Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Nama : Mohd Iqmal Bin Hizazi

Muhammad Iskandar Bin Samat


Kelas : Pendidikan Khas 3
Tajuk : Berita

110 pelajar menyertai sukan rekreasi di Pangkor


ALOR STAR Seramai 110 orang pelajar semester 3 ambilan jun 2010 daripada
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman telah menghadiri perkhemahan di Pulau
Pangkor selama 4 hari 3 malam untuk melaksanakan aktiviti sukan dan rekreasi mereka
bermula 5 hari yang lepas.
Program ini telah dibiayai oleh institut itu sendiri dan juga menggunakan wang
kumpulan daripada pelajar-pelajar. Perkhemahan ini telah diikuti oleh pelajar-pelajar
yang perkhususannya adalah pendidikan khas dan bahasa cina yang mempunyai
matapelajaran minor pendidikan jasmani.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk membina jati diri pelajar-pelajar yang bakal
menjadi guru pada masa kelak disamping memberi pengalaman yang unik kepada
peserta-pesertanya. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ketika program itu diadakan
adalah berkayak, snorkeling, kembara pulau dan aktiviti khidmat masyarakat.
Turut menyertai aktiviti khidmat masyarakat tersebut adalah Menteri Besar Perak Tan
Sri Ghazali dan juga ayahandanya Tuan Kamil Bin Yahya yang merupakan ketua
kampung untuk kampung yang akan dibersihkan tersebut.

Merasmikan

aktiviti

bergotong-royong

tersebut

adalah

Pengarah

bagi

Institut

Pendidikan Guru Kampus Darulaman iaitu Encik Mustaffa Bin Abdullah. Semua peserta
Program Sukan dan Rekreasi telah terlibat dalam pembersihan kampung tersebut iaitu
Kampung Masjid.
Program ini telah mendapat banyak respon positif dari peserta-pesertanya yang telah
mengharungi pelbagai jenis aktiviti hingga ke hari yang terakhir.

You might also like