Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

BENTUK MUKA BUMI DI MALAYSIA

Tanah Tinggi dan Kepentingannya


1. Terdiri daripada daratan, bukit, gunung dan banjaran.
2. Bukit merupakan kawasan yang mempunyai ketinggian 300 meter daripada
aras laut.
3. Gunung pula mempunyai ketinggian melebihi 300 meter
4. Banjaran gunung ialah deretan gunung-ganang dan bukit bukau
5. Tanah tinggi mempunyai bentuk muka bumi seperti puncak (bahagian paling
tinggi), lurah atau lekukan antara dua puncak bukit dan lereng bahagian tepi
bukit.
6. Gunung yang tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara ialah Gunung Kinabalu
(4101 m) terletak di Banjaran Crocker.
7. Gunung Tahan (2187 m) ialah gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia
yang terletak di banjaran Gunung Tahan.
8. Banjaran gunung yang terpanjang ialah Banjaran Titiwangsa yang dikenali
sebagai tulang belakang Semenanjung Malaysia
9. Kepentingan tanah tinggi di negara ialah :

menjana kuasa hidroelektrik - mempunyai sungai beraliran deras sesuai


untuk membina empangan , cth : Empangan Chenderoh, Perak

kawasan pelancongan

kawasan pertanian - sesuai untuk penanaman sayur-sayuran dan bungabungaan

Tanah Pamah dan Kepentingannya


1. Terdiri daripada jaluran rendah dan beralun.
2. Kawasan tanah pamah lebih luas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia
berbanding Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
3. Terdapat sungai, tasik atau paya.
4. Kepentingan tanah pamah ialah:

kawasan pertanian - tanah pamah sesuai ditanam getah, kelapa sawit dan
padi. Cth:padi ditanam secara meluas di Dataran Kedah-Perlis

kawasan perindustrian - kilang mudah dibina dan tidak memerlukan kos yang
tinggi. Cth: kawasan Perindustrian Shah Alam, Bintulu dan Pasir Gudang.

pembinaan jaringan pengangkutan - lebuh raya, landasan kereta api,


landasan monorel dan lapangan terbang

Sungai dan kepentinganya


1. Aliran sungai bermula bermula dari kawasan tanah tinggi dan mengalir ke
kawasan rendah
2. Aliran sungai akan berakhir di laut dan ada juga ke tasik.
3. Sungai Rajang - sungai terpanjang di Malaysia (563 km).
4. Sungai Pahang terpanjang di Semenanjung Malaysia
5. Kepentingan sungai ialah :

sumber pengairan - petani mendapat bekalan air dari empangan sungai. Cth:
Sungai Muda, Kedah

sumber perikanan - sungai dan tasik dijadikan kawasan ternakan ikan. Cth:
Penternakan ikan dalam sangkar di Sungai Pahang dan Tasik Timah Tasah,
Perlis.

sumber air - air sungai diempang dan disalurkan ke logi rawatan untuk
dibersihkan. Cth: Empangan Klang Gate

jalan perhubungan - sungai utama dijadikan jalan perhubungan dan


pengangkutan. Cth: Sungai Rajang, Sungai Kinabatangan digunakan untuk
menghanyutkan kayu balak dan Sungai Tembeling menjadi laluan untuk ke
Taman Negara, Pahang.

Kepentingan Pinggir Laut dan Kepulauan


1. Tanah rata yang menghadap ke laut.
2. Pinggir laut yang terkenal menghadap Laut China Selatan ialah Pantai Cahaya
Bulan, Pantai Desaru, Pantai Rantau Abang, Pantai Cherating dan lain-lain.
3. Pantai yang terkenal menghadap Selat Melaka ialah Pantai Batu Feringgi,
Pantai Port Dickson dan lain-lain.
4. Ciri-ciri fizikal pinggir laut - teluk, pantai, beting pasir, tanjung, tebing tinggi
dan pulau
5. Kepentingan kawasan pinggir laut dan kepulauan :

kawasan pelancongan - pantai berpasir dan pulau yang indah dan jernih
airnya.

tapak pelabuhan - pinggir laut yang dalam dan strategik sesuai dibina
pelabuhan. Cth: Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor, Pelabuhan Kuantan,
Pelabuhan Lumut

perikanan - pinggir laut yang panjang menggalakkan aktiviti menangkap ikan.

Aspek Fizikal: Bentuk Muka Bumi di Negara Kita


Negara kita terdiri daripada kawasan tanah tinggi, tanah pamah, lembangan dan
pinggir laut. Mari kita lihat.

A. Tanah Tinggi
Kawasan Tanah Tinggi terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia.
Contohnya Banjaran Titiwangsa. Antara tanah tinggi yang terkenal ialah Tanah
Tinggi Cameron di Pahang. Tanah Tinggi juga terdapat di pedalaman Sabah dan
Sarawak. Contohnya Banjaran Crocker di Sabah. Kemuncak yang tertinggi ialah
Gunung Kinabalu di Sabah.

