Sulh Definisi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Sulh

definisi
sulh ialah satu kontrak bagi menyelesaikan pertikaian dengan cara
persetujuan. Ia berlaku dengan ijab dan qabul.
musalih ialah orang yang membuat kontrak sulh.
musalih alihi ialah ganti (harga) sulh.
musalih anhu ialah barang yang dituntut oleh orang yang mendakwa
(muddaabih)
Sulh terbahagi kepada tiga
a) Sulh anik Iqrar
Sulh yang berlaku di atas ikrar orang yang kena dakwa..
b) Sulh anil Inkar
Sulh yang berlaku di atas penafian orang yang kena dakwa.
c) Sulh anis sukut
Sulh yang berlaku di atas diam diri orang yang kena dakwa yang
tidak mengaku dan tidak ingkar.
Orang yang mengadakan kontrak Sulh
Disyaratkan bahawa orang yang membuat kontrak sulh (musalih)
hendaklah orang yang berakal. Tetapi tidak disyaratkan yang dia mesti
seorang yang baligh. Oleh itu tidak sah sama sekali sulh yang dibuat oleh
orang gila, orang dungu dan kanak-kanak yang belum mumaiyiz. Kanakkanak yang diberi izin oleh walinya sah membuat kontrak sulh jika tidak
ada kerugian yang jelas. Jika seseorang mendakwa sesuatu ter hadap
kanak-kanak yang diberi izin lantas kanak-kanak itu mengaku, sah dibuat
sulh daripada ikrarnya. Kanak-kanak yang diberi izin boleh mengadakan
kontrak sulh dengan syarat dia memberi masa untuk pembayaran
tuntutannya. Jika dia membuat sulh ke atas kadar yang dituntut,
sedangkan dia mempunyai bukti yang kuat, sulhnya tidak sah, sebaliknya
jika dia tidak mempunyai bukti yang kuat tetapi lawannya sedia
bersumpah, sulh itu sah. Jika dia mendakwa seorang lain sesuatu harta
kemudian dia membuat sulh ke atas jumlah nilainya, hal ini sah. Tetapi
jika dia membuat sulh yang jumlahnya lebih rendah daripada nilai harta
itu, itu tidak sah. Jika wali kepada kanak-kanak membuat sulh terhadap
dakwaan yang dibuat ke atas kanak-kanak itu, ini sah jika tidak terdapat
kerugian yang jelas, tetapi jika terdapat kerugian yang jelas, ia tidak sah.
Oleh itu, jika seseorang mendakwa seseorang kanak-kanak sejumlah
wang yang tertentu kemudian bapanya membuat sulh untuk memberi
jumlah tertentu daripada harta kanak-kanak itu, ini sah sekiranya orang

yang mendakwa itu mempunyai keterangan yang kuat. Tetapi jika orang
itu tidak mempunyai keterangan yang kuat, sulh itu tidak sah. Jika kanakkanak mempunyai tuntutan hutang yang mesti dibayar kepadanya oleh
seseorang, lantas bapanya membuat sulh dengan merendahkan kadar
hutang itu, sulh itu tidak sah walaupun dia mempunyai keterangan yang
kuat dan jelas penghutang akan bersumpah sulh itu sah. Jika wali kanakkanak membuat sulh terhadap harta yang sama nilainya dengan kadar
tuntutannya, hal ini sah. Tetapi jika terdapat kerugian yang besar, ia tidak
sah.
Wakalah untuk perbicaraan tidak boleh (tidak secara automatik) untuk
mengadakan sulh. Oleh itu, jika seseorang mewakilkan orang lain untuk
mendakwa seseorang, dan wakil itu membuat sulh terhadap dakwaan itu
tanpa izin, sulh itu tidak sah. Jika seseorang mewakilkan seorang lain
supaya membuat sulh terhadap dakwaannya, dan orang itu, dibawah
wakalah, telah membuat sulh, harga (ganti) sulh itu (musalih alaih)
menjadi kewajipan terhadap orang yang mewakilkan. Wakil tidak boleh
dikenakan tanggungjawab dan tuntutan tidak boleh dibuat daripadanya,
kecuali jika wakil itu menjadi penjamin terhadap separuh harga yang
disulhkan itu (musalih alaihi). Dalam kes ini, wakil itu dikenakan
tanggungan berdasarkan jaminannya. Demikian juga, jika seseorang wakil
membuat sulh dengan berikrar untuk memberi harta daripada hartanya
dan dia menyandarkan sulh itu kepada dirinya sendiri. Dalam kes ini, wakil
itu dikenakan tanggungan, bererti diambil harga sulh itu daripadanya
dan dia, kemudiannya, boleh menuntut kembali daripada orang yang
mewakilkannya. Umpamanya, jika seseorang wakil di bawah wakalah
telah mengadakan sulh dengan jumlah wang yang tertentu, orang yang
mewakilkan mesti memberi jumlah itu, dan wakil itu tidak
bertanggungjawab di atasnya. Tetapi jika dia mengatakan : suluhlah
dengan aku dan aku menjadi penjaminnya, jumlah itu hendaklah diambil
daripadanya dan dia kemudiannya boleh menguntukkan daripada orang
yang mewakilkannya. Demikian juga, jika berlaku ikrar memberi harta
daripada satu harta, dan wakil itu berkata kepada orang yang mendakwa,
suluhlah dengan aku tentang dakwaan orang iut dengan bayaran
sebanyak ini, maka harga sulh itu diambil daripadanya kerana ia
mempunyai hokum seperti jual beli, dan dia kemudiannya boleh menuntut
daripada orang yang mewakilkannya. Jika seseorang tidak diberi autoriti,
bererti tidak ada suruhan membuat sulh terhadap sesuatu kes
pendakwaan yang berlaku di antara dua orang. Perlu di ambil perhatian,
jika dia menjamin harga (gentian) sulh itu kepada hartanya dengan
mengatakan aku akan membayar dengan harta aku sebanyak ini, atau
dia menunjukkan (mengisyaratkan) kepada wang atau harta benda yang
ada dengan mengatakan: atas jam ini, atau dia hanya mengatakan:

