun 1969
- Tahun 1997 namanya ditukar kepada Lembaga Tabung Haji.

Keperluan kepada pengurusan dalam hal ehwal haji di


Malaysia
1. Membantu umat Islam menjana kewangan secara hahal
dan sistematik
2. Meringankan beban pengurusan haji
3. Memudahkan kesenangan jemaah haji mendapatkan
perkhidmatan semasa menunaikan haji
4. Menjamin keselamatan para jemaah haji
5. Mengelakkan jemaah haji dari ditipu oleh pihak-pihak
yang tidak bertanggungjawab

Peranan Tabung Haji


Tabung haji
menyediakan perkidmatan tabungan serta menjana
kewangan para pendeposit secara halal
mengurus dan memberi perkhidmatan kepada jemaah haji
semasa menunaikan haji
memberi kursus dan latihan kepada bakal-bakal haji
menyediakan passport dan visa haji
membekalkan peralatan asas pelaksanaan haji seperti buku
panduan haji, beg dan sebagainya.
Melaksanakan dam dan qurban
Menyediakan pengangkutan
Menjaga keselamatan para jemaah haji
Menyediakan khidmat pakar rujuk dalam bidang haji dan
umrah
Membuat urusan dengan pihak kerajaan Arab Saudi
Menyediakan penginapan dan makan minum semasa berada
di tanah suci
Mengurus dan mendaftar kelahiran serta kematian
Menyediakan khidmat kesihatan

Kelebihan menunaikan haji melalui Lembaga Tabung Haji


1. Dapat melaksanakan haji menerusi pelan kewangan yang
lebih terancang
2. Memperolehi perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti
3. Memperolehi layanan yang lebih mesra dan selesa

4. Mendapat bimbingan daripada pakar rujuk serta kaunselor


yang berpengalaman

Badan-badan lain yang terlibat dalam pengurusan


jemaah haji
Badan \
institusi
Jabatan hal ehwal
Islam negerinegeri
Kementerian
kesihatan Malaysia

Kementerian
penerangan
serta stesenstesen
televisyen dan
radio awam
serta swasta
Kementerian
pengangkutan,
Jabatan
Penerbangan
Awam dan Swasta
serta Sistem
Penerbangan
Malaysia (MAS)
Badan-badan
swasta yang terdiri
dari pakej dan
konsertium haji
yang diiktiraf oleh
tabung haji

peranan
Mengadakan ceramah khas untuk bakal-bakal haji
Mengedarkan risalah-risalah haji kepada bakalbakal haji
Memeriksa kesihatan bakal-bakal haji
Menghantar pegawai-pegawai dan petugaspetugas perubatan ke tanah suci
Menyediakan hospital dan klinik yang khusus
untuk para jemaah haji di tanah suci
Menyediakan ubat-ubatan kepada jemaah haji
Memberi ceramah khas berkaitan dengan
penjagaan kesihatan di tanah suci
Mengadakan program-program di televisyen dan
radio yang berkaitan dengan pelaksanaan haji

Menyelenggara perlepasan dan ketibaan jemaah


haji
Menyediakan perkhidmatan penerbangan pergi
dan balik

Menguruskan segala urusan yang berkaitan


dengan jemaah haji
Memberi kerjasama dalam menyelesaikan seala
masalah-masalah yang dihadapi oleh jemaah haji

Kedutaan Malaysia
di Arab Saudi

Mengeluarkan visa perjalanan kepada jemaah haji

Kedutaan Arab
Saudi di Malaysia

Memberi kemudahan tempat penginapan kepada

Kementerian
Pendidikan
Malaysia

jemaah haji
Memberi pendedahan awal kepada umat Islam
tentang pelaksanaan haji dan umrah

Pengurusan haji yang baik meningkatkan kemampuan (


)mennunaikan haji
1. Menyediakan peluang kepada bakal haji untuk menyimpan
wang secara beransur-ansur dan sistematik
2. Memberi peluang kepada para penyimpan untuk menjana
wang mereka secara halal serta memperolehi keuntungan
yang maksimum
3. Menyediakan perkhidmatan pengurusan haji secara
berpatutan tanpa mementingkan keuntungan semata-mata

Sumbangan Lembaga Tabung Haji kepada perkembangan


ekonomi umat Islam di Malaysia
1. Meningkatkan budaya menabung di kalangan umat Islam
dalam usaha untuk membangunkan ekonomi mereka
2. Melaburkan wang umat Islam dalam bidang-bidang yang
memberi manfaat dan pulangan yang lumayan seperti
bidang perusahaan, perladangan dan perdagangan serta
mempergiatkan sector-sektor tersebut
3. Memberi peluang pekerjaan kepada umat Islam

You might also like