Tanah Tinggi Cameron, Pahang

B. Tanah Pamah
Tanah pamah ialah kawasan yang kurang daripada 180 meter dari aras laut. Tanah
pamah di pantai barat Semenanjung Malaysia lebih luas dan panjang. Contohnya
Dataran Kedah-Perlis dan Dataran Kerian di Perak.

Dataran Kedah-Perlis

C. Pinggir Laut

Pinggir Laut di negara kita mempunyai pelbagai bentuk muka bumi seperti tanjung,
teluk, pantai dan pulau.Contohnya:
- Pantai Port Dickson di Negeri Sembilan.
- Pulau Redang di Terengganu.
- Teluk Kimanis di Sabah.
- Tanjung Datu di Sarawak.

Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan

D. Lembangan
Lembangan ialah kawasan rendah, rata dan disaliri oleh sungai. Contohnya
Lembangan Rajang, Sarawak.

Lembangan Rajang, Sarawak

Uji Minda
Apakah perbezaan kawasan lembangan dengan pinggir laut?

Mari Kita Jawab


Adakah bentuk muka bumi yang berikut terdapat di tempat tinggal kamu?

Aktiviti

Tajuk : Keadaan Muka Bumi di Malaysia.


Tujuan : Mengenal pasti kepelbagaian bentuk muka bumi di
negara kita.

Lihat peta di atas dengan teliti. Dengan merujuki atlas, namakan:


1. Pulau a.
2. Tanah tinggi b.
3. Sungai c.
4. Pinggir pantai d.
5. Lembangan e.
6. Gunung f.

BENTUK MUKA BUMI MALAYSIA


1.Malaysia terdiri daripada pelbagai bentuk muka bumi, iaitu tanah tinggi, tanah
pamah,
lembangan, dan pinggir laut.

2.Kawasan tanah tinggi di Malaysia terletak di bahagian tengah Semenanjung


Malaysia dan
bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak.

(A)Tanah Tinggi

1. Terbentuk daripada gunung lipat tua.

2. Stabil kerana tiada kejadian gempa bumi.


3. Terbentuk daripada batu granit dan batu kapur.
4. Terletak di:i) bahagian tengah Semenanjung Malaysia
ii) bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak
5. Paling luas di utara dan menganjur serta meruncing ke arah selatan.
6. Tanah tinggi utama di Malaysia ialah:i) Banjaran Bintang
Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Bintang
Menjadi legeh bagi sungai Perak dan sungai Kinta
ii) Banjaran Titiwangsa
Banjaran yang terpanjang di Semenanjung Malaysia
Menjadi tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia
Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Korbu(2 182m)
Penting sebagai tapak bina stesen hidroelektirk
Mempunyai pusat-pusat peranginan seperti Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting dan
TanahTinggi Cameron
iii) Banjaran Tahan
Banjaran yang tertinggi di Semenanjung Malaysia
Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Tahan (2190m)
iv)Banjaran Crocker
Banjaran yang tertinggi di Sabah
Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Kinabalu
KEPENTINGAN KAWASAN TANAH TINGGI DI MALAYSIA

a) pusat pelancongan
- suhu yang sederhana menarik pelancong seperti Tanah Tinggi Cameron.

b) kawasan tadahan air


- menjadi kawasan tadahan air bagi sungai-sungai seperti Banjaran Titiwangsa.

c) sumber kayu balak


- diliputi oleh hutan hujan tropika yang membekalkan kayu-kayu yang berharga
seperti
keruing dan Meranti.

d) pusat jana kuasa hidroelektrik


- sesuai dijadikan tapak bina stesen hidroelektrik kerana banyak sungai yang
beraliran deras.

e) kawasan pertanian
- iklim yang sederhana menggalakkan penanaman tanaman hawa sederhana.

SISTEM GUNUNG LIPAT

1. Banjaran gunung di Malaysia adalah sebahagian daripada Sistem Gunung Asia,


iaitu bermula
dari Pusaran Pamir di utara India.
2. Banjaran gunung di Malaysia terdiri daripada gunung-gunung lipat yang
terbentuk daripada
proses lipatan kerak bumi.
3. Proses lipatan berlaku apabila wujudnya kuasa mampatan dalam kerak bumi
sehingga
menyebabkan kerak bumi berlipat.
4. Bahagian lipatan yang melengkung ke atas dinamakan lintap mungkum atau
antiklin yang

akan membentuk gunung lipat.


5. Bahagian lipatan yang melengkung ke bawah dinamakan lintap lendut atau siklin
yang boleh
membentuk lurah, lembah, atau lembangan.