aku sulh di atas sekian ringgit. Sedangkan dia tidak menjadi penjamin,
tidak menyandarkan hartanya dan tidak mengisyaratkan kepada sesuatu;
kemudian dia menyerahkan wang itu, sah sulh bagi keempat-empat kes
ini. Orang itu (musalih) dianggap pemberi sukarela. Tetapi , jika dia tidak
menyerahkan harga (gentian) sulh bagi keempat-empat kes ini, ia terhenti
di atas kelulusan orang yang didakwa (muddae alaih). Jika dia
meluluskannya, sulh itu sah dan dia mesti membayar harga (gentian)
sulh. Sebaliknya, jika ia tidak meluluskannya, sulh itu terbatal dan
pendakwaan itu kekal.

Keadaan dan syarat musalih alaihi dan musalih anhu


Jika harga (gantian) sulh ialah ain (corporeal property) maka ia seperti
barang yang dijual dan jika hutang ia seperti harga. Oleh itu, sesuatu yang
boleh menjadi barang yang dijual atau menjadi harga dalam jual beli
boleh menjadi harga (gentian) dalam sulh.
Diisyaratkan bahawa harga (gantian) sulh itu hendaklah terdiri daripada
harta dan milik orang yang berakad sulh. Jika orang yang mengadakan
kontrak sulh memberi harta orang lain sebagai harga (gantian) sulh, tidak
sah sulhnya. Harga (gantian) sulh dan barang yang dituntut oleh pihak
yang menuntut hendaklah dimaklumi jika kedua-duanya perlu diterima
dan diserah. Tetapi,jika kedua-duanya tidak perlu, ia tidaklah mesti
dimaklumi. Umpamanya, jika A mendakwa bahawa rumah yang ada
dalam tangan B ialah haknya, dan B pula mendakwa kebun dalam tangan
A itu haknya. Kemudian, kedua-dua membuat sulh dengan persetujuan
meninggalkan dakwaan tanpa membuat penetuan barang yang didakwa
oleh masing-masing maka sulh itu sah. Demikian juga, A mendakwa yang
rumah dalam tangan B itu haknya, maka B pun bersulh dengannya
dengan harga (gantian) yang tertentu supaya A meninggalkan
dakwaannya, maka itu sah. Tetapi jika mereka mengadakan sulh dengan
syarat pendakwa memberi harga (gantian) kepada orang yang kena
dakwa dan orang yang kena dakwa itu menyerahkan haknya, maka itu
tidak sah. \
Musalih anhu
Jika berlaku sulh terhadap ikrar daripada pihak kena tuntut yang dibuat
terhadap harta yang kena tertentu, akibat daripada dakwaan harta yang
tertentu, ia mempunyai hokum sama seperti jual beli; iaitu boleh berlaku
khiyar aib, khiyar ruyah, dan khiyar syarat, juga berlaku dakwaan
shufah, sekiranya harga sulh atau barang yang didakwakan itu harta
tidak alih. Jika muncul orang yang berhak terhadap semua harta yang

