Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KEPANDUAN SEPINTAS LALU

Latar Belakang PPPM


Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1917 apabila
ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956.
Sejak tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Wisma
Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan
wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi
kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif
untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang
selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk
menjadi pemimpin berwibawa hari esok.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program kepanduan yang bercorak pendidikan
bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel,
ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa
Malaysia.
Matlamat PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang berkualiti ialah Jerih, Rapi, Kaitan dan
Hubungan. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat untuk memantapkan tahap
kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan program dan aktiviti kepanduan
relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu Puteri dan boleh digunakan untuk manfaatnya
pada masa hadapan, serta memupuk perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan
remaja.
Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM
KEPANDUAN yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama
pergerakan kepanduan seluruh dunia.
PROGRAM KEPANDUAN yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-undang Pandu
Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli :

Boleh dipercayai o Sentiasa taat dan setia


Suka menolong orang lain
Bersahabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain
Sentiasa bersopan santun
Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar
Sentiasa menurut perintah
Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan
Sentiasa berjimat cermat
Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Asas program kepanduan terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan
intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program kepanduan juga menekankan
empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif.

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM
KEPANDUAN yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama
pergerakan kepanduan seluruh dunia.
PROGRAM KEPANDUAN juga memenuhi minat dan kebolehan semua peringkat ahli melalui
sistem latihan dan skim Lencana Kecekapan. Seseorang ahli muda digalakkan berusaha supaya
berjaya menjadi seorang PANDU PUTERI RAJA, manakala Pemimpin digalakkan untuk
mendapat MUTIARA PEMIMPIN.
RANCANGAN KEPANDUAN yang bersesuaian disediakan di semua peringkat pasukan,
daerah, negeri dan kebangsaan.

Perancangan jangka panjang disediakan di peringkat kebangsaan oleh Lembaga


Eksekutif Kebangsaan dengan kerjasama Jawatankuasa Kerja Kebangsaan
Perancangan jangka pendek dan strategi pelaksanaan disediakan di peringkat negeri
oleh Pesuruhjaya Cawangan dan Pesuruhjaya Bahagian di cawangan serta Pemimpin
Pemimpin dan ahli muda melaksanakan rancangan jangka pendek di dalam Pasukan
Pesuruhjaya Cawangan bermesyuarat dengan Pemimpin sekali sebulan atau dua bulan
sekali
Pesuruhjaya menghadiri Persidangan Tahunan Pesuruhjaya

Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mempunyai 85,000 orang ahli dan sukarelawan di
seluruh Malaysia.
Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan ahli gabungan Majlis
Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia
(NCWO).
Di peringkat antarabangsa pula, Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah ahli penuh Persatuan
Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (World Association of Girl Guides and Girl Scouts
WAGGGS).
Persatuan Pandu Puteri Malaysia juga merupakan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana
Rakan Muda (ARPRM). Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) adalah edisi
tempatan untuk Anugerah Duke of Edinburghs Award atau kini dikenali sebagai International
Award Association.

KATEGORI KEAHLIAN
(Mengikut Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang diluluskan oleh Mesyuarat
Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada 9 Jun 2006)

Keahlian setiap
Pasukan / Guild

Kategori

Umur
Minimum

Pasukan

Bahagian

Tempat Penubuhan / Nota

Maksimum

12

36

Di
Pandu Puteri
bawah 6 Kelip-Kelip
tahun

Pra-sekolah

12

36

6 12

Pandu Puteri
Tunas

Sekolah Rendah

16

36

12 15

Pandu Puteri
Remaja

Sekolah Menengah
Rendah

08

36

15 18

Pandu Puteri
Renjer

Sekolah Menengah Atas

08

50

18 ke
atas

Pandu Puteri
Kadet

Institut Perguruan

08

50

18 ke
atas

Pandu Puteri
Siswi

Institut Pengajian Tinggi

08

50

18 ke
atas

Pandu Puteri
Dewasa

Taman Perumahan,
Tempat Kerja, Daerah,
Negeri, Kebangsaan

18 ke
atas

Penolong
Pemimpin

21 ke
atas

Pemimpin

24 ke
atas

Bakal Jurulatih

Ahli
Aktif /
Tidak
Aktif

Ahli
Aktif

Guild

Pasukan

24 ke
atas

Jurulatih

24 ke
atas

Pesuruhjaya

Bebas

18 ke
atas

Guild Trefoil

Bekas ahli Pandu Puteri

Bebas

18 ke
atas

Pandu Puteri
Raja

Untuk Pandu Puteri Raja

Bebas

18 ke
atas

Mantan Ketua
Pesuruhjaya

Untuk mantan Ketua


Pesuruhjaya, Ahli
Lembaga Eksekutif
Kebangsaan, Ketua
Pesuruhjaya Cawangan

08

50

18 ke
atas

Sahabat Pandu Wanita berumur 18 tahun


Puteri
ke atas

08

50

18 ke
atas

Sukarelawan
Pandu Puteri

Lelaki & wanita berumur


18 tahun ke atas

Ahli
Tidak
Aktif

You might also like