6. Perbezaan antara gunung lipat muda dan gunung lipat tua adalah seperti
berikut :

GUNUNG LIPAT MUDA - terbentuk kira-kira 35 juta tahun dahulu


- tinggi dan kasap
- tidak stabil

GUNUNG LIPAT TUA - terbentuk kira-kira 250 hingga 600 juta tahun dahulu
- lebih rendah
- stabil

TANAH PAMAH

1. Kawasan tanah pamah di Malaysia terletak di lembah sungai dan berhampiran


dengan laut.
2. Ketinggiannya kurang daripada 200 m.
3.Kebanyakannya diliputi oleh tanih aluvium
4. Tanah pamah utama ialah :-

(a) Dataran Kedah - Perlis


diliputi tanih aluvium
berpenduduk padat
penting untuk penanaman padi
(b) Dataran Johor
beralun dan berbukit-bukau
mempunyai hutan paya
ditanami dengan kelapa sawit, nanas dan getah
(c) Delta Kelantan
diliputi tanih aluvium
penting untuk penanaman padi
(d) Delta Rajang
diliputi tanih aluvium
penting untuk penanaman padi

KEPENTINGAN KAWASAN TANAH PAMAH DI MALAYSIA

a) kawasan pertanian - diliputi tanih aluvium, penting untuk padi


- bersaliran baik sesuai untuk penanman getah dan kelapa sawit

b) kawasan perlombongan - Timah aluvium banyak di lombong di Lembah Kinta

c) Tapak petempatan - menjadi kawasan tumpuan penduduk seperti di Lembah


Klang

d) kawasan perindustrian - kebanyakan kilang-kilang dimajukan di kawasan tanah


pamah

seperti di Lembah Klang

e) Jaringan pengangkutan dan perhubungan - tanah pamah memudahkan


pembinaan jaringan
pengangkutan

PINGGIR LAUT

1. Malaysia dikelilingi oleh Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Sulawesi, dan Laut
Sulu yang
terletak kerana terletak di Pentas Sunda.
2. Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut kecuali Putrajaya dan
Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
3. Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang, iaitu kira-kira 4 800 km dan
mempunyai
pelbagai ciri bentuk muka bumi pinggir pantai.

KEPENTINGAN PINGGIR LAUT:

PANTAI BERPASIR
- kawasan pelancongan dan perkelahan
- kawasan penanaman kelapa
- Contoh:
Port Dickson, Negeri Sembilan
Pantai Cahaya Bulan, Kelantan
Batu Ferringhi, Pulau Pinang

PANTAI BERLUMPUR
- membekalkan sumber kayu bakau
- tempat pembiakan hidupan laut
- Contoh:
sekitar muara Sungai Perak, Perak
Muara Sungai Rajang, Sarawak

PULAU
- kawasan pelancongan
- pelabuhan perikanan
- pelabuhan antarabangsa
- Contoh:
Pulau Langkawi, Kedah
Pulau Tioman, Pahang
Pulau Redang, Terengganu
Pulau Gaya, Sabah

TANJUNG
- kawasan rekreasi dan pelanconan
-Contoh:
Tanjung Bidara, Melaka
Tanjung Dawai, Kedah
Tanjung Datu, Sarawak

TELUK

- petempatan nelayan
- tapak pelabuhan
- kawasan perikanan
- kawasan perkelahan
-Contoh:
Teluk Kemang, Negeri Sembilan
Teluk Ramunia, Johor
Teluk Kimanis, Sabah

TEBING TINGGI
- kawasan rekreasi dan pelancongan
- tapak rumah api
-Contoh:
Tebing Tinggi Kudat, Sabah
Tebing Tinggi Tanjung Bungah, Pulau Pinang

PENTAS BENUA
- kawasan perikanan
- kawasan perlombongan petroleum dan gas asli
- Contoh:
Kawasan pinggir laut di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

Objektif Topik
1.
2.
3.
4.

Menjelaskan ciri-ciri fizikal istimew a yang terdapat di negara kita.


Mengetahui dan menghargai bangunan dan binaan di negara kita.
Mengetahui keindahan tempat peranginan dan rekreasi di negara kita.
Memupuk semangat cinta akan negara dan seterusnya berusaha

mengekalkan alam semula jadi yang terdapat di negara kita.