dituntut atau sebahagiannya, harga sulh yang telah dibayar sama ada
semua ataupun sebahagiannya boleh dituntut balik. Jika muncul orang
yang berhak terhadap semua harta yang dituntut atau terhadap
sebahagiannya, harga sulh yang telah dibayar itu sama ada kesemua atau
sebahagiannya boleh dituntut balik. Jika muncul orang yang berhak
terhadap harga sulh kesemuanya atau sebahagiannya, bolehlah orang
yang mendakwa kadar harga sulh itu sebanyak yang tersebut (kesemua
atau sebahagiannya). Umpamanya, jika A mendakwa bahawa rumah yang
ada di tangan B itu rumahnya, lantas mereka berdua membuat sulh
dengan persetujuan B membayar harga tertentu kepada A; sedangkan B
(yang kena dakwa) mengakui bahawa rumah itu rumahnya, kes ini
menjadi seolah-olah A menjual rumah itu kepada B dan hokum jualbeli
seperti yang disebutkan di atas berlaku dalam kes ini.
Jika berlaku sulh atas ikrar pihak yang kena tuntut iaitu dibuat di atas
manfaat akibat daripada dakwaan suatu harta, kedudukannya adalah
seperti ijarah (sewa) dan berlaku hokum ijarah padanya. Sulh yang dibuat
di atas keingkaran atau di atas diam diri, pada orang yang mendakwa
merupakan muawadah (tukaran kepada barang yang diambil), manakala
pada orang yang kena tuntut melepaskan diri daripada sumpah dan
menyelesaikan perkara itu. Oleh itu shufah berlaku pada harta tak alih
yang dijadikan harga sulh, tetapi ia tidak berlaku kepada harta tidak alih
yang menjadi harta yang dituntut. Jika muncul orang yang berhak ke atas
harta yang dituntut dengan mengambil kesemuanya atau sebahagianya,
orang yang mendakwa hendaklah memulangkannya kepada orang yang
kena dakwa jumlah harga sulh itu kesemuanya ataupun sebahagiannya.
Dia boleh melakukan dakwaannya ke atas orang yang berhak itu. Jika
muncul orang yang berhak ke atas harga sulh kesemuanya atau
sebahagiannya, orang yang mendakwa kembali balik kepada dakwaan
sebanyak kadar dakwaannya itu.
Hukum-hukum sulh
Jika sulh sempurna, salah satu daripada dua pihak itu secara persendirian,
tidak boleh merujuk kembali (membatal). Orang yang mendakwa secara
sulh, memiliki harga sulhitu , dengan itu dia tidak lagi mempunyai hak
untuk mendakwa. Begitu juga, orang yang kena dakwa tidak boleh
mengambil balik harga sulh daripadanya.
Jika salah seorang daripada dua pihak itu meninggal, warisnya tidak boleh
memfasakhkan sulhnya.
Jika sulh itu mempunyai hokum muawadah (penukaran harta) dan jika
kedua-dua pihak bersetuju ia boleh memfasakhkan dan membatalkannya.
Tetapi jika ia tidak mempunyai makna pertukaran harta, sebaliknya

menggugurkan sebahagian daripada hak-hak, tidak sah sama sekali


membatal dan memfasakhkannya.
Jika diadakan kontrak sulh dengan syarat membayar harga kerana
dibebaskan daripada bersumpah, ini bermakna orang yang mendakwa
telah mengugurkan hak dakwaannya dan dia tidak boleh lagi meminta
supaya orang yang kena tuntut membuat sumpah selepas itu.
Jika harga sulh rosak kesemuanya atau sebahagiannya sebelum
diserahkan kepada orang yang mendakwa dan jika ia terdiri daripada
barang yang dapat ditentukan dengan sesuatu ketentutan, kedudukannya
seperti barang yang diperolehi oleh orang yang berhak terhadapnya. Oleh
itu, orang yang mendakwa boleh menuntut kesemua barang yang
dituntutnya atau sebahagiannya daripada orang yang kena dakwa dalam
sulh yang berlaku kerana ikrar orang yang kena tuntut. Dalam sulh yang
berlaku atas keingkaran atau berdiam diri, orang yang mendakwa boleh
merujuk kepada dakwaannya. Jika harga sulh ialah hutang, bererti ia
terdiri daripada barang-barang yang tidak diketahui dan tidak dapat
ditentukan seperti berapa banyak, ia mesti tidak mencacatkan sulh, dan
orang yang kena tuntut mesti memberi kepada orang yang menuntut
sebanyak jumlah yang rugi atau rosak itu.1

Mediation
Melihat kepada kepelbagaian dalam pengamalan mediation, kebanyakan
mediator mengikuti bentuk yang sama. Sebagai tambahan, mediator baru
berkehendak kepada permulaan yang sama yang mana mereka boleh
1 Penterjemah Md. Akhir Haji Yaacob. 2002. Al ahkam al-Adliyah. Dewan Bahasa
dan Pustaka. Kuala Lumpur.

bangunkan dan perhebatkan lagi kerja mereka. Di sini, proses mediation


diterangkan dalam 6 peringkat:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Ayat pembukaan oleh mediator.


