Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah

mengisytiharkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan yang juga


bertepatan dengan 5 kelopak melambangkan 5 rukun negara dan
juga melambangkan bunga perpaduan.

Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan Tun Dr Mahathir,


pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala
Lumpur.
Maksud lambang dan warna;
- Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu
laluan lurus, hala tuju dan arah yang sama dianuti rakyat
negara ini.
- Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan
cemerlang. Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan
negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana
kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu
bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.
- Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan,
keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi
segala cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran

dan keikhlasan, biru melambangkan perpaduan hidup


yang rukun dan damai manakala warna kuning
melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.

Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu


Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai
penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur
dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia
Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia
terletak di ibu negara, Kuala Lumpur.
Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan
hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut
menggambarkan sekumpulan tentera mengibar
bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung
gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir,
persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan
pengorbanan.

Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan


13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan
Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang
bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama
rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakanNegerinegeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu
(Johor, Kedah, Perlis, Kelantandan Terengganu).
Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan
Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan
pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah
negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu.
Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian
tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang;
merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning
warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri

Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu


Bersekutu yang asal.
Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan
Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan.
Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga
Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai
penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu
digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan, "Bersekutu
Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri
dan tulisan Jawi di sebelah kanan.

Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi


Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

LAGU KEBANGSAAN
Negaraku
Tanah tumpahnya darah ku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta

Lagu Kebangsaan dicipta pada tahun 1957 dan


pemilihan lagu ini dibuat oleh bekas Perdana Menteri,
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Irama Negaraku
dipetik daripada irama lagu negeri Perak. Negaraku
menekankan taat setia dan perpaduan rakyat untuk
kemajuan negara. Lagu ini berperanan untuk
membangkitkan semangat patriotik dan cintakan
tanah air. Idea untuk mencipta Lagu Kebangsaan
timbul ketika negara sedang bersiap menyambut hari
kemerdekaan. Lagu Kebangsaan perlu
diperdengarkan dalam upacara pengisytiharan
kemerdekaan yang ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
Lagu Kebangsaan Negaraku diperdengarkan buat julung
kalinya selepas detik 12 malam di ambang 31 Ogos 1957, di
Padang Kelab Selangor. Pada malam bersejarah tersebut,
bendera Union Jack telah diturunkan dan digantikan dengan
bendera Persekutuan Tanah Melayu, diiringi dengan Lagu
Kebangsaan Negaraku. Bermula dari detik inilah, lagu
Negaraku terus kekal menjadi lagu rasmi negara.

You might also like