Bentuk Muka Bumi


Malaysia mempunyai bentuk muka yang menarik yang terdiri daripada pulau,
pinggir laut, saliran, tanah pamah dan tanah tinggi. Setiap bentuk mempunyai
kepentingannya kepada manusia.
Berikut adalah gambar yang menunjukkan keadaan bentuk muka bumi yang
terdapat di Malaysia. Sila klik tajuk bentuk muka bumi berkenaan untuk mengetahui
lebih lanjut mengenai kepentingannya,
Tanah Pamah Dan Kepentingannya
Tanah pamah bermaksud kawasan tanah rendah yang mendatar dan beralun yang
mungkin terdapat sungai, tasik, air terjun dan paya. Antara kawasan tanah pamah
yang terdapat di Malaysia ialah:
1. Dataran Kedah
2. Dataran Kerian
3. Lembah Klang
4. Dataran Johor
5. Pahang Tenggara
6. Delta Kelantan
7. Lembah Rajang
8. Lembah Kinabatangan
Kawasan tanah pamah penting dan sesuai untuk aktiviti seperti
1. Pertanian
Banyak jenis tanaman ditanam di kawasan tanah pamah disebabkan kesesuaian
jenis tanah, contohnya padi di Dataran Kedah dan Tanjong Karang, Selangor. Kelapa
sawit juga banyak ditanam di Pahang dan Sabah manakala getah di Pahang,
Kelantan dan Terengganu. Perlis pula menanam tumbuhan seperti tebu. Negara
Malaysia merupakan pengeksport getah dan kelapa sawit.
2. Kawasan Perindustrian
Kawasan tanah pamah yang begitu luas di Malaysia berjaya manarik pelaburan

asing untuk membuka kilang dan melabur di sini.Shah Alam, Pasir Gudang, Bintulu
dan Gurun meupakan kawasan perindustrian di Malaysia dan kawasan-kawasan ini
terletak di tanah rendah.
3. Pengangkutan
Lebuhraya telah banyak membantu dan memudahkan urusan harian rakyat dan
kegiatan ekonomi. Laluan di lebuhraya kebiasaanya dibina di kawasan tanah pamah
yang rata.

Tanah Tinggi Dan Kepentingannya


Banjaran, gunung dan bukit tergolong dalam kategori tanah tinggi. Di bawah ini,
disenaraikan maksud bentuk muka bumi tanah tinggi.
1. Banjaran - Banjaran Titiwangsa digelar tulang belakang Semenanjung Malaysia.
Banjaran bermaksud rangkaian atau sambungan kawasan gunung.
2. Gunung - Ketinggian gunung melebihi ketinggian kawasan bukit. Ketinggian
gunung adalah sekurang-kurangnya 330 meter.
3. Bukit - Kawasan tanah tinggi yang kurang dari 330 meter.
Beberapa contoh banjaran dan gunung yang terdapat di negara Malaysia adalah
seperti berikut.
1. Banjaran Titiwangsa - Gunung Korbu
2. Banjaran Keledang - Gunung Korbu
3. Banjaran Bintang - Gunung Bintang
4. Banjaran Crocker - Gunung Kinabalu
5. Banjaran Kapuas Hulu
Peta di bawah pula menunjukkan lokasi beberapa tanah tinggi yang terdapat di
Malaysia. Bolehkah anda mengenalpasti kawasan tersebut dan mengisi tempat
kosong di dalam peta?

Saliran Dan Kepentingannya


Di Malaysia, terdapat beberapa sungai yang penting untuk aktiviti harian semua
penduduk. Sungai mengalir dari kawasan tanah tinggi ke tanah rendah dan
seterusnya menuju ke laut.
Berikut adalah sungai-sungai dan tasik-tasik yang terkenal di negara Malaysia.
1. Tasik Timah Tasoh
2. Sungai Muda
3. Tasik Temenggor
4. Sungai Perak
5. Tasik Cini
6. Sungai Pahang
7. Sungai Muar
8. Tasik Kenyir
9. Sungai Terengganu
10. Sungai Rajang
11. Sungai Baram
12. Sungai Kinabatangan
Peta di bawah menunjukkan beberapa kawasan tasik dan sungai untuk rujukan
anda.

Kepentingan Pinggir Laut Dan Kepulauan


Pantai, tebing tinggi, teluk dan tanjung adalah beberapa jenis kawasan yang
dijumpai di kawasan pinggir laut di Malaysia. Lihat peta di bawah dan teliti kawasan
pinggir laut dan pulau-pulau yang terdapat di Malaysia.

Kawasan pinggir
laut dan pulaupulau di Malaysia

adalah penting untuk


Pelancongan
Pusat pelancongan yang terkenal di pinggir laut dan pulau-pulau di negara kita
termasuklah Teluk Kemang, Pulau Redang, Pulau Sipadan dan Pantai Cahaya Bulan.

Pelabuhan
Beberapa lokasi di sepanjang pinggir laut yang mempunyai air dalam telah
dijadikan pelabuhan untuk kapal-kapal besar seperti Pelabuhan Klang di Selangor
dan Tanjung Pelepas di Johor. Bolehkah anda namakan beberapa pelabuhan yang
lain di Malaysia?
Perikanan
Penduduk yang tinggal di pinggir laut kebanyakkannya bekerja sebagai nelayan.
Mereka bergantung kepada laut untuk mencari sumber pendapatan bagi menyara
kehidupan harian.

You might also like