Kenyataan awal oleh pihak-pihak.
Penerangan tentang masalah.
Perbincangan secara mendalam.
Perbincangan kepada pilihan,negotiation dan dalam penyelesaian.
Keputusan akhir dibuat, dirakam dan diwartakan.

Proses Mediasi
1. Ayat pembukaan oleh Mediator.
- Penerangan tentang mediasi dan peranan mediator serta pihakpihak yang terlibat.
- Menerangkan proses mediasi, dan gaya mediator dalam
pelaksanaannya.
- Menyenaraikan garis panduan mediasi.
- Menjadikan mediator sebagai ketua dalam proses mediasi.
Menyediakan peluang supaya mediator dapat membina
kepercayaan dan ketelusan dengan pihak-pihak yang terlibat.
- Menyediakan peluang untuk pihak-pihak terlibat bagi
bertanyakan soalan mengenai proses mediasi ini.
2. Kenyataan awal oleh pihak-pihak
- Menyediakan peluang bagi pihak-pihak untuk melibatkan diri
secara terus dalam proses mediasi dengan membuatkan mereka
menceritakan kisah-kisah mereka.
- Memberikan mediator gambaran dan maklumat berkenaan
masalah-masalah pihak-pihak yang terlibat, bagaimana mereka
rasa tentang perkara-perkara tersebut dan apa keutamaan
mereka.
- Memberi peluang kepada pihak terlibat untuk mendengar
perasaan pihak lain secara terus dalam suasana yang terkawal.
- Membantu pihak-pihak terlibat untuk tidak berfikiran sempit
terhadap masalah-masalah mereka, sebaliknya membantu
membuka minda mereka terhadap permasalahan itu.
3. Pengertian terhadap masalah.
- Mendedahkan minat,keperluan, keutamaan dan apa-apa yang
berkaitan dengan pihak-pihak terlibat.
- Membina struktur dan arahan untuk mengenal pasti setiap
permasalahan yang ada.
- Memberikan mediator peluang untuk membantu pihak-pihak
dalam membentu suatu agenda supaya mereka berasa yakin
bahawa perkara yang menjadi perhatian mereka akan
diselesaikan.

4. Perbincangan secara mendalam.


- Memberi peluang kepada pihak-pihak terlibat untuk lebih
mendalam menceritakan kisah-kisah atau masalah-masalah
mereka.
- Menyediakan platform untuk pihak-pihak terlibat untuk bertukar
idea, pandangan dan pendapat terhadap sesuatu perkara.
- Membantu semua yang terlibat untuk lebih mengenali dan
memahami keinginan masing-masing.
- Memberi peluang kepada pihak-pihak terlibat untuk menjelajah
isu-isu yang menjadi perhatian atau minat pihak-pihak.
- Menyediakan maklumat yang kukuh bagi memastikan wujudnya
penghasilan jawapan kepada permasalahan berdasarkan pilihanpilihan yang dihasilkan secara bersama.
5. Perbincangan kepada penghasilan pilihan-pilihan yang menjerumus
kepada negotiation dan penyelesaian.
- Membantu pihak-pihak terlibat untuk menghasilkan pilihanpilihan kreatif yang membawa kepada penyelesaian.
- Membantu pihak-pihak bagi mengira dan menganggar pilihanpilihan yang ada dengan realiti semasa dan alternatif lain
terhadap penyelesaiannya.
- Membantu pihak-pihak agar tidak membuat kesilapan biasa
semasa negotiation.
6. Keputusan akhir dibuat, dirakam dan diwartakan.
- Membantu pihak-pihak membina syarat-syarat yang perlu
dimasukkan ke dalam perjanjian mereka.
- Memberi bantuan kepada pihak-pihak dalam mencapai kata akhir
terhadap perjanjian yang telah dibuat oleh mereka.
- Membawa perkara yang telah dipersetujui ke dalam proses ini.
- Menentukan sejauh mana keterlibatan mediator terhadap aktiviti
mediation yang seterusnya.
Fungsi Ayat Pembukaan oleh Mediator.
a. Membolehkan pihak-pihak untuk berada dalam situasi yang tenang
disebabkan tugas mereka lebih kepada untuk mendengar dan
membentuk perbicaraan kecil.
b. Untuk membina perhubungan yang erat antara pihak-pihak yang
terlibat dan mediator.
c. Untuk membolehkan mediator mendapatkan kepercayaan daripada
pihak-pihak terlibat.
d. Untuk memuji dan menyakinkan pihak-pihak terlibat bahawa pilihan
mereka memilih untuk mediation adalah tepat dan memuji mereka
terhadap komitmen mereka.

e. Untuk membentuk suasana yang positif bagi membolehkan proses


mediation diteruskan.2

2 Laurence Boulle, Nadja Alexander.2012. Mediation- Skills and Techniques.


LexisNexis.Australia

You might also like