Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

1.

KELAS SOSIAL
Kelas sosial tiada bezanya dengan status sosioekonomi masyarakat di

Malaysia . Kelas sosial merupakan satu aspek sosial dalam mengkaji mengenai
sesuatu masyarakat itu berada. Kelas sosial juga dikenali sebagai stratifikasi
masyarakat . Menurut kamus Dewan , stratifikasi dalam pembahagian masyarakat
kepada beberapa lapisan kedudukan , taraf atau pembahagian kepada sesuatu
pembentukan strata . Ia juga dikenali sebagai susun lapis dan merupakan susunan
masyarakat pada satu hieraki kedudukan yang tidak sama rata berhubung dengan
kuasa , harta , penilaian sosial dan kepuasan psikologi.

Kelas sosial secara

umumnya dapat dibahagi kepada tiga peringkat iaitu kelas atasan, kelas menengah
dan kelas bawahan. Indeks yang sering digunakan untuk menentukan
statusekonomi individu dalam masyarakat ialah pekerjaan, tahap pendidikan dan
pendapatan.
1.2

PERBEZAAN KELAS SOSIAL

Kehidupan kanak-kanak bermula sejak mereka dilahirkan ke dunia banyak


dipengaruhi oleh kelas sosial, latar belakang kebudayaan dan status sosioekonomi.
Golongan kelas sosioekonomi bawah mempunyai kadar yang lebih tinggi jika
dibandingkan dengan golongan kelas atasan dan pertengahan.
Golongan individu yang berada pada status sosioekonomi yang rendah sering
mengalami kesan-kesan kemiskinan. Antara kesan-kesan kemiskinan tersebut
adalah seperti kelahiran yang pramatang, berat bayi yang terendah, kadar kematian
dan penyakit. Selain kemiskinan, kanak-kanak daripada status sosioekonomi
rendah ini juga menghadapi masalah dalam dunia pembelajaran. Murid-murid
daripada kelas sosioekonomi bawahan sering menunjukkan prestasi akademik yang
lebih rendah daripada murid-murid yang berstatus sosioekonomi atasan dan
pertengahan.

You might also like